The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuryneliesa, 2021-08-08 07:44:05

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KIJAL

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI TINGKATAN 4

TAJUK: POLA PETEMPATAN DI KIJAL

NAMA: NURYN ELIESA FARHANA BT
MOHD HAMZAH

TINGKATAN: 4 ABD QAYYUM

Bil Tarikh/Hari Aktiviti Catatan

1 25/7/2021 Perbincangan tentang Menggunakan
Ahad kerja lapangan internet
Di rumah
2 1/8/2021 Menulis penghargaan
Ahad
Menulis pendahuluan Di rumah
3 2/8/2021
Isnin 1)Menyatakan objektif Di rumah
kajian Di rumah
4 3/8/2021 2)Menulis kawasan Di rumah
kajian
5 4/8/2021 3)Kaedah Kajian

6 6/8/2021 1)Hasil Kajian Di rumah
2)Rumusan Di rumah

1)Rujukan Di rumah

Penghargaan

Saya bersyukur kerana akhirnya dapat menyiapkan tugasan Kerja
Lapangan Geografi Tingkatan 4.Setinggi tinggi penghargaan kepada
Pengetua SMK Kijal,Pn Roslinda bt Salleh kerana memberi kebenaran
untuk melakukan kerja lapangan ini.Saya juga ingin merakamkan

ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi
saya,Pn. Mascik bt Ali yang telah membantu saya dalam penyediaan
tugasan ini.Tunjuk ajar sepanjang penyiapan kerja lapangan ini
adalah hasil komitmen daripada beliau.
Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua
dua ibu bapa dan rakan rakan yang sentiasa memberi dorongan dan
semangat serta kerjasama dalam membantu saya sepanjang
penyiapan kerja lapangan ini.

Pendahuluan

Saya telah menjalankan kajian tentang pola petempatan di Kg.Darat
Penunjuk,Kijal,Kemaman,Terengganu.

Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya ini diduduki
taburan penduduk yang jarang kerana ia berada di luar
bandar.Namun begitu,kawasan kajian saya juga pernah didatangi
ramai pengunjung akibat keindahan pantai dan kampung serta dapat
mengelakkan diri pengunjung dari kesesakan di bandar.

Objektif Kajian

Kerja lapangan ini dilaksanakan bagi memenuhi objektif berikut:
1.Mentakrif maksud pola petempatan.
2.Menerangkan jenis jenis pola petempatan.
3.Menghuraikan faktor faktor yang mempengaruhi pola petempatan.
4.Menjelaskan kesan kesan pola petempatan di kawasan kajian.
5.Membincangkan fungsi petempatan luar bandar di kawasan kajian.

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya adalah sekitar Kampung Darat
Penunjuk,Kijal.Kawasan kajian ini merupakan sebuah kampung yang
terletak 32km dari Bandar Chukai,Kemaman dalam negeri
Terengganu Darul Iman,iaitu salah sebuah negeri di timur Malaysia.

Kampung Darat Penunjuk mempunyai bentuk muka bumi yang
rata.Oleh itu,pola petempatan di kawasan ini adalah pola petempatan
berselerak.Hal ini kerana kebanyakan penduduk membina rumah
mereka di kawasan tanah persendirian,jadi jarak antara rumah ke
rumah kebiasaannya adalah jauh.

Manakala jumlah penduduk juga dianggarkan sebanyak 277 orang
sahaja,jadi kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan yang
mempunyai taburan penduduk jarang.

Kaedah Kajian

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah tersebut:

(a)Pemerhatian- Saya menggunakan kaedah ini untuk
mengenalpasti pola petempatan dan taburan penduduk di kawasan
kajian.

(b)Rujukan- Saya menggunakan rujukan di Internet untuk mengkaji
lebih dalam lagi tentang kawasan kajian.Selain itu,saya juga
menggunakan buku teks Geografi Tingkatan 4 bagi memahami
konsep pola petempatan.

Hasil Kajian

(a)mentakrif maksud pola petempatan

Pola petempatan ialah susun atur rumah atau bangunan di sesuatu
kawasan atau tempat.

(b)menerangkan jenis jenis pola petempatan

Berpusat- susun atur rumah-rumah adalah padat.Banyak
bangunan dan rumah dibina padat dan bertumpu di sekeliling
pusat penduduk seperti masjid,sekolah atau persimpangan jalan
raya.
Berjajar- susun atur rumah dan bangunan terletak dalam satu
barisan atau deretan.Ia dibina selari dengan dengan sungai,tali
air dan jalan raya.
Berkelompok- susun atur rumah dan bangunan adalah rapat
dan berkelompok yang terancang dan teratur.
Berselerak-susun atur kediaman dan bangunan tidak
sekata.Rumah rumah dibina secara berselerak tanpa
susunan.Jaraknya agak jauh antara satu rumah dengan yang lain
dan terpencil.

(c) Menghuraikan faktor faktor yang mempengaruhi pola
petempatan

Berpusat

 Kawasan tanah pamah yang rata memudahkan dan
mengurangkan kos penyedian kemudahan asas seperti bekalan
air,elektrik,sekolah,rumah ibadat dan jalan raya.

 Masa dapat dijimatkan kerana sekolah dijadikan pusat
petempatan ,rumah rumah akan dibina di sekelilingnya.

Berjajar

 Dibina di sepanjang parit atau sungai memudahkan aktiviti
ekonomi dijalankan seperti aktiviti perikanan dan penanaman
padi.

 Dibina sepanjang jalan raya dan jalan kereta api memudahkan
sistem pengangkutan beroperasi dengan cepat.

Berkelompok

 Dijadikan kawasan kegiatan ekonomi seperti berniaga secara
kecil kecilan,sekolah,klinik atau hospital kerana kawasan ini
lebih tertumpu pada penduduk.

 Keselamatan penduduk lebih terjamin.
 Mudah untuk dirancang dan tersusun.

Berselerak

 Dibina di atas tanah persendirian.
 Petempatan dibina di atas tanah subur untuk aktiviti pertanian.

(d) Menjelaskan kesan kesan pola petempatan di kawasan
kajian

Melalui pemerhatian saya,Kampung Darat Penunjuk merupakan
kawasan pola petempatan berselerak.Setelah beberapa hari
mengkaji tentang kawasan ini,saya dapati kebanyakan penduduk di
sini mempunyai kebun dan kawasan tanaman mereka sendiri oleh
sebab mereka membina kediaman mereka di atas tanah persendirian
masing masing.Selain itu,saya juga dapati bahawa kegiatan
perikanan dan pelancongan di sini agak maju kerana kawasan ini
berhampiran dengan laut dan pantai.

Selain daripada menikmati udara segar,para penduduk serta
pengunjung dapat menikmati pemandangan pantai yang begitu

cantik dan bersih.Disamping itu,kawasan kajian saya juga agak jauh
daripada bandar,oleh itu kesesakan jalan lintas juga jarang berlaku
di sini menyebabkan udara di sini terutamanya di pinggir laut sangat
bersih dan segar.

(e)Membincangkan fungsi petempatan luar bandar di kawasan
kajian

Fungsi petempatan luar bandar adalah menyediakan pelbagai
kemudahan asas iaitu bekalan air,elektrik dan jaringan
pengangkutan.Sepanjang saya mengkaji kawasan kajian ini,saya
dapati banyak kemudahan dan keperluan yang disediakan untuk
penduduk.Contohnya seperti klinik kesihatan,rumah ibadat,balai
polis dan bomba,sekolah dan termasuklah perkhidmatan pos.

Dari segi ekonomi pula,Kampung Darat Penunjuk Kijal amat terkenal
dengan kegiatan pelancongan dan perikanan.Sementara kegiatan ini
membantu menaikkan kewangan ,malahan ia juga dapat memberi
nama yang baik terhadap imej kampung ini sebagai kawasan
pelancongan.Tambahan pula,kampung ini sering dikunjungi
pengunjung untuk membeli ikan yang masih baru ditangkap dari
laut.Hal ini membantu para nelayan menyara keluarga mereka
dengan lebih mudah dan tidak perlu lagi risau dengan masalah
kewangan.

Rumusan

Kesimulannya,pola petempatan di Kampung Darat Penunjuk adalah
berselerak.Pola petempatan berselerak juga sebenarnya turut
memberi kebaikan kepada kawasan kajian.Ia membantu penduduk
di kampung ini bercucuk tanam di tanah sendiri dan termasuklah
membina kewangan sendiri.Selain itu,para penduduk juga tidak
mengalami masalah kehilangan air kerana sumber air didapati tidak

terhad berhampiran kawasan ini.Tambahan pula penduduk juga
tinggal di tanah persendirian,oleh itu penduduk di kawasan kajian
tidak juga mengalami kekurangan air kerana bekalan air serta
elektrik ditanggung oleh mereka seluruhnya.
Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian di kawasan kajian
ini dan berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada
penduduk.

Rujukan

a)Buku Teks
Nama Pengarang: Dr.Khairuddin bin Nisa
Tahun Terbit: 2019
Tajuk Buku: Buku Teks Geografi Tingkatan 4
Tempat Terbit: ,Selangor,Malysia
Penerbit: Kubu Publications

Internet
a)https://www.malaysian-ghost-research.org/faktor-penentu-pola-
penempatan-dan-impak-terhadap-sumber-air
b) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kijal




Click to View FlipBook Version