APRIL 2020
EDISI KHAS
Perintah
Kawalan Pergerakan
Malaysia 2020 KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
PETALING JAYA
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
Perintah Kawalan
Pergerakan
KKTM Petaling Jaya Laksana
e-Pembelajaran
Program Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Objek Rangkaian Internet)
yang ditawarkan di KKTM Petaling Jaya ini secara
umumnya akan memberikan pendedahan berkenaan keseluruhan eko-sistem
Objek Rangkaian Internet atau dikenali sebagai Internet of Things (IoT). Program
ini merupakan kombinasi daripada bidang kejuruteraan elektronik dan komputer.
SENSORS connectivity I0t platform applications
I0T Eco-System
pengenalan Iot platforms
Pelajar akan didedahkan dengan perkakasan
elektronik yang berkaitan yang boleh
berhubung melalui rangkaian internet. Setelah
itu pelajar juga akan menggunakan perisian-
perisian yang berkaitan untuk membuat
pengekodan supaya perkakasan elektronik I0t tools & services
boleh berinteraksi dengan perisian melalui
aplikasi mudah alih dan laman web yang
dibangunkan sendiri. Selain itu, pelajar akan
mempelajari sistem pangkalan data sebagai
teknologi perisian tengah yang diperlukan
oleh eko-sistem IoT ini. Cyber security dan big
data analytics juga diajar kepada pelajar
supaya mereka dapat menguruskan data
dengan lebih selamat dan berkesan.
…dan banyak lagi
iot @ Silibus kursus
1 2 3 Embedded Systems 4 Signals & Systems 5
Sensor Technologies Mobile Computing Cyber Security
Introduction to Internet of Things Programming Language Digital Communication & Big Data Analytics Industrial Training
Networking Technologies Database Management
Web Development System
andemik Covid-19 adalah merupakan krisis kesihatan terbesar
yang sedang dihadapi oleh seluruh dunia pada ketika ini.
PSejak kemunculannya di Asia akhir tahun 2019, virus ini telah
menyebar ke setiap benua kecuali Antartika. Kes meningkat setiap hari
di seluruh dunia. Bagi membendung penularan penyebaran penyakit
berjangkit ini, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif
dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18
Mac 2020 bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di
Malaysia.
Rentetan dari pelaksanaan PKP ini, KKTM Petaling Jaya juga turut
terkesan dalam urusan harian kolej terutamanya bagi aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka dengan pelajar
mahupun untuk berhubung di antara pensyarah ekoran penutupan
sementara semua institusi pengajian tinggi serta institusi pendidikan
awam dan swasta.
Bagi memastikan sistem pendidikan tidak terhenti walaupun seluruh
dunia dikejutkan dengan pandemik ini, Pertubuhan Pendidikan, Sains
dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
mengesyorkan penggunaan pelbagai teknologi untuk memastikan
kesinambungan pembelajaran.
Platform pembelajaran dalam talian untuk pensyarah berinteraksi
dengan pelajar dan memberi latihan secara maya seperti Google
Classroom, Padlet, Zoom, YouTube dan sebagainya telah
mendedahkan kepentingan teknologi digital dalam kehidupan rakyat
dan kesan positif daripadanya. Apa yang boleh disimpulkan ialah ada
hikmahnya di sebalik krisis akibat penularan penyakit Covid-19 ini.
Tidak dinafikan e-pembelajaran memberi banyak kesan positif kepada
pensyarah dan pelajar. Namun begitu pembelajaran dalam talian ini
masih belum mencapai tahap yang memuaskan kerana isu utama
yang dihadapi ialah capaian internet dalam kalangan pelajar yang
masih lagi rendah.
Google Classroom adalah satu aplikasi untuk
pendidikan oleh Google yang mesra pengguna
dan ringan. Aplikasi ini telah dilancarkan pada
6 Mei 2014. Selain daripada ia adalah percuma,
terdapat banyak manfaat penggunaan Google
Classroom dalam mewujudkan suasana dan
kaedah pembelajaran yang seiring dengan
Pembelajaran Abad ke -21 (PAK21).
Sehubungan dengan itu KKTM Petaling Jaya telah mengambil
inisiatif melaksanakan e-pembelajaran menggunakan Google Classroom
untuk pelajar Semester 1. Antara kursus yang terlibat adalah seperti Electric
Circuits, Digital Electronics Fundamental, Introduction to Internet of Things
(IoT), Physics 1 dan Engineering Mathematics 1.
Aplikasi Google Classroom memberikan banyak manfaat sama ada kepada
pensyarah mahupun pelajar. Antaranya termasuklah:-
i. Mudah Mengadakan Kelas – Pensyarah boleh mewujudkan seberapa
banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar, nama dan sebagainya.
ii. Mudah Menyediakan/Memberi Tugasan - Pensyarah boleh
menyediakan tugasan untuk diberikan kepada pelajar. Dengan tugasan
menggunakan Google Docs, pensyarah dapat membina satu templat
bagi jawapan pelajar secara individu.
iii. Mudah Memberi Penilaian - Pensyarah boleh menilai tugasan pelajar
dan memberi markah dengan mudah.
iv. Mudah Memberi Maklumbalas – Setiap
tugasan mempunyai ruang maklumbalas.
Pelajar dapat mengetahui perkara yang perlu,
membuat pembetulan atau diperbaiki.
v. Mudah Membuat Pengumuman - Pada bahagian
Class Stream, pensyarah boleh membuat sebarang
pengumuman seperti fungsi news feed di dalam
Facebook.
vi. Mudah Diakses Di Mana-Mana Sahaja - Google Classroom
boleh diakses di semua peranti Android, iOS dan komputer yang
mempunyai pelayar internet. Hanya dengan hanya menggunakan
akaun gmail sebagai ID.
Selain dari itu terdapat juga aplikasi
Microsoft Teams yang boleh digunakan
untuk berinteraksi yang merangkumi
platform komunikasi yang menggabungkan
mesyuarat, sembang, panggilan, dan
perkongsian fail dengan timbunan aplikasi
Office 365 untuk menyatukan semua
pengguna di ruang kerja bersama. Namun,
untuk penggunaan yang lebih optimum,
setiap ahli memerlukan akaun berdaftar
Microsoft untuk log masuk.
Antara kelebihan Microsoft Teams ialah :-
Menawarkan perkongsian kolaborasi yang lebih nyata. Setiap ahli
meeting boleh menulis di atas satu whiteboard yang sama. Ia berguna
untuk pelajar berkongsikan hasil penulisan / jawapan / latihan mereka
secara langsung dan pensyarah boleh terus melakukan semakan. Selain
itu, pensyarah juga boleh meminta pelajar-pelajar yang lain untuk turut
membuat semakan.
Boleh berkongsi skrin desktop / power point / whiteboard dan boleh
juga membuat carian fail yang ingin dikongsikan dengan ahli yang lain.
Boleh memuat naik pelbagai format fail di
Teams. Semua bahan ini akan tersimpan
dan mudah untuk menjadi rujukan semua ahli
pada bila-bila masa.
Saiz kapasiti storan yang lebih besar
Boleh menyimpan sesi perbincangan yang dijalankan (untuk rujukan di
kemudian hari atau kepada sesiapa yang tidak dapat hadir)
Menjadi tapak asas berpusat bagi semua collaborative teams yang di
sertai
Walaupun kebanyakan pensyarah KKTM Petaling Jaya
menggunakan Google Classroom sebagai medium
untuk berhubung secara maya dengan pelajar, namun
tidak dinafikan juga ada diantara pensyarah yang
menggunakan aplikasi yang lain seperti Padlet.
Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menulis
pendapat mereka melalui nota lekat elektronik (seperti sticky note) pada
dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Pelajar boleh menaip pada
nota lekat elektronik dan juga menggabungkannya bersama imej, audio
atau video.
Padlet juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, senarai perkara
yang perlu dilakukan, koleksi maklum balas dan sebagainya. Dengan
menggunakan aplikasi ini, ia membolehkan pelajar lebih aktif dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran seiring dengan dunia teknologi maklumat
dan tidak hanya terlalu bergantung kepada proses Pengajaran dan
Pembelajaran secara tradisional.
Antara muka Padlet sangat mudah dan ringkas. Ia benar -benar mewakili
dinding kosong yang membolehkan pelajar mengisi atau menulis pelbagai
perkara dikehendaki seperti mengemukakan pendapat berdasarkan soalan
yang diberikan oleh pensyarah.
