IIX1004
USULUDDIN
TAJUK:
SEJARAH MAKANAN RASULULLAH SAW
PENSYARAH:
DR. FAISAL BIN ABDUL HAMID
AHLI KUMPULAN:
1. NUR IFFAH NABILAH BINTI LAKARKHAN (17200892)
2. MAZIYYATUL ZAKIAH BINTI MAZZELLI (17199945)
3. TUAN NURUL IZZAH BINTI TUAN LOKMAN (U2000284)
4. SHARIFAH AFRINA BATRISYIA BT SYED JEFFRI (U2000106)
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya,kami dapat
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.Pertama sekali kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah bagi kod subjek Pengantar
Pengajian Usuluddin(IIX 1004) kerana telah memberi tunjuk ajar yang baik kepada kami serta
rakan-rakan yang lain bagi menyiapkan tugasan ini dengan sempurna terutamanya kepada Dr
Faisal Abdul Hamid yang mengurus bahagian sejarah bagi subjek ini.
Selain itu,kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa serta rakan-rakan kami
yang lain kerana telah memberi pemudah cara,sokongan moral yang baik kepada kami serta
membantu kami menjawab segala pertanyaan yang kami utarakan bagi menyempurnakan
tugasan ini sehingga tamat.
Akhir sekali,ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada semua pihak yang turut terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Segala bantuan dan
kemudahan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan mereka
semua tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.
3
PENGENALAN
Istilah makanan sunnah ini merujuk kepada makanan-makanan tertentu yang
menjadi kebiasaan dan kegemaran Rasulullah sebagaimana yang dinyatakan dalam
hadith-hadith Baginda.
Islam turut menekankan pengambilan makanan yang memenuhi konsep “ حلالا
”طيباiaitu halal lagi baik. Makanan tersebut perlulah menepati piawaian syarak, malah
diteliti juga khasiat dan kebaikannya untuk kesihatan fizikal dan spiritual.
Hukum asal bagi semua makanan adalah harus selagi tiada dalil yang
mengharamkannya. Justeru, istilah makanan sunnah yang “ ”حلالا طيباbukan sekadar
tertakluk kepada makanan kegemaran Baginda sepertimana yang terdapat dalam
hadith-hadith.Bahkan semua makanan mestilah baik, berkhasiat dan disediakan mengikut
panduan Islam. Buktinya,ada hadith yang menunjukkan Rasulullah SAW memakan apa
sahaja yang dihidangkan dan tidak menolak apa yang ada.
َما َعا َب ال َّن ِب ُّي َصلَّى هَّلا ُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َط َعا ًما َق ُّط ِإ ْن ا ْش َت َهاهُ َأ َك َل ُه َوِإ ْن َك ِر َه ُه
َت َر َك ُه
“Nabi SAW tidak pernah mencela makanan sekali pun. Apabila beliau berselera (suka),
beliau memakannya. Apabila beliau tidak suka, beliau pun meninggalkannya (tidak
memakannya). (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064).
Jika Rasulullah SAW tidak berselera, baginda akan meninggalkan makanan tanpa
mencela makanan tersebut. Cacian terhadap makanan boleh mengurangkan keberkatan
yang Allah SWT berikan dalam makanan tersebut dan memberi kesan negatif terhadap
kesihatan tubuh sekiranya makanan tersebut dimakan.
4
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1 Definisi Makanan Sunnah & Fahaman Mayarakat tentang “Makanan 6
Sunnah”
2 Tatacara Makan dan Minum Rasulullah SAW 8
3 Alatan makanan Rasulullah SAW 11
4 Kebaikan makanan sunnah menurut kajian sains 13
4.1 Kurma 15
4.2 Susu Kambing 21
4.3 Minyak Zaitun 24
4.4 Buah tin 25
4.5 Madu 27
4.6 Air Zamzam 30
4.7 Habbatus Sauda’ 32
4.8 Labu
5 Rujukan 33
5
1.DEFINISI MAKANAN SUNNAH
Makanan dan minuman memainkan peranan yang sangat penting kepada kesihatan
manusia. Kebanyakkan manusia sekarang mudah diserang penyakit adalah disebabkan
oleh corak atau pola makanan yang salah atau tidak seimbang. Nabi Muhammad SAW
merupakan contoh teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh
aspek kehidupan. Antara pecahan yang penting dalam sunnah adalah berkaitan makanan
yang dimakan oleh Rasulullah SAW dan lebih dikenali sebagai "makanan sunnah".
Rasulullah SAW mengamalkan cara hidup sihat melalui gaya pemakanan yang
seimbang dan sentiasa bersederhana. Gaya hidup baginda sesuai dijadikan sebagai
pedoman hidup kita supaya terhindar dari gejala penyakit. Dalam aspek pemakanan
Rasulullah,terdapat juga beberapa jenis makanan yang menjadi kesukaan dan kegemaran
Baginda SAW. Selain itu,adab dan etika pemakanan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW
juga menjadi perkara yang penting untuk dicontohi.Misalnya,terdapat juga manusia yang
suka mencerca makanan yang mereka tidak suka tetapi Rasulullah SAW tidak pernah
menunjukkan ketidaksukaannya terhadap sesuatu makanan.Sekiranya Nabi SAW tidak
biasa memakan makanan yang tiada di negerinya, Baginda tidak akan berselera dan
menahan diri daripada memakannya dan tidak melarang orang lain yang menyukainya.
Maka,janggal sekiranya kita mengamalkan makanan sunnah tetapi pada masa yang sama
kita tidak menerapkan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita.
PEMAHAMAN UMUM MASYARAKAT TENTANG “MAKANAN SUNNAH”.
Penggunaan istilah “makanan sunnah” sangat banyak digunakan dan disebutkan
dalam kalangan manusia sekarang sedangkan istilah tersebut tidak dinyatakan di dalam
al-Quran mahupun al-Hadith. Kini,penggunaan istilah tersebut sering digunakan dalam
6
kalangan masyarakat terutamanya apabila ingin mempromosikan sesuatu produk ataupun
barangan kesihatan dan sebagainya. Kebanyakannya kandungan yang digunakan dalam
produk-produk tersebut merupakan bahan yang disebutkan di dalam al-Quran dan
al-Hadith sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagian kecil.
Terdapat beberapa jenis pandangan masyarakat sekarang mengenai penggunaan
istilah “makanan sunnah” iaitu:
Pandangan pertama menyatakan bahawa masyarakat kini melabelkan ‘makanan
sunnah’ itu sebagai makanan yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadith. Terdapat
pelbagai blog-blog di internet yang boleh dirujuk seperti pandangan pertama ini yang
dijadikan sebagai sumber rujukan. Terdapat juga dari sumber buku yang mendefinisikan
‘makanan sunnah’ ini makanan yang berasal dari al-Quran dan al-Hadith antaranya buku
yang ditulis oleh Ustaz Fauzi Mustaffa yang berjudul “Rahsia Makanan Sunnah”.
Seterusnya,pandangan kedua menyatakan bahawa terdapat ahli-ahli akademik
yang mengatakan ‘makanan sunnah’ ini membawa banyak kebaikan kepada manusia
sama disebut di dalam al-Quran, al-Hadith atau tidak disebutkan dalam kedua-dua
sumber tersebut. Hujah ini bertitik tolak dari; Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
ayat 168 yang bermaksud “Wahai sekalian manusia,makanlah yang halal lagi baik apa
yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”.
Berpandukan dalil ini,kita diharuskan untuk memakan semua jenis makanan yang
halal, baik, tidak berlebih-lebihan ,tidak membazir serta sentiasa mensyukuri nikmat yang
diberi oleh Allah. Berpandukan nas tersebut segala makanan yang dikategorikan sebagai
makanan halal dan baik adalah lebih banyak dan bersifat umum sedangkan apa yang
disebutkan itu hanya sebahagian daripadanya iaitu makanan yang terdapat ketika zaman
dan persekitaran hidup Rasulullah SAW. Pandangan kedua ini lebih membawa maksud
apa sahaja makanan yang baik itu termasuk dalam kategori makanan sunnah.
Pandangan ketiga merujuk kepada segelintir masyarakat yang beranggapan
bahawa makanan sunnah itu seperti kurma, madu, kismis, delima dan habatus sauda’.
Terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan begini akibat keterbatasan ilmu dan
7
mendapat maklumat mengenai makanan sunnah dengan hanya memahami dan
mendengar melalui pengaruh iklan di kaca televisyen dan radio.
Akhir sekali, pandangan keempat yang mana merujuk kepada golongan yang
berpendapat bahawa makanan sunnah itu termasuk dengan cara pembuatan dan
pengamalan yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW .Misalnya,dari sudut pembuatan
sesuatu produk para pekerja perlu menutup aurat dengan sempurna, sentiasa dalam
keadaan berwudhuk, dialunkan ayat al-Quran sepanjang tempoh pemprosesan dan
sebagainya.Dari aspek pengamalan produk pula, pengguna mestilah mengamalkan
bacaan basmallah, makan dengan menggunakan tangan kanan serta menjaga adab
sebelum, ketika dan selepas makan seperti yang dituntut dalam Islam.
