PENGARUH BUDAYA LUAR DALAM
MASYARAKAT
MPU 23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :
1.EFFEANBIT LUGAN - 20DEE19F2006
2. FABIAN TIONG CHIONG SING - 20DEE19F2012
3. ANDERSON RONALD AK KAJAN - 20DEE19F2013
PENSY
ARAH :
Puan Fayzatol Jamiya
ah Binti Abdul Rahim
Prakata/ Penghargaan
Terlebih dahulu kami dari kumpulan 1 ingin
mengucapkan syukur kerana telah mengurniakan
kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan
tugasan kali ini dengan sempurna. Tugasan ini dapat
kami laksanakan dengan sempurna. Tugasan ini
adalah atas bantuan pelbagai pihak. Antara mereka
yang dimaksudkan ialah rakan sekumpulan yang
membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam
kesempatan ini kami juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Puan Fayzatol Jamiyaah
Binti Abdull Rahim, pensyarah pembimbing kami
kerana banyak membimbing dalam menyiapkan
tugasan ini. Beliau banyak memberi penerangan
tentang cara melakukan tugasan kali ini. Beliau
banyak memberi penerangan tentang cara
melakukan tugasan ini. Walaupun beliau sibuk tetapi
beliau tetap ada masa untuk bersama kami serta
rakan-rakan dalam memberi penerangan tentang
tugasan ini. Akhir sekali, kami berharap dapat
mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada
tugasan ini.
Objektif
Dapat membantu masyarakat Malaysia agar tidak
terpengaruh dengan budaya barat yang kini
semakin berleluasa di Malaysia.
Dapat memastikan terutamanya golongan remaja
mendapat didikan agama yang penuh untuk
memastikan diri mereka tidak terlalu terpengaruh
kepada budaya masyarakat luar.
Memastikan ibu bapa memantau anak-anak dari
segi perlakuanya serta memantau rutin hariannya
untuk memastikan anaknya melakukan sesuatu
yang berfaedah serta tidak melibatkan diri dalam
pergaulan bebas dimana ianya akan
mendatangkan sesuatu yang buruk terhadap diri
anak-anak.
Pendahuluan/ pengenalan
Pada masa kini, terlalu banyak diperkatakan isu-isu
yang berkaitan dengan masalah sosial dan pengaruh
luar yang melibatkan sesetengah golongan
masyarakat. Perlakuan sosial yang negatif dalam
bentuk sosial tidak seharusnya merupakan satu
petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni
kemanusiaan serta agama. Pengaruh budaya luar
menyebabkan wujudnya cabaran-cabaran dalam
membentuk masyarakat Malaysia yang sihat dari
segi mental dan fizikal.
Kandungan e-book/ e-majalah
5 Punca masalah
5 kesan cabaran
5 cara mengatasi cabaran
5 contoh isu
5 Punca masalah
Proses globalisasi atau pembaratan
corak hidup berasakan gagasan
ekonomi dan politik barat sejagat
- Merupakan cabaran yang dihadapi oleh
rakyat Malaysia. Ketika zaman penjajahan,
para penjajah menganggap tamadun
mereka lebih maju dan tinggi berbanding
tamadun yang lain. Justeru , sedikit demi
sedikit kehidupan masyarakat mula berubah
dan menganggap perubahan tersebut
mampu memajukan tamadun mereka
sendiri.
Sudut pandangan diri sendiri ataupun
remaja
- Di usia remaja, perasaan ingin tahu
tentang sesuatu dalam diri mula melonjak
dalam mencuba benda baru. Perasaan ingin
tahu ini jiia tidak dapat dikawal dengan
betul dapat membawa musibah kepada
remaja.
Pegangan Agama dan amalan kerohanian
yang lemah
- Lemahnya pegangan agama seseorang mampu
mendorong individu terpengaruh budaya luar yang
tidak bermanfaat.
Konflik keluarga
- Merupakan salah satu punca mudah di Malaysia
mudah dipengaruhi budaya luar. Ini dapat dilihat
ketika berlakunya perselisihan faham antara ahli
keluarga.
Kurang pemantauan ibu bapa
- Pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak adalah
asas yang penting untuk membina dan membentuk
anak-anak menjadi orang yang baik di masa hadapan.
Akan tetapi, apabila anak-anak mula menjejak kaki ke
alam dewasa, mereka kurang dipantau kerana
sesetangah ibu bapa di luar sana menganggap anak
mereka di luar sana pandai menjaga diri mereka.
5 kesan cabaran
Diri sendiri / Remaja
- Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan
ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara
baru dalam hidup. Dorongan perasaan ingin tahu tidak
dibimbing dengan pemikiran yang waras akan
menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara
negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya
sejak awal lagi.
Keluarga
- Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan
yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk
menjauhi keluarga serta mencari teman rapat atau
pasangan di luar. Masalah dalam perkahwinan,
kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain
adalah antara isu yang dikenalpasti menjadi konflik
dalam keluarga. Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga
menangani permasalahan yang wujud menyebabkan
remaja berniat untuk berada di luar rumah dan
melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya.
Rakan
- Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi
seseorang individu itu kerana mereka mempunyai
persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang
mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk
melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan.
