The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 558-1-syahir, 2022-04-04 06:44:16

BMB MUHAMMAD SYAHIR BIN ROSLAN

BMB MUHAMMAD SYAHIR BIN ROSLAN

BMMB 1104
KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN

MELAYU

PETNUGGHAASSAINLA1 N
PRODUK

NAMA: MUHAMMAD SYAHIR BIN ROSLAN

NO. KP: 030826080551

ANGKA GILIRAN: 2021232310038

NAMA PENSYARAH: NOORAINI BINTI AB LATIF

ISI KANDUNGAN

1

PENGENALAN

PUISI MELAYU 2
TRADISIONAL

3 KESIMPULAN

RUJUKAN 4

1. PENGENALAN

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

Puisi tradisional merupakan warisan kesusasteraan
Melayu tradisional yang dihasilkan untuk melahirkan
pemikiran baharu yang sesuai pada zaman itu.
Pemikiran tersebut diungkapkan dalam bahasa yang
puitis dan kreatif. Penyebarannya boleh dilihat
dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan meliputi
nyanyian, tarian, muzik, permainan dan ritual. Puisi
tradisional mempunyai fungsi dan peranannya
tersendiri, terutamanya dalam kegiatan ritual,
hiburan dan hal keagamaan. Terdapat beberapa
puisi Melayu tradisional yang akan dikongsikan,
antaranya ialah Pantun, Syair, Gurindam dan Seloka.

2. PUISI MELAYU
TRADISIONAL

1. PANTUN

Definisi
Jenis-jenis
Bentuk
Ciri-ciri
Fungsi sebagai wahana pendidikan

2. SYAIR

Definisi
Jenis-jenis
Bentuk
Ciri-ciri
Fungsi sebagai wahana pendidikan

3. GURINDAM

Definisi
Jenis-jenis
Bentuk
Ciri-ciri
Fungsi sebagai wahana pendidikan

4. SELOKA

Definisi
Jenis-jenis
Bentuk
Ciri-ciri
Fungsi sebagai wahana pendidikan

PANTUN

Definisi

1. Menurut Kamus Dewan (2021), pantun boleh
didefinisikan kepada tiga pengertian.
Pertama, pantun ini merujuk kepada sejenis
puisi lama yang terdiri daripada empat baris
dalam setiap rangkap. Dua baris pertama adalah
pembayang maksud dan baris dua terakhir pula
adalah maksudnya.
Kedua, pantun juga merujuk kepada sejenis
peribahasa yang digunakan sebagai sindiran.
Ketiga, pantun adalah sebagai jawapan kepada
sesuatu tuduhan dan lain-lain.

2. Menurut Sunarti (2005:11), pantun adalah salah
satu puisi lama yang memiliki keindahan tersendiri
dari segi bahasa seperti ditandai oleh rima a-b-a-b.

Jenis-jenis

1. Pantun Kiasan
2. Pantun Cinta
3. Pantun Nasihat
4.Pantun Jenaka
5.Pantun Teka-teki
6.Pantun Agama
7.Pantun Peribahasa

Bentuk

Pantun merupakan puisi melayu tradisioanal yang
berbentuk terikat. Terdapat dua pantun, iaitu

Pantun dua kerat
- baris pertama pantun ini adalah pembayang,
manakala baris kedua merupakan maksud pantun.

Pantun empat kerat
- baris satu dan dua merupakan pembayang,
manakala baris ketiga dan keempat adalah maksud
pantun.

Ciri-ciri

Pantun merupakan puisi tradisional yang mempunyai
ciri-ciri seperti berikut:

Dituturkan secara halus
Pantun terbahagi kepada dua bahagian, iaitu
pembayang dan maksud
Setiap baris mempunyai empat perkataan dan
jumlah suku kata adalah antara 8 hingga 12
Mempunyai skema rima hujung yang sejajar, iaitu
a,a untuk pantun dua kerat dan a,b,a,b untuk
pantun empat kerat

Fungsi

Pantun berfungsi sebagai wahana pendidikan. Hal ini
kerana pantun melatih seseorang berfikir tentang
makna yang ingim disampaikan sebelum
mengucapkan kepada orang lain. Selain itu, pantun
juga dapat menunjukkan kecepatan dan kemampuan
seseorang untuk berfikir dan memainkan kata-kata.
Seterusnya, pantun dapat memberi impak positif
kepada seseorang melalui nasihat sosialisasi dan
pendidikan. Oleh itu, pantun adalah salah satu puisi
Melayu tradisioanal yang berkesan sebagai wahana
pendidikan.

