The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diazz.biz84, 2021-08-20 11:38:56

TOKOH - TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

TOKOH - TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Keywords: SKRAPBOOK TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

TOKOH –TOKOH
KEMERDEKAAN

MALAYSIA

NAMA BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 5
KELAS
SEKOLAH : NUR DHANIYAH BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZULKIFLI
GURU : 5 CEMERLANG
TARIKH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 1
: PUAN NORITA BINTI HAMID
: 15 OGOS 2021—22 OGOS 2021

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK
1 BIODATA PENULIS
2 PENGHARGAAN
3 PENDAHULUAN

4 PENGENALAN

BIOGRAFI TOKOH KEMERDEKAAN DAN PERANAN
SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

 TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI
5 ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM SHAH

 TOK JANGGUT

 RENTAP

 DATO’MAHARAJA LELA PANDAK LAM

 MAT SALLEH
6 RUJUKAN

7 PENUTUP

BIODATA PENULIS

Dhia atau nama sebenarnya Nur Dhaniyah
Batrisyia binti Muhammad Zulkifli
di lahirkan di Hospital Besar Melaka.
Pada tanggal 31 Disember 2010.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman University 1
(SKTU1)
kelas 5 Cemerlang.
Anak pertama dari 3 adik beradik .Mempunyai
kacukan Melayu-Cina.
Mempunyai cita-cita sebagai seorang pendidik.

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum..

Pertama sekali syukur kepada Allah swt
dengan izinnya saya Berjaya menyiapkan
tugasan buku skrap tokoh-tokoh ke-
merdekaan Malaysia ini.
Setinggi –tinggi penghargaan buat umi dan
abah yang telah banyak membantu dan
memberi
galakkan serta semangat untuk saya me-
nyelesaikan buku skrap ini.
Ucapan terima kasih tidak terhingga buat
guru mata pelajaran sejarah iaitu Puan
Norita binti Hamid yang telah membimbing
dan membantu saya untuk melakukan tu-
gasan buku skrap ini.
Akhir sekali ucapan terima kasih kepada
semua yang telah membantu ,Alhamdulillah
saya telah dapat menyiapkan buku skrap ini
dengan jayanya.

Sekian,Terima kasih.

PENDAHULUAN

Tujuan buku skrap ini dihasilkan adalah untuk
menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh guru
Sejarah iaitu Puan Norita bagi kelas 5 Cemerlang .

Tujuan buku skrap ini juga adalah untuk melahirkan
jati diri yang tinggi serta membentuk keperibadian
bangsa yang terpuji.dan menghargai tokoh– tokoh
perjuangan kemerdekaan yang telah berjuang menen-
tang penjajah dan memerdekakan tanah melayu.

PENGENALAN

Pemimpin dan rakyat sedar akan penting kebebasan tanah
air. Kebijaksanaan dan kehebatan tokoh-tokoh pejuang
terdahulu berjaya memerdekakan negara kita daripada
belenggu penjajah,
Permuafakatan antara pemimpin memudahkan proses untuk
mencapai kemerdekaan .Tokoh-tokoh perjuang kemerdekaan
telah bnyak berjasa kepada negara.
Sebagai anak merdeka,kita seharusnya berbangga dan
menghargai perjuangan serta pengorbanan mereka .
31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang amat penting
buat seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu.Pada detik
keramat tersebut, negara kita mencapai kemerdekaan dan
berakhirnya zaman penjajahan.



Yang Dipertua Kedua UMNO.Pengasas Parti
Perikatanpada tahun 1952.Mengetuai rombongan
kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu ke London
pada tahun 1956,Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu yang pertama



SEBAB PENENTANGAN

Tok Janggut tidak bersetuju dengan pengenalan sistem
penasihat british.Penduduk tempatan dipaksa menerima
sistem cukai dan peraturan tanah baharu yang
membebankan mereka.Peraturan baru menimbulkan
kesulitan kepada penduduk setempat.

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1915 ,Tok Janggutmenyerang dan
berjaya menguasai Pasir Putih. British menyerang balas
Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh. Tok
Janggut terkorban dalam pertempuran itu.



SEBAB PENENTANGAN

James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban
di Nanga Skrang.James Brooke menganggap orang Iban
sebagai lanun.

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1853,Rentap Berjaya menyerang kubu James
Brooke di Nanga Skrang.James Brooke menyerang balas
dengan membakar 20 buah rumah Panjang di Kawasan
Rentap.Pada tahun 1854,James Brooke menyerang Rentap
di Sungai Lang.Rentap berundur ke hutan dan membina
kubu di Bukit Sadok.Pada tahun1861,James Brooke
menyerang kubu Rentap,Rentap berundur ke Ulu
Entabai.



SEBAB PENENTANGAN

Residen British J.W.W Birch campur tangan dalam pentad-
biran negeri dan adat resam orang Melayu.Residen British
mengambil alih kuasa sultan dan pembesar tempatan..
British memperkenalkan cukai baharu yang mem-
bebankan rakyat Residen British angkuh dan sombong.

PERISTIWA PENENTANG

Pada Februari 1875, Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja
Lela dan pembesar Melayu Perak membuat bantahan
terhadap campur tangan British. Pada September 1875,
Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil
tanggungjawab untuk membunuh Residen British, iaitu
J.W.W Birch. Pada November 1875, J.W.W Birch dibunuh
oleh Seputum atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai
Perak,Pasir Salak. Pada 1877 ,Dato’ Maharaja Lela dan
Seputum ditangkap kemudian mereka dijatuhkan
hukuman gantung.



SEBABPENENTANGAN

Mat Salleh menentang SBUB kerana tidak mengiktirafkan
kedudukannya sebagai pemerintah Sandakan, Menggatal,
Inanam dan Pulau Gaya.
SBUB mengambil alih hak memungut cukai dan mengada-
kan peraturan baharu yang membebankan rakyat.

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1897,Mat Salleh dan pengikutnya
menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya. Mat Salleh
mendirikan kubu lebih kukuh di Tambunan setelah
kubunya di Ranau dimusnahkan oleh SBUB. Pada tahun
1900 , SBUB melancarkan serangan besar -besaran dan
menyebabkan Mat Salleh terkorban. Perjuangan Mat Sal-
leh diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di Kampung
Kapayan Lama,Tambunan.

RUJUKAN

 BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5
 https://online.fliphtml5.com/ibvux/jykp/#p=13
 https://online.fliphtml5.com/emzhf/xqtg/#p=21
 http://tokohkemerdekaannegaramalaysia.blogspot.com/

2015/03/pengajian-malaysia.html?m=
 https://images.app.goo.gl/iXYiutedTqiSWV2dA
 https://images.app.goo.gl/1jMa1ucHeD4NVAxp7
 https://images.app.goo.gl/BPTEQGQwgaRGeoMJ6
 https://ilabur.com/tokoh-tokoh-kemerdekaan-malaysia/

 https://girlsgroupdip1 a.blogspot.com/

PENUTUP

Kesimpulannya ,perjuangan tokoh-tokoh ter-
dahulu
Bermula dari tanah melayu ini di jajah tidak
wajar di lupakan.hal ini kerana sumbangan
mereka sangat besar dalam mempertahankan
pertiwi ini dengan nyawa dan darah sebagai ta-
ruhan.
Setiap rakyat perlu mempertahankan kedau-
latan negara.Semangat cinta akan negara perlu
disemai dan di pupuk dari kecil.Perpaduan an-
tara kaum menjadi teras bagi mengekalkan ke-
merdekaan dan keharmonian negara.

.


Click to View FlipBook Version