- Bergaul dengan rakan yang memberi kesan negatif
adalah merokok semasa lepak, menyertai buli atau
cabaran berbahaya, serta ponteng kelas atau sekolah.
Pengaruh Media Sosial
- Kemunculan media sosial yang terlalu meluas
menyebabkan remaja amat mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat. Walaupun
pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja,
namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh
remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah
pergaulan bebas adalah berpunca daripada
maklumat-maklumat tanpa sempadan yang
diperolehi oleh remaja.
Kurang didikan agama
- seperti kita sedia maklum pada zaman kini
semakin kurang remaja-remaja yang mengambil
berat akan didikan agama, seperti yang kita dapat
lihat pada masa-masa beribadah tidak mengira
yang beragama muslim dan kristian penganutnya
yang remaja lebih memilih untuk menghabiskan
masa di rumah menonton televisyen daripada
menghadiri dan datang ke tempat beribadah.
5 cara mengatasi cabaran
Diri sendiri / Remaja
- Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri
seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk
berpasangan. Individu haruslah ada matlamat hidup
iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai
cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang
demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang
berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga , guru-
guru dan masyarakat disekeliling . Apabila hubungan
tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih
untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak
memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan
emosinya.
Memilih rakan
- Adalah penting bagi seorang remaja untuk
mendampingi rakan-rakan yang baik untuk
menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang
baik akan mengajak remaja untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran,
mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-
guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan. Oleh
kerana itu, individu haruslah bijak dalam memilih
rakan.
Penyediaan jadual waktu
- Mengatur masa dengan baik merupakan kunci kepada
kejayaan. Pembahagian masa sangat membantu kita
untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental
dan emosi. Remaja yang dapat mengatur masa dengan
baik akan mendahulukan perkara-perkara yang penting
dan mengenepikan aktiviti yang tidak berfaedah seperti
bermain game dan sebagainya.
Kawalan terhadap media sosial
- Perkara ini memerlukan kerjasama yang padu di antara
individu, remaja , keluarga, sekolah, masyarakat serta
pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa
sempadan pada hari ini menyebabkan semua maklumat
yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan
remaja. Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu
ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan
mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka
perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang
demikian,semua pihak perlu menggunakan sebaik
mungkin kemudahan yang telah disediakan pada masa
kini untuk menjauhi portal-portal media yang memberi
pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi kepada
semua pihak.
Didikan agama daripada ibubapa
- ibu bapa perlulah memainkan peranan yang
seimbang terutama mendidik anak-anak dari
segi agama, ini kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya. contohnya, ibubapa boleh
menghantar anak-anak mereka ke sekolah
agama atau sekolah hari minggu untuk
mendidik dan melatih mereka supaya lebih
memahami dan mendalami ajaran agama
masing-masing.
5 CONTOH ISU
Penutup/ kesimpulan
Secara kesimpulannya,berbagai krisis akhlak dan
moral terus menular,merebak dan menjadi wabak
dalam masyarakat kita khasnya di kalangan
remaja.Jenis2 budaya yang diperkatakan di atas
merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja
dan masyarakat timur hari ini.Remaja yang
diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama
dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran
yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun
lagi.ternyata pendidikan moral,sivik,pendidikan
islam masih belum cukup untuk menangani isu
budaya sosial ini.Pelbagai pihak perlu mengambil
langkah dari sekarang bagi membendung budaya
negative ini daripada terus menular dan menjadi
ikutan generasi akan datang nanti.
Aktiviti pengukuhan/ uji minda
1.apakah salah satu sebab yang
mempengaruhi remaja ?
2.nyatakan cabaran yang dihadapi dalam
mendidik remaja daripada pengaruh
barat ?
3.sila berikan 1 cara mengatasi berdasarkan
jawapan anda diatas.
Rujukan
https://anyflip.com/jmufj/qkyp/basic
https://dokument.pub/e-folio-nilai-
masyarakat-malaysia-flipbook-pdf.html
https://malaysiakasoma.blogspot.com/2017/
09/
https://eco1.upm.edu.my/akhbar/kesan_neg
atif_budaya_ikut_trend_media_sosial-4959
https://www.coursehero.com/file/63663562/
KESAN-DAN-CARA-MENGATASIdocx/
https://www.slideshare.net/5015/pengaruh-
barat-dalam-kebudayaan-melayu
Lampiran
SINOPSIS
E-Book kami ini mengandungi pengetahuan
tentang pengaruh budaya luar dalam masyarakat
pada hari ini semakin membimbangkan.
Pengetahuan ini amatlah penting untuk remaja-
remaja yang di luar sana agar sentiasa berhati-hati
dalam apa jua yang dilakukan. Semakin
meningkatnya tahun, semakin banyak pengaruh
luar yang menjadi tidak baik dan dicontohi oleh
remaja terutamanya remaja negara kita sendiri iaitu
Malaysia. Oleh itu, pengetahun dan kandungan
yang terdapat dalam E-Book kali ini amatlah
bermanfaat dan dapat memberi kesedaran kepada
semua golongan.
MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA