1 PERSATUAN IBU BAPA – GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 4 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN Kod.Sekolah: BBA6006 Tel./Fax: 603-32246206 TARIKH : 15 MEI 2024 ( RABU ) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN JUBLI EMAS SK PARIT 4 PERASMIAN OLEH : PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM “ Muafakat Membawa Berkat“ MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) KALI KE-49 ( 2024 ) PIBG SKP4
2 INTISARI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1 SIJIL PENDAFTARAN PIBG SK PARIT 4 3 2 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 4 3 SEKALUNG MUTIARA YANG DIPERTUA PIBG 5 4 PERUTUSAN PENASIHAT PIBG ( GURU BESAR ) 6 5 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 7 6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 8 7 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023-2025 9 8 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 10 9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 11-15 10 AKTIVITI-AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG 2023 16 11 PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DIS 2023 17-19 13 BILANGAN MURID SK PARIT 4 2024 20 14 SENARAI GURU DAN KAKITANGAN SKP 4 21-22 15 KEPERLUAN PERBELANJAAN TAHUN 2024 23 16 USUL 24 17 PENGHARGAAN 25
3
4 PERSATUAN IBU BAPA – GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 4 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN Kod.Sekolah: BBA6006 Tel./Fax: 603- 32246206 ____________________________________________________________________ Ruj.Kami : PIBG/SKP4/07/01/001 ( 4 )2023 Tarikh : 10 Mei 2023 Kepada : Ahli-ahli, Persatuan Ibu bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Parit 4, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 Perkara di atas dirujuk dan berkaitan. 2. Berhubung dengan perkara di atas, tuan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Parit 4 kali ke-48 seperti ketetapan berikut : Tarikh : 15 Mei 2024 ( Rabu ) Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Jubli Emas SK Parit 4 3. Bersama ini dilampirkan borang usul yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Borang usul ini hendaklah dipulangkan kepada Setiausaha PIBG, Haji Shahrulazman bin Mohammed Saif sebelum atau pada 10 Mei 2024. 4. Sukacita diingatkan bahawa pembawa usul hendaklah hadir ke mesyuarat ini bagi membolehkan usul tersebut dibincangkan. Usul ini tidak sah dan tidak dapat dibincangkan sekiranya tuan tidak hadir. 5. Kehadiran dan kerjasama tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang menjalankan tugas, ……………………………………………………. ( HAJI SHAHRULAZMAN BIN MOHAMMED SAIF ) Setiausaha, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SK Parit 4. PIBG
5 SEKALUNG MUTIARA YDP PIBG SK PARIT 4 Assallammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh . Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru yang dapat melapangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Parit 4 kali ke-49 bagi tahun 2024. Dalam kesempatan ini saya ingin mencoretkan sepatah dua kata dalam buku mesyuarat ini. Marilah kita berganding bahu dan bekerjasama untuk membawa perubahan dan kecemerlangan anak-anak didik SK Parit 4. PIBG akan cuba sedaya upaya untuk membantuk pihak sekolah dalam menjayakan programprogram yang telah dirancang demi kecemerlangan. Sesungguhnya kelancaran pelaksanaan program yang dirancang bergantung kepada kesatuan dan kesungguhan hati kita semua dalam melaksanakannya. Dikesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa PIBG yang telah sudi berkhidmat secara sukarela demi kebaikan dan kepentingan anak-anak didik SK Parit 4. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan berkekalan. Akhir kata, saya dan barisan AJK PIBG sesi 2023 / 2025 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh kami menjalankan amanah tuan-tuan dan puan-puan. Selamat bersidang. Sekian, terima kasih. HAJI JAMALI BIN MAT JANUM Yang Dipertua PIBG SK Parit 4
6 PERUTUSAN GURU BESAR SK PARIT 4 Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya dan izinNya dapat kita bersamasama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit 4. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG Tuan Haji Jamali bin Mat Janum dan semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan komitmen kepada pihak sekolah semasa saya menjalankan tugas dan tanggungjawab saya di sini. Peranan dan tanggunjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang akademik dan kokurikulum murid-murid. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah sekolah adalah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid. Marilah kita sama-sama mendidik, membimbing dan memimpin anak-anak dengan langkah yang sentiasa seiring dalam mengejar arus perkembangan dunia pendidikan. Justeru,semua guru, ibu bapa, PIBG, komuniti dan murid-murid perlu bergerak sederap untuk melakar impian mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan, permainan dan pembentukan sahsiah. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak terutama ketika berada di rumah. Keprihatinan dan pemantauan rapi daripada ibu bapa amatdiperlukan dalam membantu perkembangan pelajaran anak-anak dan bukannya mengharpkan kepada guru semata-mata. Kedua-dua pihak haruslah sama-sama berganding bahu agar prestasi anak-anak dapat dipertingkatkan. Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional sekiranya ibu bapa menghadapi sebarang kesulitan berkaitan masalah pembelajaran anak-anak di sekolah . Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya.Pihak PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Parit 4 terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SK Parit 4. Sekian, terima kasih. HAJI AZMAN BIN JUAHIR Guru Besar, SK Parit 4
7 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 4 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN 2.30 PETANG : KETIBAAN IBU BAPA PENJAGA/PERASMI 3.00 PETANG : UCAPAN ALUAN JURUACARA MAJLIS : NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI SELANGOR : BACAAN DOA ( USTAZ HAJI ABDULLAH BIN SAAD ) : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ( TUAN HAJI JAMALI BIN MAT JANUM ) : UCAPAN PENASIHAT PIBG – GB SK PARIT 4 ( TUAN HAJI AZMAN BIN JUAHIR ) : UCAPAN PERASMIAN ( PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM ) 3.50 PETANG : PENYAMPAIAN CENDERAHATI 4.00 PETANG : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 DIMULAKAN : CABUTAN BERTUAH 5.00 PETANG : BERSURAI
8 AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PARIT 4 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN KALI KE-49 1. Ucapan aluan Pengerusi Mesyuarat 2. Membentang Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-48 Tahun 2022 3. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan : Aktiviti PIBG Tahun 2023 4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember Tahun 2023 5. Membahaskan Usul / Cadangan – Jika ada 6. Ucapan Penangguhan 7. Hal-hal Lain 8. Bersurai
