The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wahida Osman, 2024-05-24 01:56:49

BROSUR EKSPEDISI JELAJAH ILMU TINGKATAN 6

KE UTARA PERLIS & UUM

JELAJAH ILMU EKSPEDISI 02 - 05 JUN 2024 TARIKH : Anjuran : Unit Kokurikulum & Unit Kecemerlangan Tingkatan 6 Anjuran : Unit Kokurikulum & Unit Kecemerlangan Tingkatan 6 KE UTARA PERLIS


Program Ekspedisi Jelajah Ilmu merupakan program lawatan sambil belajar yang memberikan pengalaman pendidikan di luar bilik darjah dan dapat memberikan pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, pemantapan fizikal, mental dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat membantu proses perkembangan pelajar. Program ini merupakan salah satu daripada teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mana sangat memberikan impak positif kepada jati diri pelajar. Proses pembelajaran melalui pengalaman adalah sangat penting untuk pelajar mengembangkan tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka. Oleh itu, program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat menikmati pengalaman sendiri daripada lawatan tersebut. Ekspedisi Jelajah Ilmu ini akan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan enam mempraktikkan segala kemahiran luar yang dimiliki mereka. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberikan ruang yang lebih untuk pelajar dan guru mendalami ilmu dan menimba banyak pengalaman baharu. Program ini merupakan satu program yang boleh menarik minat pelajar dan amat berguna untuk mengembangkan minda, di samping menjadi asas untuk membina keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi dalam kehidupan seharian mereka. EKSPEDISI JELAJAH ILMU PENGENALAN MATLAMAT Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta berpotensi untuk memberikan sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dalam konteks Ekspedisi Jelajah Ilmu aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberikan peluang kepada para pelajar memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari aspek kurikulum dan kokurikulum, di samping dapat memperkukuh disiplin kendiri, semangat kolaboratif dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab terhadap khazanah alam.


Meningkatkan motivasi pelajar untuk berusaha bersungguhsungguh hingga melangkah ke menara gading. Memberikan pendedahan kepada pelajar dengan persekitaran universiti ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Memberikan nilai tambah kepada pengetahuan am pelajar tentang ilmu sains dan alam sekitar. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan. Menanamkan sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang. EKSPEDISI JELAJAH ILMU OBJEKTIF


JAWATANKUASA INDUK EKSPEDISI JELAJAH ILMU Penasihat : Pn. Faridah binti Mat Zon (Pengetua) Penaung : En. Zafir bin Aziz (YDP PIBG) Pengerusi : Tn. Hj. Md Zamri bin Samat @ Limat (GPK Tingkatan Enam) Penyelaras : Cik Hjh Noor Redah binti Omar (SU Kecemerlangan) Pen. Penyelaras : Cik Wahida binti Osman (SU Kokurikulum) Setiausaha : Pn. Nur Jannah binti Kasiru (Pen SU Kecemerlangan) Bendahari : Pn. Noridayu binti Ab Rahman


JAWATANKUASA PELAKSANA EKSPEDISI JELAJAH ILMU Urusetia/Pendaftaran Pn. Hjh Norliza binti Mat Zain Penginapan dan Logistik En. Abd Razzak bin Sahar Rakaman/Gambar En. Noranizam bin Ahmad Makanan dan Minuman Pn. Alina binti Hashim Dokumentasi Pn. Siti Noorhasanah binti Ab Rahim Brosur dan Hebahan En. Ezwafahmey bin Ahmad Kusaini Sijil dan Cenderamata Pn. Nurul Syila binti Latip Keselamatan dan Pertolongan Cemas En. Zolkarnain bin Hasan Kerohanian/Moral Pn. Hjh Fadzilah binti Sulaiman En. Chock Tok Heng


EKSPEDISI JELAJAH ILMU HARI PERTAMA (02/06/2024) - AHAD HARI KEDUA (03/06/2024) - ISNIN (CUTI UMUM)


EKSPEDISI JELAJAH ILMU HARI KETIGA (04/06/2024) - SELASA


EKSPEDISI JELAJAH ILMU HARI KEEMPAT (05/06/2024) - RABU


Pentadbir SMK Tun Syed Zahiruddin Semua Guru Pengiring Program Semua Penyumbang Unit Kebajikan SMK Tun Syed Zahiruddin Pelajar Tingkatan 6 Semester 2 Yang Terlibat Secara Langsung @ Tidak Langsung Sekalung Penghargaan terima kasih EKSPEDISI JELAJAH ILMU


Click to View FlipBook Version