Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak
dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh
dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk
atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran
semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran
terlebih dahulu daripada Pengurus Modul KeBaBoM, Perundin-
gan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Cetakan Pertama 2021
Modul KeBaBoM
Reka letak dan atur huruf
Wan Adlina Enterprise
Muka taip teks: Times New Roman
Saiz taip teks : 12 pt
Diterbit dan dicetak oleh :
Wan Adlina Enterprise
No.1, Lorong Seri Inderapura 13, Taman Sri Inderapura
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur
FORMAT INSTRUMEN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (1103)
Bil Perkara Kertas1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2) Kertas 3 (1103/3) Kertas 4 (1103/4)
1. Jenis 100 markah 100 markah 70 markah 30 markah
Ujian Bertulis
Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertutur Ujian Mendengar
2. Subjektif Respons
Terhad Subjektif Respons Subjektif Respons Objektif Aneka Pilihan
Jenis Item Terhad Terhad Objektif
Subjektif Respons Pelbagai Bentuk
3. Terbuka Subjektif Respons Subjektif Respons Subjektif
Terbuka Terbuka Respons Terhad
Bilangan Bahagian A
Soalan Satu (1) Bahagian A Bahagian A 4 – 6 petikan
Sistem dan Instrumen mengandungi 20
Soalan berdasarkan Aplikasi Bahasa: Individu hingga 25 soalan (Jawab
kombinasi Morfologi, Sintaksis, semua soalan)
kepelbagaian bahan Penyuntingan, Bahasa Satu petikan/bahan Jawapan
rangsangan Melayu Standard dan rangsangan yang berdasarkan petikan.
Peribahasa disediakan untuk setiap
Jawab 1 soalan calon
Bahagian B
Bahagian B Pemahaman Bersoal jawab dengan
Empat (4) berdasarkan petikan pentaksir
bahan prosa dan bukan
Soalan esei. prosa Bahagian B
(Umum / Drama /
Pilih dan jawab satu Cerpen / Prosa Kumpulan
daripada empat Tradisional / Puisi
soalan Tradisional / Sajak) Satu tajuk/tema umum
disediakan untuk
Jumlah soalan: Pemahaman perbincangan.
5 Soalan berdasarkan novel
tingkatan 4 dan 5 Perbincangan dalam
kumpulan 3 – 5 orang
Bahagian C calon
Rumusan
Jumlah soalan:
9 Soalan
4. Kemahiran menulis Kemahiran membaca Kemahiran Kemahiran mendengar
Konstruk Mengaplikasi Memahami mendengar dan Memahami
Menganalisis Mengaplikasi bertutur Mengaplikasi
Menilai Menganalisis Memahami Menganalisis
Mencipta Menilai Mengaplikasi
Mencipta Menganalisis
Menilai
Pengetahuan Sistem Bahasa
Nilai
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 3
Format Pentaksiran
Pentaksiran mata pelajara Bahasa Melayu menggunakan empat instrumen iaitu;
Aras Kesukaran Item
Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T)
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 4
TOPIK 1: KARANGAN RESPONS TERHAD
Info Grafik Format SPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 5
UNGKAPAN MENARIK
✓ kita perlu mengorak langkah
✓ kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
✓ komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
✓ Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
✓ makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
✓ mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
✓ manifestasi kesanggupan bangsa
✓ manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
✓ masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
✓ masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
✓ masalah sosial dan susila yang meruncing
✓ masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
✓ masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
✓ melangkah dengan seribu kekuatan
✓ melontarkan soalan yang cukup penting
✓ melupakan cita-cita yang lebih luhur
✓ membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
✓ membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
✓ membetulkan ketidaktepatan fakta
✓ membimbing mereka memenuhi impian
✓ membina impian masa depan yang lebih gemilang
✓ membongkar kepincangan
✓ membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
✓ mempengaruhi minda generasi muda
✓ mempertahankan perasaan saling bersefahaman
✓ mempertingkat dan memperteguh kefahaman
✓ mempraktikkan elemen tolak ansur
✓ memudaratkan kesejahteraan rakyat
✓ menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
✓ menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
✓ menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
✓ muafakat merupakan inti kepada perpaduan
✓ negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
✓ nilai keinsanan yang syumul
✓ nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
✓ pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
✓ pelbagai cabaran yang bakal menghambat
✓ pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
✓ pembentukan masyarakat sakinah
✓ pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
✓ perlu dibaja kembali
✓ perubahan yang diharap masih belum menjelma
✓ petanda kehancuran generasi
✓ pewujudan masyarakat madani
✓ propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 6
BAHAGIAN A
[30 markah]
PRAKTIS 1
Maklumat di bawah berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Huraikan pendapat anda
tentang teknologi maklumat dan komunikasi. Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200
patah perkataan.
Bahan 1 Bahan 2
Bahan 3
PRAKTIS 2
Maklumat di bawah berkaitan destinasi pelancongan menarik di Malaysia. Huraikan pendapat anda
tentang destinasi pelancongan menarik di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 150
hingga 200 patah perkataan.
Bahan 1
Apakah yang terbayang dalam fikiran apabila seseorang mencadangkan satu destinasi percutian dan
riadah kepada anda? Pasti anda membayangkan akan keenakan aneka masakan di sana. Cuba
lupakan sebentar tentang makanan. Ada sebuah tempat riadah yang sungguh menarik untuk
dikunjungi iaitu Escape Adventureplay, di Pulau Mutiara. Tempat ini sesuai untuk melakukan
pelbagai aktiviti mencabar sambil menikmati alam yang menghijau.
Dipetik dan ubah suai daripada: ‘Jom Terokai Escape Adventure’
oleh Julida Mohd Zaini, Majalah Siswa, Jun 2014.
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 7
TOPIK 2: KARANGAN RESPONS TERBUKA
Info Grafik Format SPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 8
CADANGAN BINAAN PERENGGAN
BAHAGIAN B
[70 markah]
PRAKTIS 1
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga
500 patah perkataan.
Soalan 1: Domain Peribadi
Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar
setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang
membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
Sumber: Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat, KPM.
Petikan di atas menyatakan maklumat Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) dan faedah bersukan kepada
seseorang murid.
Bincangkan kepentingan-kepentingan bersukan kepada seseorang murid.
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 9
Info Grafik Penerangan Sistem dan Aplikasi Bahasa - Morfologi
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 10
PRAKTIS 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Menurut statistik, kebanyakan golongan muda khasnya golongan remaja dan kanak-kanak
mengalami masalah obesiti atau masalah berat badan berlebihan. Salah satu faktor berlakunya masalah
obesiti disebabkan gaya pemakanan yang salah dan tidak mengikut piramid makanan yang ditetapkan.
Memakan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera, kerepek, gula-gula, jeruk dan
makanan yang mengandungi lemak tidak baik untuk kesihatan dan jangka hayat seseorang. Makanan
ini kaya dengan bahan pengawet, pewarna, garam dan lemak yang menjadi penyumbang utama terhadap
masalah obesiti.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Gaya Hidup Sihat’, oleh Aqilah Aswana Shamsul Bahari,
Dewan Siswa, Ogos 2017.
[8 markah]
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
PRAKTIS 4
Baca petikan dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif bentuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Pada kebiasaannya, kita akan ke farmasi untuk mendapatkan ubat apabila kita demam atau mengalami
sakit ringan seperti pening, selesema, dan batuk. Ubat-ubatan ini dijual dalam pelbagai bentuk, warna,
dan saiz. Ada saiz yang besar dan ada pula yang kecil. Terdapat pil yang berbentuk bujur, bulat, lonjong,
leper, dan ada juga yang berbentuk segi empat. Pil-pil ini juga terdapat dalam pelbagai warna seperti
putih, kuning, merah jambu, hitam, biru, hijau dan bermacam-macam lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada Pahit tetapi Penawar,
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka,2018.
[8 markah]
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 11
PRAKTIS 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka
Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amarta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya
Tun Perak, mengadu halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun
Perak.
Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’,
dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[6 markah]
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
PRAKTIS 4
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar
pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada laksamana; jikalau
Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[6 markah]
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 12
PRAKTIS 1
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Setelah tiga tahun dalam tahanan reman berulang-alik menghadiri perbicaraan di
mahkamah, pihak pendakwa berjaya membuktikan kesalahan dan hakim menjatuhkan hukuman
penjara sepanjang hayat terhadap Abu dan Jamal.
Perbuatan Abu telah menyentuh perasaan ibunya. Hanya air mata menjadi saksi kesedihan
yang terpaksa ditanggung oleh seorang ibu. Sesungguhnya tiada seorang ibu pun di dunia ini yang
mahukan anak yang dikandungnya selama sembilan bulan terpaksa meringkuk di dalam sel penjara.
Ibu selalu berpesan kepada Abu supaya harus bijak memilih kawan. Kawan yang baik haruslah
didampingi. Kawan yang tidak baik haruslah disempadani. Janganlah terpengaruh dengan ajakan
kawan yang boleh membawa kemusnahan. Ingatlah cerminan kita adalah dengan siapa kita
berkawan.
Dipetik dan diubah suai daripada
cerpen ‘Pendakian Tujuh Gunung’,
Karya Sallehuddin Ibrahim,
Dewan Siswa Bil. 7 2017, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahan 2
Pesan Ibu Beribu-ribu
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk.”
