SESI 2022/2023
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
(MPU21032)
ENCIK ABDUL SAMAD BIN MAT ISA
TAJUK: WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN?
AHLI KUMPULAN :
1. Sharvanee Gunasagaran
(16DAT22F1067)
2.Veshnavii Kasavan
(16DAT22F1055)
3.Mahalakshimi Bachan Singh
(16DAT22F1101)
4.Nurul Afiqah Hanim Binti Mohamad Isa
(16DAT22F1998)
ISI KANDUNGAN
1.PRAKATA
2. ISI
- PENGENALAN
- APAKAH ITU SEKOLAH VERNAKULAR
- SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU
- SEKOLAH VERNAKULAR CINA
- SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL
- SEKOLAH ALIRAN INGGERIS
- FAKTOR-FAKTOR
SEKOLAH VERNAKULAR MENYEBABKAN PERPECAHAN
KAUM
- KESAN-KESAN NEGATIF SEKOLAH VERNAKULAR
- LANGKAH-LANGKAH MENJAGA PERPADUAN
- WAJARKAH S EKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN
3.KESIMPULAN
4.RUJUKAN
This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA.
PRAKATA
Segala puji dan kesyukuran kami hanya untuk Tuhan kerana dengan
izinnya kami dapat menyiapkan hasil kerja ini. Kami ingin merakamkam
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberikan sumbangan serta dorongan sewaktu saya
menyiapkan e-folio ini.
Akhirnya, kami ingin memohon keampunan dan kemaafan sekiranya
terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan di dalam kerja kursus ini.
Semoga ilmu yang diperolehi mendapat dimanfaatkan bersama.
2022/11/28
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi
kepercayaan, budaya dan bahasa. Kepelbagaian latar belakang menjadi cabaran setiap kaum di
negara ini khususnya Melayu, Cina, India dan bumiputra. Perbezaan ini sememangnya
menyukarkan para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, suatu formula yang
jitu dan ampuh perlu diwujudkan dalam mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi
satu bangsa Malaysia yang bersatu. Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu
wadah atau saluran utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.
Pendidikan di Malaysia telah dijadikan salah satu sistem sosial yang paling penting bagi
perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh itu, perancangan yang rapi, teratur dan terperinci
telah dibuat untuk mencapai misi dan matlamat tersebut.
Bagi setiap negara yang sudah mengecapi kemerdekaan, salah satu aspek penting yang harus
dititikberatkan dalam usaha untuk memacu negara yang maju dan membangun dari aspek politik,
ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem
pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi
kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak – kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya
dan mengenali sosiobudaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah
untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang
kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.
APAKAH ITU SEKOLAH
VERNAKULAR ?
Sekolah Vernakular ialah sekolah yang menggunakan
Bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah mengikut kaum utama yang
terdapat di Malaysia iaitu melayu, cina dan india.Terdapat
3 jenis sekolah vernakular di negara kita iaitu melayu , cina
dan tamil. Untuk sekolah kaum melayu , ianya dinamakan
Sekolah Kebangsaan(SK).Untuk sekolah kaum cina,iainya
dinamakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) manakala
untuk sekolah kaum india dinamakan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil(SJKT).
SEKOLAH VERNAKULAR
MELAYU
Pada mulanya sekolah Melayu ditubuhkan di Negeri-negeri Selat atas usaha
Blundell, Gabenor Negeri-negeri Selat. Sekolah-sekolah ini diberikan bantuan
kewangan oleh kerajaan British. Sekolah pertama yang ditubuhkan ialah di Teluk
Belanga di Singapura, ini diikuti oleh sekolah-sekolah lain di Melaka dan juga di
Pulau Pinang. Tetapi, sekolah-sekolah ini tidak mendapat sambutan daripada
ibu bapa Melayu. Untuk menggalakkan anak-anak Melayu Bersekolah, A.M.
Skinner mengubahsuai sekolah-sekolah ini, supaya pelajaran sekular diajar pada
waktu pagi dan petang pula pengajian al-Quran diadakan. Kerajaan British
membiayai guru yang mengajar bahasa Melayu. Tetapi ibu bapa murid-murid
bertanggungjawab membiayai gaji guru yang mengajar agama Islam, iaitu al-
Quran. Pada mulanya, sekolah-sekolah ini tidak mendapat sambutan yang baik.
