KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD DIRASMIKAN OLEH :- PEGAWAI RISDA DAERAH HULU TERENGGANU En Mohd Azman bin Hassan (Ketua Unit Ehwal Ekonomi Wilayah Terengganu Tengah) TARIKH DAN MASA 08hb Jun 2024 (Sabtu / 8.00 pagi) TEMPAT Dewan Hotel Serai Cottage, Batu 23 Kuala Berang
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD KALI KE 27/2024 8.00 pagi - Pendaftaran Perwakilan - Ketibaan Pn. Norsyeirawani binti Shari (Ketua Ins Koperasi Malaysia Cawangan N.Trg 8.30 pagi - Slot Perceramah dari IKMA (Tajuk : Akta -akta Koperasi) 9.00 pagi - Ketibaan En. Mohd Azman bin Hassan ( Pegawai RISDA Daerah Hulu Terengganu ) - Ketibaan En. Muhammad Razif bin Saidi ( Ketua Unit Pengembangan RISDA Negeri Terengganu) 9.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Doa Selamat - Ucapan Aluan Pengerusi KOPUTER BHD. - Ucapan Perasmian Oleh En Azman bin Hassan ( Pegawai RISDA Daerah Hulu Terengganu) - Penyampaian cenderahati. - Berehat /Makan minum 10.30 Pagi - Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 27/2024 bermula. - Bersurai.
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD VISI KOPUTER BERHAD UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT PEKEBUN KECIL DALAM SEBUAH ORGANISASI YANG PROGRESIF, MAKMUR DAN BERDAYA SAING MISI KOPUTER BERHAD UNTUK MENJADIKAN WAHANA MEMBANGUNKAN TARAF SOSIO EKONOMI ANGGOTA DENGAN MENINGKATKAN KEMAMPUAN PENGURUSAN DAN SUMBER KEWANGAN KOMERSIAL, EFISYEN DAN BERTERUSAN SUPAYA MAMPU MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG
ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN M/S 1 Senarai ALK dan tenaga kerja KPK 1 2 Notis Mesyuarat Agung Perwakilan 2 3 Agenda Mesyuarat 3 4 Minit Mesyuarat Agung Perwakilan 26/2023 4 -15 5 Laporan Lembaga Pengarah 2023/2024 16 - 25 6 Laporan Jawatankuasa Audit Dalam 2023/2024 26 - 27 7 Laporan penyata Akaun kewangan berakhir bagi tahun (Rujuk pada buku putih) 31hb Disember 2023 8 Pemilihan Anggota Lembaga sesi 2024/2025 28 - 29 9 Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2023/2024/2025 30 – 31 10 Menimbang dan meluluskan elaun ALK dan JAD yang terkini 32 11 Menimbang dan meluluskan panel Audit Luar 33 12 Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan 34 13 Menetapkan had maksimum kehutanan koperasi 35 14 Melantik Jawatankuasa menetusahkan minit mesyuarat 36 15 Menimbang dan meluluskan pindaan undang-undang kecil 37 16 Usul – usul perwakilan 38 17 Menimbang dan memutuskan hal-hal lain 39 18 Senarai Perwakilan Mesyuarat Agung Perwakilan 27/2024 40 – 42
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
KOPUTER BERHAD Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Terengganu Berhad Alamat di daftarkan Lot G 270, Jalan Besar, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu PENAUNG Tuan Pengarah RISDA Negeri Terengganu YANG DIPERTUA Tuan Pegawai RISDA Daerah Hulu Terengganu PENASIHAT Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SESSI 2023/2024 Ts. Mohd Sobri Bin Mat Ali ( Pengerusi ) En Saad Bin Mustaffa ( Setiausaha ) Tuan Hj Zainal Abidin bin Mohamed (Bendahari) En Che Wan Jamaluddin bin Che Wan Yusof En Shamsudin bin Abd Rahman En Mat Yusof bin Daud Tuan Haji Kamaruddin bin Ali Tuan Haji Shaari bin Mohd Puan Salwana Binti Harun JURUAUDIT DALAMAN En Kamaruddin bin Puteh(Ketua JAD) Puan Rohimah binti Harun Puan Rahmah binti Sulaiman KAKITANGAN Puan Che Wan Normalisa Binti Che Wan Zulkafle(Pengurus) Cik Siti Nurhakimah binti Rosli (Kerani pertadbiran) Cik Nur Ain Syahirah binti Anuar (Penyelia fertigasi) En. Muhammad Hazman bin Nordin (Pembantu fertigasi) Nur Haririe bin Adnan(Penyelia Kedai Input) En Mazri bin Muhammad (Ketua Kerani PTS) Puan Mazita Binti Mohammad (Kerani PTS) En Mohd Kharol Yusrizan bin Mohd Yusoff (Greding) Page 1
Bil ( )dlm.KPK/HT/M/15 08hb Jun 2024 Kepada, Ahli Perwakilan Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE 27/2024 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD Dengan segala hormatnya dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 27/2024 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Terengganu Berhad akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :- Tarikh : 08hb Jun 2024 (Sabtu) Masa : 8.00 Pagi Tempat : Hotel Serai Cottage, Kuala Berang 2. Sedemikian, tuan/puan selaku anggota mesyuarat dikehendaki hadir bagi menjayakannya. Sila bawa bersama ‘Borang Kehadiran’ yang dilampirkan. Sekian terima kasih. Sekian. “SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU” (SAAD BIN MUSTAFFA) Setiausaha Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Terengganu Berhad. s.k - Ketua Perdaftar Suruhanjaya Koperasi Malaysia - Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu - Pengarah RISDA Negeri Terengganu - Pegawai RISDA Daerah Hulu Terengganu - Audit Luar (Mohamad Awang & Co) - Pengerusi / ALK KOPUTER BHD Page 2
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
