The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safurasamsudin, 2022-11-06 09:26:40

SK PAYA PULAI KAJIAN TINDAKAN

SK PAYA PULAI KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEPENGGUNAAN DAN
PELIBATAN MURID DALAM AKTIVITI
PUSAT SUMBER SEKOLAH

MELALUI RANCANGAN AKTIVITI PUSAT
SUMBER 2022

SAFURA BINTI SAMSUDIN
SK PAYA PULAI

REFLEKSI

• Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh JK PSS
berjaya menarik murid berkunjung ke PSS. Melalui aktiviti yang dijalankan seperti Bulan
Pusat Sumber yang memerlukan menyertai aktiviti di PSS telah banyak membantu murid
mengenali PSS dengan lebih dekat lagi. Aktiviti yang disediakan memerlukan murid
membaca isi kandungan buku, bercerita dalam bidang-bidang tertentu, mengenali nama-
nama tokoh, nama-nama alat permainan tradisi dan moden, serta kegunaan alat-alat
tersebut. Sebelum ini murid kurang bertanya dan tidak tahu menggunakan peralatan
tersebut.

REFLEKSI

• Melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, murid-murid perlu datang ke PSS yang terletak di
tingkat 2 untuk membeli borang penyertaan dan mengembalikan borang ke dalam kotak
yang disediakan. Secara tidak langsung, murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai
sumber yang ada di PSS. Tidak dapat dinafikan, hadiah yang lumayan yang disediakan
untuk setiap aktiviti memainkan peranan yang penting untuk menarik pelajar yang kurang
berkunjung ke PSS dan pelajar yang kurang minat membaca.

ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

• Pada pendapat saya, Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan satu medium utama untuk murid
mencari dan mendapatkan maklumat tambahan di samping ilmu pengetahuan sedia ada yang
dipelajari di dalam kelas. Murid-murid boleh mengunjungi Pusat Sumber untuk mencari maklumat
sebagai nilai tambah seterusnya membantu murid meningkatkan kefahaman tentang sesuatu ilmu
yang dipelajari. Oleh itu, amat penting bagi setiap Pusat Sumber Sekolah memastikan kemudahan-
kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber seperti kamus, buku rujukan, sudut interaktif dan
bahan sumber yang lain dikemaskini dan diselia dengan baik agar bermanfaat untuk digunakan.
Suasana yang kondusif dan elemen keceriaan juga merupakan faktor penting untuk menggalakkan
warga sekolah mengunjungi Pusat Sumber khususnya. Saya amat yakin sekiranya usaha untuk
meningkatkan kepenggunaan Pusat Sumber Sekolah ini dapat membantu dan menaikkan
pencapaian murid dalam akademik serta melahirkan murid yang berpengatahuan luas dan berilmu.

OBJEKTIF KAJIAN

• Objektif Umum:

• Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kepenggunaan Pusat Sumber
Sekolah melalui Rancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah 2022.

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KHUSUS :

• Meningkatkan bilangan murid yang berkunjung ke PSS semasa waktu rehat dan sebelum
persekolahan
• Meningkatkan bilangan murid yang meminjam bahan bacaan di PSS.
• Menarik minat murid membaca dan menggunakan bahan bacaan yang dipamerkan di
PSS.
• Meningkatkan minat murid dalam memperoleh ilmu dan maklumat.
• Meningkatkan kekerapan guru membawa murid ke PSS.

KUMPULAN SASARAN

• Kajian ini melibatkan 2 kelas tahap 1 dan 2 kelas tahap 2 yang terdiri
daripada murid Tahun Satu dan Tahun Tiga ( Tahap 1) dan murid Tahun 4
Empat dan murid Tahun Enam ( Tahap 2 ) iaitu berjumlah seramai 140
orang.

PELAKSANAAN KAJIAN

• Tinjauan Masalah
• Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan rekod

penggunaan PSS dan soalan soal selidik secara lisan dan borang soal selidik .

• Pemerhatian
• Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa murid berkunjung ke PSS

pada waktu rehat dan semasa Program NILAM dijalankan di PSS. Sebelum kajian dijalankan, murid
kurang memberi respon kepada bahan-bahan dan maklumat yang dipamerkan di dalam PSS.
Bilangan murid yang masuk ke PSS tidak memuaskan. Selain itu, murid yang datang ke PSS untuk
meminjam bahan bacaan juga tidak menggalakkan.

PELAKSANAAN KAJIAN

• Rekod Penggunaan PSS
Rekod penggunaan PSS, iaitu rekod kemasukan murid ke PSS dan rekod pinjaman bahan
bacaan murid menunjukkan peratusan penggunaan yang rendah. Rekod kemasukan murid
ke PSS pada bulan Mei sehingga Jun adalah seramai 100 orang sahaja.Sementara untuk
rekod pinjaman bahan bacaan oleh murid pada bulan Mei hanyalah 20 buah buku, dan Jun
sebanyak 10 buah buku daripada jumlah buku di PSS.

