MAKANAN TRADISIONAL DI SABAH NAMA MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA 1. NURIN YUSRINA BINTI MOHD YAZID 2. NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD SHUKRI AUNI BADRINA BINTI MOHAMAD KYAIRUL AZHAM 3. 4. NUR SYALINA BINTI ISMANAN 5. LEE YONG HENG 6. LOGAMATHY MURUGAN Keunikan Warisan Negeri Di Bawah Bayu NOMBOR MATRIK 300754 301281 301328 300926 299576 302810 GROUP 16
ISI KANDUNGAN 01 PENGENALAN SABAH PENGENALAN HINAVA RESEPI MEMBUAT HINAVA KEUNIKAN HINAVA 08 HINAVA PENGENENALAN AMBUYAT RESEPI MEMBUAT AMBUYAT CARA MENIKMATI AMBUYAT PANTANG LARANG 10 AMBUYAT PENGENALAN LATOK PROSES PENANAMAN LATOK CARA MEMASAK LATOK KHASIAT LATOK 03 LATOK 10 RUJUKAN 02 OBJEKTIF 09 RUMUSAN
SABAH, MALAYSIA Sabah, yang dikenali sebagai "Negeri Di Bawah Bayu," adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di utara pulau Borneo. Negeri ini memiliki keunikan tersendiri yang menjadikannya destinasi menarik baik bagi wisatawan lokal maupun internasional. Keunikan ini juga tercermin dalam masakannya yang kaya dengan variasi dan cita rasa yang khas. Sabah merupakan negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya. Penduduk Sabah terdiri daripada lebih 30 kumpulan etnik, dengan Kadazan-Dusun, Bajau, dan Murut sebagai kumpulan terbesar. Setiap kumpulan etnik keunikan sendiri di bahagian bahasa, adat, dan tradisi. Selain itu, terdapat juga komuniti lain yang menyumbang kepada kepelbagaian demografi negeri ini iaitu Cina, Melayu, dan India
MAKANAN TRADISIONAL SABAH ? Makanan adalah keperibadian dan pengenalan bagi setiap kaum. Dalam masyarakat Kadazandusun, terdapat banyak jenis makanan yang berbeza. Biasanya, kita dapat melihat pelbagai hidangan ini pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun pada 30 dan 31 Mei. Makanan tradisional Kadazandusun bukan sahaja lazat tetapi juga unik. Masyarakat Sabah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan kerana bentuk muka bumi yang kaya dengan sumber pencarian makanan. Dari dahulu hingga kini, kaum Kadazandusun di Sabah telah menbudayakan cara pemakanan tradisional. Antara makanan tradisional terkenal di kalangan kaum Kadazandusun adalah Hinava, Ambuyat, dan Noonsom. Kesemua makanan ini disediakan dengan pelbagai cara mengikut amalan dan budaya tradisional mereka. Selain perayaan, kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung masih mengamalkan cara memasak dan menyajikan hidangan secara tradisional. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seperti ini pada upacara perkahwinan dan majlis-majlis lain yang diadakan oleh mereka. Memang, makanan tradisional kaum Kadazandusun sangat berbeza daripada suku kaum lain di Sabah. Monthly Magazine
Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai makanan tradisional neger i Sabahan. Untuk menyemai semangat perpaduan antara kaum. Mendokumentasikan proses penyediaan dan memasak makanan tersebut. Mempromosikan makanan tradisional sebagai sebahagian dar ipada war isan budaya yang per lu dilestar ikan. OBJEKTIF KAJIAN
Latok, dikenal secara ilmiah sebagai Caulerpa lentillifera, adalah sejenis rumput laut yang popular di kawasan Asia Tenggara, khususnya di Filipina, Malaysia, dan Indonesia bahagian timur. Latok memiliki penampilan seperti anggur kecil berwarna hijau yang tersusun dalam rantai, latok dikenal dengan tekstur renyah yang memberikan sensasi pecah di mulut, mirip dengan kaviar, sehingga sering disebut "green caviar". Tumbuhan laut ini tumbuh di perairan cetek dengan substrat berpasir atau berlumpur, ia sering ditemukan di daerah terumbu karang atau padang lamun, dan tersebar di wilayah Pasifik Barat serta beberapa bahagian Australia. P E N G E N A L A N Latok kaya akan nutrisi seperti vitamin C, vitamin A, kalsium, magnesium. Ini menjadikannya sumber makanan yang sihat. Konsumsi latok dipercayai dapat membantu menjaga kesihatan kulit, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan berfungsi sebagai antioksidan. Dalam masakan, latok sering disajikan dalam bentuk salad, dicampur dengan bahan-bahan segar lainnya seperti tomato, bawang merah, dan jeruk nipis, atau sebagai pelengkap hidangan laut lainnya untuk menambah tekstur dan rasa unik. Penanaman latok dilakukan dengan teknik aquakultur yang memerlukan kondisi perairan bersih dan kaya nutrisi untuk menghasilkan produk berkualiti.
