ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI MALAYSIA MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN ALIS NASUHA BINTI AZLI 17DIB22F2008 TARANI A/P NAGENDREEN 17DIB22F2024 NUR MAIZATUL MADIHAH BINTI MOHAMED ISMAIL 17DIB22F2014 NAMA PENSYARAH: NOR AIDAH BINTI HASSAN
ISI KANDUNGAN 2.KEPERCAYAAN DAN AGAMA YANG DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA 3.PERAYAAN KAUM INDIA DI MALAYSIA 1.PENGENALAN 4.PERKAHWINAN KAUM INDIA 5.PANTANG LARANG KAUM INDIA 6. MAKANAN DAN PAKAIAN 7.KESIMPULAN DAN CADANGAN
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. PENGENALAN
Kaum India mempunyai kepercayaan dan adat resam tersendiri. Hampir kesuluruhan kaum India di Malaysia adalah penganut agama Hindu. Sistem kepercayaan agama hindu ini bersifat politeisme. Politeisme bermaksud kepercayaan atau menyembah lebih dari satu dewa (banyak dewa). Beberapa dewa yang disembah dalam agama ini adalah Dewa Brahma, Dewa Wisnu, dan Dewa Siwa. KEPERCAYAAN BAGI KAUM INDIA
Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Antara keyakinan tersebut adalah: 1.Widhi Tattwa– Percaya kepada Tuhan yang Maha Esa dan segala aspeknya. 2.Atma Tattwa– Percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk 3.Karmaphala Tattwa– Percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan. 4.Punarbhava Tattwa– Percaya dengan adanya proses kelahiran semula 5.Moksa Tattwa– Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia. AGAMA KAUM INDIA Agama yang banyak dianuti oleh kaum india di Malaysia ialah agama hindu. Agama yang mempunyai lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Namun ada segelintir kaum India yang menganut agama BUDDHA, ISLAM, SIKH dan BAHA'I.
KAUM INDIA DI MALAYSIA PERAYAAN
HARI DEEPAVALI diterjemahkan dengan Deretan Pelita atau Pesta Cahaya. Perayaan ini akan disambut oleh penganut agama Hindu, Sikh, dan Jain. Deepavali ini mereka meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. D E E P A V A L I
Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kelender Tamil ( antara bulan OKtober dan bulan November) Kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun untuk dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak saudara, dan jiran-jiran terdekat. seterusnya mereka akan melakukan upacara sembahyang dan keagaman.
T H A I P U S A M Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' yakni jatuh pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Di mana kaum india yang penganut agama Hindu, akan berpuasa selama sebulan yang bertujuan untuk munyucikan jiwa. Dalam tempoh sebulan berpuasa itu, mereka akan puasa dengan makan sayur sehari sekali dan mengunjungi kuil.
Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Hari Thaipusam juga bertujuan menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil.
P E S T A P O N G G A L Ponggal merupakan perayaan menuai yang disambut selama empat hari pada bulan Thai di dalam kalendar kaum india.Ia sempena berakhirnya musim menuai, dimana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai. Bulan Thai merupakan bulan ke-10 di dalam kalendar kaum india. Bulan ini, disambut dengan hadiah dan pakaian baru untuk ahli keluarga serta doa kepada dewa untuk kemakmuran di tahun-tahun akan datang.
Rumah-rumah dihiasi dengan daun mangga dan lantai dihiasi dengan corak-corak yang dilukis menggunakan tepung beras atau beras berwarna. Ada juga yang mengikat batang tebu di luar rumah mereka. Hari pertama perayaan Ponggal dikenali sebagai 'Bhogi'. Ia hari untuk Indran iaitu Dewa Awan dan Hujan. Sebelum matahari terbit, unggun api besar dinyalakan dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barangbarang lama. Rumah kemudian dibersihkan dan dihiasi dengan corak dan bunga. Bhogi membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India dengan membakar barang-barang lusuh bagi menyingkirkan anasiranasir buruk.
