PAMERAN BERTEMA
EDISI DISEMBER 2021
1
Sejarah Hari Krismas
Saban tahun, Disember disambut dengan meriah oleh kira-
kira 2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia dan tarikh
Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ.
Perkataan “Krismas” berasal dari istilah Yunani iaitu “Mass Kristus”
yang membawa maksud Perayaan bagi al-Masih.
2
Hari Krismas
Kedua-dua ibu bapa dan anak-anak membuka bungkusan hadiah.
Kemudian seluruh keluarga mengadakan makan malam Krismas.
Apakah makan malam Krismas tradisional?
Ayam belanda panggang
Kentang panggang
Brussels Sprouts
3
Tradisi Sambutan Krismas
Bertukar-tukar hadiah
Menghias pokok Krismas
Menghadiri aktiviti di gereja
Makan beramai-ramai
Menziarahi keluarga serta sahabat-sahabat karib.
4
Santa Claus
Lagenda Santa Claus dapat ditelusuri kembali
seorang biarawan bernama St Nicholas yang lahir di Turki
sekitar tahun 280 A.D.. St. Nicholas memberikan semua
kekayaan warisannya dan mengembara ke kawasan luar
bandar membantu orang miskin dan sakit, dikenali sebagai
pelindung kanak-kanak dan pelaut.
St. Nicholas mula memasuki budaya popular Amerika pada
akhir abad ke-18 di New York, apabila keluarga Belanda
berkumpul untuk menghormati ulang tahun kematian "Sint
Nikolaas" (Belanda untuk Saint Nicholas), atau "Sinter Klaas"
Perkataan "Santa Claus" muncul dari dari singkatan ini.
5
Pokok Krismas
Pokok Krismas merupakan pokok hiasan, kebiasaannya
daripada jenis konifer yang menjadi tradisi dalam
perayaan hari Natal. Pokok Krismas tiruan pula adalah
objek yang menyerupai sebatang pohon, yang
biasanya dibuat daripada polivinil klorida (PVC).
Pokok itu secara tradisinya dihiasi dengan pelbagai
jenis perhiasan seperti kalungan, jurai dan gula-gula
tongkat. Hiasan berbentuk malaikat dan bintang pula
diletakkan pada bahagian atas pokok, sebagai simbol
kepada malaikat atau Bintang Bethlehem daripada
peristiwa kelahiran Jesus.
6
Hidangan Hari Krismas
Ayam belanda panggang adalah sajian utama
dan wajib dihidangkan pada perayaan
Krismas. Di United Kingdom, 87 peratus
masyarakat berpendapat, perayaan Krismas
tidak bermakna sekiranya ayam belanda tidak
dihidangkan.
Tradisi menyediakan makanan dalam kuantiti
yang besar semasa sambutan malam Krismas
mula diamalkan pada kurun ke-16.
7
Hidangan Hari Krismas
Kehadiran biskut dengan pelbagai bentuk, saiz dan
warna mesti memeriahkan lagi suasana perayaan!
Antara perisa biskut yang popular adalah
gingerbread man, biskut oatmeal, biskut ginger
star, biskut keju rosemary, biskut baby meringue
mouse dan biskut gula.
Sejarah biskut Krismas bermula sejak 10,000 tahun
lalu apabila petani-petani zaman Neolitik sering
menyediakan makanan mereka dengan kaedah
membakar.
8
Hidangan Hari Krismas
Kek buah atau fruit cake ini sebenarnya popular di
kalangan masyarakat di Amerika Syarikat. Ia juga
dikenali sebagai “Christmas Cake” atau “Plum Cake”.
Intinya terdiri dari kacang pain, kismis dan buah delima.
Rasanya masam dan manis memang menyelerakan.
Disebabkan kek tu berwarna-warni, mereka
menghidangkan kek tersebut pada perayaan Krismas.
Jika anda pergi ke pusat beli belah menjelang perayaan
Krismas, anda mesti akan nampak Fruit Cake.
.
9
Sumber Rujukan
⋆ https://ms.wikipedia.org/wiki/Krismas
⋆ http://www.sentiasapanas.com/2013/12/asal-usul-sambutan-hari-krismas.html#ixzz7ELReUbMY
⋆ Krismas: Sejarah, budaya dan hukum berkaitan (harakahdaily.net)
⋆ History of Christmas - Origins, Traditions & Facts – HISTORY
⋆ Pokok Krismas - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
⋆ http://ohhangat.com.my/article/C1712231330407180/makanan-yang-wajib-dihidangkan-ketika-
perayaan-krismas-di-malaysia
⋆
10
Kredit Sumber Gambar
⋆ Perayaan Krismas di WP dibenarkan | Malaysia sekarang (malaysiajournal.com)
⋆ Kepentingan penganut Kristian dalam politik Malaysia | Free Malaysia Today (FMT)
⋆ Craig Antweiler: Perayaan Hari Natal
⋆ 5 Perayaan Hari Krismas yang Unik di Indonesia dan Kepakaran Mereka (zurich.co.id)
⋆ Christmas Tree Background Snow Snowing Golden Balls Decoration Stock Photo -
Image of snowing, background: 78086168 (dreamstime.com)
⋆ PSS Pengiran Omar
11
Merry Christmas and
a Happy New Year!
Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua penganut
agama Kristian di Malaysia dan seluruh dunia
Daripada :
Pengurusan PSS SMKFSS
Disember 2021
12