The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR EDRIENA NAFISA BINTI MOHD HAMDAN, 2024-01-19 00:55:40

PRAKTIS KERJA SOSIAL

PRAKTIS KERJA SOSIAL

Presented by Borcelle Group NAMA: NUR EDRIENA NAFISA BINTI MOHD HAMDAN NO MATRIK: A192595 KURSUS: PRAKTIS KERJA SOSIAL KOD SUBJEK: SKPW2023 JENIS TUGASAN: TUGASAN INDIVIDU KUMPULAN SASAR: KANAK-KANAK ISU: ISU KEKELUARGAAN TEORI YANG DIPILIH: TEORI PERAPATAN NAMA PENSYARAH: DR. NOR JANA SAIM


TAHAP 1: ASSESSMENT Semasa tahap pertama ini, pekerja sosial bertanggungjawab dalam: Mendapatkan maklumat diri klien. Membina REPO atau hubungan profesional dengan klien. Memilih teknik assessment yang sesuai. Dalam kes adik M saya telah memilih dua teknik assessment iaitu genogram dan life road map. Mengadakan sesi buat kali pertama bersama klien dan penjaga. Menyediakan fail dokumentasi untuk klien bagi tujuan menyimpan rekod, laporan setiap sesi dan sebagainya.


LATAR BELAKANG KLIEN Klien mesra disapa adik M. Klien merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun. Tinggal dan bersekolah di Pulau Pinang. Menjadi anak yatim setelah kehilangan ibunya sebaik sahaja klien dilahirkan. Nenek klien telah berjumpa dengan pihak pekerja sosial bagi membolehkan isu atau masalah yang dihadapi oleh klien dapat diterokai dan dibantu sebaik mungkin.


PERMASALAHAN KLIEN Ibu klien disahkan meninggal dunia akibat komplikasi yang dihadapi semasa melahirkan klien. Semenjak peristiwa itu, klien telah diletakkan di bawah jagaan nenek sebelah ibunya. Klien mengalami keretakan hubungan dengan bapanya akibat kegagalan bapanya dalam menerima kenyataan bahawa isteri beliau telah tiada. Menurut sesi assessment yang telah dijalankan bersama nenek klien, sejak klien diletakkan di bawah jagaannya bapa klien sangat jarang pulang melawat anaknya. Sekiranya bapa klien pulang, bapa klien akan menunjukkan tingkahlaku yang dingin dengan anaknya. Klien juga sering dimarahi tanpa alasan yang munasabah dari bapanya. Bapa klien ada memberikan wang secara bulanan tetapi beliau tidak mahu mengetahui sama ada ia mencukupi atau tidak. Bapa klien tidak melakukan sebarang pantauan terhadap perkembangan anaknya hingga menyebabkan klien rasa terasing.


GENOGRAM


life road map


TAHAP 2: PENENTUAN SITUASI MIKRO MESO MAKRO MIKRO Adik M menghadapi kecenderungan untuk mendapat kemurungan kerana tingkahlaku bapapanya yang tidak boleh menerimanya.


TAHAP 3: PERANCANGAN & INTERVENSI MIKRO MESO MAKRO MIKRO Mengadakan sesi pertemuan dengan bapa klien bagi membolehkan pekerja sosial memahami situasi yang sebenar. Mengadakan sesi art therapy dengan klien bagi membantu pekerja sosial dalam memahami perasaan sebenar klien. Membantu klien dalam mencari cara atau kaedah yang sesuai dalam mengatasi rasa negatif yang ditimbulkan oleh bapanya. MESO Pekerja sosial telah mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah bagi tujuan pemantauan. MAKRO Merujuk klien kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kawasan setempat bagi membolehkan klien mendapatkan perkhidmatan kaunseling.


INTERVENSI YANG TELAH DIJALANKAN SESI “ART THERAPY” Berdasarkan sesi art therapy yang telah dijalankan, pekerja sosial telah mendapati bahawa klien telah menyimpan rasa marah dan kecewa terhadap bapanya. 1. MENCARI KAEDAH DALAM MEMBANTU KLIEN Meminta klien mencari hobi yang disukai. Mengenalpasti individu yang klien selesa untuk meluahkan perasaan. Mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah. 2. MERUJUK KLIEN KEPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) Selepas menghadiri sesi kaunseling, klien menjadi seorang kanak-kanak yang lebih ceria dan mempunyai corak pemikiran yang positif berbanding sebelumnya. Klien juga seronok apabila dapat berjumpa dengan kumpulan kanak-kanak yang mempunyai nasib yang sama dengannya. 3.


hasil LUKISAN yang diperolehi dalam art therapy


SURAT RUJUKAN


TEORI YANG DIPILIH: teori perapatan bowlby (1958) AVOIDANT ATTACHMENT SEPARATION ANXIETY- Klien tidak menunjukkan sebarang rasa sedih apabila bapanya tidak berada di sekelilingnya. STRANGER ANXIETY- Klien berasa lebih baik apabila bersama dengan orang lain berbanding bapanya. Ia termasuklah dengan rakan dan guru di sekolah. REUNION BEHAVIOR- Klien ada menunjukkan sedikit minat apabila bapanya pulang tetapi ianya sebentar sahaja.


rujukan Bowlby, J. (1979). The bowlby-ainsworth attachment theory. Behavioral and Brain Sciences, 2(4), 637-638. Ainsworth, M. D. S. (1978). The bowlby-ainsworth attachment theory. Behavioral and brain sciences, 1(3), 436-438. Havighurst, S. S., Wilson, K. R., Harley, A. E., Kehoe, C., Efron, D., & Prior, M. R. (2013). “Tuning into kids”: Reducing young children’s behavior problems using an emotion coaching parenting program. Child Psychiatry & Human Development, 44, 247-264. Liu, X., Zhao, L., & Su, Y. S. (2022). Impact of parents’ attitudes on learning ineffectiveness: The mediating role of parental self-efficacy. International journal of environmental research and public health, 19(1), 615.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version