The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penghayatan Etika dan Peradaban (Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia) E-FOLIO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nabilah Azni, 2023-12-01 22:55:29

Penghayatan Etika dan Peradaban (Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia) E-FOLIO

Penghayatan Etika dan Peradaban (Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia) E-FOLIO

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK UNGKU OMAR SESI 1 2023/2024 PENTAKSIRAN KERJA KURSUS E-FOLIO KOD KURSUS: MPU21032 NAMA KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK : KESEPADUAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA CLO 2 MARKAH Menerangkan sistem, tahap perkembangan, kesepaduan sosial dan kebudayaan merentas bangsa di Malaysia. 30 NO. MATRIC NAMA SEKSYEN KURSUS MARKAH 01DAT23F1006 NURUL NABILAH BINTI AZNI DAT1A 01DAT23F1016 NUR AMALIA SYUHADA BINTI MOHD HENRY @ ZAIDI DAT1A 01DAT23F1018 NURUL BATRISYIA BINTI MOHD NAJMIE DAT1A 01DAT23F1022 AI’SYAH FARHANAH BINTI FISOUL DAT1A Disediakan oleh: SITI ZAHARAH BINTI SETAPA Pensyarah Kursus MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban Tarikh: Disemak oleh: ARIYANTI BINTI ADNAN Penyelaras Kursus MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban Tarikh: Disahkan oleh: MOHD SHUKRI BIN MOHD ISA Ketua Kursus Unit Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pengajian Am PUO Tarikh:


UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Penghargaan 1 2.0 Pengenalan 2 3.0 Objektif 3 4.0 Isu-isu Ketidaksepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia 4 - 5 5.0 Faktor-faktor Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia 6 - 7 6.0 Kesan-kesan Ketidaksepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia 8 - 10 7.0 Langkah-langkah Mengekalkan Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia 11 - 12 8.0 Kesimpulan 13 9.0 Rujukan 14 10.0 Lampiran 15


1.0 Penghargaan Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan folio yang telah kami usahakan selama ini yang bertajuk Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia. Folio ini amat penting bagi kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripda kerja individu. Sekalung penghargaan untuk pensyarah kami iaitu Puan Siti Zaharah Binti Setapa. Beliau banyak membantu sepanjang kami menyiapkan folio ini. Ternyata tanpa pertolongan beliau kami tidak dapat menyiapkan folio ini dengan sempurna. Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan folio ini. Bantuan dari segi informasi mengenai kerja folio amat dihargai. 1


2.0 Pengenalan Kesepaduan masyarakat majmuk di Malaysia merujuk kepada keharmonian dan keamanan dalam kalangan pelbagai etnik, agama, dan budaya yang ada di negara ini. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina, India dan etnik peribumi lain. Agama di negara Malaysia pula terdiri daripada Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Kesepaduan masyarakat majmuk amat penting di Malaysia. Dalam hal ini, ia disokong oleh dasar-dasar kerajaan Malaysia iaitu Dasar Perpaduan Negara. Terdapat pelbagai inisiatif yang diusulkan dalam dasar tersebut. Dasar tersebut adalah penting untuk menggalakkan intergrasi sosial, komunikasi antara pelbagai etnik dan mengelakkan diskriminasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Hal ini adalah untuk mengukuhkan lagi kesefahaman antara agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik. Melalui inisiatif yang diusulkan, Malaysia berusaha untuk membangunkan satu identiti kebangsaan yang menghormati, memahami, dan mengukuhkan perpaduan antara etnik yang ada di Malaysia. Ini penting bagi mencapai stabiliti sosial dan pembangunan ekonomi dalam jangka masa panjang. 2


3.0 Objektif 1. Mewujudkan identiti kebangsaan Malaysia yang kuat dalam kalangan etnik. 2. Meningkatkan persefahaman dan hubungan yang baik antara etnik dan agama yang berbeza di Malaysia. 3. Memperkenalkan adat resam, memahami dan menghormati budaya etnik masing-masing untuk mengukuhkan perpaduan. 4. Mewujudkan persekitran yang harmoni tanpa menimbulkan konflik dalam kalangan etnik. 5. Mendorong percakapan terbuka dan bermanfaat antara etnik untuk menyelesaikan masalah-masalah dengan kesepaduan. 6. Menjamin kesaksamaan dalam hak-hak asasi manusia seperti peluang pendidikan, pekerjaan, dan penggunaan prkhidmatan awam tanpa mengira latar belakang etnik atau agama. 3