Sumber: Antologi Tingkatan 3, Bintang Hati
i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud ‘menyentuh perasaan’. [2 markah]
ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan pesan ibu kepada anaknya. [4 markah]
iii) Ibu bapa merupakan insan yang sanggup berkorban bagi memastikan anak-anak mereka hidup
bahagia. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus dilakukan oleh seorang
anak untuk membalas jasa kedua-dua orang tuanya?
[3 markah]
iv) Rakan anda ingin menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka yang dianjurkan oleh Persatuan
Sejarah. Bayaran untuk menyertai lawatan itu ialah RM50.00. Bapanya telah memberikan wang
tersebut untuk diberikan kepada guru penasihat Persatuan Sejarah. Namun, wang yang
diberikan itu telah hilang. Rakan anda telah mengadu masalahnya kepada anda.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah cadangan-cadangan anda kepada rakan anda itu
supaya dia tidak dimarahi oleh ibu bapanya?
[4 markah]
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 13
PRAKTIS 2
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 : Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam
NEK SINAH masak asam pedas.
AIMAN
: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah
NEK SINAH cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi.
Saya nak tunggu kak Dapnia balik. Saya nak makan dengan dia.
AIMAN
NEK SINAH : Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu
yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam
baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa
sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.
: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
Bahan 2
NILAI KASIH
Tatkala aku perlu kasihmu
melayan hati yang sering rindu
dalam kesepian yang syahdu
tertanya aku pada diriku
adakah aku yang salah laku?
Jauh di sudut hati ini
jerih keringatmu sentiasa berbakti
aku cuba untuk mengerti
kesibukanmu mencari rezeki
membiarkanku sentiasa sepi
namunku pasti
kasihmu setia di hati.
i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sentiasa sepi.
[2 markah]
ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca anak-anak berasa kesepian ketika
berada di rumah?
[3 markah]
iii) Ibu bapa banyak berkorban untuk kebahagiaan anak-anak.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai kedua-dua ibu bapa?
[3 markah]
iv) Rakan anda menghadapi masalah untuk menjaga ibunya yang sudah tua kerana kesibukan
bekerja. Dia bercadang untuk menghantar ibunya ke pusat jagaan orang tua. Anda berasa
tindakannya itu adalah tidak wajar.
Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda mengatasi
masalah tersebut?
[4 markah]
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 14
Info Grafik Ujian Lisan Bertutur Bahagian B - Taksiran Kumpulan
PRAKTIS 1
BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN
TEMA: PERPADUAN
Negara Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Bincangkan implikasi-implikasi amalan peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
yang sering diperkata oleh segenap anggota masayarakat dalam usaha memastikan perpaduan terus
utuh di negara ini.
PRAKTIS 2
BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN
TEMA: SUKAN DAN REKREASI
Dewasa ini, aktiviti sukan berbasikal dalam kalangan anggota masyarakat semakin mendapat
perhatian. Huraikan kepentingan-kepentingan melakukan aktiviti sukan berbasikal yang dilakukan
oleh anggota masyarakat.
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 15
Soalan 8: Novel
i) Punca-punca pelancong dari Jepun gagal menyaksikan keseluruhan buruj Orion di Kuala Selangor :
• Langit di Kuala Selangor terlalu cerah
• Pencemaran cahaya yang menyebabkan kecerahan langit di Kuala Selangor
• Pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor memberikan impak negatif kepada kawasan persekitaran
menyebabkan pelancong tidak dapat melihat keseluruhan buruj Orion.
[4 markah]
ii) Peristiwa yang boleh membawa kesedaran kepada pembaca [6 markah]
Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib Tirani karya Beb Sabariah
Peristiwa pertempuran sengit berlaku di Bukit Candu. Peristiwa Waheeda menyerahkan ujian DNA kepada Zahid
Adnan tidak menyerah kalah walaupun ramai askarnya mati. bagi membuktikan bahawa Izzati anak kepada Zahid.
Malah, Adnan juga cedera tetapi masih enggan berundur. Namun, Zahid tidak mempercayainya dan langsung tidak
Akhirnya Adnan dibunuh di bawah pokok ceri dengan membuka sampul surat yang berisi keputusan ujian DNA itu.
menggunakan bayonet. Peristiwa ini boleh membawa Peristiwa ini boleh membawa kesedaran kepada pembaca
kesedaran kepada pembaca agar mempunyai semangat juang agar bersungguh-sungguh dalam membuktikan sesuatu
yang tinggi iaitu Adnan dan askarnya menentang Jepun kebenaran.
sehingga titisan darah yang terakhir.
Waheeda mengalami selesema yang teruk dan berterusan.