AGENDA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE 27/2024 PADA 08HB JUN 2024 (SABTU) AGENDA 1 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang terdahulu dan mana-mana Mesyuarat Perwakilan Khas yang berselang AGENDA 2 Menimbang dan Meluluskan Laporan-Laporan Lembaga Pengarah ,Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Ketua Pendaftar atas akaun-akaun teraudit Koperasi ini. AGENDA 3 Menimbang dan Meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi da subsidiarinya jika ada, cadangan pembahagian keuntungan dan laporan juruaudit koperasi. AGENDA 4 Memilih Anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa audit AGENDA 5 Menimbangkan dan meluluskan Belanjawan Tahunan bagi tahun Kewangan yang akan datang AGENDA 6 Menimbangkan dan meluluskan elaun-elaun kepada anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa Juruaudit Dalaman dan saraan kepada anggota-anggota Lembaga yang dilantik sebagai Pengarah bagi subsiadari-subsiadari koperasi ini jika ada. AGENDA 7 Meluluskan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada empat audit luar untuk dipilih salah satu daripadanya bagi mengaudit akaun-akaun koperasi. AGENDA 8 Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang lebihan koperasi ini. AGENDA 9 Menetapkan had maksimum keterhutanan koperasi AGENDA 10 Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang Perwakilan dan empat orang anggota lembaga termasuk Pengerusi untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan itu sebelum ianya dikemukakan kepada Ketua Pendaftar. AGENDA 11 Menimbang dan meluluskan, jika ada apa-apa pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi. AGENDA 12 Membahas usul-usul Perwakilan (jika ada) AGENDA 13 Mendengar, menimbang dan memutuskan apa-apa urusan lain koperasi ini yang suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan kepada Perwakilan AGENDA 14 Ucapan Tangguhan Page 3
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE 26/2023 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU (KOPUTER) BERHAD Tarikh : 27hb Mei 2023 (Sabtu) Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan Hotel Serai Cottage 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu KEHADIRAN: **************** Ahli Lembaga Pengarah 1. Mohd Sobri Bin Mat Ali - 3093 2. Saad Bin Mustaffa - 1051 3. Hj. Zainal Abidin Bin Mohamed - 825 4. Che Wan Jamaluddin Bin Che Wan Yusof - 2029 5. Hj. Shamsudin Bin Abd Rahman - 780 6. Hj. Mat Jusoh Bin Daud - 1603 7. Hj. Kamaruddin Bin Ali - 2099 8 Salwana Binti Harun - 1461 9 Hj. Shaari Bin Mohd - 1201 Jawatankuasa Audit Dalam 1. Rohimah Binti Harun - 1460 2. Rahmah Binti Sulaiman - 2376 Page 4
Perwakilan Hadir 1. Salleh Bin Taib - 2065 2. Mustaffa Bin abdullah - 2738 3. Yusof Bin Taib - 187 4. Martuni Bin Embong - 598 5. Adnan Bin Sulong - 1495 6. Rahimah Binti Mustapa - 1997 7. Abd Manan Bin Yusof - 1429 8. Che Wan Yusof Bin Che Wan Da - 2532 9. Alias Bin Ismail - 2920 10. Ruhana Binti Sulong - 362 11. Che Jantan Bin Muhammad - 2524 12. Selamah Binti Jusoh - 2612 13. Mamat Bin Talib - 1137 14. Wan Mastura Binti Wan Hassan - 3100 15. Kasmawati Binti Abdullah - 784 16. Mohamad Saiful Bin Hamid - 2791 17. Maimunah Binti Said - 623 18. Sulong Bin Tingal - 1693 19. Rahmah Binti Sulaiman - 2376 20. Faridah Binti Mat Salleh - 2413 21. Ghazali Bin Hamzah - 2294 22. Tg Zainal Abidin Bin Tg Awang - 3205 23. Zalina Binti Sulong - 3281 24. Muliyati Binti Ibrahim - 13 25. Hj Harun Bin Ahmad - 86 26. Mustapa Bin Ali - 3620 27. Alias Bin Mohamad - 3627 28. Zakaria Bin Hussin - 1372 29. Siti Aminah Binti Abdullah - 1268 30. Nor Azizah Binti Jusoh - 51 31. Hassin Bin Ismail - 2871 32. Mamat Bin Ahmad - 2425 Page 5
Turut Hadir 1. Tuan Haji Muhammad Bin Jusoh 2. (Pengerusi Angkasa Negeri Terengganu) 3. Ahmad Sofian Bin Mohamad (Pegawai RISDA Daerah Hulu Terengganu) Tidak Hadir 1. Kamaruddin Bin Puteh - 3094 2. Din Bin Deraman - 2409 3. Khatijah Binti Ahmad - 2319 4. Nura Binti Abd Wahab - 3975 5. Rahimah Binti Mustapa - 1997 Page 6
KATA – KATA ALUAN PENGERUSI KOPERASI DAERAH HULU TERENGGANU MOHD SOBRI BIN MAT ALI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua hadirin. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat lagi kita sama – sama berkumpul bagi menjayakan Mesyuarat Agung Kali ke-26/2023 pada petang ini. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada bekas ALK yang baru meninggal dunia iaitu arwah Encik Wan Yusof Bin Che Wan Da. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Ahmad Sofian Bin Mohamad selaku Pegawai Risda Daerah yang turut hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung serta pengerusi Angkasa kerana turut sama hadir ke Mesyuarat Agung pada hari ini. Untuk makluman, KOPUTER mempunyai tiga perniagaan asas yang sedang bergiat aktif iaitu pusat timbang sawit, perniagaan kedai input dan pusat fetergasi. Ketiga – tiga perniagaan ini berjalan dengan baik walaupun pada satu ketika KOPUTER berdepan dengan situasi yang agak sukar seperti hujan lebat yang melanda. Selaku pengerusi KOPUTER selama tujuh (7) tahun, saya sentiasa berdepan dengan situasi yang cemas tetapi walaubagaimanapun di penghujung tahun sentiasa ada keuntungan bagi perniagaan KOPUTER. Untuk makluman perwakilan, akan datang KOPUTER sedang mengusahakan untuk memperluaskan dan menambah lagi perniagaan kepada dua bidang lagi jika sekiranya KOPUTER dapat meneruskan dengan agenda – agenda yang telah disusun. Untuk makluman, yang pertama KOPUTER akan mengusahakan tanah di Kampung Matang. Saya telah berunding dengan pihak SKM dan telah melepasi Fasa 1 dan akan membentangkan Fasa 2 pada 7 Jun 2023 di Kampung Matang bersama pegawai – pegawai daripada Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKLW). KOPUTER memohon peruntukan sebanyak 1 Juta dan alhamdulillah pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memberi sokongan yang amat kuat kepada kita. Perniagaan kedua yang akan diusahakan adalah pusat pengumpulan hasil. Ini juga adalah hasil daripada perbincangan saya dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kertas kerja telah dihantar dan masih dalam perbincangan dengan pihak tertentu. Untuk makluman semua, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada PRD kerana telah meluluskan untuk menyambung kontrak pengurusan stokist dan ini sedikit sebanyak dapat membantu pengurusan KOPUTER.