9 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 4 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN 2023/2025 PENASIHAT : HAJI AZMAN BIN JUAHIR ( Guru Besar SK Parit 4 ) YANG DIPERTUA : HAJI JAMALI BIN MAT JANUM NAIB YANG DIPERTUA : PUAN NORAZEAN BINTI BASRAN SETIAUSAHA : HAJI SHAHRULAZMAN BIN MOHAMMED SAIF BENDAHARI : PUAN NORHAFIZAH BINTI IBRAHIM AHLI JAWATANKUASA : 1. PUAN SITI MAIZATUL ASMA BINTI MOHAMMED SAIL 2. PUAN HABIBAH BINTI NORDIN 3. ENCIK AHMAD ZHAFRI BIN MD NOR 4. ENCIK ZAMRI BIN ABDULLAH 5. ENCIK AZHAR BIN MAT ISA 6. ENCIK MOHD KAMIL BIN HAMDAN 7. PUAN SITI NOR DEWI BINTI MOHD NORMAN 8. ENCIK AZMAN BIN NGARBI 9. PUAN FADILLAH BINTI BAHARI 10. PUAN HIDAYAH BINTI HUSSIN 11. ENCIK ROSLAN BIN MAT PEMERIKSA KIRA-KIRA : PUAN NIZAH@AZIZAH BINTI MAT KUNTING PUAN NORAZIMAH BINTI MOHD YUSOP
10 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 PENGERUSI Tuan Haji Azman bin Juahir NAIB PENGERUSI Encik Samad bin Wahab Tuan Haji Mohd Rizal bin Salimin Encik Khairul Anuar bin Jamaluddin SETIAUSAHA Tuan Haji Shahrulazman bin Mohammed Saif PENYAMBUT TETAMU P.A SISTEM / DOKUMENTASI Pentadbir Encik Mohd Ghazali bin Shahari AJK PIBG Encik Ahmad Zafri bin Md Noor Encik Muhammad Najib bin Zakaria PERSIAPAN PENTAS ,BANNER JAMUAN/PENDAFTARAN DAN DEWAN Puan Nor Hafizah binti Ibrahim Puan Habibah binti Nordin Puan Seri Kenanga binti Jaapir Puan Maizatul Asma binti Mohd Sail Encik Ahmad Zhafri bin Md Noor PEMBACA DOA Encik Ghazali bin Shahari Haji Abdullah bin Saad Puan Siti Hawa binti Hamid CENDERAHATI/CABUTAN BERTUAH PENCATAT MINIT MESYUARAT Puan Intan Sofiah binti Mohd Tahir Encik Salehuddin Al As bin Anuas Puan Azirawati binti Bahari Puan Nizah @ Azizah binti Mat Kunting JURUACARA BUKU PROGRAM Encik Fathul Mu’in bin Md Ali Haji Shahrulazman bin Mohammed Saif
11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48 SK PARIT 4 TARIKH : 24 MEI 2023 HARI : RABU MASA : 02.30 PETANG TEMPAT : DEWAN JUBLI EMAS, SK PARIT 4 PERASMI : ENCIK MOHD SOOM BIN ZAHLAN, TIMBALAN PPD, SEKTOR PEMBELAJARAN, PPD SABAK BERNAM KEHADIRAN: 72 orang AGENDA: 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MESYUARAT (HAJI KAMARAZAMAN BIN ARIFFIN – YANG DIPERTUA PIBG) 1.1 Pengerusi menyatakan rasa kesyukuran dan merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli mesyuarat kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48. 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat yang diadakan adalah untuk membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Makluman: Semua ahli mesyuarat 2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE47 TAHUN 2022 (HAJI SHAHRULAZMAN BIN MOHAMMED SAIF – SETIAUSAHA PIBG) 2.1 Haji Shahrulazman bin Mohammed Saif selaku Setiausaha PIBG menerangkan bahawa semua ahli mesyuarat boleh merujuk minit mesyuarat yang lepas pada muka surat 10 dalam buku mesyuarat yang diedarkan. 2.2 Minit mesyuarat telah: 2.2.1 Dibentangkan oleh : Haji Shahrulazman bin Mohammed Saif 2.2.2 Dicadangkan oleh : Puan Habibah binti Nordin 2.2.3 Disokong oleh : Puan Norazean binti Basran 2.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 47 Tahun 2022 tanpa pindaan. Makluman: Semua ahli mesyuarat
