KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA I n t e r n e t o f T h i n g s ( I o T ) M I N G G U S I L AT U R R A H I M S e s i A k a d e m i k O go s 2023 - D i s e m b e r 2023
ISI KANDUNGAN 01 Pendahuluan 04 02 Objektif MSR 05 03 Ucapan Pengarah KKTMPJ 06 04 Ucapan Pengerusi MSR KKTMPJ 07 05 Latar Belakang, Visi dan Misi KKTMPJ 08 06 Piagam Pelanggan 09 07 Sistem Pengurusan Kualiti 10 08 NomborTelefon 11 09 Peraturan MSR 12 10 Aturcara MSR 16 11 Jadual MSR 17 12 Senarai Kakitangan Pentadbiran KKTMPJ 18 13 Senarai KakitanganAkademik KKTMPJ 19 14 Senarai Fasilitator 20 15 Ikrar Pelajar 21 16 Lagu Negaraku 22 17 Lagu MARA 23 18 Pendaftaran Sistem Penilaian Prestasi Pelajar 24 19 Penghargaan 25
Pendahuluan Selamat Datang ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya, kepada semua pelajar baru yang mendaftar untuk pengambilan sesi akademik Ogos - Disember 2023. Tahniah kerana telah berjaya ditempatkan di sini. Di sini segalanya akan bermula. Manfaatkan segala kemudahan yang disediakan untuk menimba ilmu demi kehidupan yang gemilang. Minggu Silaturrahim (MSR) mengajar anda untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan dalam komuniti. Berlatih untuk menjadi warga masyarakat yang aktif dalam mengeluarkan pendapat dan idea. Jadi MSR Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya sebagai suatu wadah permulaan yang harmoni dalam mengejar cita-cita.Pelbagai aktiviti yang menarik dan berfaedah telah diatur di sepanjang MSR ini. Oleh itu, komitmen semua adalah sangat diharapkan. Harapan kami adalah apabila anda selesai menjalani MSR, anda dapat menentukan hala tuju yang baik dalam proses pembelajaran di KKTMPJ. Semoga Berjaya.
2 3 4 1 KKTM Petaling Jaya 5 Memperkenalkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya (KKTMPJ) Membentuk sahsiah diri dan disiplin pelajar Mewujudkan semangat kerjasama dan persefahaman antara pelajar dengan warga KKTMPJ Menyesuaikan pelajar dengan suasana kehidupan dan pembelajaran di KKTMPJ Mengukuhkan pengetahuan asas Elektronik dan Bahasa Inggeris bagi menghadapi minggu pembelajaran Objektif Minggu Silaturrahim Minggu Silaturrahim dijalankan pada setiap pengambilan pelajar baharu. Objektif program ini adalah untuk: IOT IOT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan izinnya para pelajar telah terpilih untuk meneruskan pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya (KKTMPJ) bagi sesi Ogos – Disember 2023. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar. Meningkatkan taraf akademik adalah penting bagi individu agar lebih berdaya bersaing dan berkeyakinan tinggi. Justeru itu, KKTMPJ telah memantapkan silibus yang sedia ada dengan berkolaborasi bersama pihak industry. Antaranya ialah Akademi CompTIA dan Syarikat Huawei Technologies Co. Ltd. Ianya mampu melonjakkan kebolehpasaran pelajar KKTMPJ selaras dengan Industry Revolution 4.0. Terpulang kepada pelajar sama ada untuk menceburi bidang ‘global competent workforce’ , semi-professional, menyambung pengajian atau melibatkan diri dalam dunia keusahawanan. Buatlah pilhan yang bijak. Akhir kata Minggu Silaturahim ini merupakan platform untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar mengenai pelbagai aspek terutamanya cara menyesuaikan diri dan menjalani kehidupan di KKTMPJ. Aturlah strategi, belajarlah dengan tekun dan selamat mengikuti pengajian di kolej ini. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Sekian, “SELAMAT MAJU JAYA” Ts. DR MOHD NAZIF BIN MOHD BAHARUDDIN Pengarah Kolej KemahiranTinggi MARA Petaling Jaya Ucapan Pengarah KKTMPJ
