MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI SELANGOR KE-38 TAHUN 2022 TARIKH : 25 MAC 2022 (JUMAAT) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : Hibrid (secara bersemuka dan secara maya) 1. Bilik Mesyuarat MTES, Aras Bawah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan SSAAS, Shah Alam; 2. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah – secara maya melalui platform sidang video aplikasi Zoom (lokasi masing-masing); dan 3. Ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor – secara maya melalui platform media sosial Facebook PUSPANITA Negeri Selangor (lokasi masing-masing). HADIR: AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN TERTINGGI 1. YBhg. Datin Hajah Padiah Binti Safian Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor - Pengerusi 2. YBrs. Puan Syarmila Binti Yahaya Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Negeri Selangor 3. YBrs. Dr. Faezah Binti Kassim Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Negeri Selangor 4. YBrs. Dr. Siti Rohana Binti Haji Saad Timbalan Pengerusi 3 PUSPANITA Negeri Selangor LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 14
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 2 AHLI JAWATANKUASA INDUK NEGERI 5. Puan Fara Mazwina Binti Ahmad Farok Setiausaha 6. Puan Noreha Binti Mohamad Saad Bendahari 7. Puan Suhana Binti Haji Surani Penolong Setiausaha - Pencatat minit 8. Puan Nur Nazirah Binti Mat Jedi Penolong Bendahari 9. Puan Zaimah Binti Ab.Razak Setiausaha Kerja 10. Puan Murni Binti Husran Pembantu Setiausaha - Hadir secara maya 11. Puan Zaurah Binti Kamarudin Pemegang Amanah 12. Puan Nor Azlinda Binti Abdul Karim Pemeriksa Kira-Kira 1 13. Puan Azlina Binti Mohd Noor Pemeriksa Kira-Kira 2 14. Puan Zuraida Binti Zulkifli Pengerusi Biro Pendidikan 15. Puan Norfarani Binti Harun Pengerusi Biro Agama 16. Puan Yusnaiza Noor Binti Mohd Yusoff Pengerusi Biro Sukan - Hadir secara maya 17. Puan Kalsom Binti Samad Pengerusi Biro Kebudayaan 18. Puan Rosnah Binti Miskan Pengerusi Biro ICT dan Seranta LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 15
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 3 19. Puan Nur Alina Arni Binti Md. Morni Pengerusi Biro Keusahawanan 20. Puan Maznah Binti Haji Abu Pengerusi Biro Kebajikan 21. Puan Rozita Binti Mohamad Saril Pengerusi Biro Keahlian 22. Puan Nur Azima Binti Mohd Ariffin Pengerusi Biro TASKA 23. Puan Salina Binti Mohd Shek Pengerusi Biro Sosial dan Tugas-Tugas Khas 24. Puan Fairuz Azian Binti Haji Osman Pengerusi Biro Pembangunan Keluarga CAWANGAN KECIL DAERAH 25. Puan Siti Noorliza Binti Md Salleh Pengerusi Daerah Petaling 26. Puan Marini Binti Ismail Pengerusi Daerah Klang 27. Puan Wan Fatimah Binti Haji Ya’akob Pengerusi Daerah Hulu Langat 28. Puan Eamy Binti Mokhtar Pengerusi Daerah Gombak 29. Puan Nori Dayu Binti Ahmad Kanan Pengerusi Daerah Sepang 30. Puan Norhasnitah Binti Ibrahim Pengerusi Daerah Kuala Selangor 31. Puan Dewi Dirwana Binti Munasir Pengerusi Daerah Hulu Selangor 32. Puan Rosni Binti Awang Pengerusi Daerah Sabak Bernam LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 16
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 4 33. Datin Hajah Zainah Binti Abd. Aziz Setiausaha Daerah Kuala Langat / wakil 34. Puan Nor Hidayu Binti Sumiran Setiausaha Daerah Gombak 35. Puan Erna Binti Zakaria Setiausaha Daerah Kuala Selangor 36. Puan Siti Aminah Binti Jamadi Setiausaha Daerah Hulu Selangor LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 17