4.0 Isu-Isu Ketidaksepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia 1) Hak Keistimewaan Orang Melayu Dipersoalkan ➢ Hal ini berlaku kerana kumpulan ultra-pluralisi tidak berpuas hati dengan kedudukan islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu, peranan institusi beraja, dan hak keistimewaan orang melayu. Meraka berasa peruntukan tersebut tidak adil bagi mereka. Selain itu, bahawa orang bukan Melayu juga telah mendesak supaya membuat hak-hak untuk mereka turut dilakukan kerana berpegang kepada prinsip kesamaratan. Sementara orang Melayu masih berpegang keras bahawa sejarah hak bumiputera dipertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Tetapi hak keistimewaan orang Melayu telah digubal dalam Pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan diambil kira dari pelbagai pihak. Menurut Wan Mohd Nor (2001) keistimewaan yang diberikan kepada Orang Melayu adalah adil. Secara ringkasnya, hak keistimewaan orang Melayu telah diperolehi kerana jasa orang Melayu mempertahankan Tanah Melayu dari penjajahan serta ancaman luar dan orang Melayu juga telah berlapang dada menerima orang asing sebagai warganegara Malaysia. 2) Campur Tangan Kelompok Ultra-Pluralisi Dalam Agam Islam ➢ Isu ini tidak wajar untuk melibatkan perundangan atau panduan hidup. Contohnya dalam isu pakaian , semua kaum wanita sepatutnya memakai pakaian yang mematuhi syariah Islam dan isu LGBT yang melanggar syariah yang sepatutnya. Kelompok- Kelompok tersebut masih memperjuangkan ia dengan mengenepikan panduan agama Islam. Hakikatnya, bahawa setiap umat Islam sepatutnya merujuk kepada hadis dan Al-Quran yang telah dikurniarkan oleh Allah supaya untuk menjadikan sebagai panduan hidup kita. Jadi isu tentang aurat dan LGBT tidak sepatutnya melibat orang bukan Islam kerana ia melibat kepercayaan masingmasing. 4


3) Tidak Mepunyai Sikap Bertolak-Ansur Antara Masyarakat ➢ Hal ini berlaku, kerana setiap masyarakat tidak cuba untuk merapatkan silaturahim. Ia boleh menyebabkan pelbagai isu lain seperti pergaduhan dan pertelingkahan. Justeru, kegiatan aktiviti yang akan dijalankan oleh masyarakat akan terjejas. Hal ini terjadi kerana tidak mempunyai sifat bertolak ansur sesama sendiri. Ini akan menyebabkan kebebasan masyarakat lain terganggu, ia juga akan menimbulkan perasan tidak tenteram dalam kalangan masyarakat dan kesepaduan antara masyarakat susah untuk dibentuk. Jadi, tidak mempunyai sikap bertolak-ansur antara masyarakat akan menyebabkan kesepaduan tidak dapat dicapai. 5


5.0 Faktor-Faktor Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia 1)Kepelbagaian Etnik ➢ Hal ini berlaku kerana pergerakan manusia dari kawasan-kawasan tertentu ke tempat lain telah menyumbang kepada kepelbagaian etnik. Ia terbentuk dari etnik Malayu, Cina, India dan lain-lain. Interaksi sosial juga merupakan bagaimana kepelbagaian etnik berlaku iaitu melalui perkahwinan dan perdagangan antara kumpulan-kumpulan etnik. Dasar politik dan pengagihan sumber secara adil dapat membentuk kepelbagaian etnik dengan memberi peluang kepada semua kumpulan etnik berkembang. Akhir sekali. Pelbagai pekerjaan dan sektor ekonomi boleh menarik pelbagai kumpulan etnik mencipta struktur sosial dan ekonomi masyarakat. 2)Terbentuknya Budaya Bersama ➢ Budaya bersama bermaksud kepada perkongsian nilai-nilai norma serta elemen kebudayaan di dalam pelbagai kumpulan dalam masyarakat. Ianya berlaku melalui komunikasi dan interaksi yang berlaku antara individu dari pelbagai latar berlakang budaya membawa kepada pertukaran nilai dan amalan. Pengaruh media massa dalam perpespsi dan mempromosikan nilai-nilai bersama dalam masyarakat majmuk. Sistem pendidikan juga dapat merangkumi pelbagai aspek budaya dapat membentuk pemahaman bersama dan meningkatkan kesedaran dalam kepelbagaian. 6


