PAMERAN BERTEMA
EDISI MEI 2022
HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri
merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa
sama ada Arab, Inggeris, Melayu India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh
dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan
terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini
menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam.
Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang
hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
KEISTIMEWAAN HARI RAYA AIDILFITRI
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah
iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat
fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang
Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat
fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada
kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada
mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan
disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha
digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan
korban.[1]
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara
terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya
Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga
malam.
PERSIAPAN MENYAMBUT HARI
RAYA AIDILFITRI
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-
pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan
secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.
Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan
premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu
sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali
sebagai Balik Kampung.
PAKAIAN DI HARI RAYA AIDILFITRI
Baju Melayu adalah pakaian tradisi
kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di
Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi
dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum
wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya.
Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada
tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju
kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi
dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin
Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana
Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad
Badawi.
SUNNAH RASULLULLAH DALAM
MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah merupakan hari yang disyariatkan untuk disambut
sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan, bagi umat Islam yang berjaya
melaksanakan ibadat dengan sempurna pada bulan Ramadan, juga sebagai menzahirkan
kesyukuran kepada Allah s.w.t, di atas rahmat dan petunjukNya. Selaras dengan maksud
firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 185:
“… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat
petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.
Justeru bagi mendapat keberkatan dalam menyambut perayaan ini semua umat Islam
hendaklah menghayati sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.
Antaranya ialah:
Pertama: Bertakbir pada malam raya dan pagi raya di mana sahaja mereka berada
(selain dalam tandas).
Kedua: Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti
melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan
sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan dua
malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala
hati” (H.R Ibnu Majah)
Ketiga: Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang baik dan memakai bau-bauan
sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
Keempat: Bagi makmum sunat pergi ke tempat solat raya lebih awal, sementara Imam
disunatkan datang lewat sedikit, iaitu ketika hendak mendirikan solat.
Kelima: Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan hadis yang
diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak
keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa
biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Bukhari].
Keenam: Memberi kelapangan kepada keluarga dari segi perbelanjaan, memperbanyakkan
sedekah sekadar yang termampu.
Ketujuh: keluar pergi solat melalui jalan lain dan balik ke rumah semula selepas solat
melalui jalan lain. Bagi yang mampu adalah lebih afdhal pergi solat berjalan kaki,
Kelapan: Menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang mukmin,
serta ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim, serta mengucapkan sebarang
ucapan yang baik. Para sahabat Rasulullah s.a.w ketika bertemu sesama mereka pada hari
Raya mereka menyebut : (تقبل الله منا ومنكsemoga Allah menerima amal kami dan juga
amalmu).
Kesembilan: Tidak berjabat salam antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram,
seperti ipar, isteri bapa saudara atau suami emak saudara dan seumpamanya
Juadah tradisi DI HARI RAYA
AIDILFITRI
rendang
ketupat lemang
Amalan sempena HARI RAYA
AIDILFITRI
Balik kampung… menemui keluarga dan Membayar zakat..rukun Islam keempat, Duit raya… berkongsi rezeki,
sanak saudara membantu mereka yang memerlukan terutamanya untuk kanak kanak
Solat sunat aidilfitri… tanda syukur Bermaaf maafan… yang muda Kunjung mengunjung….
di atas segala kurniaanNYA menghormati yang lebih tua agar silaturrahim terus berkekalan
Ingatan tulus ikhlas daripada :
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
SMK (FELDA) Seri Sendayan