CONTOH-CONTOH
PANTUN

1.Pantun Kiasan

Berjalan dalam gelap,
Dapatkan ular warna hitam,
Berkenalan tanpa menatap,
Bagai meraba dalam kelam.

2.Pantun Cinta

Walaupun laut dikayu,
Tapi mengapa terasa rata,
Walaupun kamu jauh,
Tetapi mengapa aku cinta.

3.Pantun Nasihat

Jalan-jalan ke kota Bandung,
Jangan lupa mengisi saku,
Kalau kamu sedang bingung,
Jangan lupa membaca buku.

4.Pantun Jenaka

Ada kera mirip buaya,
Keduanya naik pedati,
Dikira mirip luna maya,
Ternyata yang dilirik Mpok Ati.

5. Pantun Teka-teki

Kalau tuan sekuat halilintar,
Pakai baju begitu gaya,
Kalau tuan memang pintar,
Haiwan apa yang sangat kaya.

6. Pantun Agama

Ketika peniti patah,
Jangan gantikan dengan busa,
Ketika hati melemah,
Jangan lupakan yang Maha Esa.

7. Pantun Peribahasa

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

SYAIR

Definisi

Syair pula adalah puisi Melayu
tradisional yang dicipta hasil
daripada pengaruh Parsi dan
Arab. Hamzah Fansuri telah
memperkenalkan dan
mengembangkan bentuk syair,
iaitu di dalam syair ciptaannya "
Syair Burung Punggak" dan "Syair
Perahu" dengan tujuan
menyebarkan dan mengajar
agama Islam.

Jenis-jenis

Syair Roman
Syair Sejarah
Syair Agama
Syair Nasihat
Syair Pujian
Syair Teka-teki
Syair Simbolik

Bentuk

Syair merupakan puisi tradisional
yang mempunyai bentuk yang
sama.

Rima akhir bagi syair ialah
a,a,a,a
berbentuk tidak bebas atau
tidak terikat

Ciri-ciri

Skema rima akhir bagi syair
adalah a,a,a,a
Keempat-empat baris syair
merupakan satu rangkuman
idea atau cerita.
Syair menitikberatkan
falsafah, pemikiran, cerita,
kisah, sejarah, pujian dan
nasihat.
penggunaan bahasa yang
indah.

Fungsi

Syair berfungsi sebagai wahana
pendidikan. Hal ini kerana syair
menerangkan kepada pelajar
tentang kepentingan menuntut
ilmu. Seterusnya, syair
mengandungi nasihat supaya
tidak berputus asa dalam
menimba ilmu. Akhir sekali, syair
ini menerangkan bahawa cara
memanfaatkan ilmu untuk
kehidupan dan masa depan.

CONTOH-CONTOH
SYAIR

Syair Nasihat

Rintik hujan jatuh ke bumi,
Mengairi ibu pertiwi,
Bagai kidung dikala sepi,
Sungguh indah saling memberi.

Syair Agama

Rajin-rajinlah beribadat,
Janganlah lupa mengerjakan solat,
dan perbanyakkanlah engkau berzakat,
Untuk bekal nanti di akhirat.

Syair Roman

Cinta datang secara alami,
Tidak bisa dipaksakan,
Cinta tidak pernah memaksa,
yang kamu cintai

Syair Kiasan

Syair Burung Pungguk
Pertama mula pungguk merindu
Berbunyilah mendayu-dayu
Hatinya rawan bercampur pilu
Seperti diiris dengan sembilu

GURINDAM

DEFINISI

Gurindam adalah puisi Melayu tradisional yang mula
dikenalkan dan disampaikan oleh Raja Ali Haji dalam
karyanya, iaitu "Gurindam Dua Belas" pada tahun 1846.
Menurutnya, gurindam merupakan satu puisi Melayu
tradisional yang terdiri daripada dua baris yang
berpasangan, bersajak atau berima serta memberi idea
yang lengkap dan sempurna pada pasangannya.

JENIS-JENIS

Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas

BENTUK

Gurindam merupakan puisi Melayu tradisional yang berbentuk
terikat dan tidak terikat.

Gurindam terikat terdiri daripada dua bari berpasangan
serta berima. Baris pertamanya adalah sebagai syarat,
manakala baris kedua adalah sebagai akibat.
Gurindam tidak terikat bermaksud bentuk yang bebas.
Gurindam ini tidak berpasangan atau berangkap, tidak pasti
berapa jumlah baris dalam serangkap dan dalam sebaris
serta tidak memakai rima yang sama pada hujung bunyinya.

