MPU21032 / PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
ULASAN FILEM PENGGERAK
KESEPADUAN NASIONAL
“Mat Kilau”
SESI 1: 2022/2023
NAMA PENSYARAH:
PUAN JAMILAH BINTI OMAR
(JPA)
POSTER FILEM MAT KILAU
AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD MUHAMMAD
AZRI BIN ABDUL ALIF BIN ANUAR
GALIM FAILUS
03DET21F2027 03DET21F2019
NAZRI SOBRI MUHAMMAD
BIN JAMIL KHAIRUDIN BIN
03DET21F2022 ADBUL TALIB
03DET21F2025
SENARAI KANDUNGAN
Bil Kandungan Halaman
1 Pengenalan Tajuk 1
2 Poster Filem 2
3 Ahli Kumpulan 3
4 Senarai Kandungan 4
4 Carta Gantt Pelaksanaan Projek 5
5 Isi Perbincangan/ IsiHuraian 6-17
1.0 Tema
1.1 Watak Utama & Peranan
1.2 Kritikan orang awam terhadap filem
1.21 Kritikan positif terhadap filem
1.3 Kritikan Ahli Kumplan
1.4 Sistem Masyarakat
1.5 Norma Masyarakat Positif & Negatif
1.6 Pandangan Terhadap Penceritaan
1.7 Babak Kekuatan Penceritaan
6 2.0 Kesimpulan 17
7 3.0 Lampiran 18
8 4.0 Artikel 19
9 5.0 Rujukan 20
PENERANGAN Bulan OKTOBER & NOVEMBER
Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu
1234 5
1. Membuat perancangan
Projek:
a. Menetapkan tajuk,
matlamat dan objektif
b. Membentuk draf aktiviti
bersama ahli kumpulan
c. Merangka draf tentatif
projek
1. Menghasilkan kertas projek
dan membentangkan
membentuk struktur
organisasi, menyediakan senarai
semak tugasan ;
2. Menetapkan butiran penting
projek seperti tarikh, masa,
bahan dan seumpamanya.
3. Melaksanakan projek seperti
yang dirancang dan
mengedarkan borang maklum
balas penilaian projek kepada
ahli kumpulan serta
mengumpulkan bahan seperti
dalam perbincangan.
1. Menyediakan laporan bertulis
serta mempunyai gambar
2. Mengadakan post mortem
aktiviti dan membuat refleksi
dengan merujuk kepada borang
penilaian peserta.
1. Penambahbaikan
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.0 Tema
Filem mat kilau ini mengisahkan tentang seoraang
pahlawan Melayu Mat Kilau Bersama ayahandanya Tok
Gajah dan sahabat - sahabatnya, bangkit menentang
penjajahan British. Mat Kilau dibikin dalam suasana
tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah
menduduki tanah - tanah di Pahang. British mengaut
hasil bumi Pahang milik orang - orang Melayu dan
mencampuri urusan adat dan agama orang-orang
Melayu. Tidak memebiarkan kebiadaban British di
bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan
sahabat-sahabatnya bangkit menetang British.
Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang
penentangan telah menyebabkan pihak British
mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya
pertempuran yang sengit.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.1 Watak & Lakonan
Dato’ Adi Putra melakonkan watak Mat Kilau dengan
aura yang tersendiri sebagai seorang yang tenang,
berhati-hati, taat, berani dan tangkas mengalahkan
lawan. Boleh jadi bentuk badannya yang segak dan
tegap menjadi faktor dipilih sebagai Mat Kilau agar
dilihat lebih gagah untuk bersilat dan melawan tentera
British. Walaupun begitu, lakonan mantap Beto
Kusyairy berjaya menjiwai watak Wahid sebagai
seorang sahabat Mat Kilau yang setia, tabah hadapi
dugaan kematian isteri serta bangkit daripada
kesedihan dan terus berjuang. Tidak keterlaluan
dikatakan, jika Adi Putra tidak memegang watak Mat
Kilau, Beto sudah pasti jadi pilihan terbaik untuk
memegangnya. Lakonan Fattah Amin dalam filem ini
juga tidak mengecewakan sebagai seorang yang bijak,
tidak kaku dan lincah bertarung bagi membantu
sahabat yang lain. Kebanyakan pelakon berlakon
dengan baik, namun watak Yassin yang dibawa Johan
As’ari mungkin ada kekurangannya kerana dikatakan
lakonannya seperti ‘tidak menjadi’. Menariknya,
pelakon-pelakon wanita semuanya menutup aurat yang
melambangkan bahawa adab beragama turut dijaga
dalam pembikinan filem ini.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.2 Kritikan orang awam terhadap filem
Sebahagian menganggap filem
tersebut melampau dan hanya rekaan
.Dan menganggap filem mat kilau
adalah filem fasis .Antara komen negatif
yang diberikan termasuklah mengenai
teknik kamera dan jalan cerita .Antara
yang mendapat kritikan hebat ialah
kualiti sinematografi babak aksi yang
dikatakan kucar-kacir .Ada juga yang
berpendapat bahawa skrip yang
digunakan di dalam filem berkenaan
kurang menarik dan kedengaran seperti
‘ceramah’.
ISI PERBINCANGAN \ ISI HURAIAN
1.21 Kritikan positif terhadap filem
Dapat meniup rasa dan mesej patriotisme dalam
diri rakyat . Ada yang mengatakan filem tersebut
dapat menyedarkan rakyat untuk mengambil iktibar
daripada kisah silam .Filem tersebut mempunyai
subjek yang menarik kerana keberanian mat kilau
.Filem tersebut menampilkan wanita-wanita
Melayu dalam keadaan sopan serta tertib .
Persilatan yang hebat, cukup mengesankan .
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.3 Kritikan Ahli Kumplan
Filem ini memiliki jalan cerita yang menarik, penuh aksi
dan jalan cerita yang “Straight Forward” serta tidak meleret.
Semasa menonton filem ini, penonton akan memahami dan
tidak terlalu banyak berfikir. Selain itu, terdapat juga
adegan yang membuat penonton marah dan adegan yang
yang boleh menggugurkan air mata. Tambahan pula,
pastinya penononton akan merasa geram terhadap watak
Toga dan British dalam filem ini kerana Toga merupakan
askar upahan yang ganas untuk melakukan kerja memeras
ugut orang kampung. Tambahan pula pihak British mula
melaksanakan system percukaian baharu di kawasan
taklukan, dengan kutipan ddilakukan para tentera. Namun
begitu, kadar percukaian adalah di luar kemampuan mereka
sehingga para tentera bertindak memeras ugut penduduk.
Ketika itu, Mat Kilau datang lalu menyerang para tentera
seorang demi seorang. Akan tetapi, Awang pula tiba dan
bertengkar dengan Mat Kilau sehingga Syers kepeningan
atas apa yang terjadi. Selain itu, kritikan yang dapat
dilakukan adalah terdapat sedikit masalah kepada
sebahagaian penonton yang terganggu dengan adegan aksi
berlawan. Adegan berlawan agak sedikit membuat
sebahagian penonton yang berpendapat bahawa ianya boleh
mendatang sedikit pening kepala. Hal ini berkemungkinan
disebabkan kesan editing yang terlalu laju, terpaksa
memejam mata buat seketika. Manakala tentang lakonan
amatlah berpuas hati pada penonton dengan semua watak
yang dibawa dengan baik. Harus dipuji Dato’ Adi Putra,
Fattah Amin dan Beto Kusyairi yang sangat mengidupkan
watak masing-masing dengan baik.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.4 Sistem Masyarakat
Terdapat beberapa sistem
masyarakat dalam filem ini antaranya
masyarakat yang mempunyai
jaringan perhubungan antara pelbagai
individu dan masyarakat yang hidup
dalam keadaan diperintah oleh orang
luar. Selain itu, terdapat sistem
masyarakat yang mempunyai
semangat perjuangan yang tinggi dan
masyarakat yang hidup dalam
keadaan bersatu padu menjaga
sesuatu Kawasan. Tambahan pula
terdapat sistem masyarakat yang
bekerjasama dalam menangani
sesuatu masalah atau isu yang
melibatkan penduduk kampung.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.5 Norma Positif
Kepahlawanan dan keberanian orang Melayu tidak
boleh dinafikan melalui sejarah penentangan Mat
Kilau terhadap British. Kekuatan persenjataan
British yang besar tidak mampu membendung
penentangan hebat Mat Kilau. Semangat
persaudaraan dan persahabatan memainkan peranan
yang penting dalam menggerakkan sebuah
perjuangan. Tanpa persahabatan, kuranglah
dorongan dan hilanglah sebahagian kekuatan dalam
perjuangan. Sikap suami isteri yang saling
memahami dan memberi dorongan mampu
membina keluarga yang utuh. Bijak mengawal
emosi, sentiasa bersabar menghadapi konflik atau
ujian, berakhlak dalam tutur kata menjadi
sebahagian resipi kerukunan rumah tangga. Sebagai
rakyat Malaysia, sewajarnya kita sentiasa
menghayati sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan
terdahulu dalam menentang penjajahan kerana
itulah yang menjadi jati diri yang menaikkan
semangat patriotik dan cintakan negara.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.5 Norma Negatif
Sikap khianat terhadap perjuangan dan
menjadi tali barut sentiasa ada pada bila-bila
masa dan dalam mana-mana bangsa, tanpa
mengira pangkat dan warna kulit. Yang
penting, kita harus waspada dan sekurang-
kurangnya mendidik diri agar menjauhi
sikap tersebut. Amalan dasar kutipan cukai
yang menindas penduduk dikatakan antara
punca Mat Kilau menentang British.
Kerajaan sekarang wajar mengambil iktibar
daripada filem ini dengan tidak mengenakan
cukai yang membebankan terhadap rakyat.