Orang-orang Melayu tidak menyokong pendidikan sekular kerana bebanan yang
mereka hadapi dari segi kewangan kerana mereka perlu tanggung gaji guru-guru
agama. Di Selangor, denda berbentuk wang dikenakan ke atas ibu bapa yang
tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ganjaran turut diberikan
kepada pelajar yang menghadiri ke sekolah dengan baik dan menunjukkan
usaha. Akhirnya satu enakmen dikeluarkan di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan yang mewajibkan kehadiran anak-anak Melayu yang berumur tujuh
hingga empat belas tahun di sekolah (Awang Had Salleh, 1980). Tindakan boleh
diambil ke atas ibu bapa yang tidak berbuat demikian. Di bawah pentadbiran
British, peluang untuk anak-anak Melayu di desa untuk mendapat peluang
pendidikan lebih terhad dan mereka kekurangan guru-guru terlatih. Hanya
empat tahun pelajaran sekolah rendah diberikan kepada kebanyakan pelajar
Melayu. Pelajaran di sekolah Melayu meliputi aspek-aspek pertanian, berkebun
di sekolah dimulakan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan pertanian
kepada murid. Pelajaran seperti anyaman bakul juga diperkenalkan. Dalam
usaha menyelaraskan pelajaran Melayu, jawatan Nazir Sekolah Melayu juga
diperkenalkan. Buku-buku Melayu yang baru dicetak dan guru-guru sekolah
Melayu mula diberi latihan apabila Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan
pada tahun 1922.
SEKOLAH VERNAKULAR CINA
Dengan pertambahan penduduk Cina di negeri-negeri Melayu, sekolah-sekolah Cina mula dibina.
Sekolah Cina ditubuhkan oleh masyarakat Cina secara bebas dan tanpa bantuan British. Sekolah Cina
dijalankan mengikut corak sekolah-sekolah sekolah di negeri China. Buku-buku dan guru dari negeri
China dibawa masuk sebagai bahan dan tenaga pengajar. Pada peringkat awal, kesemua sekolah Cina
memberi pendidikan hingga tahap sekolah rendah sahaja. Pada tahun 1913, seorang peniaga Cina, Tan
Kah-kee menubuhkan Sekolah Menengah Cina yang pertama, yang dikenali sebagai ‘Nanyang Overseas
Chinese School’. Pendidikan untuk anak-anak perempuan Cina yang pertama adalah Sekolah Kuen
Cheng yang mula mengambil murid-murid perempuan pada tahun 1908.Selepas revolusi 1911 di
China, pengaruh unsur-unsur politik negeri China terserap di sekolah-sekolah China. Perkembangan ini
mendesak kerajaan Brisith mengambil peranan yang lebih langsung dan aktif dalam usaha mengawal
perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu. Kerajaan mula mendaftar sekolah-sekolah Cina
sebagai langkah untuk mengawal sekolah-sekolah ini. Kerajaan British mula membiayai sekolah-sekolah
Cina dan Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah-sekolah yang tidak mengikuti
peraturan-peraturan berkenaan dengan sukatan pelajaran. Untuk menyekat aktiviti-aktiviti politik dan
ideologi komunis di sekolah-sekolah Cina, Gabenor Cecil Clementi Smith telah mengharamkan aktiviti
‘Kuomintang’ di sekolah-sekolah Cina. Bantuan kewangan hanya diberikan kepada sekolah yang
menggunakan loghat-loghat Cina selain mandarin. Bahasa Inggeris juga mula diajar sebagai satu mata
pelajaran.
SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL
Bagi kaum India, pendidikan awal hanya diberikan dalam bahasa Tamil, kerana orang Tamil adalah kumpulan penduduk India
yang terbesar di Tanah Melayu. Perkembangan pendidikan Tamil tidak dapat dipisahkan dengan perusahaan ladang-ladang
di Tanah Melayu. Dengan kedatangan imigran dari India, sekolah-sekolah Tamil juga dimulakan di ladang-ladang. Kelas-kelas
diadakan di bangunan-bangunan lapuk dan diajar oleh orang-orang yang tidak terlatih seperti kerani-kerani ladang atau
‘mandor’. Sekolah-sekolah ini tidak mempunyai sukatan pelajaran yang tertentu dan kebanyakan buku-buku yang digunakan
adalah dari India. Pada tahun 1920, Kerajaan British melantik tiga orang sebagai Penolong Nazir Sekolah Tamil di Perak dan
seorang di Selangor. Langkah ini tidak dapat meningkatkan mutu sekolah-sekolah Tamil. Kadar keciciran adalah sangat
tinggi dan kebanyakan pelajar tidak dapat menyempurnakan persekolahan mereka iaitu selama empat tahun.
Di kawasan- kawasan bandar, badan-badan agama mengusahakan pembinaan sekolah-sekolah Tamil. Kurikulum, buku teks
dan guru dibawa dari India. Pihak British tidak mengawal atau mementingkan sekolah-sekolah Tamil. Pada tahun 1923, Kod
Buruh diluluskan. Dengan ini, ladang-ladang yang mempunyai lebih dari 10 orang anak antara 7 hingga 14 tahun diwajibkan
menyedia kemudahan persekolahan bagi mereka. Ia akan dibiayai oleh majikan ladang-ladang tersebut. Pada amnya, mutu
sekolah Tamil sangat rendah , pelajaran hanya diberikan selama empat tahun. Oleh sebab buku-buku dan guru dibawa dari
India, sekolah-sekolah ini lebih berorientasikan India seperti sekolah-sekolah Cina yang berorientasi kepada ideologi China
SEKOLAH ALIRAN INGGERIS
Sekolah inggeris menyediakan pelajaran untuk semua kaum di tanah Hal ini demikian
kerana sekolah vernakular ini dapat memelihara budaya dan bahasa kumpulan minoriti . Ini
meningkatkan kesedaran untuk pendidikan kepelbagaian budaya yang berhijrah.
Selain itu, sekolah vernakular berkualiti tinggi dan mempunyai kelebihan pasaran
berbanding sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular terus wujud kerana sekolah
kebangsaan tidak cukup menekankan pendidikan bahasa vernakular.
Misalnya, jika sekolah vernakular diteruskan ini dapat memberi peluang menguasai
banyak bahasa .Hal ini kerana sudah sedia maklu.
• Diusahakan oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
• Membaca , menulis dan mengira.Penekanan kepada kemahiran Bahasa inggeris.
• Penang Free School 1816.
• Melahirkan golongan pegawai cerdik , tekun , pandai dan jujur .
• Matapelajaran utama yang diajar , Bahasa Inggeris , Sejarah kesusasteraan Inggeris ,
Matematik , ilmu kesihatan dan Geografi.
FAKTOR FAKTOR
SEKOLAH VERNAKULAR
MENYEBABKAN
PERPECAHAN KAUM
2022/11/28
EKONOMI Dengan menutup sekolah pelbagai aliran, ini akan memberi
ruang kepada sekolah kebangsaan yang sedia ada untuk
2022/11/28 membawa aspirasi cadangan ini. Pelajar daripada semua kaum
akan belajar di bawah sistem satu sekolah.
Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka melalui sukatan
pelajaran yang sama, malah turut memberikan pendedahan
awal untuk mereka hidup dalam persekitaran kepelbagaian
kaum.
Pendedahan awal untuk mereka hidup dalam persekitaran
kepelbagaian kaum adalah amat penting. Ini akan membolehkan
mereka menyerap segala permasalahan yang timbul sesama
mereka dan seterusnya mencapai persefahaman daripadanya di
peringkat seawal sekolah rendah.
POLITIK
• Ciri-ciri sistem pendidikan sebelum merdeka setiap sekolah khusus untuk satu kaum
tertentu sahaja. Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan
sukatan pelajaran yang berbeza.
• Sekolah dibina dikawasan tertentu seperti di ladang, bandar dan kampung. Tidak
menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal.
• Maka, sebelum kemerdekaan lagi masyarakat Malaysia telah terasing mengikut kaum
serta menjalankan kegiatan ekonomi secara berasingan. Ini membolehkan impak
negatif kepada masyarakat kerana menyukarkan proses perpaduan kaum dan
toleransi yang baik juga sukar terjalin. Maka, ekonomi negara tidak akan berjalan
dengan baik jika rakyat tidak bersatu padu.
