The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 997-27-nirwana, 2023-10-16 10:40:32

PERKEMBANGAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Flipbook Falsafah Pendidikan

DI MALAYSIA PERKEMBANGAN EDUP3093 Hasneeta, Muhammad Azim, Nirwana dan FALSAFAH PENDIDIKAN


Pengenalan Sebelum mencapai kemerdekaan, pendidikan Tanah Melayu dikelolakan, dikendalikan, dikawal selia dan diletakkan di bawah kuasa pentadbiran penjajah Inggeris tanpa berpandu falsafah atau dasar yang jelas. Masyarakat terutamanya pendidik perlu tahu perkembangan pendidikan negara kita bahawa zaman penjajahan British telah memberi kesan besar dalam sistem pendidikan dapat dilihat sisanya sehingga kini. Perkembangan pendidikan Malaysia yang akan diterangkan ialah pendidikan sebelum Merdeka, sistem pendidikan selepas Merdeka dan pendidikan masa kini.


Merdeka Merdeka Pada ketika sebelum mencapai kemerdekaan, pendidikan dilaksanakan mengikut beberapa sistem yang ditadbir secara berasingan. Sistem ini tidak memupuk semangat kecintaan kepada Tanah Melayu sebaliknya mengekalkan tumpuan dan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka masing-masing. Sebelum Penyata razak 1956 Sistem Pendidikan Pondok Sistem Pendidikan Vernakular Laporan Cheeseman 1946 Laporan Barnes 1950 Laporan FennWu 1951 Ordinan Pelajaran 1952


p Ciri sistem endidikan pondok: p Ciri sistem endidikan pondok: Sistem Pendidikan Pondok Sistem Pendidikan Pondok Konsep Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan tradisional Islam yang banyak diamalkan di Indonesia, Selatan Thailand dan Malaysia. Sistem pendidikan yang diamalkan adalah berteraskan pengajian ilmu Islam. Merupakan pengurusan yang terkawal. Ditadbir secara tidak formal oleh ilmuan agama Islam. Pendidikan berlaku di tempattempat ibadah seperti surau dan madrasah. Pendidik terdiri daripada lelaki yang dilantik sebagai imam yang telah menunaikan haji. P Q engajian al-Quran, tafsir aluran dan hadis serta fiqah dan tauhid. Ilmu dibawa dari negaraB negara Islam seperti Mesir. da ahan bacaan kebanyakannya lam tulisan Jawi dan bahasa Arab. Dilaksanakan pada waktu pagi iaitu selepas subuh, petang dan malam.


Sistem Pendidikan Vernakular Sistem Pendidikan Vernakular Sekolah Vernakular Melayu Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebelum kemerdekaan, pihak Inggeris mengamalkan dasar menentukan kaum Melayu, Cina, India tidak bersatu. Oleh itu, wujud sistem sekolah yang berorientasikan kepentingan mengikut kaum. Sekolah Vernakular Cina Sekolah hanya didirikan untuk anak-anak bangsawan. Perkembangan vernakular Melayu terhalang kerana kekurangan guru Melayu. Banyak sekolah ditutup kerana pelajar perempuan tidak digalakkan ke sekolah dan pelajar lelaki sikit. Sekolah Cina ditubihkan pada tahun 1815 oleh kumpulan penyebar agama dari Persatuan Mubaligh London atau oleh masyarakat cina sendiri. Menggunakan bahasa Cina atau Mandarin sebagai bahasa pengantar. Pelajar cina diajar menggunakan bahan-bahan klasik, mengira dengam menggunakan sempoa dan menulis tulisan Cina.