Untuk makluman, pada hari ini akan ada tiga orang ahli lembaga yang akan gugur iaitu Puan Salwana Binti Harun, Che Wan Jamaluddin Bin Che Wan Yusof dan saya sendiri Mohd Sobri Bin Mat Ali. Disini, suka saya ingatkan, kita bekerja dalam satu pasukan dimana kerjasama merupakan tunjang utama sebuah pengurusan. Jadi, saya berharap agar Ahli Lembaga sediaada dikekalkan agar pengurusan KOPUTER berjalan lancar. Akhir kata, besarlah harapan saya untuk melihat KOPUTER melangkah kedepan dengan kerjasama dari semua pihak dan juga pihak RISDA. Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada PRD dan semua kakitangannya yang tidak jemu membantu KOPUTER untuk berada ditahap ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PRD serta pengerusi Angkasa kerana telah sama – sama melibatkan diri dalam Mesyuarat Agung petang ini. Selamat bersidang, Terima kasih. Page 7
UCAPAN PERASMIAN PEGAWAI RISDA DAERAH HULU TERENGGANU AHMAD SOFIAN BIN MOHAMAD Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua hadirin. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dapat kita sama – sama berkumpul pada petang yang mulia ini bagi menjayakan mesyuarat agung kali ke – 26/2023. Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak koperasi kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan mesyuarat agung kali ke26/2023. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada KOPUTER atas kejayaan perniagaan yang sedang dijalankan iaitu perniagaan kedai input, pusat fetergasi dan pusat timbang sawit. Seperti yang kita tahu, pusat timbang sawit yang dijalankan oleh KOPUTER dapat bersaing dengan syarikat swasta yang lain. Jadi ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi koperasi. Dan yang seterusnya, perniagaan yang kedua merupakan pusat fetergasi dimana para hadirin sedia maklum adalah di bawah seliaan RISDA. Saya amat berbangga dengan KOPUTER kerana telah mencatat keuntungan yang besar antara koperasi – koperasi lain. Jadi, saya berharap projek fetergasi ini dapat diteruskan untuk masa akan datang. Bagi saya, projek fetergasi tidak akan gagal jika diuruskan dengan baik. Untuk makluman juga berkaitan stokist, pihak RISDA telah bersetuju untuk menyambung kontrak setelah berbincang dengan pengerusi KOPUTER. Untuk aktiviti lain juga seperti Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) setakat ini RISDA Hulu Terengganu telah meluluskan 17 daripada 22 projek kepada KOPUTER. Dikesempatan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pengurusan KOPUTER kerana telah menjemput saya bagi merasmikan mesyuarat agung pada hari ini. Jadi dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya dengan ini merasmikan mesyuarat agung perwakilan kali ke – 26/2023. Sekian, terima kasih. Page 8
AGENDA 1 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN YANG TERDAHULU DAN MANA-MANA MESYUARAT PERWAKILAN KHAS YANG BERSELANG. ………………………………………………………………………………………………………………………….…………………… 1.1 Pengerusi En. Mohd Sobri Bin Mat Ali (Ahli no 3093) mencadangkan supaya melantik seorang Pengerusi Mesyuarat. 1.2 En. Abdul Manam bin Yusof (Ahli no 1429) mencadangkan Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Terengganu Berhad (KOPUTER) iaitu En. Mohd Sobri bin Mat Ali (Ahli no 3093). 1.3 Disokong Oleh Hj. Mamat Bin Talib (Ahli no 1137). 1.4 En. Mohd Sobri Bin Mat Ali (Ahli no 3093) membentangkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ke-23/2022 dari m/s 4 hingga 13 untuk diterima dan disahkan. 1.5 Hj. Mustaffa Bin Abdullah (Ahli no 2738) mencadangkan minit mesyuarat agung yang lalu diterima dah disahkan. 1.6 Disokong oleh Pn. Rahmah binti Sulaiman (Ahli no 2376). AGENDA 2 MENIMBANG LAPORAN-LAPORAN LEMBAGA, JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN DAN PANDANGAN KETUA PENDAFTARAN ATAS AKAUN-AKAUN TERAUDIT KOPERASI INI. ………………………………………………………………………………………………………… Pengerusi membentangkan laporan Ahli Lembaga Koperasi dan Laporan Audit Dalam dari m/s 14-26 untuk diterima dah disahkan. 2.1 En Adnan Bin Sulong (Ahli no 1495) mencadangkan laporan - laporan tersebut diterima dan disahkan. 2.2 En Alias Bin Ismail (Ahli no 2920) menyokong laporan tersebut. Page 9
AGENDA 3 MENIMBANGKAN DAN MELULUSKAN AKAUN-AKAUN TERAUDIT KOPERASI DAN SUBSIDIARINYA JIKA ADA, CADANGAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN DAN LAPORAN JURUAUDIT KOPERASI. ………………………………………………………………………………………………………… Pengerusi membentangkan Laporan Kewangan berakhir 31hb Disember 2022 merujuk kepada buku biru yang dibekalkan dari m/s 1 - m/s 35 untuk diterima dan disahkan. 3.1 Pn. Kasmawati Binti Abdullah (Ahli no 784) mencadangkan Penyata Akaun Berakhir pada 31hb Disember 2022 diterima. Cadangan disokong oleh Pn. Rahmah binti Sulaiman ( Ahli no 2376). AGENDA 4 MEMILIH ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAM KOPERASI ………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 4.1 Pengerusi mesyuarat memaklumkan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang gugur ialah En. Mohd Sobri Bin Mat Ali (Ahli no 3093), En. Che Wan Jamaluddin Bin Che Wan Yusof (Ahli no 2029), dan Pn. Salwana Binti Harun (Ahli no 1461). Majlis dibuka untuk perwakilan membuat pemilihan bagi menggantikan Ahli Lembaga Koperasi yang gugur. 4.2 En. Adnan Bin Sulong (Ahli no 1495) mencadangkan agar ALK yang gugur dilantik semula. Pn. Faridah Binti Mat Salleh (Ahli no 2413) menyokong cadangan tersebut. Bil. Nama ALK gugur Nama ALK dilantik 1 Mohd Sobri Bin Mat Ali Mohd Sobri Bin Mat Ali 2 Che Wan Jamaluddin Bin Che Wan Yusof Che Wan Jamaluddin Bin Che Wan Yusof 3 Salwana Binti Harun Salwana Binti Harun 4.3 En. Alias Bin Ismail (Ahli no 2920) mencadangkan cadangan ini ditutup dan disokong oleh Pn. Wan Mastura Binti Wan Hassan (Ahli no 3100). Page 10
