Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Pelajar di dapati tidak
29. mendaftar keluar/masuk 20/pelajar
semasa Outing
20/pelajar Sekiranya pelajar tidak
mengaku, ke semua
30. Memiliki peralatan memasak pelajar akan dikenakan
denda RM 10/pelajar dan
demerit 10/pelajar
20/pelajar Sekiranya pelajar tidak
mengaku, ke semua
31. Aktiviti memasak di dalam dan pelajar akan dikenakan
kawasan bilik asrama
denda RM 20/pelajar dan
demerit 20/pelajar
Memaku/ menampal poster di 20/pelajar di
32. pintu/di dinding tanpa dalam bilik/dorm
kebenaran
Penyusunan bergantung
Mengalih peralatan kepada ketetapan
kemudahan perabot asrama 10/pelajar KKTM/MJII/IKM. Pelajar
33.
di dalam bilik/dorm perlu menyusun semula
kemudahan tersebut
selepas di denda
Mengalihkan peralatan dan 20/pelajar Pelajar perlu menyusun
kemudahan lain ke dalam bilik
34. semula kemudahan
asrama tersebut selepas di denda
Membawa/menyimpan
35. kenderaan di dalam bilik/ 10/pelajar
tempat tidak dibenarkan
Tidak mendaftar barang‐ Ketetapan peralatan
36. barang atau peralatan elektrik 20/pelajar elektrik bergantung kepada
yang dibenarkan ketetapan KKTM/MJII/IKM
Tilam dan Bantal tidak 10/pelajar
37.
bercadar/bersarung
Tukar bilik/dorm asrama 20/pelajar
38.
tanpa kebenaran
Membenarkan orang luar dan
39. pelajar luar asrama menginap 20/pelajar
di bilik asrama
Pelajar tidak mempamerkan / RM 10/pelajar di
40. menanggalkan nama dalam bilik/dorm
penghuni bilik di pintu
Pelajar tidak hadir roll call 10/pelajar
41. Jabatan/Program dan
Senaman Pagi
Tidak memakai kad matrik 10/pelajar
42.
pelajar di dalam kolej
Pelajar hadir lewat melebihi 10/pelajar
43.
15 minit ke kelas
Menggunakan Alat 10/pelajar
44. Komunikasi Mudah Alih
dengan kegunaan yang tidak
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 42
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
bersesuaian ke dalam dewan
peperiksaan ataupun kelas
Menggunakan kad pelajar 20/pelajar
45.
lain untuk tujuan tertentu
10/pelajar Sekiranya pelajar tidak
Mengganggu ketenteraman mengaku, ke semua
awam (bising) di dalam pelajar di bilik/dorm/aras
46.
kawasan asrama/ kawasan akan dikenakan denda
sekitar IKM/KKTM/MJII RM 10/pelajar atau demerit
10/pelajar
Pelajar tidak berpuasa di 10/pelajar
47.
bulan Ramadhan
4.4 Semua hukuman dan kategori kesalahan di atas adalah merujuk kepada buku
‘Peraturan Tatatertib Pendidikan Teknikal dan Vokasional MARA (Pindaan 2019)’
dan buku ‘Garis Panduan Hukuman Pelajar KKTM dan IKM (Pindaan 2019)’ serta
bergantung kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Catatan :
a) Mana‐mana kes atau kesalahan yang disenaraikan atau tidak disenaraikan dalam
Garis Panduan Hukuman ini, Jawatankuasa Tatatertib (JKT) dan Lembaga
Tatatertib (LT) PTV MARA boleh menggunakan budi bicaranya untuk
mengenakan apa‐apa jua hukuman yang bersesuaian kepada pelajar
berkenaan.
b) Sekiranya pelajar melakukan kesalahan yang sama berulang kali di dalam
kategori Kesalahan Sederhana (KS) dan Kesalahan Ringan (KR), pelajar boleh
dengan budi‐bicara pusat dikenakan hukuman yang lebih berat dari hukuman
yang ada didalam kategori kesalahan tersebut sehingga hukuman maksimum ‐
Buang Latihan dan dikenakan bayaran gantirugi.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 43
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.0 P E R A T U R A N A S R A M A
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA
5.1 Pendahuluan
Peraturan Asrama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya ini adalah terpakai
kepada semua pelajar yang menduduki asrama sepanjang mereka mengikuti program
di KKTM Petaling Jaya. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana pelajar
yang melanggar mana-mana peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Asrama
ini.
5.2 Penempatan di Asrama
5.2.1 Penginapan Asrama Tidak Diwajibkan
(Kemudahan Asrama Tidak Mencukupi Bagi KKTM Petaling Jaya)
5.2.1.1 Permohonan untuk tinggal di asrama hendaklah dengan menggunakan
borang e-permohonan yang boleh didapati dari Penyelia
Asrama/Pembantu Tadbir Kanan (Asrama).