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 5 1. PERUTUSAN YBHG. DATIN PENGERUSI 1.1 YBhg. Datin Pengerusi memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya, Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 dapat diadakan secara norma baharu pada hari ini. YBhg. Datin Pengerusi turut mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran serta penglibatan semua Ahli Jawatankuasa Induk Negeri, Pengerusi serta Setiausaha Cawangan Kecil Daerah dan seterusnya semua ahli PUSPANITA yang dapat mengikuti mesyuarat pada pagi ini, sama ada secara fizikal di Bilik Mesyuarat MTES, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau secara maya melalui aplikasi Zoom dan bersiaran secara langsung melalui media sosial FB live PUSPANITA Selangor dilokasi masing-masing. Mesyuarat dimulakan dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah. 1.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa ini merupakan kali kedua Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor dilaksanakan secara maya dengan norma baharu. YBhg. Datin Pengerusi berharap agar semua ahli yang menghadiri mesyuarat ini dapat memberikan pandangan dan idea untuk kebaikan PUSPANITA. 1.3 Mesyuarat turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Induk Negeri serta barisan ahli-ahli jawatankuasanya atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan semua program PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor sepanjang tahun 2022. 1.4 Mesyuarat juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Pengerusi Cawangan Kecil Daerah yang telah menggerakkan program dan aktiviti di peringkat cawangan kecil masingmasing. 1.5 YBhg. Datin Pengerusi seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut : 1.5.1 Pelantikan Ahli Jawatakuasa Pengurusan Tertinggi dan Pengerusi Cawangan Kecil Daerah yang baharu YBhg. Datin Pengerusi mengucapkan tahniah serta selamat bertugas dan mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua. Berikut merupakan senarai nama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan dan Pengerusi Cawangan Kecil Daerah yang telah dilantik : LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 18
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 6 JAWATAN NAMA TARIKH LANTIKAN Timbalan Pengerusi 1 Puan Syarmila Binti Yahaya 16 Disember 2021 Timbalan Pengerusi 3 Puan Dr. Siti Rohana Binti Haji Saad 14 Jun 2021 Pengerusi Daerah Gombak Puan Eamy Binti Mokhtar 6 September 2021 Pengerusi Daerah Hulu Selangor Puan Dewi Dirwana Binti Munasir 6 September 2021 Pengerusi Daerah Sepang Puan Nori Dayu Binti Ahmad Kanan 4 Oktober 2021 Pengerusi Daerah Hulu Langat Puan Wan Fatimah Binti Haji Ya’akob 19 Oktober 2021 Pengerusi Daerah Klang Puan Marini Binti Ismail 6 Disember 2021 Pengerusi Daerah Kuala Selangor Puan Norhasnitah Binti Ibrahim 10 Januari 2022 Pengerusi Daerah Petaling Puan Siti Noorliza Binti Salleh 6 Februari 2022 Pengerusi Daerah Kuala Langat Belum ada pengisian (kosong) Tiada MAKLUMAN 1.5.2 Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah a. Mesyuarat mengambil maklum tarikh persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah sepertimana berikut : PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH TARIKH BERSIDANG Daerah Petaling 11 Februari 2022 Daerah Hulu Selangor 18 Februari 2022 Daerah Klang 24 Februari 2022 Daerah Hulu Langat 4 Mac 2022 Daerah Kuala Langat 4 Mac 2022 Daerah Sabak Bernam 9 Mac 2022 Daerah Sepang 15 Mac 2022 Daerah Kuala Selangor 16 Mac 2022 Daerah Gombak 18 Mac 2022 MAKLUMAN LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 19