Sistem Pendidikan Vernakular Sistem Pendidikan Vernakular Sekolah Tamil sangat terhad kerana masyarakat India tinggal di ladang kurang berminat untuk mendirikan sekolah. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Tamil sebagai pengantar. Pihak Inggeris kurang memberikan perhatian kepada sekolah vernakular Tamil sehingga Kod Buruh 1925 dikuatkuasakan. Ladang yang mempunyai lebih 10 orang kanak-kanak wajib menyediakan sekolah untuk membasmi buta huruf Sekolah Vernakular Tamil Sekolah Vernakular Inggeris Sekolah Vernakular Inggeris Sekolah hanya didirikan di kawasan bandar oleh paderi. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan kepada anak-anak golongan bangsawan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris merupakan paderi yang mendapat pendidikan di Eropah. Sekolah Vernakular Agama Sekolah Vernakular Agama Sekolah vernakular agama atau pendidikan madrasah didirikan oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam. British mengambil Inisiatif mendirikan beberapa ‘Free School’ untuk menjamin keperluan tenaga separuh mahir bagi mengisi kekosongan jawatan.


LAPORAN CHEESEMAN 1946 Laporan Cheeseman disediakan oleh H.R Cheeseman iaitu seorang Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1983. Merupakan cadangan perubahan pertama untuk polisi pendidikan di bawah Malayan Union. Tujuan Laporan Cheeseman adalah untuk membina semula sistem pendidikan bagi menjamin setiap jenis sistem sekolah dapat diperkembang sepenuhnya. Laporan Cheeseman ialah rancangan penyusunan semula sistem pendidikan di Tanah Melayu . Langkah pemulihan untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas lima tahun dalam pemerintahan Jepun. Cadangan dalam laporan: Pendidikan rendah diberi secara percuma kepada kanak-kanak di sekolah vernakular. Kanak-kanak dibenarkan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Mata pelajaran Sains dimasukkan dalam pelajaran. Menambah sekolah pertukangan dan memperbaiki kurikulum. Subjek amali mesti dimasukkan dalam Kurikulum Bahasa Inggeris.


Laporan Barnes 1950 Ditubuhkan pada tahun 1950 Dipengerusikan oleh L. J. Barnes iaitu Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk menyemak dan menambah baik sistem pendidikan untuk bangsa Melayu. Laporan Barnes telah memberontak seluruh sistem pendidikan sedia ada dan mencadangkan penambahbaikan dalam beberapa perkara. Senarai Cadangan Laporan Barnes 1951: Matlamat pendidikan perlu membentuk satu identiti bangsa berdasarkan kaum. Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan perlu menggunakan sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah rendah. Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun mesti menerima pendidikan di sekolah kebangsaan dan diberikan pendidikan secara percuma. Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pembinaan sekolah vokasional yang moden. Kurikulum pendidikan perlu menekankan mata pelajaran Sains, Seni, Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Pentadbiran dan kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh Penguasa Pelajaran Setempat dan kerajaan semasa yang mentadbir. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk memegang Sijil Persekolahan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


PENYATA RAZAK 1956 ORDINAN PELAJARAN 1952 LAPORAN FENN-WU 1951 CADANGAN LAPORAN: Deketuai oleh Dr W. O Fenn dan Dr. Wu The Yau Laporan Barnes 1951 yang memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah Melayu telah mendapat bantahan daripada masyarakat Cina. Oleh itu, Sir Henry Gurney telah menubuhkan jawatankuasa Fenn-wu pada tahun itu untuk mengkaji semula Laporan Barnes. Mengadakan dua sistem sekolah iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka. Sekolah aliran Inggeris harus dikekalkan dan pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris. Manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu. USUL YANG DIKEMUKAKAN: Merupakan cadangan yang dikemukakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan dan dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan iaitu Tun Abdul Razak Hussein. Penubuhan ini adalah untuk mengkaji semula sistem pendidikan. Laporan ini memberi penekanan kepada usaha membentuk perpaduan antara kaum dan penghasilan tenaga kerja. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan. Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu. Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi. Ordinan ini dibentangkan pada September 1951 dan ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh masyarakat Melayu. Satu JawatanKuasa Khas ditubuhkan bagi membincangkan perkara ini telah mencadangkan perkara berikut: Penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dilaksanakan secara berperingkat. Penggunaan tida bahasa di sekolah Cina dan Tamil secara beransur-ansur. Mengehadkan bilangan murid masuk ke sekolah Jawatankuasa ini telah mengesyorkan cadangan yang kemudian diluluskan dan dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Cadangan adalah seperti berikut: Penubuhan dua jenis sistem persekolahan iaitu sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pembelajaran selama enam tahun dengan menjadikan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Pelaksanaan sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Laporan Barnes dilaksanakan. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Bahasa Cina dan Tamil dilaksanakan jika terdapat permintaan dengan bilangan murid minimum 15 orang.