12 3.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN: AKTIVITI PIBG TAHUN 2022 3.1 Encik Shahrulazman bin Mohammed Saif selaku Setiausaha PIBG menerangkan bahawa semua ahli mesyuarat boleh merujuk Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Tahun 2022 pada muka surat 18 dalam buku mesyuarat yang diedarkan. 3.2 Beliau menyatakan bahawa terdapat 10 aktiviti PIBG yang telah dilaksanakan pada tahun 2022. Aktiviti PIBG termasuklah: 3.2.1 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 3.2.2 Gotong-Royong Program Ibadah Korban 1443H 3.2.3 Pengurusan dan Penjagaan Kebun Kelapa Sawit 3.2.4 Hari Anugerah Kecemerlangan 3.2.5 Program Keceriaan Kelas 3.2.6 Mesyuarat AJK PIBG Sebanyak 3 Kali Setahun 3.2.7 Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-47 3.2.8 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 3.2.9 Sambutan Hari Guru 3.2.10 Gotong-Royong Makluman: Semua ahli mesyuarat 4.0 PEMBENTANGAN, PENERIMAAN DAN KELULUSAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 4.1 Puan Nor Hafizah binti Ibrahim selaku Bendahari PIBG menerangkan bahawa semua ahli mesyuarat boleh merujuk Penyata Kewangan PIBG Berakhir Pada 31 Disember 2022 pada muka surat 15-17 dalam buku mesyuarat yang diedarkan. 4.2 Beliau menyatakan bahawa jumlah terimaan dalam akaun PIBG adalah sebanyak RM51 116.73 manakala jumlah bayaran adalah sebanyak RM42 805.00. Baki Akaun PIBG pula sebanyak RM8 311.73. 4.3 Puan Fadilah bertanyakan tentang duit perkhemahan yang melibatkan Tahun 4, 5, dan 6 tahun lepas memandangkan tiada aktiviti perkhemahan dijalankan. 4.4 Puan Nor Hafizah binti Ibrahim selaku Bendahari PIBG menerangkan bahawa duit perkhemahan Tahun 4 dan 5 tahun lepas masih ada dalam akaun manakala Tahun 6 telah digunakan untuk Jamuan Apresiasi Tahun 6 yang diadakan di Hotel KOMPIT. 4.5 Encik Kamel bertanyakan tentang pecahan duit sumbangan keceriaan SK Parit 4 sebanyak RM10 000. 4.6 Encik Mohd Rizal bin Salimin selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menjelaskan bahawa laporan kewangan perbelanjaan telah dihantar ke pejabat YB. Antara pecahan:
13 - Perbelanjaan mengecat 1 blok bangunan sekolah - Perbelanjaan penambahbaikan struktur kayu kepada batu-bata di kelas Tahun 4 dan 5 (pembahagi antara kelas) 4.7 Penyata Kewangan telah: 4.7.1 Dibentangkan oleh : Puan Nor Hafizah binti Ibrahim 4.7.2 Dicadangkan oleh : Puan Nor Fadilah binti Bahari 4.7.3 Disokong oleh : Puan Nur Hidayah binti Hussin 4.8 Pembentangan Penyata Kewangan Berakhir Pada 31 Disember 2022 diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Makluman: Semua ahli mesyuarat 5.0 PERBAHASAN USUL/CADANGAN 5.1 Guru Besar mencadangkan supaya pemilihan ahli jawatankuasa PIBG dibuat 2 tahun sekali. Walau bagaimanapun, mesyuarat agung akan dijalankan sebagaimana biasa iaitu pelaksanaannya adalah setiap tahun. 5.2 Cadangan ini telah: 5.2.1 Dicadangkan oleh : Puan Norasikin 5.2.2 Disokong oleh : Diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat 5.3 Cadangan keperluan perbelanjaan bagi tahun 2023 adalah seperti berikut: BIL PERKARA TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 1 SUMBANGAN PIBG *30.00 *30.00 *30.00 *30.00 *30.00 *30.00 2 SUKAN 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 3 PERKHEMAHAN - - - 30.00 30.00 30.00 4 HARI KECEMERLANGAN 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 5 KECERIAAN KELAS 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 6 LEMBARAN KERJA 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 7 KEM IBADAH 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 8 BAJU PENDIDIKAN JASMANI 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 JUMLAH (RM) 130.00 130.00 130.00 160.00 130.00 130.00 *SATU PENJAGA 5.4 Haji Shahrulazman bin Mohammed Saif selaku Setiausaha PIBG menyatakan terdapat peningkatan bayaran atas keperluan semasa seperti: 5.2.1 Keceriaan Kelas – daripada RM5.00 kepada RM10.00 5.2.2 Lembaran Kerja – daripada RM10.00 kepada RM20.00 5.2.3 Baju Pendidikan Jasmani – daripada RM20.00 kepada RM30.00