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 7 b. Berikutan dengan perkara para 1.5.2, YBhg. Datin Pengerusi mengingatkan semua Pengerusi dan Setiausaha Cawangan Kecil Daerah untuk segera mengemaskinikan Sistem eRoses dengan memuat naik Laporan Tahunan Cawangan dan Penyata Kewangan Cawangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 yang telah disahkan oleh juruaudit/pemeriksa kira-kira dalam tempoh 60 hari selepas persidangan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. TINDAKAN : SEMUA PENGERUSI DAN SETIAUSAHA CAWANGAN KECIL DAERAH 1.5.3 Dasar 5K PUSPANITA Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua Pengerusi Daerah perlu lebih proaktif dalam melaksanakan program dan aktiviti pada tahun 2022 dengan berteraskan Dasar 5K PUSPANITA iaitu Kebajikan, Keusahawanan, Keilmuan, Kesejahteraan dan Kelestarian. 1.5.4 Penyaluran Geran daripada PUSPANITA Kebangsaan Mesyuarat mengambil maklum mengenai penyaluran bantuan geran daripada PUSPANITA Kebangsaan (PK) kepada setiap PUSPANITA Cawangan Kementerian/Negeri adalah berlandaskan pada tiga (3) kriteria utama iaitu : • Jumlah keahlian yang berdaftar; • Baki akhir tahun Penyata Kewangan; dan • Perancangan Aktiviti / Program Tahunan dan Pelaksanaannya. MAKLUMAN 1.5.5 Keahlian PUSPANITA a. Mesyuarat mengambil maklum bahawa YBhg. Datin Pengerusi menyeru kerjasama daripada semua ahli untuk meningkatkan dan mempergiatkan pendaftaran ahli-ahli baru melalui media sosial PUSPANITA dengan meletakkan pautan pendaftaran serta semakan keahlian iaitu https://ahli.puspanita.org.my pada laman media sosial masing-masing. TINDAKAN : SEMUA AHLI PUSPANITA LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 20
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 8 b. Mesyuarat mengambil maklum, berdasarkan semakan sistem keahlian PK pada 24 Mac 2022, jumlah keahlian PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor adalah seramai 5,945 orang. Berikut merupakan pecahan ahli PUSPANITA mengikut daerah : CAWANGAN BILANGAN AHLI (ORANG) Negeri Selangor (Induk) 3,496 Petaling 1,065 Klang 147 Hulu Langat 381 Gombak 481 Sepang 84 Kuala Langat 49 Kuala Selangor 67 Hulu Selangor 63 Sabak Bernam 112 MAKLUMAN c. Mesyuarat mengambil maklum bahawa YBhg. Datin Pengerusi menggesa kepada semua Pengerusi, Setiausaha dan ahli di Cawangan Kecil Daerah supaya menyemak semula status keahlian PUSPANITA memandangkan bilangan keahlian di sistem PK tidak menggambarkan keahlian yang sebenar. Dikhuatiri status keahlian masih berada di cawangan lain, bukan di Cawangan Negeri Selangor. TINDAKAN : SEMUA PENGERUSI DAN SETIAUSAHA CAWANGAN KECIL DAERAH d. Mesyuarat mengambil maklum mengenai status semasa kad keahlian PUSPANITA sepertimana berikut : STATUS BILANGAN KAD Sudah dicetak dan diambil 1,470 Sedang diproses 153 Ditolak *Alasan Ditolak : duplicate, tiada bukti bayaran disertakan hanya dikepilkan resit PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Hulu Langat 16 MAKLUMAN LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 21
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 9 1.5.6 Bantuan Kebajikan daripada PUSPANITA Kebangsaan Mesyuarat mengambil maklum mengenai bantuan kebajikan yang disediakan oleh PK dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web PUSPANITA. Semua ahli PUSPANITA diminta untuk membuat hebahan mengenai bantuan ini kepada semua ahli PUSPANITA. Antara bantuan kebajikan PK adalah: • Tabung PUSPADARA PUSPANITA (TPP) • Tabung Latihan dan Agama PUSPANITA (TLP) MAKLUMAN 1.5.7 Penyaluran Geran daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor a. Mesyuarat mengambil maklum mengenai penyaluran geran dan peruntukan PUSPANITA Negeri Selangor masih lagi diteruskan, antaranya : • Geran tahunan kepada Cawangan Kecil Daerah sebanyak RM2,500.00; • Insentif Wow Factor sebanyak RM1,000.00 bagi tiga (3) Cawangan Kecil Daerah yang terpilih; dan • Insentif Penghargaan kepada Biro Jawatankuasa Induk Negeri sebanyak RM500.00 bagi tiga (3) biro yang terpilih. b. Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa pemberian Insentif Wow Factor kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan Insentif Penghargaan Biro Jawatankuasa Induk Negeri bukan berdasarkan pada jumlah bilangan program terbanyak, tetapi dipilih berdasarkan pada aktiviti yang dilaksanakan sendiri oleh Daerah/Biro Induk serta aktiviti yang memberikan impak yang tinggi kepada ahli PUSPANITA khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. c. Mesyuarat mengambil maklum bahawa pada tahun ini tiada pemberian Insentif Wow Factor kerana kekangan penganjuran program berikutan pandemik Covid-19. Manakala, Insentif Penghargaan untuk Biro Jawatankuasa Induk Negeri diberikan kepada Biro Agama dan Biro Keahlian. MAKLUMAN LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 22
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 10 1.5.8 Pakaian seragam PUSPANITA Mesyuarat mengambil maklum bahawa sempena Mesyuarat Agung pada hari ini, PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor akan menawarkan potongan harga sebanyak RM10.00 bagi setiap pasang kain seragam PUSPANITA daripada harga asal RM90.00 kepada RM80.00 sepasang. Tawaran diskaun bermula pada hari ini, 25 Mac 2022 dan berakhir pada 30 Jun 2022. Ahliahli PUSPANITA yang berminat untuk mendapatkan pakaian seragam PUSPANITA dengan harga tawaran terkini boleh terus menghubungi Urus Setia untuk tujuan pembelian. MAKLUMAN 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA NEGERI SELANGOR KALI KE-37 TAHUN 2021 2.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-37 Tahun 2021 bertarikh 12 Mac 2021 diterima sebulat suara tanpa pindaan. a. Pencadang : Puan Zuraida Binti Zulkifli, Pengerusi Biro Pendidikan b. Penyokong : Puan Maznah Binti Haji Abu, Pengerusi Biro Kebajikan 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Mesyuarat seterusnya mengambil maklum perkara-perkara berikut: 3.1.1 Maklum balas Perkara 2.2.2 – Pendaftaran e-Roses PUSPANITA Daerah PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan masing-masing pada tahun ini dan telah mendaftar pada sistem e-Roses. MAKLUMAN LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 23
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 11 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN 4.1 MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2021 4.1.1 Puan Fara Mazwina Binti Ahmad Farok, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 dengan ringkasan jumlah bilangan program sepertimana berikut : CAWANGAN JUMLAH Negeri Selangor (Induk) 30 Petaling 15 Klang 7 Hulu Langat 12 Gombak 14 Sepang 9 Kuala Langat 6 Kuala Selangor 6 Hulu Selangor 15 Sabak Bernam 4 JUMLAH KESELURUHAN 118 4.1.2 Pembentangan Laporan Tahunan bagi tahun 2021 ini telah dicadang untuk diterima oleh Puan Roslina Binti Mokhtar daripada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Hulu Langat. Cadangan ini disokong oleh Puan Faradila Binti Ismail daripada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Sepang. MAKLUMAN 4.2 MENERIMA LAPORAN KEWANGAN DAN PENYATA KIRA-KIRA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 4.2.1 Puan Noreha Binti Mohamed Saad, Bendahari PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor telah membentangkan laporan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2021 seperti berikut : LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 24
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 12 (i) Lembaran Imbangan BUTIRAN JUMLAH (RM) Aset Tetap 324,363.00 Aset Semasa merangkumi tunai di bank, tunai di tangan dan simpanan tetap 768,501.00 JUMLAH ASET 1,092,864.00 Liabiliti Semasa 19,588.00 JUMLAH ASET SEMASA BERSIH 748,913.00 (ii) Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan BUTIRAN JUMLAH (RM) Jumlah Pendapatan 400,204.00 Jumlah Perbelanjaan 358,001.00 LEBIHAN PENDAPATAN DARI PERBELANJAAN 42,203.00 4.2.2 Laporan Kewangan Dan Penyata Kira-Kira Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021 