PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 6
Disediakan oleh:
Ustazah sarah
BIDANG: SIRAH
TAJUK : KEWAFATAN RASULULLAH S.AW.
Objektif pembelajaran :
1.Menjelaskan detik-detik kewafatan Rasulullah.
2.Menjelaskan kesan daripada peristiwa kewafatan
Rasulullah s.a.w
TAHUKAH KAMU DIMANA LETAKNYA
MAKAM NABI MUHAMMAD S.AW?
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
kepada Muaz bin Jabal ketika beliau
hendak berangkat ke Yaman “Wahai
Muaz, kemungkinan kamu tidak akan
dapat bertemu lagi dengan aku
selepas tahun ini. Semoga kamu akan
melalui masjidku atau perkuburanku”
Riawayat Ahmad
DETIK TERAKHIR KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.AW
• Pada bulan safar tahun ke 11H, nabi telah melantik Usamah bin Zaid untuk memimpin
angkatan tentera bagi mempertahankan kesucian islam di palestin.
• Setibanya usamah dan angkatan tentera sampai dipalestin, mereka mendapat berita
tentang nabi ditimpa sakit.
• Baginda ditimpa sakit pada penghujung bulan safar selepas pulang dari menziarahi
perkuburan baqi’.
• Baginda ditimpa sakit kepala dan demam yang teruk.
• Sakit baginda berterusan selama beberapa hari.
• Nabi meminta izin daripada isteri-isteri yang lain untuk berada dirumah Saidatina
Aisyah. Baginda dipapah oleh Saidina Ali bin Abu Talib dan Al Fadlu bin Abbas menuju
kerumah Aisyah.
• Para sahabat sangat bersedih melihat keadaan nabi yang sakit.
• Baginda tampil berucap dikhalayak ramai dan membayangkan bahwa beliau akan
wafat tidak lama lagi.
• Baginda meminta para sahabat dari kalangan muhajirin agar berbuat baik dengan
orang ansar.
• Walaupun baginda sakit, baginda tetap menunaikan solat secara berjemaah dimasjid.
• Apabila keadaan nabi semakin lemah, baginda meminta Saidina Abu Bakar menjadi
imam menggantikan solat.
• Pada 12 rabiulawal..
- Ketika para sahabat menunaikan solat subuh secara berjemaah, baginda menyelak tirai
pintu rumah Aisyah, dan melihat kearah mereka sambil tersenyum.
- Perbuatan nabi disedari oleh para sahabat dan mereka menyangka nabi sudah sembuh
dan akan menjadi imam.
- Keadaan nabi semakin tenat, baginda memanggil anaknya, cucunya dan isterinya dan
memberikan pesanan.
• Baginda memesan berulang-ulang kali kepada umatnya agar memelihara solat.
• Ketika hampir saat kewafatan nabi, Abdul Rahman datang bertemu baginda dan
membawa kayu siwak.
• Baginda memberi isyarat kepada Aisyah bahawa baginda hendak bersiwak.
• Pada ketika itu, baginda berada dipangkuan Aisyah, sejurus kemudian wafatlah
baginda pada usia 63 tahun.
KESAN DARIPADA PERISTIWA KEWAFATAN
RASULULLAH S.A.W
Keimanan mereka
terhadap Allah dan
Nabi semakin kukuh
Berpegang teguh pada Bersatu hati dan
alquran dan sunnah mengukuhkan
strategi menyebarkan
dakwah
Meneruskan system
Syura dalam
pemerintahan
JAWAB SOALAN YANG DISEDIAKAN