Hari kedua pula dipanggil 'Thai Pongal' yang khusus untuk Dewa Matahari. Ungkapan 'Ponggal' bermakna 'meluap-luap' , ia menggambarkan hasil tuaian yang banyak.Apabila susu sedang mendidih, ahli keluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Ponggal-O-Ponggal' semasa susu mengalir keluar. Hari pertama perayaan Ponggal dikenali sebagai 'Bhogi'. Ia hari untuk Indran iaitu Dewa Awan dan Hujan. Sebelum matahari terbit, unggun api besar dinyalakan dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barang-barang lama. Rumah kemudian dibersihkan dan dihiasi dengan corak dan bunga. Bhogi membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India dengan membakar barang-barang lusuh bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.
Hari terakhir pula dikenali sebagai 'Kaanum Pongal' , ia merupakan hari yang istimewa untuk wanita. Pada hari ini, wanita sulung di rumah akan bangun awal dan menyapukan kunyit pada muka semua wanita muda dan melumurkan minyak kepada rambut mereka.Selepas mandi, semua wanita-wanita akan menawarkan bebola nasi berwarna kepada burungburung. Kaum wanita akan berdoa untuk keluarga yang sihat dan gadis-gadis yang belum berkahwin berdoa untuk perkahwinan yang bahagia.Ahli-ahli keluarga yang lebih muda pula akan memberi penghormatan kepada orang-orang tua untuk mendapatkan restu. Hari ketiga, yang dikenali sebagai 'Mattu Pongal' adalah khusus untuk haiwan lembu. Hari ini adalah untuk pengembala berterima kasih kepada ternakan mereka.Mereka akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan 'Ponggal' dan loceng diikat di leher mereka.
PERKAHWINAN Perkahwinan kaum india Dalam tradisi masyarakat India, mereka terlalu berpegang kepada adat dan budaya. Oleh itu, tidak menjadi satu kepelikan untuk kita mengetahui dan majority masyarakat dunia juga mengamalkan perkahwinan dengan mendahulukan adat dan budaya. Tapi dalam masyarakat melayu kini, kita perlu mendahulukan syariat Islam kemudian baru memasukan adat dan budaya yang dibenarkan oleh syariat. Masyarat India mempunyai beberapa suku kaum, hal ini membuatkan proses perkahwinan mereka adalah berbeza sedikit tetapi kebanyakkan budaya adalah hampir sama.
1.MERISIK Merisik atau lebih dikenali melihat bakal pengantin merupakan adat tradisi bagi masyarakat India dan juga masyarakat lain. Ianya bertujuan untuk melihat atau sinonim dengan ‘meninjau’ keadaan bakal pengantin yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan si pengantin disini bererti memastikan status atau keadaan semasa gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimiliki olehnya. Hal ini kebiasaanya diuruskan oleh pihak ibubapa si lelaki yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. 2.KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
3.IKAT JANJI ATAU NICCAYAM Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bungabungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. 4.PARISAM Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan.
5.Mukuurtta Kaal Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu’ dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. PANTANG LARANG ORANG INDIA Sewaktu mengandung
Membisikkan Nama Tuhan di telinga Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut. SEMASA BERSALIN MANDI SELEPAS BERSALIN Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah (Upacara aalati) sireh •Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. •Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. • Para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. •Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang. SELEPAS KELAHIRAN MENDODOI BAYI Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.
MAKANAN DAN PAKAIAN 1.Murukku Selain nama marukku, ia turut dikenali dengan nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung kacang tosai dan tepung beras.
2. Tosai Tosai, ada juga yang menggelarnya dosa, dosai, dosay, dose, dhosha, thosai atau juga chakuli. Pelbagai pilihan tosai yang boleh dicuba seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang, tosai rawa, tosai ghee dan sebagainya.
3. Idli Idli merupakan kuih yang juga berasal dari India. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti sanna, rave atau sambar idli.