2. TATA CARA MAKAN DAN MINUM RASULULLAH SAW
Dari aspek pemakanan, terdapat makanan yang menjadi kesukaan Baginda SAW
serta tatacara pemakanan yang boleh dicontohi kerana sudah pasti ia mengandungi
hikmah, khasiat dan kebaikan tertentu yang boleh dibuktikan kebenarannya secara
saintifik.
Sunnah Rasulullah merujuk kepada cara hidup Baginda yang menjadi panduan
dalam sepanjang hari dan hayat seorang Muslim. Sunnah diriwayatkan daripada
hadis-hadis yang disandarkan kepada Baginda samada dalam bentuk perkataan, perbuatan
atau persetujuan.Ringkasnya, cara pemakanan sunnah merujuk kepada cara, tabiat,
kebiasaan, tertib dan aturan yang dianjurkan oleh Baginda SAW.Sepertimana firman
Allah SWT Surah al-Ahzab,ayat 21.
َل َق ْد َكا َن َل ُك ْم ِف ْي َر ُس ْو ِل هّٰلا ِ اُ ْس َوةٌ َح َس َن ٌة لِّ َم ْن َكا َن َي ْر ُجوا هّٰلا َ َوا ْل َي ْو َم ااْل ٰ ِخ َر
َو َذ َك َر هّٰلا َ َك ِث ْي ًر ۗا
8
Maksudnya: Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan
yang banyak mengingat Allah.
2.1 Menjilat jari selepas makan
َكا َن ال َّن ِب ُّي صلى الله عليه وسلم ِإ َذا َأ َك َل َط َعاماً َل ِع َق َأ َصا ِب َع ُه: َقا َل،َع ْن َأ َن ٍس
ال َّثلاَ َث
Anas bin Malik r.a menyatakan: “Apabila selesai memakan makanan, Rasulullah SAW
menjilat ketiga-tiga jari baginda”
Dalam hadith yang lain, Nabi SAW menerangkan sebab kepada amalan tersebut;
َأ َّن ال َّن ِب َي صلى الله عليه وسلم َأ َم َر ِب َل ْع ِق اَأل َصا ِب ِع:َع ْن َجا ِب ٍر رضي الله عنه
ِإ َّن ُك ْم لاَ َت ْد ُرو َن ِفي اَ ِّي ِه ال َب َر َك ُة: َو َقا َل، َوال َّص ْح َف ِة
Diriwayatkan daripada Jabir r.a, beliau menceritakan "Nabi SAW menyuruh menjilat
jari-jari dan talam atau pinggan(selepas makan) dan Baginda bersabda "Sesungguhnya
kamu tidak mengetahui bahagian makanan yang mana terdapatnya barakah"(Riwayat
Muslim).
Ia mestilah dilakukan dengan tertib agar tidak menimbulkan persepsi yang negatif.
Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa dengan menjilat jari setelah selesai
makan, jari akan mengeluarkan enzim yang sangat membantu kelancaran proses
pencernaan
9
2.2 Makan menggunakan tiga jari.
َكا َن َر ُسو ُل هَّلا ِ صلى الله عليه وسلم: َعن َك ْعب ْب ِن َمالِ ٍك رضي الله عنه َقا َل
َو َي ْل َعقهن،َيْأ ُك ُل ِبَأ َصا ِب ِع ِه ال َّثلاَ ِث
Diriwayatkan daripada Ka'ab bin Malik r.a,beliau menceritakan "Rasulullah SAW makan
dengan tiga jarinya dan Baginda menjilatnya(selepas makan)”.
● Menggunakan tiga jari kanan mengecilkan saiz suapan dan makanan dapat
dikunyah dengan sempurna.
● Makan dengan tangan kanan merupakan cara untuk mempercepatkan proses
pencernaan.
● Menurut artikel yang diterbitkan dalam paparetta.wordpress.com pada Oktober
2010, makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan kerana jari akan
mengeluarkan enzim ‘RNAse’ yang dapat mengawal aktiviti bakteria sehingga
ke tahap minima dalam sistem pencernaan. Ini mampu menghindarkan penyakit
yang disebabkan oleh perut.
2.3 Duduk secara iq’a
Cara duduk al-iq’a ialah duduk di atas pangkal peha dalam keadaan ingin segera
bangun,bukan dengan duduk menetap di atas lantai. Posisi ini memudahkan makanan
turun serta dihadamkan dengan sempurna.
، َأ َّما َأ َنا: َقا َل ال َّن ِب ُّي صلى الله عليه وسلم:َعن َأ ِبي ُج َحي َف َة رضي الله عنه َقا َل
َفلاَ آ ُك ُل ُم َّت ِكًئا.
10
Diriwayatkan daripada Abu Juhaifah r.a, beliau menceritakan "Rasulullah SAW
bersabda, " Adapun aku, maka aku tidak makan dengan duduk ittika'(bersila atau
bersandar).
2.4 Membaca doa sebelum dan selepas makan.
َكا َن َر ُسو ُل هَّلا ِ صلى الله عليه وسلم ِإ َذا َف َر َغ: َقا َل،َعن َأ ِبي َس ِعي ٍد ا ْل ُخ ْد ِر ٍّي
ا ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ الَّ ِذي َأ ْط َع َم َنا َو َس َقا َنا َو َج َع َل َنا ُ ُم ْسلِ ِمين: َقا َل،ِمن َط َعا ِم ِه
Abu Sa'id Al-Khudri r.a menyatakan: Setiap kali Rasulullah SAW selesai makan, Baginda
sentiasa mengucapkan: (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan
minum serta menjadikan kami sebagai orang Islam).
3. ALATAN MAKAN RASULULLAH SAW
3.1 Bekas Minuman Rasulullah SAW
ُم َض َّب ًبا، َغلِي ًظا، َق َد َح َخ َش ٍب، َأ ْخ َر َج ِإ َل ْي َنا َأ َن ُس ْب ِن َمالِ ٍك: َقا َل،َعن َثا ِب ٍت
َه َذا َق َد ُح َر ُسو ِل هَّلا ِ صلى الله عليه وسلم، َيا َثا ِب ُت: َف َقا َل، ِب َح ِدي ٍد
Thabit r.a menyatakan: Anas bin Malik r.a telah mengeluarkan kepada kami sebijik
mangkuk yang diperbuat dari kayu keras dan dilapisi dengan besi sambil berkata: ini
adalah mangkuk Rasulullah SAW.
ِب َه َذا ال َق َد ِح، َل َق ْد َس َق ْي ُت َر ُسو َل هَّلا ِ صلى الله عليه وسلم: َقا َل،َعن َأ َن ٍس
َواللَّ َب َن، َوال َّع َس َل، َوال َّن ِبي َذ، ال َما َء،ال َّش َرا َب ُكلَّ ُه
11
Anas r.a menyatakan: Dengan mangkuk ini aku telah memberikan kepada Rasulullah
SAW segala Jenis minuman; air, anggur, madu dan susu.
3.2 Pelapik makanan (Sufrah)
ما أكل نبي: عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال، عن قتادة، عن يونس
فقلت: قال. ولا خبز له مرقق, ولا في سكرجة، الله ﷺ على خوان
على هذه في السفر: فعلام كانوا يأكلون ؟ قال: لقتادة
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Yunus , daripada Qatadah yang meriwayatkan
daripada Anas bin Malik r.a. , katanya : " Tidak pernah Nabi SAW makan di atas meja
makan dan tidak pernah juga di dalam pinggan kecil . Begitu juga , tidak pernah
dimasak untuk Baginda roti yang lembut . " Berkata Yunus , " Aku bertanya Qatadah , '
Kalau begitu , di atas apa mereka makan ? " Jawab Qatadah , ' Di atas alas begini ."
(Sahih al-Bukhari)
Hadith ini menceritakan kepada kita tempat makan Nabi S.A.W dan bekas makanan
Baginda iaitu Baginda tidak makan menggunakan meja, akan tetapi makan di atas lantai.
Nabi SAW makan di atas alas (sufrah) dan berkongsi makanan bersama para sahabat.
Daripada hadis di atas kita dapat melihat sifat tawaduk Nabi SAW. Hal ini
menggambarkan kemewahan dan rasa besar diri pada zaman Baginda. Baginda hanya
makan di atas alas biasa yang dihampar di atas tanah.
Pada zaman kita hari ini, makan di atas meja makan tidak lagi menggambarkan
kebanggaan atau kemewahan seseorang. Hal ini sudah menjadi kebiasaan dalam
masyarakat, maka tidaklah dilarang kecuali jika seseorang itu mempunyai niat
berbangga-bangga maka ia berdosa kerana niat tersebut. Ini sebagaimana yang ditegaskan
oleh Syeikh al- Baijuri, "Makan di atas meja merupakan satu perkara baharu dalam
12
Islam, namun hukumnya adalah harus jika tidak ada tujuan takbur (berbangga atau rasa
besar diri)."
4. KEBAIKAN MAKANAN SUNNAH MENURUT SAINS & MANFAATNYA
KEPADA KESIHATAN TUBUH BADAN.
Pengamalan gaya hidup Nabi SAW hendaklah dijadikan panduan dalam kehidupan
kerana baginda SAW merupakan contoh terbaik kepada manusia . Antara salah satu gaya
hidup Rasulullah SAW yang boleh dicontohi adalah dengan mengamalkan makanan
sunnah . Jadi , adakah makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
mempunyai manfaat kepada manusia ? Sudah tentu makanan sunnah mempunyai
pelbagai kebaikan kepada manusia sama ada kepada otak mahupun tubuh badan . Selain
itu , makanan sunnah juga disebut kebaikannya dan diangkat tinggi oleh Allah SWT
dalam Al-Quran dan Rasulullah SAW juga menyebut manfaat makanan sunnah di dalam
al-Hadith . Beberapa kajian perubatan dan kajian saintik juga telah dijalankan untuk
membuktikkan khasiat makanan sunnah .
4.1 KURMA
Kurma ataupun nama saintifiknya Phoenix Dactylifera adalah merupakan pokok
palma yang termasuk dalam genus Phoenix . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
kurma adalah sejenis tumbuhan palma yang mempunyai buah yang manis dan boleh
dimakan . Dalam Bahasa Arab , pokok kurma dipanggil nakhl , dan buah kurmanya yang
matang dan manis pula disebut tamar , manakala ruttab adalah buah kurma yang masih
muda dan belum mengering . Kurma seringkali disebut secara khusus dalam Al Quran
kerana ia merupakan petunjuk betapa istimewanya kurma daripada buah buah yang lain
dan Rasulullah SAW mengangkat tinggi kurma kerana ia mempunyai banyak khasiat dan
manfaat kepada manusia .
13
Kelebihan buah kurma telah dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah Maryam ,
ayat 25 semasa Sayyidatina Maryam mengandungkan Nabi Isa a.s :
ًَو ُه ِّزي ِإ َل ْي ِك ِب ِج ْذ ِع ال َّن ْخ َل ِة ُت َسا ِق ْط َع َل ْي ِك ُر َطباً َج ِن ّيا
Maksudnya : “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur
kepadamu buah tamar yang masak.”
Lafaz perkataan ruttab disini adalah merujuk kepada buah kurma yang masih
muda dan belum masak . Buah kurma boleh dimakan sama ada ketika ia belum masak
(ruttab) dan ketika ia sudah masak (tamar) , serta boleh dijadikan sebagai bekalan
makanan apabila sudah masak . Ayat ini telah menjelaskan bahawa buah kurma adalah
sangat baik untuk wanita mengandung dan ia membantu memudahkan proses melahirkan
bayi . Kajian saintifik telah membuktikkan bahawa kurma mengandungi serotonin ,
kalsium , tannin , asid linoleik yang penting dalam mengawal pendarahan . Hasil kajian
Khadem et al. (2007) tentang keberkesanan pemakanan kurma terhadap ibu mengandung
telah mendapati hormon oksitoksin yang diproduksi oleh kurma dapat mencegah
pendarahan , merangsang kontraksi rahim dan memudahkan proses persalinan . Selain itu
, buah kurma juga mempunyai kandungan glukosa dan gula tinggi iaitu glukosa sebanyak
57% manakala gula sebanyak 50% dan ia merupakan makanan paling cepat diproses
secara semula jadi oleh tubuh badan untuk membekalkan tenaga kepada badan ibu
mengandung serta otot-otot uterus.
Dari Anas r.a ia berkata: Saya bepergian dengan Abdullah bin Abu Talhah kepada
Nabi saw ketika ia (Abdullah) dilahirkan, sedang Nabi saw mempersiapkan memberi
makan unta, beliau bersabda “adakah beserta engkau tamar? Aku menjawab: ya ada.
Maka aku serahkan beberapa tamar kepada beliau, Maka, beliau memasukkan ke
mulutnya, lalu ia mengunyahnya, lalu membuka mulut lalu mengunyahkan, maka bayi itu
memamahnya. Maka bersabda Rasulullah saw : Kesukaan orang ansar ialah tamar” maka
baginda menamakan bayi itu Abdullah.
14
Berdasarkan hadis di atas ulama telah bersepakat mentahnik bayi dengan kurma
adalah lebih utama tetapi sekirannya tiada kurma maka boleh digantikan dengan makanan
lain yang manis .
Manfaat mentahnik bayi dengan kurma telah diaplikasikan dalam perubatan
kerana memberi manisan kepada bayi adalah analgesik atau ubat tahan sakit kepada bayi
ketika menjalani rawatan di wad NCIU (Neonatal Intensive Care Unit). Menurut
Sumaiyah Tarmizi (2015), bayi yang diberikan rawatan kebiasaanya akan dicucuk jarum
sebanyak 6 kali untuk pemeriksaan tahap gula dalam bayi tersebut . Kesakitan akibat
disuntik ini dapat dilihat daripada perubahan kelakuan dan fisiologi bayi seperti
menangis, jantung berdegup kencang, anak mata membesar, pernafasan menjadi laju,
kepekatan oksigen dalam darah menurun dan mengeluarkan peluh yang lebih banyak.
Selain itu, hasil kajian yang dilakukan oleh Blass dan Hoffmeyer (1991), telah
menyatakan bahawa manisan sukrosa yang terkandung dalam buah buahan boleh
dijadikan analgesik (ubat tahan sakit) kepada bayi beberapa minit sebelum bayi dicucuk
dan disuntik. Bukan itu sahaja, Md Sirajul dan Sofiah (2014) juga berpendapat bahawa
kurma merupakan penawar untuk pelbagai penyakit seperti sakit jantung, sakit buah
pinggang, pening kepala dan sebagainya .
4.2 SUSU KAMBING
Susu yang dihasilkan oleh haiwan ternak merupakan minuman kesukaan
Rasulullah SAW dan manfaatnya telah disebut di dalam Al Quran secara umum dan tidak
disebutkan secara khusus susu haiwan ternakan tersebut sama ada susu lembu , susu
kambing , susu unta dan sebagainya sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al
Mukminun , ayat 21 :
ٌَوِإ َّن َل ُك ْم ِفي اَأْل ْن َعا ِم َل ِع ْب َر ًة ۖ ُن ْس ِقي ُك ْم ِم َّما ِفي ُب ُطو ِن َها َو َل ُك ْم ِفي َها َم َنا ِف ُع َك ِثي َرة
َو ِم ْن َها َتْأ ُكلُو َن
15
Maksudnya: “Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat
pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada
dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang
banyak untuk kamu, dan sebagian daripadanya kamu makan.”
Rasulullah SAW , juga pernah bersabda :
“Tidak ada satu makanan yang bisa menggantikan makanan dan minuman melebihi
susu “. (Hadis Riwayat Ahmad , Sahih Bukhari Muslim dan Tirmidzi )
Maka , timbul persoalan yang menarik di sini iaitu apakah susu kegemaran
Rasulullah SAW? Susu kambing juga merupakan susu kesukaan Rasulullah SAW
terutamanya susu kambing segar yang diminum terus setelah diperah . Menurut Moch.
Syahrowi Yazid (2018) , jika ditelusuri kembali Sirah Nabawiyah dan hadis , maka dapat
kita dapati bahawa Rasulullah SAW sering juga meminum susu kambing . Tamsilnya ,
ketika Rasulullah SAW tinggal bersama pak cik baginda Ali bin Abi Talib , susu kambing
merupakan minuman harian mereka sekeluarga memandangkan Rasulullah SAW juga
mengembala kambing pada ketika itu .Selain itu , Rasulullah SAW juga meminum susu
kambing semasa peristiwa hijrah ke Madinah bersama Abu Bakar r.a .
Menurut penelitian moden , susu kambing adalah lebih baik diminum berbanding
susu lembu kerana partikel lemaknya yang lebih kecil membuatkan ia lebih mudah
dihadam berbanding susu lembu . Apabila sistem penghadaman berjalan dengan lancar
maka segala nutrisi yang terkandung dalam susu kambing seperti mineral , kalsium ,
potassium , magnesium , fosfor , klorin dan mangan akan dapat diserap ke dalam tubuh
badan serta otak manusia . Selain itu, kajian saintifik juga menyatakan bahawa masalah
anxiety dapat dikurangkan dengan pengamalan susu kambing kerana wujudnya kehadiran
lipid dalam susu kambing. Walaubagaimanapun, pengambilan susu kambing hendaklah
dikawal dan dihadkan . Menurut pandangan Dr Danial Zainal Abidin (2015), cara yang
terbaik untuk memilih susu adalah dengan memilih susu yang mempunyai kandungan
lemak yang rendah supaya khasiatnya dapat dimanfaatkan . Bukan itu sahaja, menurut
16
Moch. Syahrowi Yazid (2015), kajian perubatan untuk mengkaji khasiat susu kambing
telah dilakukan oleh Department Fisiologis University of Granada dan mereka telah
mendapati bahawa susu kambing boleh membantu mencegah anemia akibat kekurangan
zat besi dan membantu mencegah kehilangan mineral daripada tulang seperti
demineralisasi atau osteoporosis.
Ada beberapa amalan yang sering Baginda SAW beri perhatian ketika minum
susu. Antaranya ialah :
1. Mencampurkan susu dengan air
Perkara ini adalah sebagaimana riwayat daripada Anas bin Malik R.A menyatakan
bahawa :
و َع ْن، و َع ْن َي ِمي ِن ِه أ ْعرا ِب ٌّي،أ َّن َرسو َل هَّلا ِ ﷺ ُأ ِت َي ب َل َب ٍن ق ْد ِشي َب بما ٍء
الأ ْي َم َن فالأ ْي َم َن: وقا َل، َف َش ِر َب ُث َّم أ ْعطى الأ ْعرا ِب َّي،ِشمالِ ِه أبو َب ْك ٍر
Maksudnya : “Rasulullah SAW pernah diberi susu yang telah dicampur dengan air,
sementara di sebelah kanannya terdapat seorang Arab Badwi. Manakala sebelah kirinya
adalah Abu Bakar. Kemudian, baginda meminum susu tersebut. Kemudian, baginda
memberikan (lebihan) susu tersebut kepada Arab Badwi itu sambil bersabda :
“(Dahulukan) yang kanan dan kanan.” [HR al-Bukhari (5619) dan Muslim (2029)]
Mengenai perkara ini Imam al-Nawawi menyatakan bahawa :
هذه الأحاديث بيان هذه السنة الواضحة وهو موافق لِ َما َت َظا َه َر ْت َع َل ْي ِه َداَل ِئ ُل
ال َّش ْر ِع ِم ِن ا ْس ِت ْح َبا ِب ال َّت َيا ُم ِن ِفي ُك ِّل َما َكا َن ِم ْن َأ ْن َوا ِع اِإْل ْك َرا ِم َو ِفي ِه َأ َّن
ِ اَأْل ْي َم َن ِفي ال َّش َرا ِب َو َن ْح ِو ِه ُي َق َّد ُم َوِإ ْن َكا َن َص ِغي ًرا َأ ْو َم ْف ُضواًل َأِل َّن َر ُسو َل هَّلا
17
... َع َلى َأ ِبي َب ْك ٍر َر ِض َي هَّلا ُ تعالى عنه...َصلَّى هَّلا ُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َق َّد َم اَأْل ْع َرا ِب َّي
ُن ِه َي َع ْن َش ْو ِب ِه ِإ َذا َأ َرا َد َب ْي َع َه َأِل َّن ُه ِغ ٌّش َقا َل ا ْل ُع َل َما ُء َوا ْل ِح ْك َم ُة ِفي َش ْو ِب ِه َأ ْن
يبرد أو يكثر أو للمجموع
Maksudnya : “Hadis-hadis ini merupakan penerangan kepada sunnah yang sudah jelas
iaitu selari dengan apa yang telah jelas mengenainya melalui dalil-dalil syarak bahawa
sunat mendahulukan kanan dalam semua perkara yang baik (mulia) dan antaranya ialah
orang di sebelah kanan bagi tujuan diberi minum atau seumpamanya didahulukan
sekalipun dia masih kecil atau mafdhul (kedudukannya kurang utama) kerana Rasulullah
SAW telah mendahulukan orang Arab Badwi berbanding Abu Bakar R.A. Selain itu, tidak
dibenarkan untuk mencampurkannya (dengan air) sekiranya dia mahu menjualnya
kerana itu adalah termasuk dalam menipu. Para ulama menyebutkan bahawa hikmah
mencampurkan (susu dan air) ialah sama ada untuk menyejukkannya atau
memperbanyakkannya atau kedua-duanya.” (Lihat Majmu’ Syarh al-Muhazzab,
13/200-201)
Begitu juga, al-‘Iraqi ada menyebutkan bahawa :
ِفي ِه َج َوا ُز َش ْو ِب اللَّ َب ِن َأ ْي َخ ْل ِط ِه ِبا ْل َما ِء إ َذا َكا َن ا ْل َق ْص ُد ا ْس ِت ْع َما َل ُه لِ َن ْف ِس ِه َأ ْو
َو ُه َو إ َزا َل ُة َح ْم ِض ِه َأ ْو، َو َق ْد َي ُكو ُن َل ُه َس َب ٌب آ َخ ُر...َأِل ْه ِل َب ْي ِت ِه َأ ْو َأِل ْض َيا ِف ِه
.َت ْخ ِفيفُ ُه
Maksudnya : “Padanya menunjukkan bahawa hukumnya adalah harus mencampurkan
susu dengan air sekiranya ia adalah untuk kegunaan sendiri atau ahli keluarganya atau
tetamu-tetamunya, dan boleh jadi ada sebab yang lain (mencampurkan susu dengan air)
iaitu menghilangkan rasa masam susu atau mengurangkannya (rasa masam tersebut)”
(Lihat Torh al-Tasrib fi Syarh al-Taqrib, 6/23)
18
Selain itu, berkemungkinan kerana sifat pada susu itu sendiri serta faktor setempat
sebagaimana disebutkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani bahawa mereka mencampurkan susu
dengan air kerana susu ketika ia diperah sifatnya adalah panas dan begitu juga dengan
negeri berkenaan (Tanah Hijaz) kebiasaannya juga panas. Maka, mereka akan
mengurangkan panas susu tersebut dengan air sejuk. (Lihat Fath al-Bari, 10/76)
2. Membaca doa selepas minum susu
Sebagaimana yang telah kita ketahui sunat untuk kita membaca basmalah sebelum makan
dan minum. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW :
َو ُك ْل م ّما َيلِي َك، َو ُك ْل ب َي ِمي ِن َك،َ َس ِّم هَّلا
Maksudnya : “Bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah
makanan yang paling hampir denganmu.” [HR al-Bukhari (5376) dan Muslim (2022)]
Antara hikmahnya adalah supaya makanan dan minuman tersebut diberkati Allah
SWT dan jauh daripada syaitan. Seorang sahabat Nabi SAW ada menceritakan bahawa :
فلم ُيس ّم حتى لم، ورج ٌل يأك ُل،كان رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا
بسم الله أ ّوله وآخ ُره؛: قال، فلما رفعها إلى ِفيه،يب َق من طعامه إلا لقمة
، "ما َزا َل ال َّش ْيطا ُن يأ ُك ُل َم َع ُه: ثم قال،فضح َك النب ّي صلى الله عليه وسلم
"َف َل َّما َذ َك َر ا ْس َم هَّلا ِ ا ْس َت َقا َء ما في َب ْط ِن ِه
Maksudnya : “Rasulullah SAW pernah duduk, dan ada seorang lelaki sedang makan
tetapi tidak membaca nama Allah sehinggalah tidak tinggal daripada makanannya
melainkan satu suapan sahaja. Kemudian, tatkala dia mengangkat suapan terakhir
tersebut ke dalam mulutnya, dia membaca, ‘Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu’ (Dengan
nama Allah pada awal dan akhirnya). Nabi SAW ketawa dan kemudiannya bersabda :
19
“Syaitan terus makan bersamanya, kemudian apabila dia menyebut nama Allah, syaitan
itu memuntahkan semula apa yang ada di dalam perutnya (yang dimakan).” [HR Abu
Daud (3768)]
Adapun doa selepas meminum susu, daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma
bahawa Nabi SAW bersabda :
الل ُه َّم: َف َم ْن َش ِر َب ُه ِم ْن ُك ْم َف ْل َيقُ ْل،َما َأ ْع َل ُم َش َرا ًبا ُي ْج ِزُئ َع ِن ال َّط َعا ِم َغ ْي َر اللَّ َب ِن
الل ُه َّم َبا ِر ْك َل َنا ِفي ِه َوَأ ْط ِع ْم َنا: َو َم ْن َط ِع َم َط َعا ًما َف ْل َيقُ ْل،َبا ِر ْك َل َنا ِفي ِه َو ِز ْد َنا ِم ْن ُه
َخ ْي ًرا ِم ْن ُه
Maksudnya : “Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan
selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia
mengucapkan : ‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya Allah berkatilah kami
dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya), manakala
sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan : ‘Allahumma barik lana fihi
wa at’imna khairan minhu’ (Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya
dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya).” [HR Ahmad (2569)]
Syeikh Muhsin al-Abbad mengatakan bahawa doa ini adalah khusus buat sesiapa yang
minum susu berbanding yang lain kerana dengan susu sahaja sudah cukup
(mengenyangkan) dan tidak perlu lagi kepada makanan dan minuman. (Lihat Syarah
Sunan Abi Daud, 422/9)
3. Berkumur-kumur selepas minum susu
Disunatkan untuk berkumur-kumur selepas meminum susu sebagaimana yang telah
ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam banyak riwayat. Antaranya, riwayat daripada
Abdullah bin Abbas r.anhuma bahawa :
20
إ َّن له َد َس ًما: وقا َل،أ َّن َرسو َل هَّلا ِ ﷺ َش ِر َب َل َب ًنا َف َم ْض َم َض
Maksudnya : “Rasulullah SAW telah meminum susu dan lalu baginda berkumur-kumur.
Dan Baginda SAW bersabda : “Sesungguhnya susu mengandungi lemak”[HR al-Bukhari
(211)]
Mengenai perkara ini, Ibn Khuzaimah telah menyebutkan di dalam kitabnya, bab
menyatakan dalil bahawa berkumur-kumur selepas meminum susu adalah sunat bagi
menghilangkan lemak (lemak susu) di dalam mulut dan bukannya mewajibkan
berkumur-kumur selepas meminumnya. (Lihat Sahih Ibn Khuzaimah, 1/29)
Imam al-Nawawi juga ada menyatakan bahawa :
َو َك َذلِ َك َغ ْي ُرهُ ِم َن ا ْل َمْأ ُكو ِل...ِفي ِه ا ْس ِت ْح َبا ُب ا ْل َم ْض َم َض ِة ِم ْن ُش ْر ِب اللَّ َب ِن
َوا ْل َم ْش ُرو ِب ُت ْس َت َح ُّب َل ُه ا ْل َم ْض َم َض ُة َولَِئاَّل َت ْب َقى ِم ْن ُه َب َقا َيا َي ْب َتلِ ُع َها ِفي َحا ِل
ال َّصاَل ِة َولِ َت ْن َق ِط َع لُ ُزو َج ُت ُه َو َد َس ُم ُه َو َي َت َط َّه َر َف ُم ُه
Maksudnya : “Padanya terdapat dalil bahawa hukumnya adalah sunat untuk
berkumur-kumur selepas minum susu. Dan demikianlah pada selainnya yang terdiri
daripada makanan dan minuman, disunatkan untuk berkumur-kumur (selepas selesai
makan dan minum), supaya tidak ada baki sisa yang tertinggal lalu dia menelannya
semasa sedang solat. Juga bagi menghilangkan lekit dan lemaknya serta membersihkan
mulutnya.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 4/46)
Ibn Muflih al-Hanbali juga menyebutkan bahawa sunat berkumur-kumur selepas
meminum susu. Kemudian, beliau menyebut sebahagian para ulama mazhab Hanbali
yang terkemudian (mutaakhirin) ada menukilkan daripada para doktor bahawa kerap kali
(banyak) meminum susu boleh merosakkan gigi dan gusi. Oleh sebab itu, perlunya
berkumur-kumur dengan air selepas meminumnya. (Lihat al-Adab al-Syar’iyyah, 3/219)
21
Oleh itu, kita boleh fahami bahawa antara hikmah daripada perbuatan tersebut
ialah menjaga kebersihan mulut daripada bau atau perkara yang kurang menyenangkan.
Sesuai sebagaimana nilai-nilai yang sangat diberi perhatian dalam agama Islam soal
kebersihan dan bersuci. Sabda Nabi SAW :
ال ُّط ُهو ُر َش ْط ُر اِإلي َما ِن
Maksudnya : “Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.
4.3 ZAITUN
Menurut pandangan Mosch. Syahrowi Yazid (2015), Zaitun adalah sejenis
tumbuhan dengan batang yang besar dengan daun-daunnya yang berwarna hijau tua .
Zaitun merupakan sebuah tumbuhan yang penuh barakah dan diangkat tinggi oleh Allah
SWT kerana memiliki banyak khasiat dan manfaat . Menurut sumaiyah (2015), Zaitun
tercatat pada 7 ayat di dalam al-Quran dengan perkataan “al-zaytun” sebanyak 4 kali,
“zaytuna” 1 kali dan “zaytunah” 1 kali. Manakala satu ayat yang lain tidak dinyatakan
perkataan zaytun, tetapi perkataan “syajarah mubarakah” yang bermaksud pohon yang
diberkati dalam ayat tersebut menggambarkan pohon zaytun berdasarkan tafsiran ulama. .
Dalam Kitab Lisan al-Arab , Ibn Manzur menyatakan bahawa “zaytun” bermaksud pokok
yang seperti semua ketahui, perkataan “zaytunah” bermaksud sebiji buah zaitun
manakala “zaytun” menunjukkan banyak buah zaytun. Perkataan “al-zayt” pula
bermaksud minyak yang keluar daripada buah zaitun.
Antara firman Allah SWT yang mengatakan zaitun sebagai pohon yang barakah
adalah pada Surah An Nur ayat 35 :
هّٰلَا ُ ُن ْو ُر ال َّس ٰم ٰو ِت َوااْل َ ْر ِ ۗض َم َث ُل ُن ْو ِر ٖه َك ِم ْش ٰكو ٍة ِف ْي َها ِم ْص َبا ۗ ٌح اَ ْل ِم ْص َبا ُح ِف ْي
ُز َجا َج ۗ ٍة اَل ُّز َجا َج ُة َكاَ َّن َها َك ْو َك ٌب ُد ِّر ٌّي ُّي ْو َق ُد ِم ْن َش َج َر ٍة ُّمٰب َر َك ٍة َز ْي ُت ْو َن ٍة اَّل َش ْر ِق َّي ٍة
22
ُ َّواَل َغ ْر ِب َّي ٍۙة َّي َكا ُد َز ْي ُت َها ُي ِض ۤ ْي ُء َو َل ْو َل ْم َت ْم َس ْس ُه َنا ۗ ٌر ُن ْو ٌر َعٰلى ُن ْو ٍۗر َي ْه ِدى هّٰلا
ۙ لِ ُن ْو ِر ٖه َم ْن َّي َش ۤا ۗ ُء َو َي ْض ِر ُب هّٰلا ُ ااْل َ ْم َثا َل لِل َّنا ۗ ِس َوهّٰلا ُ ِب ُك ِّل َش ْي ٍء َعلِ ْي ٌم
Maksudnya : “Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan
cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita
besar. Pelita itu di dalam tabung kaca (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang
berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon
zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja)
hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya
(berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia
kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Berdasarkan ayat ini, Hamka telah menyatakan dalam kitab Tafsir Al Azhar salah
satu keistimewaan buah zaitun adalah minyak Zaitun bercahaya walaupun tidak
dinyalakan api padanya. Bukan itu sahaja , menurut Farooqi dalam penulisan beliau
Plants of Quran, minyak zaitun yang berkualiti adalah berwarna krim atau
kehijau-hijauan , apabila ia diletakkan dalam bekas kaca maka ia akan bercahaya , apabila
dinyalakan lampu , cahayanya pula akan bertambah terang. Minyak Zaitun bukan sahaja
berguna untuk dijadikan sebagai bahan api , ia juga sangat bermanfaat dalam kesihatan
dan kecantikan. Antara khasiat minyak Zaitun ialah ianya sangat bagus untuk menjaga
kesihatan kulit . Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW seperti berikut: Daripada
Umar bin Al - Khattab r.a , Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah minyak zaitun dan
sapukanlah minyaknya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati”.
(hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah )
Perkara ini juga dapat dibuktikan dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Viola P.
terhadap minyak zaitun dara dimana ia telah mendapati kandungan trigliserida yang ada
dalam minyak zaitun mampu untuk bertindak sebagai pelindung kulit . Di samping boleh
23
menjadi pelindung kulit , minyak zaitun juga boleh dijadikan sebagai pelembab kulit
dimana ia sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering supaya
kulit wajah dan tubuh badan menjadi lembut , halus dan lembab . Hasil kajian yang
dilakukan oleh International Olive Council telah mendapati minyak zaitun kaya dengan
vitamin seperti vitamin A , D , E dan K yang berupaya untuk mencegah penuaan pada
kulit . Maka , tidak hairanlah minyak zaitun menjadi salah satu bahan yang telah
digunakan dalam produk pemasaran dan kosmetik seperti sabun , pembersih wajah ,
losyen pelembap dan sebagainya .
Minyak zaitun bukan sahaja berfungsi untuk kegunaan luar malah ia juga boleh
dijadikan sebagai lauk , penambah rasa dan pemberi cita rasa . Antara kebaikan minyak
zaitun apabila dimakan ialah dapat mengubati penyakit seperti keradangan paru-paru
ataupun dikenali sebagai penyakit pleurisy. Berdasarkan kajian saintifik yang dilakukan
oleh Daniela Impell Izzeri et al. (2011) terhadap keberkesanan minyak zaitun , hasil
kajian telah menyatakan bahawa oleuropein iaitu bahan aktif yang terkandung dalam
minyak zaitun didapati boleh mengurangkan kecederaan pada paru-paru. Ia juga dapat
mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. Selain itu,buah
zaitun juga dapat mengelakkan daripada penyakit obesiti.Pengambilan makanan yang
tinggi dengan polifenol seperti buah zaitun memberikan kesan anti
obesogenik.Justeru,pengambilan buah zaitun yang sederhana tidak akan meningkatkan
berat badan dan digunakan sebagai snek cadangan untuk golongan yang ingin
menurunkan berat badan.
4. 4 BUAH TIN
Antara buah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW ialah buah tin ataupun
dikenali sebagai buah ara dan nama saintifiknya dipanggil Ficus carica kerana merupakan
tumbuhan daripada famili Moraceae . Tumbuhan ini telah disebut dalam al Quran dalam
surah at-tin ayat pertama walaupun tumbuhan ini berasal dari Asia Barat di bahagian
Mediterranean dan bukannya dari daerah Hijjaz Arab . Perkara ini telah menunjukkan
betapa istimewanya buah tin sebagaimana firman Allah seperti berikut :
24
َوال ِّت ْي ِن َوال َّز ْي ُت ْو ِن
Maksudnya : “Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun .”