SELEPAS SISTEM PENDIDIKAN MERDEKA


1964 Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah memberi kesedaran tentang betapa pentingnya satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh menggantikan sistem pendidikan penjajah dalam mencapai aspirasi negara yang maju dan bersatu. 1996 1979 1961 1960 LAPORAN AHMAD TALIB 1960 AKTA PENDIDIKAN 1961 LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 AKTA PENDIDIKAN 1996


LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Laporan Rahman Talib yang diperakui dalam Akta Pendidikan 1961 mengandungi cadangan-cadangan dalam Laporan Razak dengan tujuan untuk menyatukan kaum di Malaysia. Antara cadangannya yang direalisasikan melalui sistem pendidikan hari ini: Laporan ini menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Laporan ini mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk memenuhi keperluan tenaga mahir. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.


Beberapa penyesuaian telah dilaksanakan melalui perubahan dan pindaan yang dibuat terhadap cadangan dalam Laporan Razak kepada Laporan Rahman Talib, termasuklah: Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang. Pendidikan akhlak dititikberatkan. Pendidikan di sekolah adalah percuma. Sekolah-sekolah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara automatik. Laporan Ahmad Talib telah mencadangkan: Bahasa kebangsaan Kelas peralihan Kenaikan secara automatik Mata pelajaran akhlak


AKTA PENDIDIKAN 1961 Akta Pendidikan 1961 merupakan undang-undang pendidikan yang bersifat kebangsaan dan dikuatkuasakan di Malaysia sebelum ini. Akta tersebut wujud dengan asas cadangan yang dibawa dari Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. AKTA PENDIDIKAN 1961 Laporan ini menggariskan sistem persekolahan yang seragam, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama. Penegasan kepada pendidikan asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M). Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Penegasan kurikulum mengikut acuan Malaysia. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun kepada 11 tahun. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan kualiti pelajaran keseluruhan. mengandungi:


CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN: Laporan Aminuddin Baki diwujudkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang terdiri daripada pelbagai jurusan bagi sekolah menengah rendah untuk menggantikan sekolah pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan. LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 Kesesuaian bentuk soalan dalam peperiksaan. Masalah dan sikap guru. Kemantapan latihan perguruan. Pelaksanaan kaedah pengajaran. Hubungan guru dan ibu bapa. Kemudahan fizikal di sekolah-sekolah. Amiruddin telah mencadangkan 12 cadangan kepada kerajaan berkaitan dengan kemunduran anak-anak Melayu: Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. Pelajaran sekolah menengah rendah dinaikkan hingga 3 tahun. Pelbagai jenis kursus perlu diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelbagai tenaga mahir. Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Memperkenalkan sekolah teknik.


Mengkaji semula matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang 0 diamalkan ketika itu. 1. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 Laporan jawatankuasa ini dibentuk hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet 1974. TUJUAN UTAMA LAPORAN 02. Memastikan keperluan tenaga manusia dapat dipenuhi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. 03. Mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan yang kurang menitikberatkan aspek perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa. Membuat ketetapan secara spesifik penentuan acuan warganegara Malaysia yang dibentuk melalui sistem pendidikan. 04.