PROSES PENANAMAN LATOK Menurut Mohd Khidir Zakaria (2021), beliau melawat penanam latok yang di Semenanjung Malaysia dan bertanya sebab menanam latok di Port Dickson yang jauh berbanding Sabah. Penanam latok Puan Fatimah Salleh dan Encik Abdul Samad Idris menyatakan mereka ingin menjadi pengeluar pertama di Negeri Sembilan dan menurut pengalaman mereka atas tempat penanaman Latok hanya Port Dickson, Johor, Melaka yang sesuai menanam. Penanaman Latok memerlukan syarat yang istimewa iaitu suhu yang sesuai dan air laut yang bersih dan Port DIckson memenuhi syarat tersebut oleh itu membolehkan mereka mengeluarkan latok yang berkualiti tinggi.
PENYEDIAAN BAHAN 1 bungkus latok 9 biji cili padi(kecil) 2-3 biji limau kasturi/ 1 biji limau nipis 1 sudu teh garam halus 1/2 sudu teh ajinomoto/gula 1/2 biji bawang besar-hiris nipis Sedikit air(3 sudu besar) merendam latok bekas yang berisi air dan mencuci permukaan dengan lembut dan berulang beberapa kali dengan lembut dan elak rosak selepas bersih latok, tapis air dan boleh membuat sambal cicah tumbuk cili padi dan tambah garam, meletakkannya dalam mangkuk dan masukkan jus limau kasturi, gula atau ajinomoto, akhirnya masukkan hirisan bawang dan gaul dengan sempurna latok sedia untuk dihidang, boleh dimakan bersama nasi
MENGANDUNGI NUTRIEN YANG BERKHASIAT K H A S I A T L A T O K BAIK UNTUK PENGHIDAP DIABETES BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN BOLEH MENCEGAH JANGKITAN BAKTERIA MENGURANGKAN RISIKO SINDROM METABOLIK KUATKAN TULANG DAN SENDI HASILKAN KULIT DAN RAMBUT YANG LEBIH SIHAT BOLEH MEMBANTU MELANCARKAN DARAH
17 Latok mengandungi: 37 Menurut kajian dari Universiti Malaysia Sabah menunjukkan bahawa latok mengandungi ; Vitamin A Vitamin C Mineral Iodin Asid Lemak Latok juga turut mengandungi asid lemak termasuklah asid lemak tepu, asid lemak monotaktepu dan asid lemak politaktepu seperti Omega-3 dan Omega-6 Serat Diet BetaKarotena 2 Nutrien di dalam Latok M A R I M E N G E N A L I Apa itu Diabetes jenis 2? ianya ialah sejenis penyakit metabolik yang disebabkan oleh gula darah yang tinggi. Sel-sel badan mereka tidak lagi bertindak balas terhadap insulin seperti mana yang sepatutnya (tidak normal). Jika berada pada tahap yang lebih teruk, badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Latok merawat Diabetes Latok didapati berpotensi untuk menjadi agen yang merawat diabetes atau penyakit kencing manis. Kajian mendapati bahawa ekstrak latok boleh meningkatkan perembesan insulin dan meningkatkan pengambilan glukosa (gula) dalam sel. Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidikpenyelidik dalam bidang bioteknologi dan imunologi, yang menunjukkan bahawa sebatian polisakarida dalam latok boleg menambah baik aktiviti rangsangan sistem imun dengan meningkatkan jumlah sel-sel darah putih, penghasilan nitrik oksida dan meningkatkan keupayaan sel-sel darah putih untuk mencegah jangkitan kuman. Penghidap Diabetes B A I K U N T U K Kesihatan Jantung B A I K U N T U K Penyakit jantung koronari sangan berkait dengan masalah kolestrol yang tinggi. Sekiranya seseorang itu didapati memiliki kolestrol yang tinggi dalam darah, maka dia berisiko tinggi untuk terkena penyakit jantung koronari. Kajian terhadap haiwan yang diberi makan dengan diet tinggi lemak mendapati bahawa latok boleh menurunkan paras kolestrol LDL (kolestrol jahat), Trigliserida dan meningkatkan paras kolestrol HDL(kolestrol baik). Sistem Imun Badan M E N I N G K A T K A N Jangkitan Bakteria B O L E H M E N CE G A H Menurut kajian dari Sunway Universiti, Malaysia menunjukkan latok turut mempunyai kesan antibakteria terhadap bakteria Staphylococcus Aureus dan Escherichia Coli. Bakteriabakteria ini boleh menyebabkan jankitan pada kulit dan keracunan makanan.