5.2.1.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar baru
dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.
5.2.2 Penginapan Asrama Diwajibkan
(Mempunyai kemudahan asrama yang mencukupi di KKTM Petaling Jaya)
5.2.2.1 Permohonan untuk tinggal di luar asrama hendaklah dengan
menggunakan borang permohonan yang disediakan.
5.2.2.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar baru
dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.
5.2.3 Penempatan pelajar di dalam asrama akan ditentukan oleh Penyelia Asrama.
5.2.4 Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat sama ada berpindah bilik atau blok
asrama tanpa kebenaran Penyelia Asrama.
5.2.5 Hanya pelajar yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik asrama. Pelajar
tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana- mana pelajar
lain, tetamu atau pelawat di mana-mana bilik asrama.
5.2.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah pelajar menggosongkan bilik
asramanya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa jika
didapati pelajar telah melanggar peraturan asrama yang termaktub di dalam
buku peraturan ini.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 44
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.2.7 Pelajar yang dibuang asrama hanya DIBENARKAN membuat rayuan untuk
menduduki semula asrama selepas enam (6) bulan dijatuhkan hukuman.
Namun begitu keputusan rayuan kemasukan asrama tersebut tertakluk kepada
Mesyuarat Pengurusan dan Pemantauan Asrama KKTM Petaling Jaya.
5.3 Kelengkapan dan Peralatan
5.3.1 Pelajar hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya
lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik berkenaan. Sebarang
kekurangan atau kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan asrama
dengan segera.
5.3.2 Pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas kerosakan dan keselamatan
peralatan yang disediakan.
5.3.3 Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan memindah segala peralatan tanpa
kebenaran.
5.3.4 Keselamatan harta benda persendirian pelajar adalah tanggungjawab sendiri.
Almari hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan.
5.3.5 Pelajar adalah bertanggungjawab ke atas kerosakan dan keselamatan
peralatan yang disediakan. Pelajar perlu membayar gantirugi terhadap
kerosakan peralatan sekiranya didapati dilakukan dengan sengaja. (Rujuk
Lampiran 2).
5.4 Kebersihan Bilik dan Kawasan Sekitar
5.4.1 Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuninya. Pelajar
bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik, asrama dan kawasan sekitar.
5.4.2 Pelajar WAJIB menyediakan jadual bertugas harian bagi tujuan kekemasan
dan kebersihan bilik.
5.4.3 Bilik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas, teratur dan bersih.
5.4.4 Penggunaan cadar dan sarung bantal DIWAJIBKAN.
5.4.5 Pelajar tidak dibenarkan menconteng, menampal dan memaku di dinding bilik.
5.4.6 Pakaian pelajar hendaklah disimpan dengan kemas dan teratur di dalam almari
baju yang disediakan.
5.4.7 Kasut hendaklah sentiasa disusun rapi.
5.4.8 Pelajar dilarang membuang sampah sarap melalui tingkap dan kaki lima blok
asrama.
5.4.9 Pelajar adalah digalakkan untuk mewujudkan suasana ceria didalam bilik,
kawasan sekitar asrama dan bilik menonton TV.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 45
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.5 Tata Kelakuan
5.5.1 Pelajar DIWAJIBKAN menunaikan solat dan bagi pelajar yang uzur
(perempuan) mesti menghormati waktu solat apabila berada dalam kawasan
asrama dengan tidak membuat bising dan menonton TV.
5.5.2 Pelajar digalakkan menunaikan solat berjemaah di surau terutama pada waktu
Maghrib dan Isyak serta waktu/masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan
kolej.
5.5.3 Pelajar perlu mematuhi dan mengikuti jadual solat dan program-program
keagamaan yang ditetapkan oleh pengurusan kolej.
5.5.4 Pelajar pada bila-bila masa dilarang bersiul-siul, membuat bising, ketawa
dengan kuat, bertempik, melaung-laung, melolong dan bergurau senda yang
boleh dianggap liar atau melebihi batasan.
5.5.5 Pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan akhlak dan keperibadian yang mulia,
menjalinkan hubungan baik serta bersopan-santun sesama pelajar dan
pengurusan asrama mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KKTM Petaling
Jaya.
5.5.6 Pelajar dikehendaki berkelakuan baik dan menghormati masyarakat di
sekeliling asrama/kolej.
5.5.7 Pelajar dilarang mengeluarkan kata-kata kesat, bercakap secara tidak sopan
yang boleh menyinggung perasaan dan menimbulkan suasana kacau bilau,
huru-hara dan menimbulkan pergaduhan.
5.5.8 Sebarang bentuk perlakuan ‘ragging’, membuli, mendera dan peras ugut TIDAK
DIBENARKAN sama sekali dilakukan oleh pelajar.