AKTA PENDIDIKAN 1996 Akta Pendidikan 1996 ialah lanjutan dan kesinambungan pembaharuan yang dibawa dari Akta Pelajaran 1961. KEPENTINGAN: Menjadi panduan untuk menjadikan sistem pendidikan lebih sistematik dan lebih mantap dengan meliputi semua peringkat persekolahan daripada peringkat prasekolah hingga peringkat pendidikan tinggi. Perubahan ini melibatkan semua kategori sekolah dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta kecuali sekolah ekspatriat. Akta Pendidikan 1996 menjadi garis panduan dan rujukan utama pelaksanaan pendidikan sejajar dengan perubahan masa. Menjadi asas dalam memartabatkan bahasa Melayu.


PENDIDIKAN MASA KINI


MEMBINA NEGARA BANGSA MEMBANGUNKAN MODAL INSAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN 6 T E R A S P I P P 2 0 0 6 - 2 0 1 0 MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPP2013-2025) LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020 AKSES Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. KUALITI 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandarluar bandar, sosioeonomi, gender) menjelang tahun 2020 EKUITI Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepebagaian. PERPADUAN Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. KECEKAPAN


tiga gelombang gelombang 1 (2013-2015) gelombang 3 (2021-2025) gelombang 2 (2016-2020) KPM akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Berfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Perubahan struktur pendidikan negara dilaksanakan bagi mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1 untuk disejajarkan dengan initiatif dalam Gelombang 2.


6 ASPIRASI MURID Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu dan belajar untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat. Setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas. Kebolehan memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting bagi memastikan kecemerlangan dan keharmonian sesuatu kelompok. Setiap murid tanpa mengira latar belakang etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat harus berbangga menjadi rakyat Malaysia. Semua murid perlu menguasai bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap murid perlu dididik dan dibimbing untuk memiliki etika dan kerohanian yang tinggi agar dapat menghadapi cabaran abad ke-21. KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN MEMIMPIN PENGETAHUAN ETIKA DAN KEROHANIAN KEMAHIRAN DWIBAHASA IDENTITI NASIONAL


ANJAKAN 3 Melahirkan rakyat yang menghayati nilai Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. 11 ANJAKAN ANJAKAN 1 bertaraf antarabangsa. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti ANJAKAN 2 ANJAKAN 4 Mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. ANJAKAN 6 Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. ANJAKAN 7 Malaysia. Memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di ANJAKAN 8 Mentransformasikan kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. ANJAKAN 9 Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. ANJAKAN 10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. ANJAKAN 11 Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. ANJAKAN 5 Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.


B B P BERILMU PENGETAHUAN Dunia digital mampu membentuk rakyat yang bersifat terbuka terhadap ilmu pengetahuan. BERTANGGUNGJAWAB Melatih generasi muda untuk bertanggungjawab dalam menjadi warganegara digital yang berwibawa. PENDIDIKAN SUATU USAHA BERTERUSAN Pendidikan digital dilihat sebagai salah satu platform pendidikan yang boleh diakses di mana-mana sahaja tanpa had. Contohnya, ketika melandanya wabak COVID19 baru-baru ini proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi diteruskan dengan cara pembelajaran atas talian dengan menggunakan platform digital terbaik. DASAR PENDIDIKAN DIGITAL KEMENTERIAN PENEDIDIKAN MALAYSIA


DI MALAYSIA FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah Pendidikan Negara telah dilaksanakan pada tahun 1988 untuk melaksanakan tanggungjawab iaitu memartabatkan bangsa atau negaranya. Pada tahun 1996, Falsafah Pandidikan Negara telah ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ” Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi ayat yang berbunyi:


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 9 ELEMEN YANG PERLU DIBENTUK DALAM PEMIKIRAN DAN AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN DI NEGARA KITA menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembang potensi murid. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Rentetan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, telah dinyatakan dengan jelas hala tuju atau dua matlamat pendidikan guru di Malaysia iaitu untuk: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. ” Berpekerti mulia Berpandangan progresif & saintifik Bersedia menjunjung aspirasi negara Menyanjung warisan kebudayaan negara Menjamin perkembangan individu Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu Memelihara suatu masyarakat yang demokratik Memelihara suatu masyarakat yang progresif Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokumentasikan itu menyatakan bahawa guru-guru di Malaysia ialah:


KHAS FALSAFAH PENDIDIKAN OBJEKTIF FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS DITUBUHKAN VISI PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. MISI PENDIDIKAN KHAS MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS UNTUK MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG DAPAT BERDIKARI, BERJAYA DALAM HIDUP DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN BAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP SEJAJAR DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN PELUANG PENDIDIKAN UNTUK MURIDMURID BERKEPERLUAN KHAS. MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG RELEVEN DAN SESUAI KEPADA SETIAP MURID BERKEPERLUAN KAHS. MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENCUKUPI DAN TERKINI. MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK MENGEMBANGKAN BAKAT DAN POTENSI MURID YANG BERKEPERLUAN KHAS. MEMASTIKAN TENAGA PENGAJAR TANG MENCUKUPI DAN TERLATIH DALAM BIDANG PENDIDIKAN KHAS. 1. 2. 3. 4. 5. MENYUBURKAN KEUPAYAAN INTELEK, EMOSI, SOSIAL DAN JASMANI KANAKKANAK LUAR BIASA. MEMPERKEMBANGKAN KECEKAPAN EKONOMI YANG ASAS SUPAYA KANAKKANAK KHAS MENJADI PEKERJA YANG BERGUNA PADA MASYARAKAT. MENGERATKAN KANAK-KANAK DENGAN MASYARAKAT BIASA SUPAYA MEREKA DAPAT DITERIMA OLEH MASYARAKAT. 1. 2. 3.


“Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak”. Falsafah dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak Falsafah dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak Matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari selepas lahir hingga ke umur 8 tahun Objektif Mempunyai tubuh sihat dan cergas Mempunyai konsep kendiri yang positif Dapat menggunakan bahasa dengan baik, memperolehi kemahiran sains dan matematik Mengamalkan nilai murni dan nilai-nilai Islam Berkomunikasi dengan mantap


Pada tahun 1990-an, permintaan memasuki sekolah teknik dan vokasional bertambah. Kesedaran ibu bapa pelajar bahawa pentingnya pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Kementerian Pendidikan Malaysia menggubal semula matlamat dan tujuan TVET PADA TAHUN 1990 HINGGA 2000 Menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di peringkat pendidikan menengah atas melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Memberikan pendidikan akademik yang seimbang dan menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi OBJEKTIF PENDIDIKAN TEKNIK Melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di peringkat menengah atas. Membolehkan pelajar mendapat pengetahuan asas vokasional dan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam industri. OBJEKTIF PENDIDIKAN VOKASIONAL Pada tahun 2000, pendidikan vokasional telah mengalami perubahan dan pengubahsuaian dari segi struktur dan kurilulum. Bertujuan untuk memberi latihan yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan dan permintaan tenaga mahir di Malaysia. PTV PADA TAHUN 2000 HINGGA KINI FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN TVET Memperluas pelaksanaan Program Sistem latihan Dual Nasional (SLDN) yang melibatkan kandungan latihan sebanyak 70% secara hands on di tempat kerja dan 30% latihan teori di institusi latihan. Mempergiat pelaksanaan pengiktirafan pencapaian terdahulu atau Recognition of Prior Learning iaitu menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia kepada 60 000 pekerja setiap tahun. LANGKAH KERAJAAN MENGGALAKKAN PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA TVET merupakan singkatan bagi Technical and Vocational Education and Training. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.


