The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAJUK : TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
SUFIEZA BINTI SUFIAN (6SS3-2)
KELAB PELANCONGAN
SMK TUN ABDUL RAZAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sufsufieza0925, 2021-08-16 06:05:55

TEMA : BUDAYA MALAYSIA

TAJUK : TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
SUFIEZA BINTI SUFIAN (6SS3-2)
KELAB PELANCONGAN
SMK TUN ABDUL RAZAK

Keywords: KELAB PELANCONGAN

TEMA : BUDAYA MALAYSIA
TAJUK : TARIAN TRADISIONAL DI

MALAYSIA

NAMA: SUFIEZA BINTI SUFIAN
KELAS: 6SS3-2

KELAB: PELANCONGAN
SEKOLAH: SMK TUN ABDUL RAZAK

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum di mana terdiri daripada
tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan

budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang kaum ini, terutama
dapat dilihat daripada tariannya.Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari

pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan.
Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan

tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik, kathakali,
bharatanatiyam, singa, kipas, ngajat dan sumazau.

Tarian Melayu

TARIAN MAK YONG

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di
selatan Thailand dicipta untuk hiburan

kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri
sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki.

Tarian ini menggabungkan drama romantis,
serta tarian dan nyanyian tradisional dengan

gaya yang menawan, yang mengisahkan
zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

TARIAN ZAPIN

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional
Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di
negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan
oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada
mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang

bertujuan menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN JOGET

Tarian yang paling terkenal di
Malaysia ini adalah sebuah tarian
yang meriah, dengan rentak yang

agak laju. Tarian ini, yang
dipersembahkan oleh pasangan
penari dengan gerak-geri pantas
yang disulami pelbagai usikan,
berasal dari tarian tradisi Portugis
yang diperkenalkan di Melaka
sewaktu era perdagangan rempah di

situ.

TARIAN SARAH

Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu
traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang
pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini

terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang
berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu

Pahat dan Muar. Di Johor, tarian ini kebiasaannya
ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari
beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu
tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat
menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan
pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan
berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh
juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang
berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton
wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis
keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis
kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya

berlarutan hingga jauh malam.

TARIAN INDIA

TARIAN
BHARATHANATYAM

-Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat
India dari Tamil Nadu, India. Istilah “bharatanatyam”

berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava,
ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan
“natyam” (seni tarian dramatik).

-Teknik tarian bharatanatyam adalah berasaskan
teks Natya Sastra yang dianggap sebagai manual
rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik
tradisional di negara India. Natya Sastra ditulis oleh

Bharata Muni lebih 2500 tahun dahulu

TARIAN KOLATTAM

-Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan
oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu diadakan di
setiap tangan dan dipukul untuk membuat bunyi
berirama.Ia berasal apabila tidak ada alat muzik, dengan

para peserta bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa.
-Ini dilakukan oleh wanita dengan pelbagai jenis Kummi,

seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi, Kulavai Kummi,
Kadir Kummi, Mulaipari Kummi.

- Wanita berdiri dalam bulatan dan menari bertepuk tangan
mereka untuk mengangkat lagu-lagu. Tarian ini lazimnya

dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta
menuai, fungsi keluarga seperti untuk menyambut
kedatangan umur daripada anak perempuan dan lain-lain
baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang

terkemuka.

TARIAN KATHAKALI

-Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala
(India Selatan). Tarian ini merupakan drama
musikal yang bermakna permainan cerita dan
ditarikan untuk menggambarkan kemenangan
kebenaran atas kesalahan.

-Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah
serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini
melambangkan bahwa karakter-karakter yang
dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain.
Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan

sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria),
dan tamasik (rupa setan).

-Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik
Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah

legenda dan mitologi Hindu.

TARIAN CINA

TARIAN NAGA

-Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni
yang unik. Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti

Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.
-Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan
air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk
turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi

aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina
sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah.
-Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar

bandar di China telah ada adat bermain tarian naga. Rakyat
bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca dan hasil tuaian
yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang

meriah dan menyampaikan perasaan kegembiraan.

TARIAN SINGA

-Adat ini telah berusia seribu tahun. Di China, bermain
singa ada pelbagai bentuk serta boleh dibahagikan
kepada dua bentuk: singa utara dan singa selatan.

- Bentuk, corak, warna dan banyak lagi singa utara pun
berbeza dengan singa selatan.

-Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming, di Guangdong
muncul seekor raksasa, dan setiap tahun baru, raksasa
itu mahu keluar merosakkan tanaman, memudaratkan
manusia dan haiwan, dan penduduk tempatan sangat

takutkannya.
-Kemudian, ada seseorang telah mencadangkan cara
bermain singa untuk menakutkan raksasa itu. Akhirnya

raksasa itu berlari keluar dari kawasan penduduk
tempatan. Oleh itu, penduduk tempatan percaya bahawa
singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib
baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang, rakyat

mesti bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.

TARIAN SABAH

TARIAN SUMAZAU

-Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah
yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun.

-Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian
sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran
yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai

padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat,
dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau

adalah perlahan-lahan dan lemah lembut.
- Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya

turun naik seperti burung terbang.
- Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut

pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis
jamuan.

TARIAN SUMAYAU

-Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun
daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai

Madsayau.
-Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut
hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau.

-Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-
majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan

sebagainya.
-Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu

wanita yang telah lanjut usianya dan dalam
pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia
harus juga dari keturunan Monolian. Mengahau adalah
suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil

masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah
untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian

besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu.

TARIAN SARAWAK

TARIAN NGAJAT

-Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi
kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat popular dan dapat

dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk,
Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat

Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”.
- Apabila menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan

sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan.
-Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat

muzik yang digunakan adalah seperti gong, gendang,
bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong. Selain itu, untuk

ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang
Rayah telah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang

yang menyambut Hari Gawai.

TARIAN KENYALANG

-Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud
merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di

Sarawak. Penciptaan tarian ini adalah untuk
menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.
-Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan
kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-
pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang
menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.
-Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan
ataupun berkumpulan. Bulu burung kenyalang ini

melambangkan sayap burung suci.
- Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan kaki

ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil
menyanyi dan bertepuk tangan.

SEKIAN, TERIMA KASIH..


Click to View FlipBook Version