AGENDA 5 MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN BAGI TAHUN KEWANGAN YANG AKAN DATANG (TAHUN 2023/2024) …………………………………………………………………………………………………… 5.1 Pengerusi membentangkan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan tahun 2023/2024 dari mukasurat 29-30 untuk dibahas. 5.2 En. Mustafa Bin Abdullah (Ahli no 2738) mencadangkan anggaran perbelanjaan dan pendapatan 2023/2024 tersebut diterima. Disokong oleh Pn. Rahmah Binti Sulaiman (Ahli no 2376). AGENDA 6 MENIMBANG DAN MELULUSKAN ELAUN-ELAUN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA JURUAUDIT DALAMAN DAN SARAAN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA YANG DILANTIK SEBAGAI PENGARAH BAGI SUBSIDIARI-SUBSIDIARI KOPERASI INI JIKA ADA ………………………………………………………………………………………........................................ 6.1 Pengerusi membentangkan Anggaran elaun ALK dan JAD tahun 2022/2023/2024 dari mukasurat 29-30 untuk dibahas. 6.2 Pn. Rohimah Binti Harun ( Ahli no 1460) mencadangkan anggaran elaun kepada ALK dan JAD tersebut diterima. Disokong oleh Pn. Rahmah Binti Sulaiman (Ahli no 2376). AGENDA 7 MELULUSKAN SATU PANEL YANG TERDIRI DARIPADA TIDAK KURANG DARIPADA DUA DAN TIDAK LEBIH DARIPADA EMPAT AUDIT UNTUK DIPILIH SALAH SATU DARIPADANYA BAGI MENGAUDIT AKAUN-AKAUN KOPERASI ………………………………………………………………………………………………………………………………. 7.1 Majlis sebulat suara membuat keputusan menyerah pada ALK untuk membuat lantikan tersebut. 1. Mohd Awang & Co 2. Jalil & Co 7.2 En. Adnan Bin Sulong (Ahli no 1495) mencadangkan keputusan itu diterima dan disokong oleh Hj. Mamat Bin Talib (Ahli no 1137). Page 11
AGENDA 8 MENIMBANG DAN MELULUSKAN SKOP DAN HAD PELABURAN DARIPADA WANG LEBIHAN KOPERASI INI. ………………………………………………………………………………………………………………………………. 8.1 Pengerusi membentangkan jumlah had pelaburan daripada wang lebihan koperasi ini sebanyak RM10 juta. 8.2 En. Mustaffa Bin Abdullah (Ahli no 2738) mencadangkan jumlah had wang lebihan tersebut diterima. Disokong oleh En. Ghazali Bin Hamzah (Ahli no 2294). AGENDA 9 MENETAPKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANAN KOPERASI …………………………………………………………………………………………… 9.1 Pengerusi membentangkan jumlah had keterhutanan koperasi ini adalah sebanyak RM 10 juta. 9.2 Pn. Faridah Binti Mat Salleh (Ahli no 2413) mencadangkan jumlah had wang keterhutanan tersebut diterima. Disokong oleh Pn. Selamah binti Jusoh ( Ahli no 2612). AGENDA 10 MELANTIK SATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA ENAM ORANG PERWAKILAN DAN EMPAT ORANG ANGGOTA LEMBAGA TERMASUK PENGERUSI UNTUK MENENTUKAN DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN ITU SEBELUM IANYA DIKEMUKAKANNYA KEPADA KETUA PENDAFTAR ………………………………………………………………………………………………………………………………. 10.1 Majlis sebulat suara bersetuju mengekalkan jawatankuasa yang lepas. i) Mohammad Saiful bin Hamid ii) Ruhana Binti Sulong iii) Mamat bin Talib iv) Rahmah binti Sulaiman v) Faridah binti Mat Salleh vi) Wan Mastura Binti Wan Hassan Page 12
10.2 Pn. Rohimah Binti Harun (Ahli no 1460) mencadangkan untuk mengekalkan jawatankuasa yang lepas diterima dan disokong oleh Pn. Selamah Binti Jusoh (Ahli no 2612). AGENDA 11 MENIMBANG DAN MELULUSKAN JIKA ADA APA-APA PINDAAN KEPADA UNDANGUNDANG KECIL KOPERASI ………………………………………………………………………………………………………………………………. - Tiada AGENDA 12 MEMBAHAS USUL-USUL PERWAKILAN JIKA ADA ............................................................................ - Tiada AGENDA 13 MENDENGAR, MENIMBANG DAN MEMUTUSKAN APA-APA URUSAN LAIN KOPERASI INI YANG SATU NOTIS TIDAK KURANG DARIPADA TUJUH HARI TELAH DIBERIKAN KEPADA PERWAKILAN ………………………………………………………………………………………………………………………. - Tiada AGENDA 14 UCAPANTANGGUHAN …………………………………….. 14.1 Mohd Sobri Bin Mat Ali i. Terima Kasih kepada ahli-ahli yang hadir, Pegawai RISDA Daerah, Pegawai RISDA Negeri dan semua staff yang memberi kerjasama. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang lama kerana memberikan ruang dan peluang kepada orang yang baru untuk menimba pengalaman. Beliau juga tidak akan lupa pada Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang lama tetapi kita perlu bergerak lebih maju ke hadapan untuk masa depan koperasi. Saya sebagai pengerusi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli koperasi dan sama-samalah kita berganding bahu dalam memajukan koperasi. Page 13
14.2 Rozali Bin Hamzah i. Beliau menawarkan tanah berkelompok sejumlah 996 ekar untuk diserahkan kepada Koperasi bagi melakukan sebarang aktiviti atau diusahakan secara usahasama antara ahli dan Koperasi. Page 14
Page 15
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