Antara kelebihan Padlet dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
termasuklah:
PdP menjadi lebih menarik dan interaktif
Pelajar terlibat secara kolaboratif
Pelajar dapat mengawal sendiri aktiviti mereka
Memberi peluang sama rata antara pelajar dalam kumpulan dalam
menyumbangkan idea mereka ataupun dalam memberi maklum balas
terhadap sesuatu idea.
Menjana idea melalui kaedah sumbang saran
Membenarkan pelajar mengulangkaji semula pelajaran selepas P&P
Dinding digital yang membolehkan pelajar menulis apa sahaja idea
berkenaan pembelajarannya sama ada melalui teks, gambar, video,
audio ataupun pautan web. Pelajar lain turut boleh memberikan komen
atau respon berkenaan perkongsian tersebut.
Tidak dinafikan semakin hari laman web
YouTube semakin popular dan banyak
membantu dan digunapakai dalam pelbagai
bidang seperti bertujuan profesional,
pendidikan, komersial, keagamaan, pemasaran,
komedi, muzik, rakaman isu-isu semasa,
rakaman konsert dan banyak lagi.
Oleh itu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di
KKTM Petaling Jaya juga tidak terkecuali dari
menggunakannya bagi tujuan berkenaan.
Antara kebaikan menggunakan laman web YouTube ini ialah mudah untuk
berkongsi dengan pengguna aplikasi lain seperti aplikasi Facebook, Twitter,
ataupun dihantar melalui e-mel. Contohnya, di setiap bawah video akan
terdapat pilihan perkongsian pengguna. Oleh itu, pengguna dengan
mudah menekan pada butang Like dan mengesyorkan kepada rangkaian
aplikasi yang lain.
Dengan cara ini juga, laman media sosial boleh memaksimumkan kapasiti
perkongsian video pengguna. Selain itu, kebaikan laman web YouTube
ialah boleh didaftarkan dan digunakan secara percuma seumur hidup.
Tiada bayaran pendaftaran mahupun lain-lain bayaran yang dikenakan.
Quizizz merupakan satu aplikasi atas talian yang
boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti
berbentuk kuiz. Quizizz turut menjadi pilihan
ramai pensyarah di KKTM Petaling Jaya sebagai
platform pengajaran terutamanya di akhir sesi
kelas bagi mengimbas keberkesanan hasil
pembelajaran tersebut, selain daripada sebagai
latihan semasa sesi tutorial.
Tidak hanya itu, Quizizz turut
digunakan sebagai platform
bagi pelajar menjalani e-
assessment ataupun e-ujian
sebagai salah satu penilaian
berterusan. Penggunaan yang
mudah dan kaedah
penggunaan aplikasi ini yang
menyerupai permainan
merupakan antara ciri-ciri
terbaik yang ditawarkan oleh
aplikasi ini.
Perkongsian set soalan yang
sangat banyak melalui
komuniti pengguna turut
menjadi tarikan dimana pelbagai soalan di dalam pelbagai bidang terdapat
didalam library Quizizz. Lebih menarik, konsep permainan atas talian secara
langsung boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja walau dimana mereka berada
hanya dengan akses internet mudah.
Quizizz turut berkolaborasi bersama Google Classroom bagi
menggabungjalinkan penggunaan bahan latihan dan pengurusan latihan
yang lebih berkesan.
Kaedah pembelajaran atas talian sedang pesat
membangun dalam era pembelajaran abad ke-21. Seiring
dengan perkembangan teknologi global, pendidikan dapat
diperluaskan dengan menerapkan unsur pembelajaran
sepanjang hayat yang memberi peluang kemudahan akses
kepada setiap individu secara meluas. Sejajar dengan itu,
wujudnya salah satu budaya integrasi teknologi dalam e-
pembelajaran melalui teknologi Massive Open Online Courses
(MOOC). Pembelajaran atas talian dapat mewujudkan interaksi,
komunikasi sosial dan penghayatan dalam pembelajaran di antara
pengajar dan pensyarah melalui jarak jauh atau distance learning.
Zoom merupakan sebuah perisian persidangan video
berasaskan web yang sangat popular kebelakangan ini dan
menjadi antara pilihan pensyarah KKTM Petaling Jaya bagi
mengendalikan kelas atas talian termasuklah kursus English
for Communication. Persidangan video ini membolehkan
pensyarah dan pelajar untuk berkomunikasi antara satu
sama lain secara langsung walaupun berjauhan. Selain
daripada itu, pengguna juga boleh memilih untuk merakam
sesi komunikasi antara satu dengan yang lain sebagai
rujukan di masa hadapan.