5.5.9 Pelajar dilarang mengamal atau menanam sifat kedaerahan, kenegerian,
berpuak-puak atau kumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.
5.5.10 Pelajar TIDAK DEBENARKAN menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan
sekerja atau mana-mana pertubuhan. Sekiranya perlu, pelajar perlu mendapat
sokongan dari Pengarah Pusat dan mendapat kelulusan daripada Pengarah
Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.
5.5.11 Pelajar TIDAK DIBENARKAN menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh
ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap
mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan.
5.5.12 Pergaulan sesama pelajar terutama di antara lelaki dan perempuan perlu
mengikut batas-batas hukum Islam serta peraturan yang ditetapkan oleh KKTM
Petaling Jaya sama ada di dalam atau di luar kawasan asrama.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 46
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.5.13 Pelajar TIDAK DIBENARKAN berdua-duaan di dalam atau di luar asrama
dengan pelajar atau orang luar yang bukan mahram.
5.5.14 Pelajar TIDAK DIBENARKAN menjalin hubungan sejenis atau sebarang
hubungan terlarang seperti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) di
dalam dan di luar kawasan asrama.
5.5.15 Pelajar lelaki DILARANG memasuki asrama perempuan tanpa kebenaran atau
menceroboh asrama perempuan atau sebaliknya.
5.5.16 Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan KKTM Petaling Jaya selepas
pukul 12.00 malam. Sekiranya pelajar ditangkap, amaran dan tindakan kerja
amal akan dikenakan.
5.5.17 Pelajar hanya dibenarkan menampal artikel atau bahan-bahan berfaedah di
papan kenyataan yang disediakan. Pelajar DILARANG menampal
gambar/poster atau menconteng pada dinding atau loker atau lain-lain
peralatan yang disediakan. Sekiranya pelajar ditangkap, amaran dan denda
akan dikenakan. (Rujuk Lampiran 2)
5.6 Bahan-bahan lucah, dadah (ganja, syabu, estacy, pil kuda, dll),
racun (air ketum, dll), mabuk, berjudi, bahan letupan (senjata dll)
dan media sosial
5.6.1 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memiliki, menyimpan atau ada di bawah jagaan
atau kawalannya apa-apa bentuk dan jenis bahan lucah, dadah, racun atau
minuman keras (arak).
5.6.2 Pelajar TIDAK DIBENARKAN melihat atau mendengar secara sengaja apa-
apa bahan lucah di dalam atau di luar asrama KKTM Petaling Jaya.
5.6.3 Pelajar TIDAK DIBENARKAN mengedar, membahagi-bahagi atau
mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan mendapat/tanpa bayaran
atau apa-apa balasan lain.
5.6.4 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memiliki atau ada di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada pendapat
pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan untuk
digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau
memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk atau dengan apa-apa
jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
5.6.5 Pelajar TIDAK DIBENARKAN meminum minuman yang memabukkan atau
didapati dalam keadaan mabuk di dalam dan luar kawasan asrama.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 47
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.6.6 Pelajar TIDAK DIBENARKAN mengurus, menganjur atau menjalankan atau
menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di
luar kawasan asrama KKTM Petaling Jaya.
5.6.7 Pelajar DILARANG membeli, menyimpan, memiliki, menjual, atau bermain
mercun dan bunga api atau bahan letupan yang merbahaya.
5.6.8 Pelajar DILARANG memiliki, mencetak, menerbit, memuat naik atau memuat
turun serta mengedar apa-apa dokumen atau bahan infografik atau bahan
bergambar berbentuk hasutan, propaganda, subversif atau apa-apa jua
dokumen atau bahan bercetak yang boleh mengancam keselamatan negara
dan menjatuhkan nama baik KKTM Petaling Jaya di media sosial atau di
mana-mana laman sesawang.
5.7 Larangan Merokok
5.7.1 Pelajar DILARANG merokok di mana-mana kawasan asrama dan sekitar
KKTM Petaling Jaya.
5.7.2 Pelajar DILARANG sama sekali memiliki, membawa, menyimpan, menghisap
atau mengedar apa-apa jenis rokok, rokok e-cigarette atau rokok elektronik di
kawasan asrama atau mana-mana kawasan yang diwartakan sebagai
kawasan larangan merokok. Sekiranya pelajar ditangkap, tindakan akan
diambil. (Rujuk Lampiran 2)
5.8 Penggunaan Peralatan Elektrik
5.8.1 Sebarang penggunaan barangan elektrik di asrama WAJIB didaftarkan
kepada pejabat penyelia asrama.
5.8.2 Sambungan secara haram (tanpa kebenaran) ke sebarang alat elektrik TIDAK
DIBENARKAN. Sekiranya pelajar ditangkap, tindakan akan diambil. (Rujuk
Lampiran 2)
5.8.3 ‘Plug’ berpin hendaklah ditanggalkan dari soket selepas digunakan.