LAPORAN AHLI LEMBAGA PENGARAH 2023/2024 Para perwakilan yang dihormati Pengerusi dan Ahli Lembaga Pekebun Kecil Daerah Hulu Terengganu Berhad dengan ini membentangkan laporan bagi tahun 2023/2024 setakat 30hb.Disember 2023 untuk dibincang dan diterima SENARAI NAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH BIL NAMA DAN ALAMAT JAWATAN TARIKH LANTIKAN 1 Ts. Mohd Sobri bin Mat Ali Pengerusi 15.06.2008 22A, Kampung Tok Dor 15.06.2011 21800 Ajil 26.06.2014 11.05.2017 17.12.2020 22.06.2022 2 En Saad bin Mustaffa Setiausaha 25.06.2006 Kampung Batu 18, 25.06.2009 21800 Ajil 15.06.2012 21.05.2015 05.05.2018 16.10.2021 3 Hj Zainal Abidin bin Mohamed Bendahari 21.05.2015 PT 8030, Kampung Padang Setengga 05.05.2018 21700 Kuala Berang 16.10.2021 4 En Shamsudin bin Abd Rahman ALK 22.06.2019 PT 4903, Tanah Lot Batu 18, 30.06.2023 21800 Ajil 5 En Shaari bin Mohd ALK 16.10.2021 799 Taman Jaya 21700 Kula Berang 6 En Kamaruddin bin Ali ALK 22.06.2019 21700 Kuala Berang 30.06.2023 7 En.Mat Yusof bin Daud ALK 22.06.2019 Kampung Bukit Apit 30.06.2023 21800 Ajil Page 16
BIL NAMA DAN ALAMAT JAWATAN TARIKH LANTIKAN 8 Che Wan Jamaluddin bin Che Wan Yusof ALK 11.06.2013 767, Rumah Murah Jalan Pusara, 11.05.2017 21700 Kuala Berang 17.12.2020 22.06.2022 9 Puan Salwana binti Harun ALK 17.12.2020 Kampung Sungai Ular 22.06.2022 21700 Kuala Berang Page 17
2 AHLI LEMBAGA YANG TAMAT TEMPOH PERKHIDMATAN KALI INI (2021 - 2024) 2.1. En, Saad bin Mustaffa 2.2. En Shaari bin Mohd 2.3. En Mat Yusof bin Daud 3 AHLI JAWATANKUASA JURUAUDIT DALAMAN 3.1 En. Kamaruddin bin Puteh 3.2. Pn Rohimah binti Harun 3.3. Pn Rahmah binti Sulaiman 4 JURUAUDIT LUAR 4.1. Mohamed Awang & Co. Kuala Terengganu. 5 KAKITANGAN PENGURUSAN Nama Jawatan Tarikh lantikan 5.1 Pn. Che Wan Normalisa bt C.W.Zulkafle Pengurus 01.10.2018 5.2 Cik. Siti Nurhakimah bt Rosli Kerja Tadbir 01.01.2024 5.3 En. Nur Haririe bin Adam Pem. Input Tani 01.04.2023 5.4 Mazri Bin Muhamad Penyelia PTS 01.01.2022 5.5 Pn. Mazita bt Muhamad Kerani PTS 01.04.2018 5.6 En. Mohd Kharol Yusrizan bin Md Yusof Drebar Forklift 01.01.2023 5.7 Cik.Nur Ain Syahirah binti Anuar Penyelia Fertigasi 01.04.2023 5.8 Mohd Hazman bin Nordin Pem. Fertigasi 01.04.2024 6 JAWATANKUASA KECIL/BIRO-BIRO 6.1. Biro Pengurusan Dan Ekonomi » En. Mohd Sobri bin Mat Ali Pengerusi Biro » Hj. Zainal Abidin Bin Mohamed AJK » En. Saad bin Mustaffa AJK » > > En, Che Wan Jamaluddin bin C.Wan Yusof En. Shamsudin binAbd Rahman Pn. Salwana Binti Harun AJK AJK AJK » Pn. Che Wan Normalisa C.W Zulkafle Setiausaha Page 18
6.2. Biro Keahlian Pendidikan Dan Saham » En Saad bin Mustaffa Pengerusi Biro » Hj. Kamaruddin bin Ali AJK » En Shaari bin Mohd AJK » En Mat Yusof bin Daud AJK 7 SENARAI KEHADIRAN LEMBAGA KOPERASI SESSI 2023/2024 BIL NAMA BULAN JUN,23 SEPT,23 OKT,23 JAN,24 MAC,24 CATATAN 1 En. Mohd Sobri bin Mat Ali X X X X X 5 / 5. 2 En. Saad bin Mustaffa X X X X X 5 / 5. 3 Hj Zainal Abidin bin Mohamed X X X X 4 / 5. 4 Hj Abd Manan bin Yusof X X X X X 5 / 5. 5 En. Kamaruddin bin Ali X X X X 4 / 5. 6 En. Shamsudin bin Abd Rahman X X X X X 5 / 5. 7 En. Mat Jusof bin Daud X X X X 4 / 5. 8 En. Che Wan Jamaluddin X X X X X 5 / 5. 9 Puan Salwana bt Harun X X X X X 5/ 5. 8 SENARAI KEHADIRAN JAWATANKUASA AUDIT DALAM KOPERASI SESSI 2023/2024 BIL NAMA BULAN JULY, 23 NOV,23 MEI,24 CATATAN 1 En. Kamaruddin bin Puteh X X X 3 / 3. 2 Pn Rahmah binti Sulaiman X X X 3 / 3. 3 Pn Rohimah binti Harun X X X 3 / 3. Page 19
9.KEAHLIAN DAN SAHAM KOPERASI SETAKAT 31HB.MEI.2024 BAKI AWAL TAMBAHAN KURANGAN JUMLAH AHLI JELAS SAHAM TAHUN AHLI SAHAM AHLI SAHAM AHLI SAHAM AHLI SAHAM AHLI % 1989 1667 62,537 58 5,824.40 - - 125 68,361.70 263 15.25 1990 1725 68,361 142 58,190.00 - - 1867 76,551.70 278 14.69 1991 1867 76,552 157 12,370.00 - - 2023 88,921.70 358 17.7 1992 2023 88,922 343 23,288.00 - - 2366 112,209.70 440 18.6 1993 2366 112,210 429 50,572.87 - - 2795 162,782.57 772 27.62 1994 2795 162,783 288 52,125.00 - - 3083 214,907.57 1127 36.56 31.05.1995 3038 214,908 30 5,737.00 - - 3113 220,644.57 1153 37.04 31.05.1996 3113 220,644 135 17,732.20 - - 3248 238,376.77 1286 39.59 31.05.1997 3428 238,377 66 12,693.30 - - 3314 251,070.07 1366 41.22 31.05.1998 3314 251,070 8 126,887.10 - - 3322 377,957.17 1576 47.44 31.05.1999 3326 377,957 13 3,633.28 - - 3335 381,590.45 1690 50.67 31.05.2000 3335 381,591 4 347.00 17 6868.58 3321 375,098.87 1663 50.08 31.05.2001 3321 381,997 40 1,569.00 9 4538.49 3352 379,027.96 1663 49.61 31.05.2002 3352 379,028 19 1,243.38 2 273.87 3369 380,545.21 1709 50.73 31.05.2003 3369 380,545 580 70,991.77 2 638.23 3947 452,175.21 2231 56.52 31.05.2004 3947 452,176 8 1,151.00 - - 3955 453,326.21 2241 56.66 31.05.2005 3955 453,326 14 122.00 1 292.67 3968 453,155.54 2243 56.53 31.05.2006 3968 453,155 26 3,708.00 - - 3994 456,863.54 2262 56.63 31.05.2007 3994 456,864 31 4,736.96 - - 4025 461,600.50 2282 56.7 31.05.2008 4030 485,382 17 1,160.00 15 P.SAHAM 4032 486,541.68 2321 57.56 31.05.2009 4032 486,542 25 3,304.40 - - 4035 489,846.08 2438 60.42 31.05.2010 4035 489,847 4 450.00 - - 4039 490,296.08 2439 60.39 31.04.2011 4039 490,296.08 3 300 - - 4042 490,596.08 2442 60.46 31.05.2012 4042 490,596.08 - 3299.82 - P.SAHAM 4042 493,895.90 2443 60.48 31.05.2013 4042 490,596.08 - 3299.82 - P.SAHAM 4042 493,895.90 2443 60.48 31.05.2014 4042 490,596.08 - 3299.82 - P.SAHAM 4042 493,895.90 2443 60.48 31.05.2015 4042 490,596.08 - 3299.82 - P.SAHAM 4042 493,895.90 2443 60.48 31.05.2016 4042 490,596.08 - 22158.41 - P.SAHAM 4042 512,754.49 2443 60.48 31.05.2017 4042 512,754.49 - 1,486.00 - P.SAHAM 4042 514,240.49 2443 60.48 31.05.2018 4039 514,240.49 - 3299.82 - 1192.35 4042 557,412.05 2431 89.44 31.05.2019 3845 530,260.35 - - 1399 28,551.00 1399 530,260.35 2443 60.48 31.05.2020 3850 530,260.35 - 0 5 2440.13 3850 530,260.35 2443 60.48 31.05.2021 3850 530,260.35 0 0 0 0 3850 530,260.35 2443 60.48 31.05.2022 3850 530,260.35 22 6078.53 3823 501,805.07 1906 49.85 31.05.2023 3823 501,805.07 3823 501,805.07 1906 49.85 31.05.2024 3823 501,805.07 3 1051.36 3820 500,853.71 1906 49.85 Page 20
10) PELABURAN KOPERASI BIL AGENSI NILAI PELABURAN NILAI KESELURUHAN 1 NARSCO 9370 Unit RM9,370 2 KPN 500 Unit RM500.00 (Koperasi Pembangunan Negara) 3 Sg. Way Contractions 1560 Unit RM1,560.00 11) PINJAMAN JANGKA SEDERHANA / PANJANG AGENSI JUMLAH PINJAMAN JUMLAH DIBAYAR BAKI FAEDAH BALIK SETAKAT JAN , 2024 Maybank RM80,000.00 RM94,000.00 RM7,835.00 0.2 JENTERA Maybank RM103,800.00 RM117,086.40 RM15,616.00 0.2 RAN 4189 Maybank RM 112,000.00 RM 139,440.00 RM84,448.00 0.2 TCA 4189 12) PEMBAHAGIAN KUMPULAN WANG SETAKAT 31HB. DISEMBER, 2023 BIL KUMPULAN WANG BAKI PD 31.12.2023 DIGUNAKAN TAHUN 2023 BAKI 31.01.2024 1 Kumpulan Wang RM 7,491.30 - RM 7,491.30 Menebus Saham 2 Kumpulan Wang RM29,319.67 100.00 RM29,219.67 Kabajikan Am 3 Kumpulan Wang RM14,309.74 100.00 RM14,209.74 Dermasiswa 4 Kumpulan Wang RM15,105.24 RM15,105.24 Khairat Kematian
13) UNTUNGRUGI KOPERASI DARI TAHUN 1988-2023 TAHUN UNTUNG/RUGI UNTUNG/RUGI DIVIDEN AHLI % DIV TERKUMPUL 1988 29,251.00 -29,648.43 4,096.20 10% 1989 55,345.22 3,316.91 6,401.73 10% 1990 77,536.71 41,176.31 7,582.67 10% 1991 85,672.47 78,924.57 7,936.82 10% 1992 61,718.61 102,623.17 10,328.97 10% 1993 71,344.57 137,559.16 14,216.66 10% 1994 130,344.79 267,790.95 24,308.74 10% 1995 63,364.93 330,155.88 25,142.21 10% 1996 96,162.07 426,317.95 - - 1997 9,524.43 435,842.38 - - 1998 -127,369.50 57,740.20 - - 1999 -76,836.00 -19,095.80 - - 2000 -85,798.11 -110,407.41 - - 2001 47,219.19 78,590.25 - - 2002 -105,998.44 -183,566.65 - - 2003 51,069.73 -156,682.29 - - 2004 62,973.27 -103,155.01 - - 2005 120,973.27 1,038.26 - - 2006 112,921.36 72,065.24 22,956.18 5% 2007 23,229.09 89,809.97 - - 2008 -126,243.94 -45,379.25 - - 2009 -10,162.56 -55,541.81 - - 2010 52,874.85 -10,098.19 - - 2011 23433.02 13334.83 - - 2012 12195.34 25530.17 - - 2013 (84,822.14) (174,007.09) - - 2014 39,880.11 (137,877.87) - - 2015 158,410.61 11,470.81 - - 2016 157,557.12 67,984.95 46,200.00 10% 2017 113,241.30 105,802.32 - - 2018 (14,534.08) 113,476.31 - - 2019 7,519.61 120,379.65 - - 2020 77,811.12 145,397.29 - - 2021 21,068.00 192,315.58 15,054.15 3% 2022 60,082.47 229,746.96 5% 2023 (57,226.84) (57,226.84) Page 22
14. AKTIVITI KOPERASI 14.1. Pemasaran Getah Pemasaran skrap masih dijalankan oleh Koperasi dan menjadi sumber pendapatan sampingan kepada Koperasi. Urusniaga ini masih lagi bergerak walaupun kurang sambutan namun KOPUTER masih lagi terikat dengan pelanggan tetap yang masih berurusan dengan KOPUTER. 14.2. Bekalan Input Pertanian. Dalam menyahut cabaran arus globalisasi, koperasi telah mengambil satu lagi peluang yang lebih mencabar iaitu membekalkan input pertanian terutamanya baja dan beberapa keperluan input pertanian yang mendapat permintaan yang tinggi dan membuat belian secara pukal. Pekebun kecil dan ahli akan mendapat harga yang lebih murah. Selain selari dengan projek terbaru Fertigasi koperasi kini menceburi bekalan input tanaman moden dan biasa . Selain itu Koperasi merupakan pembekal utama baja organik ke seluruh Pertanian di Terengganu. 14.3. Pemasaran Kelapa Sawit. Pemasaran kelapa sawit melalui Pusat Timbang Dan Setor akan menjadi pusat setempat untuk koperasi mendekati ahli-ahli dan pekebun kecil. Urusniaga di PTS ini mula beroperasi pada tahun 2020 hingga sekarang telah mengalami pasang dan surut perolehan. Ini adalah disebabkan terdapat persaingan yang sengit dan beberapa Pusat Timbang yang berdekatan. Namun setakat percapaian bagi tahun 2023 semakin meningkat dan merupakan pendapatan utama bagi Koperasi yang memperolehi keuntungan yang tinggi Koperasi juga turut bekerjsama dengan kilang-kilang luar dari Terengganu dalam urusniaga pemasaran kelapa sawit ini. 14.4. Kontrak Pembangunan Tanah Sepertimana tahun sebelumnya Koperasi turut terlibat dalam pembangunan tanah. Ini kerana pihak agensi luar telah meluluskan beberapa kawasan untuk diterokai secara berkelompok dan Koperasi mengambil peluang tersebut untuk membangun tanah tersebut serta membekal barang keperluan seperti kawat duri dan sebagainya. Page 23
15) PROJEK PADA MASA HADAPAN 15.1. Pemasaran Getah Pemasaran getah akan cuba ditingkatkan lagi khususnya dari tanam semula yang akan mengeluarkan hasil. Bagi menjayakan hasrat ini, kerjasama yang padu bersama Unit Produktiviti dan Pemasaran RISDA akan terus diwujudkan. Peranan ahli dan ALK ialah memberi sokongan untuk memajukan lagi urusniaga ini. 15.2. Kontrak Am Koperasi akan cuba menceburi beberapa projek baru dengan kerjasama daripada beberapa syarikat individu bagi mendapatkan peluang menceburi bidang ini dengan memasuki tender yang dikeluarkan oleh beberapa agensi seperti RISDA.Setakat ini, koperasi telah mendapat projek menambun dan pembinaan jalan di bawah agensi JKR, JPS dan MDHT. 15.3. Pusat Pengumpulan Hasil Pada tahun ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah menawarkan geran bantuan bagi tempat pengumpulan hasil bagi membantu yang ingin memasarkan hasilnya pertanian. KOPUTER akan memainkan peranan sebagai agensi yang akan membantu untuk memasarkan hasil pertanian tersebut. Hasil tersebut akan dipasarkan terus ke Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur. 15.4. Lain-lain. Pada tahun ini, koperasi telah memceburui bidang pertanian iaitu Fertigasi dibawah bantuan Agro makanan oleh Pihak RISDA. Setakat ini masih berjalan seperti biasa walaupun terkesan ekoran daripada banjir pada tahun ini. Selain daripada itu, dengan bantuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga KOPUTER terpilih dalam memohon peruntukan Desa Lestari bagi perniagaan baru iaitu Perusahaan Buatan Simen di Kampung Matang. Permohonan ini masuk fasa terakhir dan dalam pertimbangan pihak terlibat. Tanah KOPUTER yang lama terbiar akan diusaha dan manfaatkan sebaik-baiknya sebagai tempat perusahaan tersebut. Page 24
16 PENUTUP DAN PENGHARGAAN Secara keseluruhannya, bagi tempoh 2023 hingga 2024 pihak ALK telah mendapati banyak perubahan-perubahan yang telah dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan Pendapatan koperasi. Segala perlaksanaan telah laksanakan mengikut saluran dan keadah yang betul selaras dengan dasar dan Undang-undang kecil Koperasi. Peningkatan kerjasama daripada anggota koperasi agak baik pada tahun 2024 , walaubagaimanapun pihak ALK masih mengharapkan setiap anggota mengetahui peranan mereka . Oleh itu penglibatan diri anggota koperasi dalam aktiviti sosioekonomi bukan sahaja dapat melestarikan perolehannya tetapi memberi kesan yang positif kepada pencapaian ekonomi . Sehubungan dari itu, pihak pengurusan dan ALK telah merancang beberapa aktiviti yang boleh memberi impak yang sepatutnya serta wajarnya sebagai anggota dalam Koperasi ini serta merapatkan lagi hubungan antara anggota dengan Koperasi. Bagi pihak Lembaga Pengarah Koperasi mengucapkan terima kasih kepada 3 orang ALK yang akan tamat tempoh perkhidmatan mereka kerana telah memberikan sumbangan yang baik dalam memajukan koperasi ini. Juga ucapan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang telah memberikan kerjasama,sokongan serta tunjuk ajar dan seterusnya memberi banyak peluang-peluang yang membantu koperasi berjaya.Kepada pihak RISDA dan ANGKASA yang sentiasa membimbing dan memberi teguran kepada KOPUTER Bhd amatlah dihargai. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memajukan koperasi . Kepercayaan dan sokongan ahli agar koperasi ini terus berkembang maju mencapai matlamat ke arah penwujudan masyarakat pekebun kecil yang sejahtera. Kami bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Terengganu Berhad. ………………………………………………… ………………………………………………………. EN. SAAD BIN MUSTAFFA Ts. MOHD SOBRI BIN MAT ALI Setiausaha Pengerusi Page 25
LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU KALI KE 3 2024 Dengan hormatnya dimaklumkan Juruaudit Dalam telah menjalankan pengauditan koperasi ini pada tarikh dan masa di bawah: Tarikh : 30 Mei 2024 Masa : 9.00 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Koputer Berhad. Kehadiran : Encik Kamarudin bin Puteh : Puan Rohimah bt Harun : Puan Rahmah binti Sulaiman Kepada; Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Terengganu Tuan/Puan, LAPORAN DARIPADA AHLI JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN Mengikut undang-undang Kecil Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Terengganu Berhad. Kami Juruaudit Dalam(JAD) dengan ikhlas dan sukacitanya membuat laporan mengikut kehendak Akta Koperasi 1993 yang berakhir setakat 30 Mei 2024. Kami telah menjalankan pengauditan secara rambang dan terpilih meliputi Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perniagaan Kedai Input Pertanian dan Laporan Kewangan untuk tempoh tahun 2023 sehingga April 2024. i. Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Kewangan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan digabungkan, dimana terdapat seorang Pengurus Besar dan dibantu oleh seorang Kerani Sementara (bergaji hari). Menunjukkan koperasi mampu diuruskan oleh pegawai yang sangat minima. Pemeriksaan telah dibuat ke atas Rekod Penerimaan , Pembayaran dan Penyata Bank. Tiada Pemeriksaan Wang Tunai dibuat kerana pengurusan memaklumkan tidak memegang wang tunai ditangan kerana pendapatan yang diperolehi daripada setiap projek akan terus dihantar ke bank setiap hari. Penemuan JAD: Bilangan kakitangan yang tidak ramai dan mampu diuruskan dengan baik, dapat menjimatkan kewangan koperasi. Ini merupakan satu langkah yang bijak dalam pengurusan tetapi tidak berlaku Sistem Kawalan Dalaman yang baik kerana Pengurus juga adalah merupakan orang yang sama dalam mengendalian akaun dan pengurusan kewangan. Page 26
Kekurangan kakitangan ini menyebabkan Pengerusi dan Setiausaha terpaksa bekerja keras dan turut melaksanakan kerja-kerja berkaitan dengan pengurusan dan kewangan dimana mereka juga turut terlibat dalam mengambil wang di bank dan menghantar ke Pusat Timbang Sawit untuk projek pemasaran yang dilaksanakan oleh koperasi. Cadangan a. Tugasan Pengurus Besar dan Bahagian Kewangan diasingkan supaya Sistem Kawalan Dalaman dapat dilaksanakan dengan baik. b. Pertambahan kakitangan akan mengurangkan bebanan tugasan di kalangan Ahli Lembaga Koperasi(ALK). ii. Bahagian Jualan Input Pertanian JAD telah membuat pemeriksaan ke atas Rekod Laporan Stok Perniagaan Kedai Input Pertanian dan Pemeriksaan Fizikal Inventori. JAD berpuas hati dengan persembahan susun atur jualan kedai yang menarik dan memudahkan pemeriksaan stok dibuat. Tiada lagi stok-stok lama dan barangan rosak yang masih dipamerkan di rak-rak