Terdapat pelbagai pendapat yang berbeza mengenai erti lafaz tin yang terkandung
dalam ayat ini , iaitu sama ada perkataan tin itu merujuk kepada nama tempat atau nama
pokok tin . Berdasarkan pendapat Farooqi , lafaz tin yang disebutkan adalah merujuk
kepada pokok ataupun tempat , dan hakikatnya lafaz tersebut telah dinyatakan di dalam
al-Quran kerana ia memberi manfaat kepada manusia .
Dalam kitab Tafsir Fakh al Razi , menurut riwayat Abu Dzar r.a , Rasulullah
diberi hadiah sepinggan buah Tin dan baginda memakannya, lalu baginda berkata kepada
sahabat sahabatnya, “Makanlah! Sekiranya kamu bertanya, buah apa yang turun dari
syurga, pasti aku mengatakan ini (buah tin)”. Maka, makanlah kerana ia menghilangkan
buasir dan ubat bagi penyakit tulang.”
Perkara ini menunjukkan bahawa buah tin dapat menjadi penyembuh untuk segala
penyakit. Mahir Hassan Mahmud menyatakan bahawa pengamalan pengambilan buah ara
setiap pagi selama 40 hari sangat membantu untuk merawat buasir dan sakit sendi.
Menurut pandangan Hashemi (2011), buah tin didapati mampu menghalang percambahan
kanser perut tanpa sebarang kesan sitotoksik terhadap sel normal manusia. Pengambilan
5mg/mL sehari merupakan pengambilan kepekatan optimum bagi menghalang
pertumbuhan barisan sel kanser . Hal ini bertepatan dengan kadar tahunan bilangan
pesakit kanser perut di Selatan Iran adalah rendah kerana berkaitan dengan amalan diet
pengambilan buah tin sebagai rutin .
Sebuah kajian perubatan telah dilakukan di Universiti Scranton, Amerika Syarikat
oleh Professor J.A Vinson terhadap khasiat buah tin . Hasil kajian tersebut telah
membuktikan bahawa buah tin mengandungi banyak khasiat berbanding buah buah yang
lain . Kandungan kalium , serat dan zat besi yang terdapat dalam buah tin adalah tinggi
dan ia tidak mengandungi garam, lemak dan kolesterol. Berdasarkan pemerhatian
25
terhadap 100 gram buah tin , terdapat 20 % zat serat harian yang diperlukan oleh tubuh
badan serta kadar kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah tin yang lebih tinggi
daripada buah epal. Terdapat lebih 28 % serat terlarut daripada jumlah itu, yang berfungsi
untuk membantu mengawal gula dalam darah dan mengurangi kolesterol . Bukan itu
sahaja dua universiti di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) sedang menjalankan kajian mengenai manfaat
buah tin ke atas metabolisme tulang terutamanya berkaitan osteoporosis .
4.5 MADU
Madu terkenal dengan pelbagai khasiat dan dianggap sebagai ibu segala makanan.
Madu ini dihasilkan oleh lebah dan tidak dinafikan manfaatnya kepada kesihatan
manusia. Ia bukan sahaja makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, malah ia juga
sering disebut manfaatnya sebagai penawar bagi manusia dalam al-Quran seperti dalam
firman Allah;
ُث َّم ُكلِ ْي ِم ْن ُك ِّل ال َّث َم ٰر ِت َفا ْسلُ ِك ْي ُس ُب َل َر ِّب ِك ُذلُاًل ۗ َي ْخ ُر ُج ِم ۢ ْن ُب ُط ْو ِن َها َش َرا ٌب
ُّم ْخ َتلِ ٌف اَ ْل َوا ُن ٗه ۖ ِف ْي ِه ِش َف ۤا ٌء لِّل َّنا ۗ ِس ِا َّن ِف ْي ٰذلِ َك اَل ٰ َي ًة لِّ َق ْو ٍم َّي َت َف َّك ُر ْو َن
Maksudnya: “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan
buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam
badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi
manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada
tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah al-Nahl: 69)
Telah dinyatakan oleh Imam Ibn Qayyim dari kitabnya Thibbun Nabawi
terjemahan oleh Mualim Mustaqim bahawa Rasulullah sangat menggemari apabila
madu dicampur bersama dalam air sejuk untuk tujuan kesihatan. Selain tu, baginda juga
26
menyukai minuman sejuk dan mencicipi madu disertai dengan selawat keatasnya
sebanyak tiga kali sebelum sebarang makanan pada waktu pagi. Antara hadith yang
menyatakan bahawa madu merupakan makanan kegemaran baginda,
كان النبي صلى الله عليه وسلم يحب:عن عائشة رضي الله عنها قالت
الحلواء والعسل
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Aisyah RA,beliau berkata: "Nabi SAW menyukai
manisan dan juga madu"
Manfaat dan khasiat madu juga dibenarkan dalam sebuah kisah datangnya
seseorang menghadap Rasulullah saw lalu berkata: “Saudaraku mengeluhkan sakit pada
perutnya”. Kemudian Rasulullah berkata, “minumkan madu”. Kemudian orang tersebut
datang untuk kali kedua. Rasulullah mengulangi kata-katanya, “minumkan madu”.
Orang itu datang lagi pada kali yang ketiga dan Rasulullah tetap mengatakan, “minumkan
madu”. Setelah itu, orang itu datang semula dan menyatakan, “Aku telah melakukannya
(namun belum sembuh juga malah bertambah sakit).” Nabi bersabda: ‘Allah Maha Benar
dan perut saudaramu itu dusta. “Minumkan lagi madu”. Orang itu meminumkannya lagi,
maka saudaranya pun sembuh. (HR. Al- Bukhari no. 5684 dan Muslim no. 5731)
Madu mengandungi komponen-komponen yang diperlukan oleh tubuh badan
manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, pinocembrin dan banyak lagi. Pinocembrin
merupakan salah satu bahan antioksida yang dapat membantu meningkatkan fungsi otak.
Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan
penyampaian matlumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.
Pengambilan madu juga boleh menghilangkan batuk dan lelah, menambah tenaga dan
meningkatkan daya ketahanan badan. Antara ciri-ciri penting madu juga ia merupakan
anti keradangan, antibakteria, antivirus dan keupayaan enzimnya yang dapat membaiki
luka. Ini adalah disebabkan oleh sebatian fenolik yang terdapat dalam nya.
27
Kita dapat lihat bahawasanya penggunaan madu amatlah meluas bukan sahaja
dalam kalangan orang dewasa malahan untuk kanak-kanak juga sebagai makanan
tambahan. Namun begitu, kita juga perlu berhati-hati dalam pemilihan madu kerana
terdapat madu yang telah dicampur dengan gula atau air untuk mendapatkan keuntungan
yang lebih banyak oleh para peniaga.
4.5 AIR ZAMZAM
Air zamzam merupakan kurniaan dan rahmat dari Allah yang muncul ketika
zaman Nabi Ismail as. Perigi air zamzam yang terletak di Masjidil Haram, Mekah, Arab
Saudi sering menjadi tumpuan kepada umat islam ketika melaksanakan ibadah haji.
Dalam sejarah Islam, air zamzam muncul pertama kali dari perut bumi ke permukaan .
Hajar, Ibu Nabi Ismail as. mendapati kesulitan ketika ditinggal pergi oleh suaminya, Nabi
Ibrahim as. Di daerah yang gersang di tanah Arab, Hajar berlari-lari kecil dari bukit Safa
ke Marwah berulang kali untuk mencari air bagi anaknya yang sedang kehausan.
Kemudian, terpancut keluar air zamzam dari perut bumi. Namun begitu ia pernah
mengalami kekeringan. Abdul Muthalib telah mengambil inisiatif dengan menggali
kembali dan menjadikannya sebagai telaga sepertimana dalam mimpinya. Sehingga ke
hari ini, air zamzam telah mengalir dan dapat dinikmati oleh seluruh umat manusia air
zamzam.
Air zamzam juga merupakan salah satu minuman yang diminum oleh Rasulullah,
seperti yang kita tahu air zamzam kaya dengan pelbagai manfaat dan khasiat. Air
zamzam mempunyai 1001 rahsia seperti dalam satu riwayat Ibn Abbas sebagaimana yang
dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Asqalani iaitu;
َوِإ ْن َش ِر ْب َت ُه،ُ َوِإ ْن َش ِر ْب َت ُه ُم ْس َت ِعي ًذا َعا َذ َك هَّلا،ُ َفِإ ْن َش ِر ْب َت ُه َت ْس َت ْش ِفي ِب ِه َش َفا َك هَّلا
لِ َي ْق َط َع َظ َمَأ َك َق َط َع ُه
Maksudnya: “Jika kamu meminumnya untuk penyembuhan daripadanya maka Allah
akan menyembuhkanmu, jika kamu meminumnya untuk memohon perlindungan maka
28
Allah akan melindungimu dan jika kamu meminumnya untuk menghilangkan kehausan
maka Allah akan menghilangkannya”. [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1]
Hadis ini menunjukkan bahawa air zamzam akan memberi manfaat kepada
peminumnya dalam apa jua perkara yang menyebabkan dia meminumnya sama ada
berkaitan perkara dunia mahupun akhirat.