14 5.5 Puan Fadilah bertanyakan berkaitan dengan kutipan bayaran duit perkhemahan bagi Tahun 5 dan 6 bagi tahun 2022 yang tidak digunakan. 5.6 Encik Khairul Anuar bin Jamaluddin selaku Penolong Kanan Kokurikulum menjelaskan bahawa tiada kutipan bayaran perkhemahan untuk Tahun 5 dan 6 kecuali murid baharu. Murid Tahun 4 perlu membayar duit perkhemahan sebanyak RM30.00. 5.7 Cadangan keperluan perbelanjaan: 5.5.1 Dibentangkan oleh : Encik Shahrulazman bin Mohammed Saif 5.5.2 Dicadangkan oleh : Encik Roslan bin Mat 5.5.3 Disokong oleh : Puan Norazimah binti Mohd Yusop 5.8 Pembentangan keperluan perbelanjaan bagi tahun 2023 diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Makluman: Semua ahli mesyuarat 6.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 DAN LANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 6.1 Yang Dipertua PIBG membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 dan memohon hadirin untuk membuat lantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2023-2025. 7.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2023/2024 Penasihat : Haji Azman bin Juahir (Guru Besar SK Parit 4) Yang Dipertua PIBG : Encik Jamali bin Mat Janum Naib Yang Dipertua PIBG : Puan Norazean binti Basran Setiausaha : Haji Shahrulazman bin Mohammed Saif Bendahari : Puan Hafizah binti Ibrahim Ahli Jawatankuasa : Encik Ahmad Zhafri bin Md Nor : Puan Maizatul Asma binti Mohammed Sail : Puan Habibah binti Nordin : Encik Zamri bin Abdullah : Encik Mohd Kamil bin Hamdan : Encik Azman bin Ngarbi : Encik Roslan bin Mat : Encik Azhar bin Mat Isa : Puan Hidayah binti Hussin
15 : Puan Siti Nur Dewi binti Mohd Norman : Puan Fadilah binti Bahari 8.0 PEMILIHAN JURUAUDIT DALAMAN 8.1 Juru Audit Dalaman : Puan Nizah @ Nizah binti Mat Kunting : Puan Norazimah binti Mohd Yusop 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) 9.1 Encik Samad bin Wahab selaku Penolong Kanan Pentadbiran memohon supaya ibu bapa/penjaga memastikan anak di bawah jagaan masing-masing untuk membawa buku ke sekolah mengikut jadual yang ditetapkan. 9.2 Beliau juga mengingatkan agar semua guru kelas untuk memasukkan semula jadual kelas dalam group WhatsApp kelas masing-masing. 9.3 Beliau menyeru agar semua murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk hadir lebih awal dan makan makanan yang telah disediakan. 9.4 Murid yang ada masalah kesihatan atau bergejala tidak digalakkan untuk ke sekolah tetapi jika mahu hadir, murid tersebut hendaklah memakai topeng muka untuk mengelakkan jangkitan. 9.5 Beliau memaklumkan bahawa isu sekolah adalah berkaitan dengan kehadiran. Pihak sekolah telah menyediakan permainan di kantin untuk menggalakkan murid hadir lebih awal ke sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Disediakan oleh ( HAJI SHAHRULAZMAN BIN MOHAMMED SAIF ) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Parit 4. Disahkan oleh : ( HAJI JAMALI BIN MAT JANUM ) Yang Dipertua, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SK Parit 4