jualan. Penemuan JAD Hanya seorang Pembantu Kedai sahaja bekerja secara solo yang juga sebagai Pengurus Kedai. Pada masa yang sama beliau juga bertindak sebagai Penyelenggara Stor/Stok dan Jurujual. Beliau juga adalah sebagai Juruwang dan mungkin juga sebagai Pemandu. Hasil pendapatan daripada jualan kedai input diperolehi secara tunai dan Pembantu Kedai akan memasukkan terus tunai ke bank setiap hari secara penuh (hasil jualan pada hari tersebut) ataupun sebahagian daripadanya selepas ditolak perbelanjaan untuk pembelian barang-barang keperluan pejabat dan kedai yang mana diuruskan oleh Pembantu Kedai. Kedudukan operasi kedai yang hanya seorang Pembantu Kedai sahaja tanpa pemantauan dari pegawai atasan atau juruwang sebagai perantara antara Pengurus dan Pembantu kedai boleh mengurangkan keberkesanan Sistem Kawalan Dalaman. Cadangan Adakan seorang Juruwang, dimana Kerani Pentadbiran sedia ada juga boleh diberi tanggung jawab dalam perkara berkaitan wang tunai sekiranya pengurusan tidak bercadang membuat lantikan baru. iii. Bahagian Pemasaran Buah Tandan Segar(BTS) Page 27
JAD tidak berkesempatan untuk melawat ke Pusat Timbang Sawit yang dimiliki oleh Koperasi. Tetapi melalui Laporan Kewangan berakhir 2023 menunjukkan koperasi mendapat keuntungan sebanyak melebihi RM120,000. Malangnya untuk suku tahun pertama 2024 masih mengalami kerugian sebanyak RM126,074 Mungkin ianya masih boleh diperbaiki untuk suku tahun berikutnya. Penemuan JAD Koperasi membeli BTS daripada pekebun kecil dan menjualnya semula BTS tersebut kepada pemborong/peraih lain. Cadangan Koperasi dicadangkan menjual BTS secara terus kepada pihak kilang sawit dan bukannya kepada pemborong lain(sedangkan Koperasi sendiri juga merupakan pemborong), kerana secara logiknya jualan terus kepada kilang berkemungkinan keuntungan yang lebih besar akan diperolehi. Walau bagaimanapun Koperasi mungkin mempunyai alasan yang musabah dan tersendiri kenapa transaksi sebegini dibuat. iv. Bahagian Projek Sayuran Fertigasi Projek sedia ada ini nampaknya sukar memberi keuntungan kepada koperasi dimana pada tahun 2023 mengalami kerugian sebanyak melebihi RM35,000.00 dan pada suku tahun pertama tahun 2024 juga masih tidak menunjukkan hasil pendapatan yang memberangsangkan iaitu masih kerugian sebanyak RM13,969 Cadangan Koperasi cuba mencari jalan terbaik dengan tanaman yang bernilai tinggi . Perkara-perkara di atas adalah sebahagian daripada aktiviti koperasi yang sempat kami membuat pemeriksaan Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Lembaga Koperasi, Pengurus Besar dan kakitangan yang terlibat dalam perbincangan dan temuduga dengan kami sepanjang proses pengauditan ini serta dapat memberi penerangan jawapan yang meyakinkan berkaitan dengan kekeliruan yang kami temui . Kerjasama baik yang diberikan kepada kami, didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian. Page 28
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
AGENDA 4 MEMILIH ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAM KOPERASI ……………………………………………………………………………………………………………… 4.1 Majlis dibuka untuk perwakilan membuat pemilihan bagi menggantikan ALK yang gugur Pencadang/ sokong No Ahli Nama Calon No Ahli Page 28
Kelayakan menjadi anggota Lembaga 36. (1) Dalam menentukan sama ada seseorang perwakilan layak dan sesuia untuk dilantik sebagai anggota Lembaga, kriteria yang berikut hendaklah diambil kira ;- (a) Ketekunan, kewibawaan dan kewajaran keputusannya: dan (b) Reputasi, perwatakan, integriti dan kejujurannya (2) Tiada seorang pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga jika dia :- (a) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta: (b) telah dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu Koperasi ;- (c) menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini :- (d) Menerima apa-apa pelantikan tetap yang bergaji di dalam Koperasi ini:- (e) ada percanggahan kepentingan di dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan Oleh Koperasi ini atau:- (f) belum genap tempoh 2 tahun menjadi anggota Koperasi yang telah didaftarkan Melebihi dua tahun. Page 29
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD MENIMBANG DAN MELULUSKAN ELAUN-ELAUN KEPADA ANGGOTAANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA JURUAUDIT DALAMAN
AGENDA 6 MENIMBANG DAN MELULUSKAN ELAUN-ELAUN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA JURUAUDIT DALAMAN DAN SARAAN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA YANG DILANTIK SEBAGAI PENGARAH BAGI SUBSIDIARI-SUBSIDIARI KOPERASI INI JIKA ADA ………………………………………………………………………………………............................. Majlis sebulat suara membuat keputusan bersetuju dengan anggaran yang telah dibentang oleh Pengerusi tahun lepas. Page 32
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
AGENDA 7 MELULUSKAN SATU PANEL YANG TERDIRI DARIPADA TIDAK KURANG DARIPADA DUA DAN TIDAK LEBIH DARIPADA EMPAT AUDIT UNTUK DIPILIH SALAH SATU DARIPADANYA BAGI MENGAUDIT AKAUN-AKAUN KOPERASI …………………………………………………………………………………………………………… Muhammad Awang & Co Jalil & Co Page 33
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH HULU TERENGGANU BERHAD
AGENDA 8 MENIMBANG DAN MELULUSKAN SKOP DAN HAD PELABURAN DARIPADA WANG LEBIHAN KOPERASI INI. ……………………………………………………………………………………………………………… Jumlah had pelaburan daripada wang lebihan koperasi ini sebanyak RM 10 juta. Page 34