2022/11/28
SOSIAL
Sekolah vernakular diasingkan Pelajar juga tidak di didik Impaknya, walaupun Malaysia
mengikut kaum serta bahasa daripada awal tentang cara aman dan sejahtera tetapi dalam
pengantar mengikut kaum bergaul dengan kaum yang proses bersosial masyarakat
masing-masing juga diamalkan. berbeza. terus hidup dalam berkolompok.
Pada hakikatnya berlakulah
situasi di mana, toleransi antara
kaum lain.
2022/11/28
KESAN-KESAN • Menekankan etnik dan identiti bangsa yang sangat
NEGATIF melampau
SEKOLAH
VERNAKULAR • Cara pemikiran pelajar berlainan
2022/11/28 • Perpecahan bangsa di negara majmuk ini
• Melahirkan kaum cauvinis yang tidak fasih
berbahasa kebangsaan, tidak mesra budaya
kebangsaan sering menunjukkan "civil
disobedience" dan membawa roh perpecahan
bangsa di Malaysia
• Tidak menyumbang kepada perpaduan
• Masyarakat tidak bersatu
• Masyarakat stereotype
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA PERPADUAN
1.Melaksanakan sekolah wawasan
• Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk
merealisasikan hasrat ini. Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yang sama
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara
tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:-
-Sekolah Kebangsaan
-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
• Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan
kaum. Sebagai contoh:-
• Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat
memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah.
• Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai
bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain. Sewajarnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem
pendidikan negara kita merupakan pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama
kaum. Dari perspektif yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah
satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita untuk mencapai
202p2/e11r/p28aduan kaum.
2. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian
• Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan
kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum
mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:-
-Pemakanan
-Pemakaian
-Peradaban
• Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia antaranya adalah
seperti:-
-Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju
kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti.
-Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain.
-Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara
kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari
perayaan kaum masing-masing.
• Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa
hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.
2022/11/28
3.Program Kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Jika perkara ini diteliti dengan lebih lanjut, sebelum ini kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17
tahun ke atas untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan
PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang bakal menjadi pemimpin negara satu masa nanti. Selaras dengan modul kenegaraan
yang dijalankan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti
peribahasa “bagai aur dengan tebing”. Justeru, perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan
tersebut. Sememangnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam
iltizam membentuk perpaduan kaum. Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan
dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum seluruh rakyatnya. Pelbagai
pihak harus bergerak sekali seia sekata bersama iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara
seperti kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Perpaduan kaum
merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan
negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju yang lain. Oleh yang demikian, rakyat itu sendiri adalah aset negara yang paling penting
lagi bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi ke arah Wawasan 2020.
2022/11/28
WAJARKAH • Wajar .
SEKOLAH
VERNAKULAR • Hal ini demikian kerana sekolah vernakular ini dapat
DITERUSKAN? memelihara budaya dan bahasa kumpulan minoriti . Ini
meningkatkan kesedaran untuk pendidikan kepelbagaian
budaya yang berhijrah.
• Selain itu, sekolah vernakular berkualiti tinggi dan
mempunyai kelebihan pasaran berbanding sekolah
kebangsaan dan sekolah vernakular terus wujud kerana
sekolah kebangsaan tidak cukup menekankan pendidikan
bahasa vernakular.
• Misalnya, jika sekolah vernakular diteruskan ini dapat
memberi peluang menguasai banyak bahasa .Hal ini kerana
sudah sedia maklum bahawa sekolah vernakular ini adalah
sekolah yang menggunakan bahasa pengantar mengikut
bahasa ibunda mereka.Sebagai contoh, sekolah India
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa penghantar .
KESIMPULAN • Melihat pada latar belakang pendidikan
zaman penjajahan British, kita dapat membuat
kesimpulan bahawa di sini,pemerintah British
ataupun kolonial tidak berminat untuk
membangunkan rakyat melalui pendidikan.
Persefahaman dan perpaduan dianggap tidak
penting untuk dipupuk menerusi pendidikan.
Justeru itu pihak British mengabaikan soal
penggunaan bahasa pengantar dan kurikulam
yang seragam serta pentadbiran yang terancang
dan penubuhan satu sistem sekolah yang
tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan
anak-anak daripada semua keturunan.
RUJUKAN
1.BUKU
• SEJARAH TEKS TINGKATAN 3(2019)
• SEJARAH TEKS TINGKATAN 4(2020)
2.INTERNET
• https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-
perpaduan-kaum.html
2022/11/28