Empat (4) Strategi Penting TVET Mengkoordinasikan pengoperasian penyedia TVET negara dengan mewujudkan Badan Penyelaras TVET Negara seperti yang telah dibentangkan. Membangunkan polisi berkaitan ekosistem TVET yang lebih menyeluruh dan sistematik. Melalui ini akan merangka Dasar TVET Negara. Membangunkan platform digital perkongsian data. TVET akan mempunyai data sendiri, instrumen pengesanan graduan yang lebih efektif. Memperluas akses dan ekuiti pendidikan. Pihak kerajaan akan meningkatkan akses dan banyak program berkaitan pembangunan dan keusahawanan akan kita anjurkan.


7 Strategi Pembangunan Aliran TVET Negara Mengubah konsep pendidikan tradisional dari ‘train and place ’ kepada ‘ place and train ’ Memperkenalkan CoOwnership Model antara kerajaan dan industri untuk peralatan, teknologi, kepakaran dan inovasi Mewujudkan Industry based Centre of Excellence (CoE) agar berlaku penyelarasan antara semua institusi TVET untuk mengoptimumkan sumber dan dana kerajaan Memperkenalkan TVET Valued Industry Partners (TVETVIP) untuk menggalakkan industri menerajui sistem TVET Menggerakkan ‘ of expertise ’ iaitu untuk memastikan wujudnya penyelarasan di antara industri dan pusat pendidikan TVET Mengusahakan peluang pekerjaan dan gaji minimum untuk graduan TVET mendapat gaji lumayan Bergerak dengan Industry Led Competency Certification Bodies ( Model German Dual Vocational Training)


PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FPK Menyedari akauntabiliti seorang guru yang merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara, dan profesion keguruan amnya. Mempamerkan kualiti peribadi guru yang unggul dan kreatif dalam pelbagai aspek sama ada dari segi PdP, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Menguasai pelbagai jenis kemahiran dalam memantapkan sesi PdP yang merangkumi kemahiran berhubung, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan mudah untuk menyesuaikan diri. Mengurus, menyelenggarakan dan memastikan prasarana yang diperlukan dalam bilik darjah mencupi. Menjalankan pelbagai tugas termasuklah mengembangkan diri dalam bidang kurikulum dan kokurikulum . Mengamal PdP selaras dengan hasrat FPG.


PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FPK Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan berkaitan masa pelajaran. Peka dengan tingkah laku pelajarnya. Memperkembang potensi dan bakat pelajar yang merangkumi aspek intelek (IQ), rohani (SQ), emosi (EQ) dan jasmani (PQ). Menjadi seorang yang kreatif dan inovatif semasa melaksanakan proses PdP.


PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FPG Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KSSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Mengamalkan PdP selaras dengan hasrat FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannnya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan bagi meransang perkembangan pelajar.


IMPLIKASI FPK DAN FPG TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA INTELEK (IQ) Mempunyai kemahiran asas 4M (Menulis,Membaca, Mengira dan Menaakul). Berfikir secara kreatif dan kritis. Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Perkembangan Potensi Individu Meliputi empat aspek iaitu IQ, SQ, EQ dan PQ. ROHANI (SQ) Membentuk akhlak mulia. Memupuk dan membina disiplin kendiri. Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan. Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan. EMOSI (EQ) Melakukan riadah. Menjaga kesihatan badan. Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari dan kepentingan rakyat. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulasi. JASMANI (PQ) Perasaan tenang dan tingkah laku terkawal. Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan. Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang. Menghargai keindahan dan kesenian.


IMPLIKASI FPK DAN FPG Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mampu mencapai kesejahteraan diri. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Rakyat Malaysia yang berketerampilan. Sumbangan rakyat menerusi FPK kepada keluarganya, masyarakat dan negara. Pendidikan suatu usaha berterusan.


RUMUSAN Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan FPK dan FPG. Jika guru tidak menghayati elemen-elemen yang terkandung dalam FPK dan FPG, sebaliknya mengajar murid-murid dengan sambil lewa sahaja, berkemungkinan cita-cita kerajaan untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan, berketerampilan dan sumber manusia yang memenuhi keperluan pasaran semasa tidak akan dapat dilaksanakan.


Click to View FlipBook Version