Selain daripada itu, dalam kitab al- Idhah karangan Imam al-Nawawi disebutkan
juga sunat meminum air zamzam. Ini kerana telah thabit dalam sahih Muslim daripada
Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda pada air zamzam;
َوِإ َّنها َطعا ُم ُط ْع ٍم َو ِشفا ُء ُس ْق ٍم،ِإ َّنها ُمبا َر َك ًة
Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah berkat[3], dan ia adalah makanan yang
mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit”.
Dalam bidang sains pula, terdapat kajian saintifik yang menunjukkan bahawa air
zamzam mempunyai struktur molekul air yang unik dan bersifat beralkali. Ciri ini dapat
mengimbangi keasidan di dalam badan.Ia juga mengandungi banyak mineral seperti
fluorida, kalsium, klorida, sulfat, bikarbonat, kalium dan natrium. Dr Masaru Emoto dari
Universiti Yokohama dalam buku Mukjizat Penyembuhan Air Zamzam oleh Badiatul
Muchlisin Asti, Jepun, beliau telah menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul
air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati
apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif,
air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.Beliau turut mendapati
molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zamzam adalah
bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau mendedahkan hasil penemuannya itu dalam
persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.
Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa
tahun lalu,sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa
29
'kehebatannya'. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat
gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan
juga termasuk air zamzam diuji dan dikenal pasti. Uniknya, air zamzam membentuk
molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.
Malah, kehebatan air zamzam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna
alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.
4.6 HABBATUS SAUDA’
Habatus sauda’ ataupun dikenali sebagai jintan hitam ini juga makanan yang tidak
asing lagi dalam kalangan umat Islam. Tanaman ini telah digunakan secara meluas oleh
masyarakat Timur Tengah sebagai bahan utama dalam perubatan dan juga masakan.
Kebanyakan umat Islam mengamalkan habbatus sauda’ ini dalam makanan harian
mereka. Rempah berbentuk butiran biji yang agak keras dan berwarna hitam ini terkenal
dengan kebolehannya kepada sistem imunisasi badan dan juga dapat melawan penyakit
dalam badan. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim yang bermaksud;
" قُ ْل ُت َو َما." ِإ َّن َه ِذ ِه ا ْل َح َّب َة ال َّس ْو َدا َء ِش َفا ٌء ِم ْن ُك ِّل َدا ٍء ِإلاَّ ِم َن ال َّسا ِم
ال َّسا ُم َقا َل ا ْل َم ْو ُت
Maksudnya: "Daripada hadis Abi Salamah (r.a) bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini kerana ianya penyembuh bagi setiap
penyakit, melainkan mati". (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim,
Kitab al-Salam, hadith 2215).”
Namun begitu, sesetengah ulama berpendapat perkara ini bukanlah bermaksud
rempah tersebut boleh menyembuhkan kesemua penyakit di bumi kerana ada yang
berpendapat seperti Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan pandangan al-Khattabi bahawa
30
lafaz “penawar bagi segala penyakit” adalah bersifat umum tetapi membawa maksud
yang khusus. Ibn Battal dan Abu Jamrah pula berpandangan dengan keumuman lafaz
hadis tersebut, namun kaedah perawatan menggunakan habbatus sauda’ adalah berbeza
mengikut kesesuaian penyakit. Tetapi kesemua pandangan tersebut mempunyai titik
persilangan dimana habbatus sauda’ dalam hadis ini sesuai sebagai penawar segala
penyakit dan hanya yang tertentu sahaja.
Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, ‘Al-Qanun Fi Al-Thibb' dinyatakan
bahawa, habbatus sauda bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai
penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan.Selain itu,ia
juga baik untuk rambut dan kulit. Seperti yang kita tahu terdapat banyak produk
kecantikan dan syampu yang mengandungi habbatus sauda. Beberapa kajian mendapati
minyak habbatus sauda’ memiliki komponen penting seperti anti bakteria, anti radang
serta baik untuk merawat luka. Selain itu, habbatus sauda’ menunjukkan kesan yang baik
bagi merawat penyakit kulit seperti ekzema, jerawat dan psoriasis. Dinyatakan juga
dalam kitab Ibnu Sina bahawa habbatus sauda' dapat mengeluarkan angin dalam badan,
masalah paru-paru, sakit tekak, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik,
menguatkan jantung dan menghilangkan keletihan.
Habbatus sauda juga mengandungi vitamin A, B1,B2 B6,C,E dan niasin yang
berperanan penting dalam membantu organ dan enzim-enzim bekerja dengan cekap. Ia
telah digunakan sejak zaman Mesir Kuno untuk mengubati sakit kepala, hidung
tersumbat, cacing usus, sebagai ubat diuretik dan untuk meningkatkan produksi susu.
Beberapa cara untuk makan habbatus sauda adalah antaranya biji habbatus sauda
dihancurkan dan dibalutkan dengan kain sehingga mengeluarkan aroma untuk
menyembuhkan orang yang menghidapi selsema akibat cuaca yang sejuk. Selain itu,
habbatus sauda juga boleh dimasak bersama cuka kemudian berkumur dengannya kerana
ia mampu meredakan sakit gigi.
4.7 LABU
Tahukah anda semua bahawa buah labu merupakan antara makanan kegemaran
Rasulullah SAW. Baginda sering menjamu buah labu sebagai hidangan istimewa kepada
31
para sahabatnya. Beliau sendiri menyuruh isterinya, Aisyah RA supaya memasukkan labu
dalam masakannya.
Selain itu, kebenaran bahawa labu merupakan makanan sunnah dibenarkan dengan
satu riwayat hadis yang sahih datang dari Anas bin Malik bahwa seorang penjahit pernah
mengundang Nabi SAW untuk makan di rumahnya dan menikmati masakannya sendiri;
َع ْن ِإ ْس َحا َق ْب ِن َع ْب ِد هَّلا ِ ْب ِن َأ ِبي، َح َّد َث ِني َمالِ ٌك: َقا َل، َح َّد َث َنا ِإ ْس َما ِعي ُل
ُ ِإ َّن َخ َّيا ًطا َد َعا َر ُسو َل هَّلا ِ َصلَّى هَّلا: َيقُو ُل، َأ َّن ُه َس ِم َع َأ َن َس ْب َن َمالِ ٍك، َط ْل َح َة
َف َذ َه ْب ُت َم َع َر ُسو ِل هَّلا ِ َصلَّى هَّلا ُ َع َل ْي ِه: َقا َل َأ َن ٌس، َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم لِ َط َعا ٍم َص َن َع ُه
َف َق َّر َب ِإ َلى َر ُسو ِل هَّلا ِ َصلَّى هَّلا ُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم ُخ ْب ًزا ِم ْن، َو َسلَّ َم ِإ َلى َذلِ َك ال َّط َعا ِم
َف َرَأ ْي ُت َر ُسو َل هَّلا ِ َصلَّى هَّلا ُ َع َل ْي ِه: َقا َل َأ َن ٌس، َش ِعي ٍر َو َم َر ًقا ِفي ِه ُد َّبا ٌء َو َق ِدي ٌد
َو َقا َل. َف َل ْم َأ َز ْل ُأ ِح ُّب ال ُّد َّبا َء ِم ْن َي ْو ِمِئ ٍذ، َو َسلَّ َم َي َت َت َّب ُع ال ُّد َّبا َء ِم ْن َح ْو ِل ال َّص ْح َف ِة
َف َج َع ْل ُت َأ ْج َم ُع ال ُّد َّبا َء َب ْي َن َي َد ْي ِه، َع ْن َأ َن ٍس: ُث َما َم ُة
Maksudnya: “Seorang tukang jahit mengundang Rasulullah SAW untuk menikmati
hidangan makan yang disajikannya. Maka aku mendatangi undangan makan itu bersama
Rasulullah. Dia pun menghidangkan di hadapan Rasulullah roti gandum serta kuah
berisi labu dan daging. Lalu aku melihat Rasulullah menjumputi labu dari pinggiran
pinggan. Maka sejak hari itu aku selalu menyukai labu.” Tsumamah mengatakan dari
Anas, “Maka kukumpulkan labu itu di hadapan beliau.” (HR: Al-Bukhari no. 5439).
Dari perspektif sains, labu memiliki kandungan vitamin A dan vitamin C paling
tinggi dimana ia berfungsi untuk mengatasi rabun dan ketidakseimbangan gula dalam
darah. Khasiat sayuran ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun dan bunganya.
32
Dalam satu kajian oleh Dina Aprila, Pengaruh Rebusan Daun Pucuk Labu Kuning
Terhadap Kadar Hb Pada Ibu hamil, mereka mendapati wanita hamil yang mengalami
anemia telah mengambil pucuk labu kuning sebagai makanan harian menyebabkan
hemoglobin ibu mengandung tersebut meningkat. Selain itu, kajian tersebut meneliti
bahawa ia mengandungi zat yang berfungsi melancarkan peredaran oksigen dalam darah,
salah satunya zat besi untuk pembentukan hemoglobin darah.