Ucapan Pengerusi Minggu Silaturrahim KKTMPJ Bismillahirrahmanirrahim. Segala pujian bagi Allah S.W.T.Tuhan sekalian alam,selawat serta salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. Sukacita saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada saudara/saudari yang telah berjaya melanjutkan pelajaran Kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet/IoT) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya (KKTMPJ) bagi sesi Ogos - Disember 2023. Semoga saudara/saudari dapat merebut peluang yang diberikan ini untuk menimba ilmu dengan sebaiknya. Saya seterusnya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa Minggu Silaturahim (MSR) samaada staf mahupun pelajar yang terlibat bagi Ogos - Disember 2023 yang telah bersama-sama berganding bahu dan berkongsi buah fikiran demi menjayakan program yang telah dirancang ini. Akhir kata, sekali lagi saya mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari sebagai warga KKTMPJ. Semoga tahun ini dan pada tahun-tahun yang akan datang saudara/saudari terus menjadi aset dan pemangkin kecemerlangan di bidang kemahiran dengan berteraskan akhlak, jiwa dan rohani yang positif demi mencipta kejayaan bersama. Sekian, terima kasih. En Kamarul Nazim bin Abu Bakar Pengerusi MSR /Timbalan Pengarah (KPHP) Kolej KemahiranTinggi MARA Petaling Jaya
• Ditubuhkan pada tahun 1972 dan dikenali sebagai Institut Kemahiran MARA Petaling Jaya. • Kursus awalan yang di tawarkan adalah Rekaan Fesyen dan Solekan / Hiasan Rambut 1982 – Lukisan Mekanikal dan Lukisan Senibina 1986 – Elektronik Industri & Elektronik Instrumentasi 1991 – Elektronik Radio/TV 1995 – HND in Electronic Engineering (Swansea) 2001 – HND in Electronic Engineering (EDEXCEL) 2011 – Pearson BTEC Level 5 HND Diploma in Electronic Engineering (PEARSON) 2019 – Diploma in Electronic Engineering (Internet of Things) L a t a r B e l a k a n g K K T M P J
KKTMPJ VISI Menjadi organisasi pendidikan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa MISI Membentuk modal insanTVET yang holistic dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan
KKTMPJ berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan tumpuan terhadap perkaraperkara berikut: i. Menguruskan pendaftaran setiap pelajar baharu dalam tempoh masa dua (2) jam. ii. Memastikan pembayaran elaun pelajar disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas dokumen pendaftaran lengkap diterima. iii. Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa dua (2) minggu selepas Mesyuarat Senat BKT yang terakhir. iv. Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa lima belas (15) minit. v. Menjawab setiap panggilan telefon dalam tempoh masa tiga (3) deringan. vi. Membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh masa empat belas (14) hari bermula dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap. vii. Membuat pembayaran tuntutan perjalanan kepada warga kerja dalam tempoh masa empat belas (14) hari bermula dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap. viii.Memberi maklum balas kepada pertanyaan bertulis pelanggan dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan pertanyaan. ix. Memberi maklum balas aduan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh penerimaan surat atau aduan pelanggan. Piagam Pelanggan
Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya mengamalkan sistem pengurusan berkualiti dalam mengurus dan mentadbir kolej ini. KKTMPJ juga dianugerahkan dengan persijilan MS ISO 9001:2015 DASAR KUALITI Kami beriltizam untuk menjadi peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam melahirkan modal insan global yang berintegriti, kompeten dan berinovasi serta berpotensi menjadi teknousahawan dengan mematuhi dan berterusan meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti. OBJEKTIF KUALITI Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif-objektif kualiti ditetapkan bagi setiap peringkat yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti iaitu: i. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan pelajar semester akhir lulus dan dianugerahkan dengan Diploma. j. Memastikan sekurang-kurangnya 98% daripada pelajar mencapai Purata Mata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.0 dan ke atas bagi setiap semester. iii. Memastikan sekurang-kurangnya 98% daripada pelajar mencapai Purata Mata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.0 dan ke atas bagi setiap semester. iv. Memastikan warga kerja menghadiri sekurang-kurangnya tujuh (7) hari Kursus Peningkatan Profesionalisma dalam masa satu (1) tahun. v. Memastikan sekurang-kurangnya 95% pensyarah mendapat markah 80% dan ke atas dalam penilaian pengajaran oleh pelajar di akhir setiap semester. vi. Melaksanakan program keusahawanan pelajar sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun. vii. Menyertai pertandingan/program inovasi dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
NomborTelefon TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL AKADEMIK Dr. Suzilasahibatul 019 9825833 KETUA JABATAN PENGAJIAN AM Puan Norashikin Binti MhdYatim 012 2104423 PENGARAH Ts. Mohd Nazif Bin Baharudin 019 270 4403 KETUA JABATAN ELEKTRONIK Puan Rosani Binti Jusoh 012 3771579 WARDEN DALAM (P) Cik Nur Aishah Binti Zainuddin 013 9323678 WARDEN DALAM (L) Encik Firdaus Bin Yahya 017 3574857 TIMBALAN PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN & HAL EHWAL PELAJAR En Kamarul Nazim Abu Bakar 013 3405484 PENTADBIRAN PENTADBIRAN AKADEMIK AKADEMIK WARDEN WARDEN
Peraturan MSR KKTMPJ 1. PENDAHULUAN 1.1 Matlamat diadakan Minggu Silaturrahim bertujuan untuk memupuk sifat persaudaraan diantara pelajar baru dan seluruh warga Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya 1.2 Untuk menjaga keharmonian di antara pihak Urusetia dengan pelajar, maka dengan itu perkara-perkara yang akan diterangkan di bawah mestilah difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar. 2. URUSETIA 2.1 Urusetia adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Minggu Silaturrahim (MSR) dan fasilitator Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya. Urusetia akan membantu perjalanan Minggu Silaturrahim. Semua pelajar yang menyertai Minggu Silaturrahim diwajibkan memakai tanda nama yang diberikan dan dipakai pada setiap masa. 2.2 Urusetia juga ada menyediakan bantuan asas kecemasan. Sila laporkan kepada pihak urusetia jika berlaku sesuatu kemalangan.
3. LARANGAN 3.1 Pelajar tidak dibenarkan melanggar mana-mana arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 3.2 Penjaga/pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan atau tempat di mana program sedang dijalankan. 3.3 Pelajar dilarang sama sekali menghisap rokok/vape atau mengambil bendabenda yang mengkhayalkan. 3.4 Semua jenis senjata seperti pisau, parang, senjata api adalah dilarang untuk dibawa atau disimpan oleh pelajar. 3.5 Dadah dan minuman keras adalah ditegah daripada disimpan atau digunakan oleh pelajar. Tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas mana-mana pelajar yang melanggar peraturan tersebut 3.6 Semua jenis perjudian atau pertaruhan adalah ditegah ke atas semua pihak yang terlibat.