5.8.4 Pelajar adalah dilarang dari menggunakan sebarang peralatan elektrik ketika
cuaca membahayakan seperti kilat/petir.
5.8.5 Alatan elektrik yang telah didaftarkan hanya boleh digunakan di bilik/tempat
yang dikhaskan/dibenarkan sahaja. Sekiranya pelajar ditangkap, tindakan
akan diambil. (Rujuk Lampiran 2)
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 48
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.8.6 Pengurusan KKTM Petaling Jaya berhak merampas mana-mana peralatan
elektrik yang digunakan oleh pelajar yang gagal mematuhi peraturan serta
syarat- syarat yang telah ditetapkan.
5.8.7 Pelajar dilarang membaiki sendiri sebarang kerosakan berkaitan dengan
elektrik dan hendaklah dilaporkan segera kepada pegawai yang diberi kuasa.
5.8.8 Pelajar perlu memastikan semua suis elektrik ditutup apabila tidak berada
dalam bilik bagi mengelak sebarang bentuk pembaziran penggunaan tenaga
elektrik.
5.8.9 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan keselamatan semasa menggunakan
alatan elektrik.
5.8.10 Pengurusan KKTM Petaling Jaya tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan
dan kehilangan harta benda yang dibawa oleh pelajar.
5.9 Tatacara Menggunakan Kemudahan Asrama
5.9.1 Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan bagi kemudahan
yang disediakan seperti ’sickbay’, student centre, bilik riadah, bilik air, surau,
bilik gym, lif dan sebagainya.
5.9.2 Pelajar dilarang membuat pindaan atau membuat sambungan secara haram
pada mana-mana bahagian asrama atau pada sebarang alat-alat elektrik.
5.9.3 Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan atau kebocoran di bilik,
kawasan umum dan kawasan gunasama di sistem e-senggaraan.
5.9.4 Sebarang kerosakan disebabkan kecuaian atau salahguna oleh pelajar akan
dikenakan tindakan tatatertib. Sekiranya pelajar ditangkap, tindakan akan
diambil. (Rujuk Lampiran 2)
5.10 Peraturan Keselamatan, Kebakaran dan Bantuan Kecemasan
5.10.1 Apabila mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau asap, perkara
pertama yang mesti dilakukan ialah pelajar hendaklah menyelamatkan diri
serta rakan-rakan yang lain.
5.10.2 Segera memberi amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin
perkataan “API…!!API...!!API...!!”
5.10.3 Segera hubungi Bomba, No. Telefon 999 dan seterusnya menghubungi
warden bertugas atau penyelia asrama.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 49
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.10.4 Jika terdapat pelajar yang tidak berupaya untuk bergerak keluar dari asrama
disebabkan pengsan, patah dan sebagainya, pelajar-pelajar lain hendaklah
membantu dengan membawanya keluar.
5.10.5 Pelajar hendaklah keluar dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang
paling hampir (seperti dalam pelan setiap asrama). Jangan sekali-kali
menggunakan lif ketika berlaku kebakaran.
5.10.6 Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju ke
tempat yang telah ditetapkan dan berkumpul di situ.
5.10.7 Semasa bergerak untuk berkumpul:
a. Ikutlah laluan yang selamat dan yang tidak ada sebarang halangan.
b. Elakkan laluan yang berhampiran dengan api kebakaran.
c. Elakkan daripada berlaku kesesakan dalam laluan tersebut.
5.10.8 Mengesan Pelajar Setiap Asrama:
a. Semua pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan mengikut asrama
masing-masing. Semua ketua dorm/bilik/aras/blok hendaklah berada di
hadapan dan bertindak segera untuk membentuk barisan bagi semua ahli
asrama di bawah pengawasannya. Ketua dorm/bilik/aras/blok wajib
mengetahui bilangan sebenar ahli asramanya.
b. Ketua dorm/bilik/aras/blok dikehendaki mengira bilangan pelajar dibawah
pengawasannya.
c. Ketua dorm/bilik/aras/blok hendaklah melaporkan bilangan pelajar dan
nama pelajar yang tidak ada ketika itu dengan segera kepada Pegawai
Bomba/Warden Asrama yang hadir ketika itu (berikan sebab pelajar yang
tiada).
d. Tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh Warden Asrama dan Pihak
Bomba. Pelajar dikehendaki mematuhi semua arahan daripada pihak
Warden Asrama dan Bomba.
e. Latihan Kebakaran (Fire-Drill) perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua (2)
kali setahun dan akan dijalankan pada bila-bila masa yang difikirkan
sesuai. Semua pelajar dikehendaki sentiasa merujuk dan memahami
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.
