SAMBUTAN HARI DEEPAVALI PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK (F) SERI SENDAYAN PAMERAN BERTEMA Edisi November 2023
Apakah itu deepavali ? • suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan • ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan • disambut pada bulan Oktober atau November
LATAR BELAKANG DEEPAVALI 1. Kembalinya Maharaja Rama ke Ayodhya Peristiwa ini berlaku semasa Treta Yuga, kira-kira 2 juta tahun dahulu di mana Deepavali meraikan kembalinya Maharaja Rama, pemerintah negeri Ayodhya, bersama ratunya Maharani Sita dan adindanya yang menjadi ketua medan tempur iaitu Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang hebat yang menyaksikan Maharaja Rama membunuh raja raksasa Ravana.
2. Keinsafan Narakasura Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati keinsafanNarakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seorang raksasa yang bijak dan berkuasa lalu menjadi takbur durjana dan mula mencetuskan huru-hara. Akhirnya dia menemui ajal di tangan Ratu Satyabhama, isteri DewaKrishna. 3. Kezahidan Shakti Menurut Skanda Purana, Mahadewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Mahadewa Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata.
LIMA HARI DEEPAVALI Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan kawasan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali dinamakan sempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu. 1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membelibelah perkakas dan emas.
2. Naraka Chaturdashi Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura insaf, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan. 3. Lakshmi Pujae Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
4. Govardhan Puja Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. 5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika) Pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik.
PAKAIAN TRADIOSIONAL DHOTI SARI KURTA
SAMBUTAN DEEPAVALI DI MALAYSIA ▪ Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia kerana terdapat kira-kira 1.5 juta penganut Hindu yang kebanyakannya berasal dari India Selatan. ▪ Malam sebelum hari Deepavali merupakan hari untuk memperingati datuk,nenek dan moyang yang telah meninggal dunia dengan upacara sembahyang kecil di rumah di kalangan keluarga terdekat sahaja.
• Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan sembahyang bersama keluarga di rumah serta mendapatkan restu ibu bapa dan orang tua sebelum memakai pakaian baru dan mengunjungi kuil. Kemudian barulah mereka mula mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka juga diadakan untuk rakyat jelata.