Facebook yang biasanya digunakan untuk hubungan sosial dan sebagai
hiburan, kini boleh juga digunakan untuk aktiviti pembelajaran. Melalui
Facebook pensyarah boleh menyimpan rakaman langsung sesi
pembelajaran, berkongsi maklumat tambahan, berinteraksi dengan
pelajar yang lain dan sebagainya. Pensyarah Keusahawanan turut
menggunakan platform ini bagi aktiviti flash sale para pelajar melalui
kursus Start-Up Business.
Kahoot! Mengetengahkan konsep pembelajaran modul
teori yang berasaskan permainan yang disediakan secara
atas talian. Ia boleh dicapai menggunakan komputer,
tablet dan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Aplikasi
ini berupaya merangsang fokus pelajar, menjadi alat
interaktif yang berkesan dalam proses PdP, menjadikan
suasana kelas lebih menyeronokkan dan membina
persaingan yang positif.
Penggunaan aplikasi Kahoot dapat
meningkatkan motivasi pelajar dan
merupakan salah satu kaedah yang
bagus untuk melihat tahap
pencapaian pembelajaran pelajar
di dalam bilik kuliah.
Sebagaimana yang telah kita maklumi, MARA telah menangguhkan
sesi pengajian secara fizikal di semua institusi pendidikan MARA
(IPMA) susulan dari arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Bagi merealisasikan amanah perkhidmatan secara dari rumah atau
Work from Home (WFH), para pensyarah KKTM Petaling Jaya
meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan penilaian
secara atas talian bersama para pelajar. Selain itu, mereka turut
mengambil inisiatif bagi menyertai sesi-sesi webinar yang dianjurkan
oleh pelbagai pihak termasuklah oleh MARA Digital Learning,
CompTIA dan Pendidik Digital MY. Ini memberikan kelebihan kepada
mereka bagi mendalami pengetahuan di dalam bidang-bidang yang
berkaitan.
Tidak ketinggalan juga, Jawatankuasa Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) turut menganjurkan kursus jangka pendek / perkongsian secara
atas talian. Kursus jangka pendek yang akan dijalankan dalam tempoh
PKP turut melibatkan kemahiran berkaitan Internet of Things (IoT).
Semoga usaha ini mampu memberi nilai tambah yang lebih lagi buat
para pensyarah sekaligus memberikan impak di dalam proses PdP di
masa akan datang.
APA KATA
MEREKA
Pn. Norma binti Mahmood
Pensyarah
Jabatan Pengajian Am
KKTM Petaling Jaya
E-pembelajaran pada masa kini merupakan satu keperluan,
contohnya pada ketika pensyarah tidak berpeluang meneruskan
pengajaran bersemuka atas sebab-sebab tertentu termasuklah
ketika situasi yang tidak dijangkakan seperti pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan, berkursus atau mempunyai
urusan segera. Dengan adanya e-pembelajaran, sesi PdP tetap
dapat dijalankan secara jarak jauh walau dimana saja berada
termasuklah bagi kursus Engineering Mathematics 1.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kekangan yang
masih perlu diatasi bagi melancarkan proses e-pembelajaran
seperti masalah capaian internet, dan keupayaan pelajar serta
pensyarah dalam menerima perubahan teknologi bagi proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Pada pendapat saya, kita masih belum sepenuhnya bersedia
bagi era e-pembelajaran ini atas beberapa faktor termasuklah
dari aspek kesediaan infrastruktur dan kemahiran pelaksanaan.
Namun begitu, tidak dinafikan dengan adanya e-pembelajaran,
penyampaian proses PdP dapat disempurnakan walaupun
bukan secara bersemuka bersama pelajar.
Hani Kiasatina binti Hassan
Pelajar
KKTM Petaling Jaya
Bagi saya e-pembelajaran ini adalah menyeronokkan kerana
kami dapat meneroka penggunaan aplikasi baru seperti ZOOM
Cloud Meeting. Ini merupakan pengalaman pertama saya
menggunakan aplikasi ZOOM bagi kelas atas talian bersama
pensyarah. Selain ZOOM terdapat aplikasi lain juga yang
digunakan seperti Microsoft Teams. Namun begitu, akses
internet yang baik amat diperlukan untuk menggunakan
aplikasi tersebut dan ini mungkin memberikan sedikit
kekangan bagi sesiapa yang mempunyai masalah
mendapatkan akses.