5.10.9 Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat
nyamuk, pelita, lilin atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan
kebakaran berlaku TIDAK DIBENARKAN di bilik / kawasan asrama.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 50
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.10.10 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, pelajar perlu
menghubungi warden asrama dengan segera. Jika warden tiada, pelajar
dikehendaki menghubungi penyelia asrama, Timbalan Pengarah Khidmat
Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (TPKPHP) atau Pengarah pusat.
5.10.11 Jika terdapat pelajar sakit, rakan sebilik atau rakan lain di asrama
bertanggungjawab melaporkan kepada pejabat penyelia asrama atau warden
dengan segera.
5.10.12 Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman
atau ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pengarah atau
wakil kuasanya.
5.10.13 Sekiranya berlaku bencana alam, pelajar hendaklah mengosongkan bilik dan
mendapat bantuan segera. Pelajar hendaklah menyelamatkan diri dengan
melalui laluan yang selamat serta mengikut arahan yang diberi.
5.10.14 Pelajar perlu berkumpul di kawasan lapang yang jauh dari bangunan atau
tempat bencana yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej.
5.11 Keselamatan Barangan Peribadi
5.11.1 Semua barangan peribadi hendaklah disimpan ditempat yang selamat. Pelajar
adalah bertanggungjawab atas keselamatan barang tersebut.
5.11.2 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan dengan segera
kepada penyelia asrama KKTM Petaling Jaya sekiranya berlaku kehilangan
barangan peribadi di asrama KKTM Petaling Jaya.
5.12 Memasak dan Makanan
5.12.1 Pelajar DILARANG memasak di dalam bilik atau di pantri asrama atau di
kawasan asrama.
5.12.2 Hanya bahan-bahan makanan yang halal di sisi agama Islam sahaja yang
dibenarkan dibawa masuk ke asrama.
5.12.3 Pelajar DILARANG menggunakan bilik asrama sebagai tempat memakan
makanan yang boleh mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan
salur air dan elektrik, dan juga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan
kepada penghuni lain.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 51
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.13 Roll Call
5.13.1 Roll call wajib dibuat sekurang-kurangnya satu (1) kali pada setiap bulan. Roll
call juga boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut keperluan dan hanya boleh
dibuat oleh warden sahaja.
5.13.2 Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang ditentukan. Kehadiran pelajar
akan direkodkan dalam buku kehadiran yang disediakan oleh pihak pusat
sama ada secara manual atau menggunakan aplikasi atas talian.
5.13.3 Kegagalan pelajar menghadiri roll call sebanyak dua (2) kali akan diambil
tindakan buang asrama.
5.13.4 Semua pelajar wajib menghadiri dan berkumpul di tempat yang ditentukan
dengan berpakaian kemas.
5.14 Pemeriksaan Asrama
5.14.1 Hanya boleh dilakukan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah HEA / Timbalan
Pengarah KPHP dan lain-lain pegawai yang diberi kuasa.
5.14.2 Boleh dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atau sekurang-
kurangnya sebulan sekali.
5.14.3 Pemeriksaan asrama perempuan akan dilakukan oleh Warden wanita atau jika
perlu boleh dibuat dengan bantuan warden lelaki setelah mendapat kebenaran
pengurusan KKTM Petaling Jaya.
5.15 Peraturan Keluar Masuk Harian, Hujung Minggu, Cuti Umum dan
Cuti Semester
5.15.1 Semua pelajar yang keluar dari asrama dan kawasan KKTM Petaling Jaya atas
urusan harian dikehendaki masuk semula ke kawasan asrama tidak lewat
dari jam 11.00 malam atau masa yang telah ditentukan oleh Pengarah
KKTM Petaling Jaya pada hari yang sama kecuali dengan kebenaran yang
diberikan oleh warden. Pelajar DIWAJIBKAN thumb-out di Pondok Pengawal
dan thumb-in semula apabila kembali ke KKTM Petaling Jaya.
5.15.2 Pelajar asrama TIDAK DIBENARKAN bermalam di luar kawasan KKTM
Petaling Jaya kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
Pengarah atau wakil kuasanya.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 52
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.15.3 Semua pelajar yang bermalam di luar kawasan KKTM Petaling Jaya pada
hujung minggu, cuti umum atau cuti semester dikehendaki masuk semula ke
kawasan asrama tidak lewat dari jam 11.00 malam atau masa yang telah
ditentukan oleh Pengarah KKTM Petaling Jaya.
5.15.4 Mana-mana pelajar yang lewat masuk selepas waktu-waktu yang ditetapkan
boleh diambil tindakan tatatertib oleh pegawai yang diberi kuasa. Sekiranya
pelajar melanggar peraturan tersebut, tindakan akan diambil. (Rujuk Lampiran
2)
5.16 Prosedur Pelawat
5.16.1 Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat dari keluarga atau saudara mara
sahaja.
5.16.2 Perjumpaan dengan pelawat hanya dibenarkan pada waktu rehat di tempat
yang disediakan.
