The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safurasamsudin, 2022-09-01 00:50:43

PROJEK KMR ARCA STABAIL PIRAMID MAKANAN

PROJEK KMR ARCA STABAIL PIRAMID MAKANAN

GAYA HIDUP SIHAT

PIRAMID MAKANAN

PIRAMID MAKANAN

APAKAH MAKSUD PIRAMID MAKANAN?

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan kepada kita dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil
setiap hari mengikut kumpulan makanan. Terdapat 4 aras dalam Piramid Makanan Malaysia, di mana bilangan kumpulan
makanan paling banyak yang perlu di ambil diletakkan pada dasar piramid.

1. Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid, berbanding Piramid Makanan Malaysia
2010 yang meletakkan makanan sumber karbohidrat (nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian). Ini bermakna sayur-
sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-
kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber
vitamin dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.

2. Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan julat peratus pengambilan karbohidrat yang lebih rendah iaitu 50-
65% berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 iaitu 55-75%. Piramid Makanan Malaysia 2020 ini juga menekankan saranan
pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.

3. Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari turut ditambah pada ilustrasi Piramid Makanan Malaysia 2020. Pengambilan
air yang mencukupi dapat memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga kesihatan terutama di musim pandemik
Covid-19 ini.

ARAS-ARAS PIRAMID MAKANAN

• Aras 1

Sayur-sayuran dan buah-buahan
• Lemak, minyak, gula dan garam
• Makan sedikit
• Makan banyak
• Sayur- sayuran : 3 sajian sehari
• Lemak, minyak, gula dan garam
• Makan sedikit

Buah-buah : 2 sajian sehari

Aras 2

Nasi, mee, roti dan sumber biji-bijirin dan ubi-ubian
Makan secukupnya
• 4 – 8 sajian sehari

ARAS 3

Ikan, ayam, daging dan kekacang
Makan sederhana
• ½ – 2 sajian ayam, daging dan telur sehari
1 sajian ikan sehari
½ – 1 sajian kekacang sehari

ARAS 4

Lemak,minyak,gula dan garam
• Makan sedikit

Piramid Makanan Malaysia 2020 KKM &
Perbezaannya Dengan Yang Lama

• Memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010
selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini.

• Panduan Diet Malaysia 2020 disasarkan kepada golongan dewasa berumur 18 hingga 59 tahun.

• Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 Mesej Utama, di antaranya lebihkan
pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong setiap hari.

• piramid makanan malaysia 2020 terkini

• Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi penting untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh.

• Manakala pengambilan 6 hingga 8 gelas air kosong sehari dapat memastikan kesihatan dan fungsi tubuh yang baik.
• Kedua-dua mesej utama ini penting terutamanya dalam menghadapi wabak

APAKAH KEPENTINGAN PIRAMID
MAKANAN?

• Pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan
kesihatan.

• Piramid makanan memberikan panduan umum tentang pemakanan
seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk
memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan.

• Disebabkan tiada satu pun jenis makanan yang membekalkan semua
jenis zat, gabungan makanan yang betul diperlukan

Mengapakah kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat?

• 1. Mengawal berat badan
• Berat badan adalah salah satu parameter penting untuk menilai kesihatan seseorang secara am. Dalam bahasa mudahnya, berat yang sihat atau normal bermakna

kesihatan anda lebih baik.
• Sebaliknya, berat badan berlebihan membawa kepada lebih banyak risiko kesihatan.
• Piramid makanan adalah panduan asas yang baik dalam merancang diet yang seimbang dan sihat. Jangan melangkau waktu makan terutamanya sarapan kerana ia

akan membuatkan anda makan lebih kerap dan banyak.
• Dalam masa yang sama, amalkan aktiviti fizikal sederhana selama 150 minit seminggu. Pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk mengawal berat badan.
• 2. Mencegah penyakit
• Menurut Hippocrates, “Semua penyakit bermula daripada perut.”
• Meskipun kata-kata Bapa Perubatan itu tidak sepenuhnya tepat, ia sangat masuk akal.
• Pemakanan yang tidak dijaga secara jelas meningkatkan risiko penyakit-penyakit utama. Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan

strok.


Click to View FlipBook Version