4. ARAHANTETAP 4.1 Semua pelajar yang mengikuti Minggu Silaturrahim adalah tertakluk kepada semua arahan yang telah ditetapkan dan juga arahan yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa. 4.2 Demi menjaga dan mengawal disiplin serta perhubungan di antara semua pelajar program Minggu Silaturrahim dengan pihak Urusetia, perkara-perkara yang akan diterangkan di bawah hendaklah difahami dan dipatuhi. 4.2.1 Ketetapan Masa Semua pelajar hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan di dalam program Minggu Silaturrahim. a. Ceramah/Taklimat/LDK/Lawatan b. Waktu Solat 4.2.2 Peraturan Perbarisan Semua pelajar dikehendaki berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh Urusetia. Perbarisan akan dikelolakan oleh Penghulu yang telah dilantik dan program ini akan diikuti dengan: a. Doa Selamat b. Lagu Negaraku c. Lagu MARA e. LaguWarisan
MAJLIS PENUTUP MSR OGOS - DIS 2023 TARIKH :28 OGOS 2023 | JUMAAT TEMPAT : LECTURE THEATRE ATURCARA MAJLIS 8:15 pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis : Bacaan Yasin Perdana dan Doa Nyanyian Lagu: i. Negaraku ii. Lagu MARA :Ucapan perasmian & Penutup oleh Pengarah KKTMPJ :Persembahan Pelajar Baharu :Montaj :Bacaan Ikrar oleh Pelajar Baharu :Penyampaian Hadiah 10.30 pagi : Majlis Tamat 10.30 pagi : Program UKFA semua pelajar baharu di Dewan Gemilang
S E N A R A I K A K I TA N G AN (P E N TA DB IR AN ) BIL NAMA GRED JAWATAN 1 Ts. Dr. Mohd Nazif Bin Mohd Baharuddin DV54 Pengarah 2 Dr. Suzilasahibatul Akhmar Bt Ahmad DV52 Timb. Pengarah (HEA) 3 Kamarul Nazim Bin Abu Bakar E48 Timb. Pengarah (KPHP) 4 Wan Yuslaini Bt Wan Abdullah E44 Peg. Kaunseling & Kerjaya 5 Wan Faizah Bt Wan Abdullah DV36 Pen. Peg. Lat. Vokasional (K) 6 Fathiahnoor Bt Hassan DV29 Pem. Peg. Lat. Vokasional 7 Mohd Hamdi Bin Shafawi DV29 Pem. Peg. Lat. Vokasional 8 Mohd Kaswadi Bin Shamsudin DV29 Pem. Peg. Lat. Vokasional 9 Ezuardi Bin Rashid FA29 Pen. Peg. Sistem Maklumat (KUP) 10 Nur Fazsha Bt Razali FA29 Pen. Peg. Sistem Maklumat 11 Abd Jalil Bin Tahir @ Jamhari H11 Pemandu Kenderaan 12 Megat Mohd Mueiz Bin Megat Mohd Nazri H11 Pemandu Kenderaan 13 Omar Bin Harun H11 Pemandu Kenderaan 14 Ahmadkhairi Bin Ishak J19 Pen. Jentera Elektrik 15 Mohd Arif Bin Ahmad JA29 Pen. Jurutera 16 Che Ab Manaf Bin Che Mat N11 Pembantu Operasi 17 Muhamad Azim Bin Mohamed Radzi N11 Pem. Operasi 18 Ain Muzaima Bt Abd Gani N19 Pem. Tadbir (P/O) 19 Firdaus Bin Yahya N19 Pem. Tadbir Am 20 Nurhafizah Bt Abdul Latef N19 Pem. Tadbir (P/O) (Setiausaha) 21 Siti Norbaizura Bt Shahriman N19 Pem. Tadbir (P/O) 22 Nurhayati Bt Safeain N22 Pem. Tadbir (P/O) (K) 23 Suwaydah Bt Masungut N22 Pem. Tadbir (P/O) (KUP) 24 Syahrul Azhan Bin Saidin N22 Pem. Tadbir (P/O) (KUP) (Asrama) 25 Siti Faridah Bt Ahmad Dammuri N32 Pen. Pegawai Tadbir (K) 26 Lily Hayati Binti Moktar W19 Pem. Tadbir (Kew.) 27 Mohamad Shahirun Nashir Bin Abd Raapar @ Abd Ghafar W19 Pem. Tadbir (Kew.) SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN KKTM PETALING JAYA