Dalam kitab Thibbun Nabawi karangan Imam Ibnu al-Qayyim terjemahan Mualim
Mustaqim, isi labu yang telah direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi
dan penyakit kuning bayi. Labu juga baik untuk mengawal diabetes dan sekiranya ia
disagat halus boleh digunakan untuk merawat luka kecil seperti melecur atau luka
kecil.Katanya lagi, daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar
cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot-otot yang
sakit.
Ramai yang tidak tahu kuaci labu yang menjadi kudapan terutamanya ketika
menonton televisyen juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Jika dimakan secara teratur,
ia boleh mencegah masalah batu karang dalam hempedu yang biasanya kerana faktor
utamanya ialah kurang minum air.
33
5. RUJUKAN
Ahmad, M. H. b. (2020). 7 keajaiban diet Rasulullah SAW. PTS Publishing House.
Aprila, D. (2021). Pengaruh Pemberian Rebusan Daun Pucuk Labu Kuning Terhadap Kadar Hb
Pada Ibu Hamil. JURNAL ILMIAH KESEHATAN IQRA, 9(1), 1-7.
https://doi.org/https://doi.org/10.1234/jiki.v9i1.218
Al-Qur'an Surat Al-Ahzab Ayat ke-21 | merdeka.com. (n.d.). Merdeka.com.
https://m.merdeka.com/quran/al-ahzab/ayat-21
Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun - Dunia. (2014, September 6). mStar.
https://www.mstar.com.my/global/dunia/2014/09/06/air-zam-zam
Caili, F. U., Huan, S., & Quanhong, L. I. (2006). A review on pharmacological activities and
utilization technologies of pumpkin. Plant foods for human nutrition, 61(2), 70-77.
Danial Z.A.,(2007). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong
Sains. Selangor : PTS Millenia Sdn. Bhd.
Danial Zainal Abidin. 2015. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Kuala Lumpur: PTS
Publishing House
Fadzil, A. A. (2020). Asy syamail al-muhammadiyyah kenali rasul kita Muhammad SAW
Telaga Biru SDN. BHD.
Fakhr al-Din Muhammad bin ‘Umar al-Razi (1981). Tafsir Fakhr al-Razi. Beirut : Dar al-Fikr.
Farooqi M.H.I (2003), Plants Of The Quran. Lucknow : Sidrah Publisher.
34
Haenlein, G.F.W. 2004. Goat milk in human nutrition. Small Ruminant Research 51; 155–163
Hamka (1988). Tafsir al-Azhar. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd
Haque, L. R. (2021). Takhrij and Syarah Hadith of Agrotechnology Black Cumin Plant Studies
in Medicine. In Wahyudin Darmalaksana, Dadang Kahmad, & A. A. Roosda. (Eds.), Conference
on Islamic and Socio-Cultural Studies (Vol. 1, pp. 131-136).
Hartini Ahmad Rafaie, Fairuzdzah Ahmad Lothfy, Nur Sha'adah Zainuddin, & Nor, A. M.
(2016). Pemakanan Sunnah: Pembuktian dari Sudut Saintifik [Paper Presentation]. Konferensi
Akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, KONAKA, Pahang.
Helmi, T. I. (2020,Januari 22). IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-378 : AMALAN SUNNAH
KETIKA MINUM SUSU.
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4044-irsyad-al-fatwa-siri-
ke-378-amalan-sunnah-ketika-minum-susu
Khadher Ahmad, F. A. S., Monika@Munirah Abd Razak. (2015). Salah faham terhadap
sunnah;isu dan penyelesaian.
Kwon, Y. I., Apostolidis, E., Kim, Y. C., & Shetty, K. (2007). Health benefits of traditional corn,
beans, and pumpkin: in vitro studies for hyperglycemia and hypertension management. Journal
of medicinal food, 10(2), 266-275.
Ibn Manzur (t.t), Lisan al-Arab. Abdullah Ali al-Kabir (ed) j.6. Kaherah: Dar alMa’arif.
Ibrahim Adham. (12 March 2021). IRSYAD AL-HADITH SERIES 517: UNDERSTANDING
THE HADITH ‘HABBATUSSAUDA’ (BLACK CUMIN) IS A REMEDY TO ALL
ILLNESSES’.https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/4702-irsyad-al-hadith-series-51
7-understanding-the-hadith-habbatussauda-black-cumin-is-a-remedy-to-all-illnesses
35
Ilahi, M. T. (2015). REVOLUSI HIDUP SEHAT ALA RASULULLAH (1st ed.). KATAHATI.
In Hasan Bahrom, S. Salahudin Suyurno, & Abdul Qayuum Abdul Razak (Eds.), Proceedings of
the 1st international Islamic heritage conference / (pp. 335-344). Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS), UiTM Melaka.
Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Qur'an. (2013). MAKANAN DAN MINUMAN Dalam Perspektif
Al-Qur'an dan Sains. Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Qur'an dengan biaya DIPA Lajnah
Pentashihan Mushaf Al-Qur'an.
Mahir Hassan Mahmud Muhammad (t.t) Mukjizat Perubatan Nabi. Selangor : Synergi Media
Mahmud, M., & Arafah, R. N. (2020). Air Zam-zam dalam Perspektif Hadis dan Sains (Upaya
Mendamaikan Agama dan Sains). Prosiding Konferensi Integrasi Interkoneksi Islam Dan
Sains, 2, 219-223.
Md. Sirajul Islamand & Sofiah Bt.Samsudin. 2014. Discover the Miracle of Fruit Plant Species
Mentioned in the Holy Qur‟an and Their Folk Medicinal Importance. Aust. J. Basic & Appl. Sci.,
8(9): 287-303
Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup @ Ayub. (2016, November 23). IRSYAD
AL-HADITH SIRI KE-125: AIR ZAMZAM ()ماء زمزم.
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1835-irsyad-al-hadith-siri-ke-125-air-zamzam
Nor Aripin, D. K. N. b. (n.d.). KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN
MAKANAN MODEN. Makanan Sunnah dan Makanan Tambahan dari Perspektif Sains
36
Kesihatan: Panduan Pemilihan dan Tatacara Pengamalan.
https://www.ikim.gov.my/new-wp/wp-content/uploads/2019/11/KERTAS-13.pdf
Pemahaman hadis habbatussauda' penawar segala penyakit. (2021, March 15). HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/15/pemahaman-lafaz-hadis-habbatussauda-penawar-s
egala-penyakit/
Prof. Dr. H. Umar Anggara Jenie, Prof. Dr. H. M. Quraish Shihab, Prof. Dr. H. M. Atho
Mudzhar, Prof. Dr. H. Muhammad Kamil Tajudin, & Muhammad, D. K. H. A. S. (2013).
Makanan dan Minuman dalam Perspektif Al-Qur'an dan Sains Pentashihan Mushaf Al-Qur'an.
Sumaiyah Mohd Tarmizi. 2015. Tumbuhan Terpilih Menurut Perspektif Islam dan Sains
Kesihatan. Disertasi Sarjana. Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya
Siti Fairuz Sujak, Noor Syahida Md Soh, Azizah Md. Kasah, Siti Zaleha Syafiee, Noraishah P.
Othman, Rohaya Sulaiman, Nor Fazlin Uteh, & Zuliana Zoolkefl. (2015). Pemahaman Serta
Pengalaman Makanan Sunnah Dan Sunnah Pemakanan Warga Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Johor Kampung Pasir Gudang
Viola P. Dan Viola M. (2009). Virgin olive oil as a fundamental nutritional component and skin
protector. Clinics in Dermatology, 159-165.
Yazid Subakti, & Anggarani, D. R. (2012). Bahan Makanan Terbaik Mengikut Al-Quran dan
Sunnah (D. B. Nurcahyo, Ed.). Gedung Galangpress Center
Yazid, M. S. (2018). Mukjizat Makanan Dan Minuman Kesukaan Rasulullah SAW (H. Mubarak,
Ed.). Lontar Mediatama.
37
Zarina bt. Samsudin. (2018,Februari28). Makanan Sunnah.
http://www.myhealth.gov.my/makanan-sunnah/
Zuraira Libasin, Azlina Mohd Mydin, Wan Anisha Wan Mohammad, & Rafizah Kechil4. (2017).
Kajian Literatur: Manfaat Makanan Sunnah Dari Perspektif Islam. International Academic
Research Journal of Social Science, 3(1), 172-178.
7 Khasiat & Kelebihan Air Zamzam. (n.d.). Bidadari.My.
https://bidadari.my/khasiat-kelebihan-air-zamzam/
7 Khasiat Labu yang anda Perlu Tahu. (n.d.). Root of Science.
https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/pemakanan/7-khasiat-labu-yang-anda-perlu-tahu/
10 Khasiat Buah Zaitun Yang Anda Perlu Tahu. (n.d.). Root of Science.
https://rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan/khasiat-buah-zaitun/
10 Khasiat Madu Menurut Kajian Saintifik. (n.d.). Root of Science.
https://rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan/khasiat-madu/
Rujukan dari Kanun Perubatan Ibnu Sina, ‘Al-Qanun Fi Al-Thibb' karangan Ibnu Sina
Rujukan dari Kitab Thibbun Nabawi (Ibnu Qayyim al-Jauziah), terjemahan oleh Mualim
Mustaqim.
Rujukan dari Kitab al-Idhah karangan Imam al- Nabawi
38
39