CIRI-CIRI

Berbentuk bebas dan tidak terikat
Mempunyai dua atau beberapa baris dalam
serangkap
Jumlah perkataan sebaris adalah tidak tetap
Jumlah suku kata tidak tetap
Berima a,a;a, b atau seirama

FUNGSI

Gurindam berfungsi sebagai wahana pendidikan. Hal
ini kerana gurindam menerangkan bahawa jika ingin
berjaya dalam hidup, ilmu sangatlah penting untuk
dituntut dan mestilah bersemangat agar dapat meraih
hasil kejayaan pada masa depan.

CONTOH-CONTOH
GURINDAM

GURINDAM SERANGKAP
DUA BARIS

Sembahyanglah kalian,
Sebelum kalian disembahyangkan.

GURINDAM SERANGKAP
EMPAT BARIS

Barang siapa tiada memegang agama.
Berkali kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat.
Maka ia itulah orang yang ma’rifat.

GURINDAM BEBAS

Jika ilmu yang diperoleh tidak sempurna.
Maka hidup tiadalah berguna.
Masa muda adalah masa produktif .
Maka gunakanlah dengan efektif.
Jangan bertindak sebelum berfikir.
Agar tidak kecewa di kemudian hari.

SELOKA

Definisi

Seloka merupakan bentuk puisi Melayu
Klasik, berisi pepatah mahupun
perumpamaan yang mengandung senda
gurau, sindirian, bahkan ejekan. Menurut
Za'Ba, beliau menyatakan bahawa seloka
adalah sejenis karangan yang lebih kurang
sama dengan gurindam. Ini kerana terdapat
banyak sifat-sifat gurindam yang terdapat
pada seloka.

Bentuk Jenis

Bentuk merupakan puisi Melayu Seloka Sindiran
tradisional yang berbentuk tidak Seloka Mengejek
terikat. Seloka Menempelak
Seloka Nasihat
Tersusun dalam empat unit Seloka Pengajaran
Tidak terdapat rima yang Seloka Gurau Senda
sama Seloka Khayal

Ciri-ciri

Mempunyai 7 hingga 14 suku kata dalam satu
baris
Mempunyai 3 hingga 4 patah perkataan dalam
sebaris
Berdasarkan ejekan, luahan perasaan dan
sindiran terhadap seseorang
Menekankan aspek emosi
Terdapat berbelas-belas baris dalam 1 rangkap

Fungsi

Seloka berfungsi sebagai wahana pendidikan. Hal ini
kerana seloka menerangkan dan menekankan
kepentingan pendidikan, iaitu mempunyai ilmu
pengetahuan. demikian itu, ilmu pengetahuan
mampu menjamin masa depan seseorang yang
cerah.

CONTOH-CONTOH
SELOKA

Seloka 4 Baris

Sudah bertemu kasih sayang,
Duduk terkurung malam siang,
Hingga setapak tiada renggang,
Tulang sendi habis berguncang

Seloka 8 Baris
Lurus jalan ke Payakumbuh,
Kayu jati bertimbal jalan,
Dimana hati tak kan rusuh,
Ibu mati bapak berjalan,
Kayu jati bertimbal jalan,
Turun angin patahlah dahan,
Ibu mati bapak berjalan,
Kemana untung diserahkan

Seloka 12 Baris

Cendawan berduri robekkan kain
Ambil tambang diikat sebelah
Pikirkan diri yang belum kawin
Adakah kumbang bersedia singgah
Ambil tambang diikat sebelah
Robek menganga si kain perca
Adakah kumbang bersedia singgah
Taman bunga mekar ceria
Robek menganga si kain perca
Buat tambalan kain pengganti
Taman bunga mekar ceria
Sudah tentukan si hari jadi

3. KESIMPULAN

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

Secara kesimpulannya, puisi Melayu
Tradisional seperti pantun, syair, gurindam
dan seloka. Puisi Melayu Tradisional telah
menjadi cerminan masyarakat lama tentang
pemikiran hebat yang dikatakan sebagai
pemberi pedoman. Kepentingan puisi
tradisional sangatlah penting kerana
maklumat daripada hasil-hasil kesusasteraan
lama masih diperlukan sehingga kini. Oleh itu,
kita sebagai bangsa Melayu mestilah bangga
dan tidak melupakan puisi Melayu Tradisional
agar tidak tenggelam dek zaman.

RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa
dan Pustaka.

TERIMA
KASIH

04

05

@reallygreatsite


Click to View FlipBook Version