3)Kesedaran dan Pengalaman Nilai-Nilai Keharmonian ➢ Sistem pendidikan yang menekankan nilai keharmonian, toleransi dan kesedaran terhadap kesepaduan dapat dibentuk sejak usia muda. Seterusya, dengan mengadakan acara budaya bersama, perayaan kebudayaan atau program-program kebudayaan dapat menyumbang kepada pengalaman tentang nilai-nilai keharmonian. Akhir sekali, nilainilai yang diajar dan diamalkan dalam lingkungan keluarga turut memainkan peranan penting dalam membentuk kesedaran terhadap keharmonian. 7


6.0 Kesan-Kesan Ketidaksepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia Hubungan kesepaduan Majmuk merupakan hubungan setiap kaum di Malaysia yang telah terjalin sejak lama lagi. Terdapat pelbagai implikasi apabila masyarakat majmuk tidak mempunyai kesepaduan sesama kaum dan bangsa. 1) Negara akan menjadi kacau-bilau dan huru-hara Jika hal ini berlaku, negara akan menjadi kacau-bilau dan huru-hara. Disebabkan itu,masyarakat mula mempertahankan diri sendiri dan tidak berganding bahu untuk bersepakat bagi menjadikan hubungan yang harmoni. Masyarakat akan berasa tidak tenteram, gelisah, bebas dalam melanggar undang-undang negara serta bangga dengan apa yang mereka capai disebabkan tiada kesepaduan dan integrasi di dalam sesebuah negara. Ketidakwujudan kesepaduan menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Hal ini meyebabkan mula timbul perasaan tidak berpuas hati dalam kalangan masyarakat dan akhirnya berlakulah pergaduhan dan pertelingkahan dalam etnik. Merujuk sejarah Tanah melayu, pada tahun 13 Mei 1968 berlakunya satu rusuhan yang sangat dahsyat iaitu pertelingkahan antara kaum melayu, cina dan india. Ia disebabkan ketidakadilan dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan. Kaum melayu bekerja sebagai petani dan nelayan manakala kaum india di kawasan estet dan bagi kaum cina bekerja di kawasan perindustrian. Setiap kaum tidak berpuas hati dalam pembahagian sektor ekonomi yang tidak adil dan saksama. Dengan itu, jelaslah pentingnya kesepaduan untuk mengelakkan berlakunya peristiwa 13 Mei berulang. 8


2) Keselamatan Negara Terancam Pertahanan sesbuah negara amat penting bagi mengawal keselamatan negara supaya negara menjadi aman dan damai. Ia juga bergatung kepada hubungan setiap bangsa dan rakyat. Apabila keselamatan negara terancam disebabkan ketidaksepaduan masyarakat majmuk, Ia memberi ruang kepada pendatang luar untuk campur tangan dalam pengurusan pentadbiran yang tidak stabil . Secara tidak langsung, ketidaksepaduan masyarakat majmuk menyebabkan negara telah dikuasai secara halus atau pun terang-terangan. Oleh itu, kes-kes jenayah akan meningkat secara mendadak dan tidak boleh dibendung kerana tembok keselamatan tidak kukuh disebabkan rakyat tidak bersatu padu dalam menanganinya. Hal ini akan menjadikan rakyat tidak dapat menjalani kehidupan mereka serta tidak bebas memilih cara hidup,hak individu tidak dihormati dan dizalimi sesama rakyat sendiri. 3) Masyarakat yang tidak bermoral Dengan situasi begini, wujud juga masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Maksud tidak bermoral ini sesuatu yang bertentangan dengan moral dan adat yang baik. Apabila tiada perasaan perpaduan dalam diri kita maka wujudlah masyarakat yang tidak mahu bertolak ansur serta tidak mempunyai adab . Pergaduhan dan pertelingkah boleh berlaku pada bila-bila masa kerana sifat masyarakat yang tidak bermoral. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, Ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk sesama rakyat. Masalah ketidaksepaduan masyarakat sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti. Dari pandangan setiap individu pada dunia sekarang, masyarakat ygang tidak beretika boleh bergaduh sesama sendiri di dalam media massa disebabkan pendapat yang berbeza atau 9