S E N A R A I K A K I TA N G AN (A K A D E M IK ) BIL NAMA GRED JAWATAN 1 Anwar Bin Mohd Abd Mahi DV44 Peg. Lat. Vokasional 2 Emylia Bt Abdul Latib DG44 Peg. Perkh. Pendidikan Matematik 3 Fairuz Safirah Bt Mohamad DG44 Peg. Perkh. Pendidikan Bahasa Inggeris 4 Hablillah Bin Mohd Hazim DV44 Peg. Lat. Vokasional (K) 5 Hasmah Bt Setia DG44 Peg. Perkh. Pendidikan Pengajian Malaysia 6 Hasrulnizam Bin Hashim DV44 Peg. Lat. Vokasional 7 Khairul Muslim Bin Nordin DV41 Peg. Lat. Vokasional 8 Mohamad Fauzi B Mohd Lazim DV44 Peg. Lat. Vokasional 9 Mohd Esta-Husna Bin Zainal DV44 Peg. Lat. Vokasional 10 Mohd Faizal Bin Rajab DG44 Peg. Perkh. Pendidikan Agama Islam 11 Mohd Haniez Bin Md Akhair DG44 Peg. Perkh. Pendidikan Bahasa Inggeris 12 Muhammad Hafif Bin Abdul Hamid DV44 Peg. Lat. Vokasional 13 Noorhisyam Bin Razali DG48 Peg. Perkh. Pendidikan Keusahawanan 14 Noran Zahrine Bin Zainal DV44 Peg. Lat. Vokasional 15 Norashikin Bt Mhd Yatim DG44 Ketua Jabatan 16 Norazuin Bt Md Ayob DV44 Peg. Lat. Vokasional 17 Nordiana Bt Mohamed Alias DV38 Pen. Peg. Lat. Vokasional (K) 18 Norhayati Bt Abdul Rahman DG48 Peg. Perkh. Pendidikan Matematik 19 Norma Bt Mahmood DG48 Peg. Perkh. Pendidikan Matematik 20 Nur Aishah Bt Zainuddin DV41 Peg. Lat. Vokasional 21 Nur Akmal Bt Saary DV44 Peg. Lat. Vokasional 22 Nur Ana Bt Yusoff DV36 Pen. Peg. Lat. Vokasional (K) 23 Rohana Bt Mokhtar DV36 Pen. Peg. Lat. Vokasional (KUP) 24 Rosani Bt Jusoh DV48 Ketua Program 25 Suhaimi Bin Zakaria DV44 Peg. Lat. Vokasional 26 Zafrina Bt Abdullah DV44 Peg. Lat. Vokasional 27 Zamzida Bt Zainol Abidin DG44 Peg. Perkh. Pendidikan Pengajian Malaysia SENARAI PENSYARAH KKTM PETALING JAYA
S E N A R A I F A S I L I T A T O R M S R S E S I O G O S – D I S 2023
IKRAR PELAJAR-PELAJAR BAHARU KKTM PETALING JAYA SEMESTER OGOS - DISEMBER 2023 BAHAWASANYA KAMI PARA PELAJAR BAHARU KKTM PETALING JAYA BAGI SESI OGOS - DISEMBER 2023 DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SEPENUH TENAGA DAN ILTIZAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PENUH MOTIVASI DAN INSPIRASI KAMI BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN SENTIASA MENJAGA SAHSIAH DAN DISIPLIN DIRI DENGAN MEMATUHI SEGALA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK KELUARGA, KOLEJ DAN MARA DI SEPANJANG MASA KAMI BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN SENTIASA MEMANFAATKAN SEPENUHNYA PELUANG DAN MASA YANG ADA UNTUK MENGGAPAI IMPIAN DAN KECEMERLANGAN DIRI, SEBAGAI AHLI TEKNOLOGIS DAN TEKNOKRAT NEGARA
Lagu Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta
Lagu MARA Demi satu keunggulan Bangsa yang berdaulat Sebuah lambang menawan puncak jaya Perkasa di persada dunia Obor para cendekia Merentas masa hadapan Usahawan jaya tercipta bahagia Maju MARA maju jaya MARA perkasa, Menjunjung amanah rakyat Memayungi bangsa dan negara Bersemangat perintis penuh yakin Demi satu amanah mulia MARA perkasa, Menjunjung amanah rakyat Memayungi bangsa dan negara Penuh keyakinan demi satu Amanah mulia. “Amanah Rakyat”
Penghargaan Pengerusi Dan Ahli-ahli Jawatankuasa Minggu Silaturrahim Sesi Akademik Ogos – Disember 2023 Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Pengarah Timbalan Pengarah (KPHP) Timbalan Pengarah (HEA) Penolong PegawaiTadbir Kanan Ketua Program, Ketua Jabatan Pensyarah dan semua staf Fasilitator-fasilitator Penceramah - penceramah Jemputan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Yang telah memberi sokongan dan kerjasama secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Program Minggu Silaturrahim Sesi Akademik Ogos – Dis 2023
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya I o T NO. 12, JALAN TEMPLER, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR TEL: 03-77828971 FAX: 03-77835379