PELAKSANAAN KAJIAN

• Pengumpulan Data Melalui Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan
maklum balas murid berkenaan dengan faktor murid kurang berkunjung ke PSS dan kurang
menggunakan kemudahan PSS untuk mendapatkan sumber ilmu.Selain itu soal selidik
secara lisan juga diadakan dan maklumat berkaitan dicatatkan Hasil daripada soalan soal
selidik, didapati murid kurang berkunjung ke PSS kerana

PELAKSANAAN KAJIAN 74.0%
85.1%
1. Saya tidak ada masa. 37.0%
2. Masa PSS dibuka adalah pendek menyebabkan saya tidak sempat naik ke PSS 66.6%
3. Guru tidak membawa kelas saya masuk ke PSS untuk aktiviti Program NILAM 34.4 %
4. Bahan bacaan di PSS adalah kurang menarik minat saya 28.2 %
5. Pusat Sumber kurang ceria 25.1 %
6. Saya kurang berminat membaca buku. 20.0 %
7. PSS terletak di tingkat 2menyebabkan saya tidak ingin ke PSS 85.1%
8. Kemudahan di PSS adalah tidak mencukupi 74.0%
9. Tiada Kemudahan Internet
10. Aktiviti PSS Kurang menarik

PELAKSANAAN KAJIAN

• Tindakan Rawatan (Intervensi)/Inovasi Yang Dijalankan

• Kajian Tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan. Sebelum saya menjalankan kajian ini,
saya telah menyediakan borang soal selidik dan diedarkan kepada pengunjung dan kepada murid
secara rawak untuk mengenal pasti punca masalah..

• Selain itu, buku-buku rekod tambahan seperti buku rekod kemasukan murid ke PSS juga
disediakan. Buku-buku rekod yang sedia ada seperti buku rekod bahan pinjaman oleh murid, buku
rekod penggunaan bilik tayangan dan buku rekod penggunaan permainan dalaman serta sistem
automasi bertindak sebagai eviden kajian saya.

• Guru PSS dan Guru NILAM juga memberikan taklimat dan menyampaikan maklumat-maklumat
tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PSS, bahan-bahan bacaan terbaru, aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh PSS kepada semua murid secara berkala di dalam perhimpunan

PELAKSANAAN KAJIAN

• Tindakan Rawatan (Intervensi)/Inovasi Yang Dijalankan

• Terdapat juga notis-notis yang ditampal di papan kenyataan utama dan papan kenyataan
di PSS untuk menyebarkan berita atau isu-isu terkini kepada murid dan guru.

• Penambahbaikan keceriaan fizikal dalaman dan luaran serta buku-buku baharu juga
dapat menggalakkan minat murid. Selain itu kewujudan papan pameran juga menjadi
daya tarikan baru ke pusat sumber. Selain itu pameran buku-buku baharu setiap 2
minggu sekali dapat manarik minat murid untuk mengetahui kewujudan buku-buku
baharu.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN Tarikh Pelaksanaan

Bil. Aktiviti

1. Bulan Pusat Sumber
2. Projek Buku Skrap ( Kolaborasi bersama Panitia )
3. Kuiz Literasi Maklumat
4. Pameran Buku Baharu
5. Anugerah Pengunjung PSS Terbanyak Bulanan
6. Kuiz Pameran Bertema
7. Kuiz Permainan Dalaman ( Kolaborasi Unit Koko )
8.

PELAKSANAAN KAJIAN

Analisis Pemerhatian

• Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran, didapati

• -Murid yang berkunjung ke PSS semakin bertambah.
• -Murid mula mencari atau membaca bahan bacaan di PSS selain buku cerita dan buku rujukan
mata pelajaran.
• -Pinjaman bahan-bahan bacaan oleh murid di PSS juga bertambah.
• -Murid mula menaruh minat terhadap buku bacaan dan maklumat yang dipamerkan di PSS.
• -Kekerapan guru yang membawa murid ke PSS juga bertambah.

PELAKSANAAN KAJIAN

Analisis Rekod Penggunaan PSS

Dalam rekod penggunaan PSS telah menunjukkan peningkatan. Rekod kemasukan murid
ke PSS pada bulan Julai ialah sebanyak 70 orang dan bulan Ogos telah mencatatkan
jumlah 90 orang, Keadaan ini menunjukkan ada pertambahan penggunaan pusat sumber
selepas beberapa perubahan dan pelaksanaan aktiviti dilaksanakan. Penggunaan pusat
sumber oleh guru-guru kelas juga meningkat mengikut jadual yang telah disediakan.
Sementara dalam rekod pinjaman bahan bacaan oleh murid juga menunjukkan peningkatan
iaitu pada bulan Julai berjumlah 20 buah buku telah dipinjam daripada jumlah buku di PSS.
Pada bulan Ogos pula sebanyak 32 buah buku telah dipinjam, daripada jumlah buku di PSS.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

• Alhamdulillah hasil kajian dan intervensi yang telah dijalankan
menunjukkan impak yang positif. Penambahbaikan dari semasa ke
semasa akan dijalankan bagi menaikkan lagi jumlah pengunjung ke
PSS.


Click to View FlipBook Version