Pak Saidi telah ditahan oleh askar Jepun. Pak Saidi sempat Pemeriksaan menunjukkan tulang hidungnya telah runtuh
membunuh dua orang askar Jepun bersenjata di halaman dan memerlukan pembedahan hidung semula. Oleh sebab
rumah menggunakan keris. Askar Jepun telah menembak hidungnya runtuh, dia tidak dapat hadir ke majlis
Pak Saidi sehingga mati. Peristiwa ini boleh memberi pertunangannya. Peristiwa ini boleh membawa kesedaran
kesedaran kepada pembaca agar bijak merebut peluang. kepada pembaca agar tabah menghadapi dugaan dalam
Walaupun askar Jepun bersenjata, namun Pak Saidi dapat kehidupan walaupun amat menyakitkan iaitu Waheeda
membunuh dua orang askar Jepun dengan menggunakan terpaksa menjalani pembedahan kali kedua.
kerisnya.
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Silir Daksina karya Nizar Parman
Peristiwa penanaman implan dan mikrocip pada tubuh Peristiwa Umi yang berterus terang kepada Haiqal yang
Farisha Karl tanpa dibius. Karl sanggup menjadikan ketika itu baru berumur tujuh tahun bahawa Abdul Fatah
anaknya itu sebagai bahan uji kaji. Peristiwa ini memberi (Walid) bukan merupakan bapanya yang sebenar. Bapanya
kesedaran kepada pembaca agar tidak bertindak zalim yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Peristiwa ini
terhadap orang lain untuk kepentingan diri sendiri. memberi kesedaran kepada pembaca agar berani
menyatakan kebenaran walaupun ada masalah akan timbul.
Peristiwa Azraai memberitahu Farisha perkara sebenar yang
dia hanya merupakan anak angkat dalam keluarganya. Peristiwa Haiqal yang berhasrat ke Kampung Seri Purnama
Azraai telah menyimpan rahsia ini sekian lama. Rahsia ini untuk menjejak kisah hidup ayahnya. Walaupun dilarang
hanya diberitahu kepada Farisha apabila Azraai menghadapi oleh Uminya tetapi dia tetap bertegas dengan keputusannya.
masalah jantung dan bimbang akan berlaku sesuatu perkara Dia berani untuk pergi walaupun tidak mempunyai kenalan
yang tidak dijangka. Peristiwa ini memberi kesedaran atau saudara mara di sana. Peristiwa ini memberi kesedaran
kepada pembaca tentang pentingnya sifat amanah dalam kepada pembaca agar tidak bersikap mementingkan diri
menyimpan sesuatu rahsia . sendiri dan memahami akan perasaan orang lain.
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Peristiwa kunjungan pelajar Jepun di Balai Cerap Sultan Peristiwa Dr.Sadiz tidak mahu Dr. Raiha melahirkan anak
Salahudin seramai 15 murid dan 3 pengiring untuk melihat mereka kerana didapati bayi dalam kandungan sindrom
buruj Orion (Belantik). Namun, buruj Orion (Belantik) gagal down. Dia telah memaksa Dr. Raiha menggugurkan
dilihat kerana langit terlalu cerah disebabkan pencemaran kandungannya. Namun Dr Raiha tidak mahu
cahaya. Nurul Hafsa sebagai Pegawai Sains dan Alam menggugurkannya. Anak yang dilahirkan dijaga dengan
Sekitar memberikan hujah dan berjanji akan memulihkan baik yang diberi nama Rohayu.Peristiwa ini memberi
kembali keadaan alam sekitar supaya buruj Orion (Belantik) kesedaran kepada pembaca agar kita hendaklah berpendirian
dapat dilihat. Peristiwa ini memberi kesedaran kepada teguh dalam membuat keputusan.
pembaca agar kita hendaklah memelihara alam sekitar
supaya generasi hari ini dapat menikmatinya. Peritiwa Felicia menangis dan meminta maaf kepada Dr
Raiha di garaj kereta PRPK. Dia mengaku bersubahat
Taufik di Malaysia dan ibunya Puan Wickham di Tokyo. dengan kes kematian Rohayu. Dr Raiha reda dengan perkara
Mereka saling merindu. Mereka terpisah kerana ibunya yang terjadi dan memaafkan kesalahan Felicia. Peristiwa ini
bercerai dengan ayahnya Tan Sri Muhaimin. Akhirnya, memberi kesedaran kepada pembaca agar kita hendaklah
Taufik berjaya satukan ibu dan bapanya.Peristiwa ini reda dengan perkara berlaku dan memaafkan kesalahan
memberi kesedaran kepada pembaca agar kita hendaklah kesalahan orang lain.
menyayangi ahli keluarga walaupun tinggal berjauhan.
nnya, semua pihak haruslah bersama-sama membenteras amalan rasuah agar keamanan negara terpelihara.
Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 16