Jika tidak, sikap ini sama saja dengan
penjajah British. Sebagai umat Islam,
tarbiah atau didikan agama perlu menjadi
elemen penting, bukan sahaja di rumah dan
sekolah, bahkan menjadi amalan dalam
seluruh kehidupan, yang menjadi kekuatan
sebenar dalam membina generasi rabbani
dan berakhlak mulia.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.6 Pandangan Terhadap Penceritaan
Babak awal saja sudah mengejutkan kerana
dimulakan dengan tembakan dan pembunuhan oleh
tentera British secara tiba-tiba terhadap penduduk
kampung. Mungkin pengarah ingin menampilkan
kelainan dalam permulaan filem, namun babak
sebegitu mungkin membuatkan mereka yang baru
mula menonton tidak dapat ‘berehat’ pada awalnya
kerana kejutan seperti itu. Boleh dikatakan separuh
babak daripada filem ini adalah gabungan beberapa
aksi pertempuran dan boleh dianggap mempunyai
banyak klimaksnya. Penulis menduga aksi berkuda,
pedang, bertempur dan serangan gerila di hutan ini
dilhamkan daripada drama bersiri Turki terkenal,
Ertugrul. Dari sisi lain, babak-babak yang
emosional boleh dikatakan agak ringkas dan
penonton tidak sempat ‘feel’ lebih lama dalam
adegan tersebut kerana ia sentiasa diselangi dengan
aksi konflik dan pertempuran.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.6 Pandangan Terhadap Penceritaan
Babak isteri Wahid dibunuh oleh pihak British
pula boleh dipertikaikan dari sudut sejarah,
adakah wanita pernah diperlakukan dengan
kejam oleh British di Tanah Melayu? Atau ia
sebagai sindiran untuk ‘wajah’ sebenar British
secara tersiratnya? Mungkin ada mesej yang
ingin disampaikan. Walaupun Mat Kilau adalah
filem fiksyen, faktor sejarah juga perlu diambil
kira dan lebih berhati-hati dalam memperhalusi
jalan cerita agar lebih hampir dengan faktanya.
Penulis juga cuba memahami mengapa watak
isteri Mat Kilau yang setia dan isteri Wahid yang
seperti menentangnya. Ini mungkin kerana
pengarah tidak mahu melihat babak yang
‘skema’, perlu ada watak bertentangan dan
konflik untuk menghidupkan filem.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.7 Babak Kekuatan Penceritaan
tragedi pembunuhan isteri
Wahid oleh pihak British,
watak Mat Kilau datang dari
belakang dan menutup mulut
Wahid dan membisikkan
kalimat istighfar di telinga
Wahid. Penulis mengangkat
babak itu sebagai babak
terbaik dalam filem ini.
Kebangkitan orang
orang Melayu dan
pahlawan melayu
terutamanya Mat Kilau
dan rakan-rakanya
dalam menentang
habis-habisan pihak
tentera British.
ISI PERBINCANGAN / ISI HURAIAN
1.7 Babak Kekuatan Penceritaan
Mat Kilau datang seorang diri
mematahkan perbuatan askar askar-
askar British yang datang mengutip
cukai terhadap peniaga-peniaga di
jeti Kuala tembeling secara kasar
dan memeras ugut .
2.0 Kesimpulan
Penerbitan filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan
Pahlawan’ yang berinspirasikan sejarah pahlawan
adalah satu usaha yang amat baik walaupun ada
kekurangannya, bahkan sambungan kisah-kisah
perjuangan beliau wajar difilemkan pada masa akan
datang. Negara kita juga tidak ketandusan sejarah
pahlawan-pahlawan terdahulu yang menentang
penjajahan seperti Datuk Maharaja Lela, Tok
Janggut, Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman,
Rentap, Mat Salleh, Panglima Salleh, Syarif
Masahor dan sebagainya. Walaupun begitu,
seharusnya karya-karya berindentitikan Malaysia,
tidak sekadar berinspirasikan sejarah kepahlawanan,
perlu dibanyakkan lagi oleh para penggiat filem
negara dengan kerjasama pelbagai pihak yang
berminat sama ada organisasi, syarikat atau
individu. Ini penting bagi mendidik rakyat bahawa
kita mempunyai sejarah, keunikan dan identiti kita
sendiri yang akan membentuk jati diri bangsa dan
negara.
3.0 Lampiran
4.0 Artikel
https://www.budiey
.com/ulasan-filem-
mat-kilau-
kebangkitan-
pahlawan-arahan-
syamsul-yusof/
5.0 Rujukan
https://bebasnews.my/2022/07/28/di-manakah-kekuatan-
filem-mat-kilau-berjaya-meraih-hampir-rm100-juta/
https://www.rollodepelicula.com/2022/06/review-filem-
mat-kilau-kebangkitan.html
https://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-mat-
kilau-sarat-dengan-mesej-patriotisme-367608