khususnya dalam kalangan etnik Kadazan-Dusun. Hidangan ini sering disajikan semasa perayaan, majlis kenduri, dan acara-acara khas kerana keunikannya yang mencerminkan warisan budaya masyarakat setempat. Hinava diceritakan terbit ketika kaum Kadazan-Dusun terkenal dengan dengan sumber penanaman padi pada suatu ketika dahulu. Bekalan makanan yang dibawa oleh masyarakat ke huma atau bendang dahulu perlulah bekalan yang ringkas dan mudah. Oleh itu, hinava sangat sesuai menjadi bekalan utama mereka setelah penat bercucuk tanam. Hinava akan dimakan dengan nasi panaspanas atau ambuyat bagi menambah selera mereka. P E N G E N A L A N H I N A V A HINAVA ADALAH SALAH SATU HIDANGAN TRADISIONAL YANG PALING TERKENAL DARI SABAH, Hinava juga sering disajikan sebagai hidangan pembuka atau sebagai sebahagian dari hidangan utama dalam acaraacara khusus dan perayaan di Sabah. Ia menggabungkan bahan-bahan segar dan teknik sederhana untuk menciptakan hidangan yang lazat dan sihat. Di setiap hidangan, tersembunyi kisah budaya dan tradisi yang diwariskan dari generasi ke generasi. RASA ASLI, SENTUHAN TRADISI !
PENYEDIAANKEUNIKAN BAHAN TAMBAHAN MENGIKUT CITARASA Cili padi Mangga atau betik Peria Jus limau nipis atau limau kasturi LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN Ikan tenggiri yang telah dibersihkan perlu dicincang hingga lumat 1. Air panas dituang sedikit demi sedikit ke atas isi ikan sehingga seminit dan kemudian ditoskan. 2. Bahan-bahan yang telah dihiris halus dicampur dan digaul bersama isi ikan tenggiri 3. Jus limau dicampurkan sekali dalam gaulan isi ikan 4. ALTERNATIF LAIN Isi ikan yang selalu menjadi pilihan adalah isi ikan tenggiri. Namun begitu bahan lain seperti isi ikan yu, udang atau sotong juga boleh dijadikan sebagai pengganti bahan utama iaitu isi ikan tenggiri. BAHAN-BAHAN Isi ikan kan tenggiri 5-6 ulas bawang merah (dihiris) 2-3 ulas bawang putih (dihiris) 3-4 biji limau kapas (jusnya) Garam dan serbuk perasa Halia Hinava ini ialah hidangan yang dihidangkan segar - segar. Perkara ini adalah kerana isi ikan yang digunakan tidak perlu dimasak menggunakan api. Isi ikan dan sebagainya akan masak secara sendirinya apabila perahan jus limau seperti limau kasturi atau limau nipis digunakan dalam masakan.
Fakta Ambuyat: Penampilan dan konsistensi makanan memainkan peranan penting dalam merangsang nafsu makan dan minat seseorang untuk mencicipi ambuyat. Makanan tradisional mereka mungkin tidak menarik dari segi bentuk dan tekstur, namun rasanya cukup menggugah selera. Memiliki warna putih cair dan tekstur yang mirip dengan gam. Bagi masyarakat Bisaya di Sabah, warna tidak begitu berpengaruh. Ambuyat merupakan hidangan kebangsaan di Brunei dan juga makanan tempatan di Sarawak, Sabah, dan Labuan, yang terkadang disebut sebagai linut. Ambuyat adalah salah satu makanan tradisional yang penting bagi penduduk Brunei dan Bisaya, malah menjadi sajian utama selepas nasi. Dulu, ia disajikan sebagai hidangan sehari-hari dan pasti ada pada majlis istimewa seperti perkahwinan dan perayaan tradisional masyarakat tersebut. Hidangan yang terbuat daripada sagu rumbia itu sangat popular di Sabah, Labuan, Sarawak, dan Brunei. MBUYAT PENGENALAN A
Bahan-bahan : - 1 kg (6 cawan) tepung sagu rumbia - Air panas yang baru dimasak - 1 liter (4 cawan) air Cara membuatnya : 1. Campur tepung sagu rumbia dengan 4 cawan air. Mendapkan selama 10 minit. 2. Selepas 10 minit, air dibuang dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan suhu air panas. 3. Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. 4. Kacau sehingga sebati kemudian masak sehingga sagu kelihatan jersih dan lihat seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak. 5. Cara alternatif ini akan menjadikan sagu cepat masak. Campurkan tepung sagu dengan air, masak di atas kuali menggunakan api yang sederhana sehingga menjadi likat dan jernih. Ambuyat dimakan dengan menggunakan penyepit buluh yang dikenali sebagai candas, dengan menggolekkan penyepit dan kemudian mencecahkannya ke dalam hidangan yang disediakan seperti sambal belacan, jeruk bambangan, kuah ikan rebus, atau dimakan bersama sayur kangkung dan ikan ampap. Ambuyat lebih sesuai dimakan ketika masih panas kerana teksturnya yang mudah menyerap rasa bahan pencecah ketika panas. RESEPI MEMBUAT AMBUYAT CARA MENIKMATI AMBUYAT