telah dicadang untuk diterima oleh Puan Nor Hidayu Binti Sumiran daripada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Gombak. Cadangan ini disokong oleh Puan Sabrina Binti Adnan daripada PUSPANITA Negeri Selangor. MAKLUMAN 5. PEMBENTANGAN USUL Mesyuarat mengambil maklum terdapat lima (5) usul yang telah diterima sepertimana berikut : BIL. PENCADANG & JABATAN USUL MAKLUMBALAS USUL 1. Puan Mazura Binti Ismail - Seksyen Sektoral, Sumbangan kecemerlangan untuk UPKK/PSRA Diterima berkuatkuasa peperiksaan tahun LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 25
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 13 BIL. PENCADANG & JABATAN USUL MAKLUMBALAS USUL Pejabat SUK Selangor 2022. 2. Sumbangan Anak Berkhatan Ditolak. 3. Puan Rosnah Binti Miskan - Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat SUK Selangor Pegawai Kanan wanita atau Kumpulan Pengurusan di SUK dilantik sebagai AJK Induk PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor mengikut fungsi bahagian SUK, supaya program peringkat Negeri seiring dengan kerja atau bantuan yang diperlukan. • Dipersetujui tetapi diminta pegawaipegawai kanan wanita ini menawarkan diri memegang jawatan secara sukarela. • Dipersetujui bagi melancarkan lagi aktiviti-aktiviti PUSPANITA yang akan dijalankan. • YBhg. Datin Pengerusi mengingatkan kepada AJK-AJK yang dilantik supaya: i. Mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan masingmasing bagi tujuan menjalankan tugasan persatuan; ii. Memberi keutamaan kepada kerjakerja hakiki di pejabat sebagaimana arahan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; dan iii. Mengagihkan sebahagian kerja LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 26
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 14 BIL. PENCADANG & JABATAN USUL MAKLUMBALAS USUL Persatuan kepada AJK Kecil Biro supaya tidak membebankan diri sendiri. 4. Puan Zarini Binti Zainun - Seksyen Sektoral, Pejabat SUK Selangor Online Shopping di website PUSPANITA Ditolak. 5. Adakan kursus kecantikan dan keusahawanan Program telah sedia ada dan akan diteruskan pada masa hadapan. USUL TAMBAHAN 6. Puan Zaimah Binti Ab Razak - MTES, Pejabat SUK Selangor Sumbangan kecemerlangan untuk Sijil Menengah Agama (SMA) Diterima berkuatkuasa peperiksaan tahun 2022. 7. Puan Nori Dayu Binti Ahmad Kanan - PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Sepang Sumbangan kecemerlangan untuk SPMV Diterima berkuatkuasa peperiksaan tahun 2022. MAKLUMAN 6. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA INDUK NEGERI BAGI SESI 2020- 2022 6.1 YBhg. Datin Pengerusi memaklumkan pembubaran semua Ahli Jawatankuasa Induk Negeri Sesi 2020-2022 bagi memberi laluan kepada pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Induk Negeri yang baharu bagi Sesi 2022-2024. 6.2 YBhg. Datin Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa Induk Negeri Sesi 2020-2022 yang selama ini telah banyak membantu dan memberi kerjasama yang baik dalam mengurus serta melaksanakan segala program juga aktiviti-aktiviti PUSPANITA Negeri Selangor sepanjang tempoh dua (2) tahun memegang jawatan, walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan seperti penularan Covid19 tetapi dapat memberikan kerjasama dan melaksanakan tugasan dengan baik. LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 27