5.16.3 Pelawat mestilah melaporkan diri dan mengisi maklumat di dalam “Buku
Pelawat” dan seterusnya mendapatkan “Pas Pelawat” daripada Pengawal
Keselamatan.
5.16.4 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Asrama Pelajar.
5.16.5 Pelajar-pelajar yang dilawati bertanggungjawab memastikan pelawat- pelawat
berkenaan mematuhi semua peraturan lawatan yang ditetapkan.
5.16.6 Masa lawatan adalah seperti di bawah atau ditentukan oleh Pengarah KKTM
Petaling Jaya:
Hari Kuliah - 4.00 petang – 10.00 malam
Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum - 8.00 pagi – 10.00 malam
5.17 Larangan Memelihara Binatang
5.17.1 Pelajar DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di
dalam bilik atau kawasan asrama.
5.17.2 Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan asrama hendaklah
diserahkan atau dilaporkan kepada penyelia asrama atau warden.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 53
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.18 Peraturan Menggunakan Kenderaan Persendirian
5.18.1 Pelajar dibenarkan membawa kenderaan dengan mendapatkan kebenaran dari
pengurusan KKTM Petaling Jaya terlebih dahulu. Kenderaan perlulah didaftar
di pejabat pentadbiran KKTM Petaling Jaya dengan mengisi borang yang
disediakan.
5.18.2 Pelajar dikehendaki mendapatkan pelekat (sticker) yang dijual oleh pengurusan
KKTM Petaling Jaya untuk ditampal di kenderaan masing-masing. Kegagalan
pelajar berbuat demikian akan mengakibatkan kenderaan ditahan dari
memasuki kawasan KKTM Petaling Jaya.
5.18.3 Pelajar yang mendapat kebenaran membawa kenderaan perlulah mematuhi
peraturan berikut :
a. Kenderaan pelajar hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja.
b. Tidak dibenarkan memandu atau membawa kenderaan di koridor, beranda,
kaki lima, atau mana-mana bahagian bangunan KKTM Petaling Jaya.
c. Sentiasa membawa lesen memandu dan kad pelajar semasa membawa
kenderaan. Pelajar hendaklah bersedia menunjukkan dokumen tersebut
apabila diminta oleh pihak berkuasa KKTM Petaling Jaya.
d. Sentiasa mematuhi peraturan jalanraya yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa dan juga Undang-undang Lalulintas yang berkuatkuasa.
5.18.4 Kenderaan pelajar adalah tanggungjawab pelajar. Pihak pengurusan KKTM
Petaling Jaya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan
kehilangan kenderaan pelajar.
5.19 Aktiviti Sosial, Perhimpunan, Taklimat, Kuliah dan Ceramah
5.19.1 Pelajar asrama yang berkenaan adalah dikehendaki menghadiri, mengikuti dan
mengambil bahagian di dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah,
taklimat dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan asrama
atau pengurusan KKTM Petaling Jaya.
5.19.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di asrama KKTM Petaling Jaya dan di
persekitarannya adalah TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran
bertulis Pengarah atau wakil kuasanya terlebih dahulu.
5.19.3 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima (5) orang di asrama atau
persekitarannya tanpa kebenaran pihak pengurusan asrama atau KKTM
Petaling Jaya TIDAK dibenarkan.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 54
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.19.4 Sebarang perlakuan pelajar yang boleh mencemarkan nama baik KKTM
Petaling Jaya adalah DILARANG.
5.19.5 Pelajar asrama TIDAK dibenarkan bergiat, berkecimpung, melibatkan diri atau
memberi sokongan kepada mana-mana parti politik atau kumpulan haram.
5.19.6 Pelajar yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan
mencurigakan dengan pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan KKTM
Petaling Jaya adalah DILARANG.
5.19.7 Pelajar TIDAK dibenarkan untuk mengambil dan menyebarkan video dengan
tujuan untuk menjatuhkan imej KKTM Petaling Jaya serta MARA.
5.20 Peraturan Semasa
Pengurusan KKTM Petaling Jaya berhak untuk meminda sebarang peraturan yang
terkandung di dalam Peraturan Asrama KKTM Petaling Jaya dari masa ke semasa
tanpa sebarang notis pemberitahuan. Sebarang pindaan akan dimakumkan kepada
pelajar kemudian.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 55
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
6 K H I D M A T P E N G U R U S A N D A N
K E M U D A H A N
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA
6.1 Akademik
Terdiri dari TIGA (3) unit yang mempunyai fungsi masing-masing tetapi saling
berhubungan dalam memastikan perjalanan bidang akademik KKTM Petaling Jaya
berjalan lancar.