16 AKTIVITI-AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SEPANJANG TAHUN 2023 1. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 2. SUMBANGAN UNTUK KEJOHANAN DAN PASUKAN HOKI SEKOLAH 3. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KEBUN KELAPA SAWIT 4. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 5. PROGRAM KECERIAAN KELAS 6. MESYUARAT AJK PIBG SEBANYAK 3 KALI 7. KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-48 8. SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN PROGRAM WAYANG PACAK 9. SAMBUTAN HARI GURU 10. GOTONG ROYONG MADANI
17 PENYATA AKAUN PIBG SKP4 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023 TARIKH TERIMAAN RM TARIKH BAYARAN RM BAKI TAHUN 2022 RM8,311.73 JAN Sumbangan Sukan RM1500.00 JAN Baju PJ RM230.00 Sumbangan PIBG RM100.00 Hadiah persaraan En Mustafa, Ustzh Marziati RM150.00 Pertubuhan Amal An-Nisa (Kaunseling) RM200.00 Persaraan En Mustafa RM200.00 Cas pengeluaran RM2.50 Hari Anugerah Kecemerlangan 2022 RM2160.00 Kaunseling RM370.00 Perkhemahan Thn 6 RM630.00 Cas pengeluaran RM2.50 FEB Sumbangan PIBG RM35.00 FEB Tiang Gol/ Hoki RM1000.00 Cas pengeluaran RM2.50 Fail Murid Tahun 6 RM150.00 Cas pengeluaran RM0.50 MAC - - MAC Hari Anugerah Kecemerlangan 2022 RM200.00 Cas pengeluaran RM2.50 APRIL - - APRIL - - MEI - - MEI Mesyuarat AJK PIBG RM130.00 Mesyuarat Agong PIBG RM1370.00 Cas pengeluaran RM2.50 JUN Program Kaunseling RM2000.00 JUN - JULAI Program Kaunseling RM1000.00 JULAI Program Kaunseling RM2500.00 Mesyuarat AJK PIBG RM90.00 Cas pengeluaran RM0.50 OGOS Sumbangan PIBG RM10770.00 OGOS Kertas A4 (Lembaran Kerja) RM400.00 Sumbangan PIBG RM130.00 Hoki dan MSSD RM530.00 Cas pengeluaran RM2.50
18 TARIKH TERIMAAN RM TARIKH BAYARAN RM SEPT Sumbangan PIBG RM1350.00 SEPT Perkhemahan RM1360.00 Sumbangan PIBG RM100.00 Cas pengeluaran RM2.50 Lembaga Zakat (Program Hari Kanak-kanak) RM1500.00 Merentas Desa MSSD RM130.00 Sumbangan PIBG RM370.00 Wayang Pacak RM80.00 Sumbangan PIBG RM320.00 Mesyuarat AJK PIBG RM140.00 Keceriaan kelas RM1000.00 Cas pengeluaran RM2.50 Maulidur Rasul RM990.00 Baju PJ RM2400.00 Cas pengeluaran RM2.50 OKT Sumbangan PIBG RM265.00 OKT - Hoki RM100.00 NOV Sumbangan PIBG RM320.00 NOV Hari Kanak-Kanak SKP4 RM2000.00 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Kem Motivasi (kaunseling) RM3000.00 Cas pengeluaran RM2.50 Hari Kanak-Kanak RM500.00 Hari Sukan Tahunan RM1350.00 Sumbangan PIBG RM160.00 Hari Sukan Tahunan RM235.00 KPM-GOTONG ROYONG KPM RM5000.00 Cas pengeluaran RM2.50 Sukan RM200.00 Mesyuarat AJK PIBG RM120.00 Sumbangan PIBG RM355.00 DIS Sumbangan PIBG RM190.00 JUMLAH TERIMAAN RM37,776.73 JUMLAH PENGELUARAN RM19,943.50 Sumbangan PIBG RM3132.23 Hari Kecemerlangan RM2335.00 Lembaran Kerja RM2266.00 Kem Ibadah RM130.00 Penyelenggaraan Sawit RM560.00 Kaunseling RM4000.00 Sukan RM310.00 Gotong-royong KPM RM5000.00 Hoki RM100.00 BAKI RM17,833.23
19 Disediakan Oleh : PUAN NOR HAFIZAH BINTI IBRAHIM BENDAHARI PIBG SK PARIT 4 Disemak Oleh Disemak Oleh PUAN NIZAH@AZIZAH BINTI MAT KUNTING PUAN NOR AZIMAH BINTI MOHD YUSOF JURUAUDIT PIBG SK PARIT 4 JURUAUDIT PIBG SK PARIT 4
20 BILANGAN MURID SK PARIT 4 2024 BIL KELAS BILANGAN MURID 1 TAHUN 1 ANGGERIK 91 2 TAHUN 2 BAKAWALI 30 3 TAHUN 3 CEMPAKA 97 4 TAHUN 4 DAHLIA 15 5 TAHUN 5 ECHIUM 26 6 TAHUN 6 FREESIA 22 7 PRA SEKOLAH 25 JUMLAH 154