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 15 6.3 YBhg. Datin Pengerusi berharap barisan Ahli Jawatankuasa Induk Negeri yang baharu bagi Sesi 2022-2024 yang akan dipilih nanti, dapat memberi kerjasama yang baik sebagaimana yang telah diberikan oleh barisan Ahli Jawatankuasa Induk Negeri yang lama. MAKLUMAN 7. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA INDUK NEGERI BAGI SESI 2022- 2024 7.1 Mesyuarat bersetuju melantik YBrs. Puan Dr. Faezah Binti Kassim, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor sebagai Pengerusi Sementara bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk Negeri bagi Sesi 2022-2024. Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh YBrs. Puan Dr. Faezah Binti Kassim. 7.2 Mesyuarat mengambil maklum mengenai taklimat tatacara sesi pengundian yang dibentangkan oleh Puan Pengerusi. 7.3 Mesyuarat mengambil maklum mengenai jumlah pencalonan yang telah diterima melalui aplikasi Google Forms adalah sebanyak 28 orang. Namun begitu, hanya 25 orang calon sahaja yang layak bertanding memandangkan tiga (3) calon tidak dapat menghadirkan diri (sama ada secara fizikal atau maya) sebagaimana yang disyaratkan. 7.4 Mesyuarat mengambil maklum mengenai pengumuman keputusan kiraan undi oleh Puan Pengerusi. Berdasarkan rekod, sebanyak 248 maklumbalas pengundian yang telah diterima oleh Urus Setia. Berikut merupakan senarai calon-calon yang telah terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Negeri bagi sesi 2022-2024 : NAMA CALON JUMLAH UNDIAN Puan Suhana Binti Haji Surani 89 Puan Zaurah Binti Kamarudin 88 Puan Norsiah Binti Achil 67 Puan Nur Alina Arni Binti Md. Morni 74 Puan Nor Sunatis Binti Haji Abd. Ghafor 52 Puan Maryam Binti Md. Zin 47 Puan Maimunah Binti Abd Sukor 46 Puan Siti Hajar Binti Yahya 40 Puan Salina Binti Mohd Shek 39 Puan Norhayati Binti Ahkhiad 39 Puan Zulimah Binti Mukid 39 Puan Rosnah Binti Miskan 37 LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 28
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 16 NAMA CALON JUMLAH UNDIAN Puan Nurulazwin Binti Yahaya 37 7.5 Puan Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan melantik beliau sebagai Pengerusi Sementara mesyuarat. Mesyuarat seterusnya diserahkan kembali kepada YBhg. Datin Pengerusi. 7.6 YBhg. Datin Pengerusi mengucapkan tahniah dan selamat menggalas tugasan yang diamanahkan kepada calon-calon yang telah terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Negeri PUSPANITA Negeri Selangor bagi Sesi 2022-2024. MAKLUMAN 8. MELANTIK LAPAN (8) ORANG PERWAKILAN DAN DUA (2) ORANG PEMERHATI KE MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) PUSPANITA KEBANGSAAN KALI KE-40 TAHUN 2022 8.1 Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara memilih seramai lapan (8) orang Perwakilan dan dua (2) orang Pemerhati ke MAP PUSPANITA Kebangsaan Kali Ke-40 Tahun 2022 yang akan diadakan pada bulan Mei 2022, terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi iaitu Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Induk Negeri iaitu Setiausaha serta Bendahari dan Pengerusi Cawangan Kecil Daerah Negeri Selangor. MAKLUMAN 9. UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YBhg. Datin Pengerusi merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dari seluruh Negeri Selangor secara maya bagi menjayakan mesyuarat kali ini. 9.2 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.43 tengahari dan disudahi dengan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 29
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Kali Ke-38 Tahun 2022 17 MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI SELANGOR KE-38 TAHUN 2022 25 MAC 2022 (JUMAAT) Disediakan oleh: Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Tarikh: 31 Mac 2022 Dipersetujui oleh: ...................................................................... (FARA MAZWINA BINTI AHMAD FAROK) Setiausaha PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Tarikh: 1 April 2022 Disahkan oleh: ................................................................... (DATIN HAJAH PADIAH BINTI SAFIAN) Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor Tarikh: 2 April 2022 LAPORAN TAHUNAN PUSPANITA SELANGOR TAHUN 2022 | 30