Selain itu, kami juga berpeluang menduduki e-assessment
menggunakan platform seperti Quizizz, dan melakukan
pembentangan serta perbincangan forum di platform ZOOM.
Alhamdulillah setakat ini semua berjalan dengan lancar.
Tugasan juga turut dihantar secara salinan lembut (softcopy)
kepada pensyarah melalui e-mel atau platform Google
Classroom. Semua pensyarah dan pelajar memberikan
komitmen yang terbaik dalam memastikan proses
pembelajaran dapat diselesaikan walaupun sedang dalam
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
En. Hablillah bin Mohd Hazim
Pensyarah
Jabatan Teknikal
KKTM Petaling Jaya
Bagi melaksanakan e-pembelajaran, adalah perlu untuk
memastikan capaian internet disediakan dan dapat diakses oleh
semua pelajar terutamanya dari golongan B40. Pemilihan
aplikasi (mobile app) yang mudah dan sesuai juga boleh
dilakukan supaya pelajar dapat mempelajari sesuatu
pembelajaran walau hanya dengan penggunaan telefon pintar
sahaja. Bagi kursus Electric Circuits, antara aplikasi yang dipilih
adalah ‘Electric Circuit Studio’ dan ‘Every Circuit’ kerana
mempunyai kesesuaian bagi tujuan simulasi litar.
Selain itu, pensyarah juga boleh memuatnaik atau berkongsi
pautan video pengajaran yang bersesuaian bagi tujuan
pembelajaran. Inisiatif kolej untuk membekalkan komponen
atau modul perkakasan elektronik seperti perintang, LED,
pengawal mikro Arduino, papan litar dan lain-lain boleh
membantu pelajar untuk melakukan aktiviti praktikal yang
mudah berdasarkan rujukan yang diberi.
Namun begitu, pendekatan e-pembelajaran bagi pembelajaran
bersifat praktikal masih belum dapat memenuhi keperluan bagi
mengasah kemahiran pelajar. Pembelajaran secara bersemuka
dan demonstrasi adalah lebih efektif bagi mencapai objektif
berbentuk psikomotor.
Megat Imran Hafiz bin Jamil
Pelajar
KKTM Petaling Jaya
KKTM Petaling Jaya has been adapting e-learning since the
beginning of the semester and now during the Movement
Restriction Order (MRO) period. Me and my friends are able to
attend the online classes conducted by the lecturers.
Interesting part is when it is not limited to a single platform to
be used for e-learning. We used ZOOM Cloud Meeting as well
as the Microsoft Teams. There are also classes that has been
conducted through YouTube Live which is convenient for the
students to attend. Apart of the simplicity to join via a single
link, the recorded videos can also be viewed again after
classes.
The e-assessments are conducted by distributing online
assignments to the students. Apart of that, quizzes are also
conducted in a particular date and time where all students
participated simultaneously.
Anyway, the handiness of using these methods are mostly
relying on the students’ internet availability around their area.
But to me, during the MRO, e-learning is definitely the most
convenient way to be applied remotely especially in
responding to the modern technology era.
Jantina Bil. Ahli Keluarga Pendapatan Isi Rumah Keluarga
1
4 5 3 3 3 3
6 2
8 1 0
11 0
Bawah RM1,000
RM 1,001 - RM 3,000
Lelaki Perempuan 2 - 3 4 - 5 6 - 8 RM 3,001 - RM 5,000
RM 5,001 - RM 6,000
RM 6,001 - RM 8,000
15 Bilangan Responden 73%
Mahir Menggunakan Aplikasi e-Pembelajaran
93%
Memiliki Komputer
(Desktop/Laptop/Tablet)
100%
100% Mempunyai Telefon Pernah Mengikuti Sesi e-Pembelajaran
Pintar
87%
Mempunyai Akses 100%
Internet di Rumah
Pernah Diberi / Menghantar Tugasan Atas Talian
87% Melanggan
Pelan Data Internet
93%
Berminat Mengikuti e-Pembelajaran
petalingjaya.kktm.edu.my
tvetmara.edu.my
KKTM Petaling Jaya
@iotkktmpj
KKTM Petaling Jaya
Scan Me
@iotkktmpj
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
No. 12, Jalan Templer,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-77828971
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
Terbitan Khas:
Jawatankuasa E-Learning KKTM Petaling Jaya
2020