TAHUKAH ANDA BAHAWA AMBUYAT MEMPUNYAI PANTANG LARANG ? Ambuyat juga mempunyai bebrapa pantang larang ketika menyediakan dan makan hidangan ini. Berdasarkan kenyataan ahli Persatuan Melanau Kuchin, Mohd Sil Abdullah. " Tidak salah mematuhi pantang larang itu kerana ia bertujuan untuk mendisiplinkan diri supaya menjadi lebih baik.” Mohd Sil yang berasal dari Daerah Mukah pula menyatakan bahawa zaman dahulu, apabila berlaku kematian, keluarga si mati tidak dibenarkan makan ambuyat semasa mayat masih berada di dalam rumah keluarga. Mayat akan menjadi melekit dan sangat lembut seperti ambuyat andai kata ahli keluarga tetap berkeras makan ambuyat ketika jasad berada di situ. Masyarakat Dalat memiliki kepercayaan yang serupa, namun sering diabaikan oleh generasi muda. Salah satu contohnya adalah larangan tertawa terbahak-bahak dan berbicara kasar atau tidak sopan saat makan ambuyat/linut (disebut inut oleh masyarakat Dalat). Makanan bukan hanya tentang rasa, tetapi juga tentang kenangan, perasaan, dan persahabatan yang terjalin di meja makan. P A N T A N G L A R A N G
Akhir sekali, kami berterima kasih kepada Tuhan kerana membolehkan kami menyelesaikan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, banyak pengetahuan dan pengajaran yang kami peroleh serta dapat dijadikan iktibar. Kesimpulannya, mengenali makanan tradisional negeri Sabah adalah langkah penting dalam memelihara warisan budaya, meningkatkan kesedaran masyarakat, dan mempromosikan pelancongan serta ekonomi tempatan. Usaha ini melibatkan pendidikan, dokumentasi, kajian, dan promosi makanan tradisional yang kaya dengan sejarah dan nilai-nilai kesihatan. Dengan kerjasama daripada kerajaan, institusi pendidikan, dan masyarakat, tradisi kuliner Sabah dapat terus dilestarikan dan dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa. Melalui inisiatif seperti pameran makanan, program pendidikan, dan penggunaan media digital, makanan tradisional Sabah akan terus dihargai dan dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang. Kami juga dapat mempelajari nilai kesabaran, ketabahan dan kerjasama yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Shah. (2020, November 11). Hinava : Salad Ikan Unik Turun-Temurun. https://kdmrsmuslim.com/2020/11/hinava-saladikan-unik-turun-temurun/ KitaPeers.com. (n.d.). Makanan Tradisional di Sabah: Hinava. https://kitakitapeers.blogspot.com/2017/10/makanan -tradisional-di-sabah-hinava.html myResipi. (2020, November 16). Hinava. https://myresipi.com/resipi/hinava/ Perincian seni budaya. (n.d.-b). https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/de tail/713/pengenalan MSc, I. Z. (2024, March 16). 7 Khasiat latok untuk kesihatan berdasarkan kajian. HeloMedik. https://helomedik.com/khasiat-latok/ Nurul, A. (2024, January 31). 5 Jenis Makanan Tradisional Sabah Yang Unik Untuk Dicuba | Milas Travel & Tours. Milas Travel & Tour. https://milas.travel/5-jenis-makanan-tradisionalsabah-yang-unik-untuk-dicuba/ TheJulyiea Channel. (2021, September 11). Pantang Larang makan Linut @ Ambuyat | Lagenda Melanau Matu [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=l6xJ_rHYhT8
Mohd Khidir Zakaria (2021, Februari, 18) Port Dickson kini pengeluar latok 'anggur laut'. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/6722 22/port-dickson-kini-pengeluar-latok-anggur-laut Pengenalan | Sabah Government Official Website. (n.d.). https://sabah.gov.my/ms/content/pengenalan Mel. (2024, March 18). 10 Makanan Sabah Yang Unik dan Popular di Malaysia. eCentral. https://ecentral.my/makanan-sabah/ Makanan tradisional Sabah. (n.d.). https://kadazandusun8.tripod.com/mainpage.htm Leeina Qaleina. (2021). Resepi Latok Sabah. https://cookpad.com/my/recipes/15429878-latoksabah