Bertanggungjawab dalam
mewujudkan kolaborasi
Mengendalikan hal-hal bersama industri dan
berkenaan akademik untuk mengendalikan tempat
kursus - kursus yang untuk latihan industri,
ditawarkan kepada pelajar memantau pelajar
setiap semester semasa latihan industri
serta bertindak sebagai
Unit Inkubator dalam
menyediakan pelajar
dengan latihan
AKADEMIK keusahawanan dan
pengalaman dalam
beberapa tahap program
pelajar
Bertanggungjawab dalam segala proses
berkaitan penilaian dan proses pensijilan
melibatkan KKTM Petaling Jaya dan mana-
mana institusi atau badan-badan
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 56
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
6.2 Pentadbiran
6.2.1 Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Membantu para pelajar memperoleh suatu pengalaman pembelajaran yang
cemerlang. HEP menawarkan dan menguruskan khidmat berikut :
a. Pendaftaran pelajar - mengendalikan urusan berkaitan dengan pelajar
antaranya pendaftaran, kemasukan, profil peribadi pelajar dan elaun pelajar.
b. Aktiviti pelajar - menggalakkan penyertaan pelajar secara menyeluruh di
dalam aktiviti yang bermanfaat sama ada anjuran pihak ketiga, KKTM Petaling
Jaya, mahupun oleh para pelajar sendiri.
c. Pembayaran elaun - menguruskan jumlah pembayaran elaun yang diterima
oleh pelajar.
d. Perkhidmatan makanan - menguruskan perkhidmatan makanan pelajar
sepanjang pengajian.
6.2.2 Pentadbiran dan Kewangan
Menguruskan hal-hal dalam pengurusan dan pentadbiran.
6.2.3 Pusat Sumber
Berperanan dalam menyediakan bahan bacaan, media dan bahan rujukan
terutama dalam program yang ditawarkan.
6.2.4 Kaunseling dan Bimbingan
Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan berikut kepada para pelajar:
a. kaunseling peribadi (atas permintaan) /
b. kaunseling berkumpulan /
c. kemahiran belajar bimbingan akademik
6.2.5 Perhubungan Alumni
Hubungan para pelajar dengan KKTM Petaling Jaya tidak harus berakhir pada
hari konvokesyen. Oleh itu, pelajar lepasan KKTM Petaling Jaya digalakkan
menyertai persatuan alumni yang bakal ditubuhkan untuk meneruskan kerjasama
dan turut menyumbang ke arah pendemokrasian pendidikan
6.2.6 Pengekalan Pelajar
Program Pengekalan Pelajar merupakan langkah yang bakal di laksanakan
KKTM Petaling Jaya untuk memastikan cita-cita pelajar tidak terhenti di
pertengahan perjalanan. Melalui program ini, kaji selidik diadakan untuk
menentukan tahap kepuasan pelajar, merancang program bimbingan dan
khidmat nasihat akademik serta pemantauan prestasi pelajar dengan
menitikberatkan aspek penambahbaikan berterusan.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 57
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
6.3 Kemudahan Dalam Kampus
Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di KKTM Petaling Jaya untuk keperluan
dan kegunaan pelajar. Antaranya adalah:
Perpustakaan Gelanggang Badminton / Futsal
Asrama Putera dan Puteri Gimnasium
Kemudahan Internet / WIFI Kafeteria
Koperasi Bilik Sakit
Dewan Serba Guna Pengangkutan
Perkhidmatan Dobi Lif
Surau Mesin Penapis Air
Mesin Layan Diri Air dan Makanan
6.4 Kemudahan Sekitar Kampus
Kemudahan pengangkutan awam yang terdapat disekitar KKTM Petaling Jaya seperti
berikut :
KTM Komuter (Stesen Jalan Templer)
LRT (Stesen Taman Jaya)
Teksi / Grabcar
Perkhidmatan Bas Percuma (PJ City Bus)
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 58
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Lampiran 1
Senarai Kadar Bayaran
STATUS KADAR BAYARAN
Pendaftaran Lewat Kursus RM 50 per kursus
Hari Pertama - RM 50
Pendaftaran Lewat Hari Seterusnya - Tambahan
RM10/hari bekerja
Pertukaran Latihan Industri (tanpa
kebenaran) RM 200
Mengulang Latihan Industri RM 300
(Tindakan tatatertib)
Mengulang kursus dan WA RM 50 per kursus
Mengulang kursus WX RM 100 per kursus
Mengulang kursus gagal
disebabkan kes salah laku RM 200 per kursus
peperiksaan (CX)
Mengulang Kokurikulum RM 100
Penyemakan Semula Keputusan RM 50 per kursus
Peperiksaan khas untuk
mengulang kursus gagal dan RM 100 per kursus
memperbaiki gred
Skrol Gantian Tersalah Cetak RM 100
Skrol Gantian Seterusnya RM 100
Transkrip RM 50
Penyata Pencapaian RM 30
Transkrip Seterusnya RM 80
Penyata Pencapaian Seterusnya RM 50
Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 59
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Lampiran 2
Kesalahan dan tindakan dikenakan
Bil. Kesalahan Hukuman
1. Berpindah tempat tanpa kebenaran Ketua Merujuk kepada Garis Panduan
Warden Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
(Pindaan 2019) di bawah Kategori III
Kesalahan Ringan Bilangan 38 iaitu:
o Demerit 20/pelajar
2. Menampal gambar/poster atau menconteng Merujuk kepada Garis Panduan
pada dinding atau loker atau lain-lain peralatan Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
yang disediakan (Pindaan 2019) di bawah Kategori III
Kesalahan Ringan Bilangan 38 iaitu:
o Demerit 20/pelajar di dalam
bilik/dorm
3. Gagal mematuhi arahan langkah-langkah Merujuk kepada Garis Panduan
penjimatan seperti tidak memastikan lampu, Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
kipas dan semua peralatan dimatikan atau (Pindaan 2019) di bawah Kategori III
ditutup sekiranya tidak digunakan Kesalahan Ringan Bilangan 23 iaitu:
o Demerit 10/pelajar di dalam
bilik/dorm
4. Kerosakan kelengkapan dan peralatan yang o Dikenakan bayaran gantirugi
disengajakan seperti dibawah:
o Katil: RM200
o Tilam: RM100
o Meja belajar: RM150
o Kerusi: RM30
o Loker: RM400
o Rak tuala: RM100
o Meja kopi: RM100
o Rak buku: RM200
o Rak kasut: RM100
o Kipas: RM200
o Pasu bunga: RM30
o Bunga: RM20
o Cermin muka: RM50
o Tikar getah: RM200
o Langsir: RM50
5. Mengugut, membuli, mendera atau menjatuhkan Merujuk kepada Garis Panduan
maruah orang lain Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
(Pindaan 2019) di bawah Kategori I
Kesalahan Berat Bilangan 18 iaitu:
o Buang Latihan dan dikenakan
bayaran gantirugi
6. Berdua-duaan dalam keadaan yang Merujuk kepada Garis Panduan
mencurigakan di dalam atau di luar asrama Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 60
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
dengan pelajar atau orang luar yang bukan (Pindaan 2019) di bawah Kategori I
muhrim Kesalahan Berat Bilangan 2 iaitu:
o Buang Latihan dan dikenakan
bayaran gantirugi
7. Memasuki tanpa kebenaran atau menceroboh Merujuk kepada Garis Panduan
asrama lelaki/perempuan Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
(Pindaan 2019) di bawah Kategori I
Kesalahan Berat Bilangan 19 iaitu:
o Buang Latihan dan dikenakan
bayaran gantirugi jika keadaan
yang boleh menjatuhkan maruah
penghuni premis yang diceroboh
Merujuk kepada Garis Panduan
Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
(Pindaan 2019) di bawah Kategori II
Kesalahan Sederhana Bilangan 4
iaitu:
o Amaran dan denda bersamaan
dengan potong elaun 7 hari jika
tanpa kebenaran pihak yang
bertanggungjawab
8. Memiliki, membawa, menyimpan, menghisap Merujuk kepada Garis Panduan
atau mengedar apa-apa jenis rokok atau curut di Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
kawasan asrama atau mana-mana kawasan (Pindaan 2019) di bawah Kategori III
yang diwartakan sebagai kawasan larangan Kesalahan Ringan Bilangan 1 dan 2
merokok iaitu:
o Demerit 10/pelajar bagi kes
menghisap rokok/rokok
elektronik
o Demerit 20/pelajar bagi kes
membawa/mengedar
rokok/rokok elektronik
9. Membuat pindaan, pengubahsuaian atau Merujuk kepada Garis Panduan
membuat sambungan secara haram pada Hukuman Pelajar KKTM dan IKM
mana-mana bahagian asrama atau sebarang (Pindaan 2019) di bawah Kategori II
alat-alat elektrik/elektronik yang disediakan Kesalahan Sederhana Bilangan 2
iaitu:
o Surat amaran dan bayaran
denda bersamaan elaun 7 hari
atau ganti rugi
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 61
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
RUJUKAN
1. Dasar Pembangunan Kurikulum Program Diploma KKTM, MJII & IKM, Edisi 3 2019,
Bahagian Kemahiran Teknikal MARA
2. Buku Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM, Edisi 4 2019, Bahagian Kemahiran
Teknikal MARA
3. Buku Peraturan Tatatertib Pelajar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) MARA
(Pindaan 2019), Bahagian Kemahiran Teknikal MARA
4. Garis Panduan Hukuman Pelajar KKTM dan IKM (Pindaan 2019)
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 62
NO. 12, JALAN TEMPLER,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR
TEL: 03-77828971
FAX: 03-77835379
www.facebook.com/KKTMPJ