21 SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SK PARIT 4 2024 BIL NAMA GURU / KAKITANGAN CATATAN 1 HAJI AZMAN BIN JUAHIR GURU BESAR 2 ENCIK. SAMAD BIN WAHAB GPK PENTADBIRAN 3 HAJI RIZAL BIN SALIMIN GPK HAL EHWAL MURID 4 ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN JAMALUDDIN GPK KOKURIKULUM 5 HAJI. SHAHRULAZMAN BIN MOHAMMED SAIF GURU KELAS TAHUN 6 6 ENCIK FATHUL MU’IN BIN MD ALI GURU KELAS TAHUN 5 7 PUAN AZIRAWATI BINTI BAHARI GURU KELAS TAHUN 4 8 HAJI ABDULLAH BIN SAAD GURU KELAS TAHUN 3 9 PUAN NIZAH@AZIZAH BINTI MAT KUNTING GURU KELAS TAHUN 2 10 PUAN INTAN SOFIA BINTI MOHD TAHIR GURU KELAS TAHUN 1 11 PUAN SITI KENANGA BINTI JAAPIR GURU BAHASA INGGERIS 12 ENCIK AHMAD ZHAFRI BIN MD NOOR GURU DATA / GURU SAINS 13 ENCIK MUHAMMAD NAJIB BIN ZAKARIA GURU PRA SEKOLAH 14 ENCIK SALEHUDIN AL-AS BIN ANUAS GURU PEMULIHAN KHAS 15 PUAN HABIBAH BINTI NORDIN GURU KAUNSELING 16 ENCIK MOHD GHAZALI BIN SHAHARI GURU MUZIK 17 PUAN NORHAFIZAH BINTI IBRAHIM GURU PUSAT SUMBER 18 PUAN MAIZATUL ASMA BINTI MOHAMMED SAIL GURU PENDIDIKAN ISLAM 19 PUAN ROKIAH BINTI MOHD AMIN PEMBANTU TADBIR 20 PUAN HAWA BINTI HAMID PEM.PENGURUSAN MURID 21 PUAN NORHAYATI BINTI MUHAMAD PRA ( SWASTA )
22 22 ENCIK AMIRUL BIN SAIAN PRA (SWASTA ) 23 ENCIK SAHARUDDIN BIN SULAIMAN PRA ( SWASTA ) 24 PUAN SAEDAH BINTI TEBI PRA ( SWASTA ) 25 PUAN SITI ASMAH BINTI AHMAD@ HASHIM PENGAWAL KESELAMATAN 26 ENCIK ISMAIL BIN NGARBI PENGAWAL KESELAMATAN 27 ENCIK SAFARUDDIN BIN BAHARUDDIN PENGAWAL KESELAMATAN 28 ENCIK MUHD ZULHELMI BIN KHAIR PENGAWAL KESELAMATAN
23 SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 4 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN KEPERLUAN PERBELANJAAN TAHUN 2024 BIL PERKARA TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 1 SUMBANGAN PIBG *30.00 *30.00 *30.00 *30.00 *30.00 *30.00 2 PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK 1. Hari Kecemerlangan 2. Lembaran kerja 3. Kem Ibadah 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 3 PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN DAN PERMAINAN 1 Sukan 2. Perkhemahan 3. Baju Sukan 40.00 40.00 40.00 70.00 70.00 70.00 5 PEMBANGUNAN SEKOLAH 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 JUMLAH (RM) 130.00 130.00 130.00 160.00 160.00 160.00 *SATU PENJAGA
24 USUL Usul 1 Nama Pencadang Azhar bin Haron Nama Anak Muhammad Ariffuddin Kelas 2 Bakawali Tajuk Usul Pennggantian Pendawaian Elektrik Justifikasi Usul Menggelakkan gangguan bekalan elektrik di kelas semasa sesi PDPC Respon Usul Usul diterima. Tindakan telah diambil oleh pihak sekolah dan pihak PPD telah menghantar kontraktor untuk membaiki pendawaian elektrik di kelas yang bermasalah seperti di kelas Tahun 4 Dahlia. Tindakan Pihak Pentadbir Usul 2 Nama Pencadang Azhar bin Haron Nama Anak Muhammad Ariffudin Kelas 2 Bakawali Tajuk Usul Penambahan Kipas di Dalam Kelas Justifikasi Usul Memberikan Keselesaan Kepada Pelajar Respon Usul Usul diterima. Permohonan telah dibuat oleh Unit Aset ke PPD di bawah Puan Faizah untuk mendapatkan kipas berdiri di setiap kelas dan bilik-bilik khas. Tindakan Guru Aset
25 PENGHARGAAN Sekalung budi dan ucapan terima kasih daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 kepada : Yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam Guru Besar SK Parit 4 Yang Dipertua PIBG SK Parit 4 AJK PIBG SK Parit 4 Ketua-ketua Kampung Warga SK Parit 4 Ibu bapa / Penjaga Murid SK Parit 4 Serta semua pihak yang telah sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 ( 2024 )