mempaparkan video lucah yang bertentangan dengan moral dan adat yang baik di media massa. Generasi muda mudah terpengaruh terutamanya di Media massa kerana perasaan ingin mencuba tetapi hakikatnya tidak berpikiran jauh pada masa yang akan datang. Ia boleh merosakkan jiwa anak muda yang ingin menjaga perpaduan setiap bangsa dan rakyat. Peranan dari segi masyarkat yang beretika juga penting dalam menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia. 10


7.0 Langkah-langkah Mengekalkan Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia. 1) Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan. Dengan menerapkan nilai budaya dan warisan, kita dapat mempelajari tentang budaya setiap kaum serta salah satu langkah bagi mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai kesepaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Kita semua tahu bahawa, Malaysia terdiri pelbagai bangsa dan kaum antaranya Melayu, India, dan Cina yang boleh mempelajari kaum dari aspek peradaban, pemakaian, makanan tradisi serta aktiviti kehidupan mereka. Sebagai contoh, setiap sekolah wajib menerapkan subjek Sejarah kerana terdapat unsur nilainilai budaya dan warisan bagi semua etnik. Secara tidak langsung murid akan lebih memahami serta mempunyai perasaan ingin mencuba budaya setiap kaum yang telah dipelajari sejak sekolah lagi. Contoh yang lain, ramai wanita bukan melayu juga suka memakai baju kurung tradisional orang Melayu seperti baju kurung untuk ke majlis-majlis atau ke Universiti. Oleh itu, dengan mempelajari penerapan nilai budaya dan warisan, kita akan lebih memahami dan menghargai warisan budaya bangsa. 2) Aktiviti kemasyarakatan Melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan, rakyat dapat memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing bagi membersihkan dan memerlihara kawasan persekitaran tempat tinggal. Setiap rakyat mengambil peranan dalam setiap bahagian yang dijalankan. Dengan cara ini, kita akan saling bantu-membantu antara satu sama lain serta dapat menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri dalam jiwa masyarakat kini. Masyarakat juga dapat menjalinkan kemesraan daripada aktiviti gotong-royong. 11


Sebagai contoh, setiap jiran boleh membuat aktiviti membersihkan longkang dan mengutip sampah disekitar rumah pada hujung minggu. Aktiviti sebegini, masyarakat dapat berkenalan dan bertegur sapa dengan jiran tetangga melalui aktiviti kemasyarakatan . Oleh itu, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat. 3) Penggunaan bahasa Kebangsaan Setiap masyarakat mestilah mengetahui penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu. Ia sangat penting dalam berkomunikasi antara dua orang apabila memulakan perbualan. Maka penggunaan bahasa melayu lebih mudah difahami diantara satu sama lain. Jika diterlusuri sejarah dahulu, bahasa melayu pernah menjadi “Lingua Franca” iaitu bahasa peranataraan pedagang dunia pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jadi, sebagai rakyat malaysia, kita seharusnya memartabatkan bahasa melayu supaya kita mempunyai kesepaduan antara masyarakat majmuk di Malaysia. 12


8.0 KESIMPULAN Kesepaduan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan pencapaian penting dalam menguruskan pelbagai kumpulan etnik,agama, dan budaya yang ada di dalam negara ini. Ia adalah suatu proses yang berterusan dan diperjuangkan melalui dasar-dasar tertentu. Contohnya, melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, pelbagai program pendidikan, dan juga inisiatif-inisiatif yang mendorong perpaduan dan harmoni di dalam negara Malaysia. Pelbagai cabaran yang masih wujud dan muncul di dalam memupuk kesepaduan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Walau bagaimanapun, Malaysia telah mencapai tahap kesepaduan yang membolehkan pelbagai komuniti hidup bersama dalam satu negara yang aman dan stabil dengan pelbagai budaya dan tradisi yang diterima serta dihormati oleh semua rakyat yang tinggal di Malaysia. Kesepaduan ini merupakan aset yang amat berharga dalam sesebuah negara dan haruslah dikekalkan serta diperkukuhkan untuk masa depan yang lebih baik dan masyarakat yang lebih bersatu padu. Pelbagai usaha-usaha telah diambil untuk mempromosikan perpaduan dan mengharmonikan komuniti yang berbeza kumpulan etnik dan agama di dalam Malaysia. Hal ini telah memberikan hasil yang positif. Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu berusaha menggunakan segala inisisatif-inisiatif yang ada dalam memupuk kesepaduan masyarakat majmuk di Malaysia. 13


9.0 RUJUKAN 1. https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar _Perpaduan_Negara-1.pdf 2. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/h armonikan-hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum#google_vignette 3. https://anyflip.com/sgefm/hbfk/basic 4. https://fliphtml5.com/hnnjf/zosp/basic 5. https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduankaum-dan-integrasi-nasional-di-malaysia 6. https://www.scribd.com/doc/99491126/Implikasi-KetidakwujudanPerpaduan-Kaum-Dan-Integrasi-Nasional-Di-Malaysia 7. https://www.studocu.com/my/document/politeknik-ibrahimsultan/etika/perpaduan-di-malaysia/15466021 8. https://anyflip.com/vgxsy/xewt/basic 9. https://www.researchgate.net/profile/Mohd-AnuarRamli/publication/327464119_ISUISU_SENSITIF_DALAM_MASYARAKAT_MAJMUK_DI_MALAYSIA_PASCA _PILIHANRAYA_UMUM_PRU14_APLIKASI_PENDEKATAN_KESEDERHAN AAN/links/5b908290a6fdcce8a4c63a47/ISU-ISU-SENSITIF-DALAMMASYARAKAT-MAJMUK-DI-MALAYSIA-PASCA-PILIHANRAYA-UMUMPRU14-APLIKASI-PENDEKATAN-KESEDERHANAAN.pdf 10.https://www.coursehero.com/file/64544724/kesan-kekurangantoleransi-antara-kaum-newdocx/ 14


10.0 LAMPIRAN 15


JADUAL PENGURUSAN KUMPULAN TAJUK E-FOLIO : KESEPADUAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA NAMA NURUL NABILAH BINTI AZNI NO. PEND 01DAT23F1006 NAMA NUR AMALIA SYUHADA BINTI MOHD HENRY @ ZAIDI NO. PEND 01DAT23F1016 NAMA NURUL BATRISYIA BINTI MOHD NAJMIE NO. PEND 01DAT23F1018 NAMA AI’SYAH FARHANAH BINTI FISOUL NO. PEND 01DAT23F1022 BI L. PERKARA CATATAN PENSYARAH TARIKH 1. > NURUL NABILAH BINTI AZNI -Mencari maklumat mengenai Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia untuk membuat kesimpulan dan rujukan. -Menyunting dan menyusun maklumat yang telah dicari ke dalam Microsoft Word. -Menukarkan Word kepada Anyflip. 1.11.2023 14.11.2023 2.12.2023 2. > NUR AMALIA SYUHADA BINTI MOHD HENRY @ ZAIDI -Mencari maklumat mengenai Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia untuk membuat penghargaan, pengenalan dan objektif. -Menyunting dan menyusun maklumat yang telah dicari ke dalam Microsoft Word. 5.11.2023 15.11.2023 3. > NURUL BATRISYIA BINTI MOHD NAJMIE -Mencari maklumat mengenai Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia untuk membuat kesan, langkah dan lampiran. -Menyunting dan menyusun maklumat yang telah dicari ke dalam Microsoft Word. 3.11.2023 20.11.2023 4. > AI’SYAH FARHANAH BINTI FISOUL -Mencari maklumat mengenai Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia untuk membuat isu dan faktor. -Menyunting dan menyusun maklumat yang telah dicari ke dalam Microsoft Word. 7.11.2023 27.11.2023 16


Click to View FlipBook Version