The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syarinah Mad Sehat, 2019-06-24 06:03:58

SEC2423

PERINCIAN TUGASAN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DPAKK)
JABATAN PENDIDIKAN

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN (FBP)
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)
PENGESANAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

(SEC2423)

PENULISAN AKADEMIK

PENGENALAN
Panduan ini menerangkan dengan terperinci tugasan kursus ini yang merupakan salah satu
komponen penaksiran yang telah ditetapkan bagi memenuhi 60% markah kursus.

Tugasan kursus Pengesanan dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak (SEC2423) bertujuan
untuk menilai Hasil Pembelajaran Program (CLO) yang telah ditetapkan di dalam kursus ini,
iaitu:

CLO 1: Menerangkan cara-cara mengesan kemajuan kanak-kanak di lingkungan
umur 0 hingga 6 tahun.
(C2, PLO1)

CLO 2: Menjelaskan pelbagai teknik pemerhatian untuk mengumpul data bagi
kanak-kanak yang berumur 0 hingga 6 tahun.
(C3, PLO6)

CLO 3: Menerangkan peranan guru dalam mengelola aktiviti susulan untuk kanak-
kanak.
(C3, PLO2, PLO5)

CLO 4: Menjelaskan potensi kanak-kanak dari pelbagai teknik, bagi memastikan
perkembangan kanak-kanak berada pada tahap yang optimum dan mencapai
perkembangan yang menyeluruh.
(C3, PLO3, PLO4)

1

Panduan ini mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan pensyarah menilai
hasil kerja pelajar.
CIRI-CIRI PENULISAN AKADEMIK

 Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.
 penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
 setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
 penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu.
 menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran dan tidak mengandungi

kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

2

3

4

5

6

7

PERINCIAN TUGASAN SEC2423

KAEDAH & JENIS PENILAIAN :

Jenis Penilaian Kaedah Penilaian Peratusan (%)
Kuiz 10
10
Tugasan Individu Pembinaan Instrumen 10
Pemerhatian Perkembangan Kanak- 10
Tugasan Kumpulan 20
Peperiksaan Akhir kanak
Laporan 40
100
Projek + Pembentangan

Peperiksaan Akhir Semester

Jumlah keseluruhan

KUIZ / LATIHAN : 10%
 Pelajar diwajibkan menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh pensyarah
 Sebanyak 10 MARKAH keseluruhannya telah disediakan oleh pensyarah
 Jika tiada kuiz, pensyarah akan menyediakan soalan latihan topik sebagai ulang kaji kepada
pelajar.

TUGASAN INDIVIDU: 30%

(Pembinaan Instrumen & Pemerhatian kanak-kanak): 20%
 Secara INDIVIDU, anda dikehendaki menghasilkan SATU senarai semak yang
mengandungi sekurang-kurangnya 10 item dan gunakan SATU (1) sahaja rekod
pemerhatian untuk mencatat segala perkembangan kanak-kanak berdasarkan pada salah satu
perkembangan yang di pilih.
 Senarai semak dan rekod pemerhatian tersebut akan digunakan semasa sesi pemerhatian
kanak-kanak
 Senarai semak dan rekod pemerhatian perlu dirujuk pensyarah sebelum pemerhatian
dijalankan.

8

(Laporan) : 10%
 Anda dikehendaki menghasilkan POWER POINT untuk melaporkan hasil pemerhatian yang
telah kamu jalankan.
 Laporan haruslah mengandungi pengenalan, senarai semak, rekod pemerhatian , analisis
perkembangan dan kesimpulan.
 Tarikh penghantaran laporan adalah pada MINGGU 11.

TUGASAN KUMPULAN : 20%

(KAJIAN KES): 20%
 Bentuk satu kumpulan yang mengandungi 5 orang ahli SAHAJA
 Dalam satu kumpulan, anda dikehendaki membincangkan SATU KAJIAN KES tentang
masalah perkembangan kanak-kanak (PILIH SATU ISU SAHAJA) seterusnya membuat
pengesanan dan penilaian tentang perkembangan kanak-kanak tersebut.

 Kandungan yang perlu ada dalam laporan:
1.0 Pengenalan tentang pengesanan dan penilaian perkembangan kanak-kanak
2.0 Sebutan kes
3.0 Fakta dan idea daripada kes
4.0 Masalah perkembangan kanak-kanak
5.0 Kaedah pengesanan dan penilaian
6.0 Tindakan susulan
7.0 Kesimpulan
8.0 Rujukan

 Format laporan:
1) TNR 12 @ ARIAL 11
2) 1.5 spacing, Justify
3) Sekurang-kurangnya 10 muka surat

 Tarikh PEMBENTANGAN adalah pada minggu ke 12 & 13

9

MASALAH PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
 Setiap kumpulan perlu memilih SATU (1) sahaja masalah
1. Kanak-kanak mangsa penceraian
2. Tinggal bersama atuk & nenek
3. Perbandingan kanak-kanak daripada golongan kaya dan miskin
4. Anak kepada ibu/bapa yang berada di penjara
5. Perbandingan antara anak yang diasuh oleh ibubapa dan selain daripada ibubapa
6. Kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik
7. Kanak-kanak yang diasuh oleh golongan LGBT

10


Click to View FlipBook Version