4. Putu Mayam Putu mayam antara makanan tradisional India yang mendapat sambutan mengalakkan dari semua bangsa dan tidak mengira umur. Kuih ini diperbuat dari tepung beras atau tepung idiyappam bersama air ataupun santan.
Pakaian Saree sememangnya tidak asing lagi sebagai salah satu pakaian tradisional wanita India yang paling dikenali ramai. Sehelai saree biasanya berukuran kira-kira 4.5 hingga 9 meter panjang dan 1 meter lebar. Satu belah penghujungnya dibalut di bahagian pinggang tubuh badan seperti skirt, manakala penghujung bertentangan diletak di atas bahu. Ia boleh dipakai di atas petticoat atau skirt panjang dalaman bersama dengan korset atau choli.
Lehenga Choli adalah pakaian tradisional India three-piece yang kerap dipakai ke acara-acara istimewa seperti majlis perkahwinan atau perayaan. Ia terdiri daripada maxi panjang, skirt aras buku lali (lehenga), dan blaus (choli) yang dihiasi dengan sulaman. Penampilan kemudiannya dilengkapi dengan selendang (juga dikenali sebagai dupatta) untuk menambah keanggunan.
Punjabi Suit/Salwar Kameez (atau dikenali sebagai Punjabi Suit) terdiri daripada seluar berlipat (salwar) dan baju tunik aras lutut (kameez). Bahagian pinggang dan buku lali biasanya dipakai ketat, tetapi ada juga variasi yang mempunyai rekaan lebih longgar seperti seluar harem elastik, culottes, atau seluar sharara (labuh). Sementara itu, baju tunik dipakai longgar dengan jahitan tepi di bawah pinggang terbuka untuk memudahkan pergerakan si pemakai.
Kurta Bila sebut tentang baju tradisional India untuk kaum lelaki pula, kurta selalunya menjadi pilihan yang paling popular. Bagi mereka yang tidak begitu mengetahui kurta, it merupakan baju yang dipakai longgar dan panjangnya sampai ke lutut kaki. Kebanyakkan kurta tradisional tidak mempunyai kolar, tetapi variasi moden dengan stail baru datang dengan kolar Mandarin. Tahukah anda bahawa wujudnya versi kurta khas untuk wanita yang dinamakan kurti? Perbezaanya dengan kurta adalah lokasi selit tepinya yang lebih tinggi di bahagian tengah tubuh badan.
KESIMPULAN Masyarakat India di Malaysia ialah etnik ke 3 terbesar selepas Cina dan Melayu. Kewujudan kaum India di Malaysia ini ada dapat menjadikan masyarakat di negara kita menjadi berbilang kaum. Kaum India juga kaya dengan adat dan budaya yang yang unik yang diamalkan oleh mereka seharian. Malah kebudayaan mereka menjadikan Malaysia sebagai negara yg dipenuhi warna-warni kebudayaan. Adat resam dan kebudayaan yg diamalkan oleh kaum India dapat menjadikan satu perkara yang boleh mengeratkan hubungan antara kaum lain dan ia dapat menjadikan antara kaum menjadi indah dan tidak berlakunya salah faham antara kaum. Kesimpulan/ Cadangan CADANGAN cadanganya ialah, kerajaan hendaklah memastikan perpaduan asas kaum India tidak ketinggalan seperti membuat perancangan pembangunan pendidikan dan kos sara hidup masyarakat India secara inklusif melalui pelan yang akan digunakan. Selain itu, pihak kerajaan perlu memberi peluang kepada kaum India dalam sama ada pendidikan atau perkerjaan mahupun kos sara hidup mereka tidak diabaikan dan berlakunya isu perkauman yang berlaku pada negara kita. Oleh itu, semua kaum tidak boleh pilih bulu dan harus membuka peluang kepada semua orang tidak kesah kaum Melayu, Cina, India yang layak untuk diberi peluang.
SEKIAN TERIMA KASIH