SLIDESMANIA.COM PERSEDIAAN KE SEKOLAH
MENENGAH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK POKOK SENA
DISAMPAIKAN OLEH :
CIKGU ROSMAWATI
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Pokok Sena
SLIDESMANIA.COM
10 PETUA
SEBELUM MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH.
■ Cari maklumat awal sekolah yang akan ■ Jauhi kumpulan yang bermasalah di sekolah.
dimasuki. ■ Kenal pasti rakan yang sesuai dijadikan
SLIDESMANIA.COM ■ Tetapkan matlamat. sahabat
■ Bersedia dari segi fizikal dan mental.
■ Cepat sesuaikan diri. ■ Kuasai subjek yang diajar oleh guru.
■ Hormati Senior ■ Setiap guru wataknya berbeza-beza.
■ Segera melaporkan sekiranya anda dibuli
1.CARI MALUMAT AWAL SEKOLAH
YANG AKAN DIMASUKI
Cikgu rasa perkara ini agak penting supaya anak murid
cikgu tidak berasa janggal ketika melangkah kaki ke sana.
Maklumat awal akan menjadikan kamu lebih tenang kerana
tempat yang baru pasti menjadikan kamu berasa asing dan
serba tidak tahu sehinggakan kamu jadi gelisah.
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM 2. TETAPKAN MATLAMAT
Di sekolah menengah, kamu bakal memasuki alam baru
yang lebih mencabar dan yang akan menentukan hala tuju
kehidupan kamu selepas itu. Oleh itu, kamu perlu tahu apa
yang hendak dicapai supaya kamu dapat fokus kepada
matlamat tersebut. Tanpa matlamat yang jelas, kamu akan
tercari-cari jalan mana yang hendak dituju dan apakah
penghujungnya.
Selain daripada matlamat utama tadi, kamu juga perlu tahu
aktiviti kokurikulum mana yang akan dipilih. Contohnya,
jika kamu berminat dengan aktiviti yang mencabar,kamu
boleh pilih badan beruniform pengakap dan kadet polis
SLIDESMANIA.COM 3.BERSEDIA DARI SEGI FIZIKAL DAN
MENTAL
● Belajar di sekolah menengah memang mencabar. Jika di
sekolah rendah subjek utamanya terdiri daripada Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, namun
subjek di sekolah menengah lebih banyak lagi. Untuk pelajar
Tingkatan Satu, anda akan turut mempelajari subjek yang
lain seperti Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, Pjk, dan lain-lain lagi.
● Subjek yang banyak itu sudah tentu akan memenatkan
badan dan otak anda. Ini ditambah lagi dengan subjek yang
baru dan sukar. Pasti tekanan akan berbeza berbanding
semasa belajar di sekolah rendah dahulu.
SLIDESMANIA.COM 4.CEPAT SESUAIKAN DIRI
● Buang segera sifat keanak-anakan yang masih dibawa
daripada sekolah rendah. Guru-guru di sekolah menengah
kebiasaannya menganggap anak-anak di sekolah menengah
adalah berdikari dan tidak sesuai dilayan seperti pelajar
sekolah rendah. Jadi, elakkan bersikap keanak-anakan di
hadapan mereka. Tunjukkan anda pelajar yang sudah matang
dan berkeyakinan.
● Anda juga perlu memahami, cara belajar di sekolah menengah
lebih bersifat kendiri. Budaya belajar disuap guru tidak sesuai
lagi di sekolah menengah. Para pelajar perlu belajar membuat
nota dan mencari maklumat yang berkaitan mengenai apa
yang dipelajari untuk meningkatkan kefahaman mereka.
Keadaan ini sekiranya tidak difahami dengan jelas akan
menyebabkan pelajar ketinggalan.
SLIDESMANIA.COM 5.HORMATI PELAJAR SENIOR
● Anda perlu faham, para pelajar senior di sekolah menengah
lebih besar dan mencabar ragamnya. Ada sesetengah sekolah,
pelajar paling senior berumur 19 tahun kerana mereka sedang
berada di semester 2 ( Tingkatan Enam atas).
● Sebab itu, anda perlu ada hati yang kuat. Jangan cepat sentap
apabila ditegur oleh mereka. Anda perlu tenang dan jangan
kalut ketika berhadapan dengan mereka. Tunjukkan anda sudah
matang dan layak dilayan seperti remaja lain yang berada di
sekolah menengah.
● Apa yang penting, tunjukkan sikap yang menggambarkan anda
menghormati mereka melalui tutur kata dan gerak badan anda.
Kadang-kadang gerak badan itu boleh menimbulkan rasa curiga
di hati orang lain yang akhirnya menyebabkan perbalahan
berlaku.
SLIDESMANIA.COM 6.JAUHI KUMPULAN YANG
BERMASALAH DI SEKOLAH
● Di mana-mana sekolah pun, mungkin ada segolongan
pelajar yang sering menimbulkan masalah kepada pihak
sekolah. Sekiranya anda melihat kumpulan yang
sebegini di sekolah, jauhi mereka.
● Tumpukan kepada matlamat anda ke sekolah.
Sekiranya anda terpengaruh dengan mereka, diri
sendiri yang akan rugi. Ingat, dengan siapa kita
bersahabat, itu yang menentukan masa hadapan kita.
SLIDESMANIA.COM 7.KENAL PASTI RAKAN YANG SESUAI
DIJADIKAN SAHABAT BAIK.
● Di awal persekolahan, anda akan bertemu dengan pelajar yang
sudah dikenali di sekolah rendah dan pelajar yang belum pernah
ditemui.
● Dalam tempoh awal persekolahan itu, berkawanlah dengan semua
orang dan dalam masa yang sama kenalpasti mereka yang sesuai
dijadikan sahabat.
● Sahabat yang baik itu mempunyai matlamat yang sama dan jelas
seperti anda iaitu untuk berjaya dengan cemerlang. Kesilapan
memilih kawan, mungkin akan membawa anda kepada jalan yang
salah dan merugikan.
SLIDESMANIA.COM 8.KUASAI SUBJEK YANG DIAJAR
OLEH GURU.
● Kebanyakan subjek adalah sukar dan berkesinambungan
dengan tingkatan yang akan datang. Jika asasnya lemah,
untuk jangka panjang ia tidak baik untuk anda. Oleh itu,
jika tidak faham, segera bertindak untuk menguasainya
dengan cara berjumpa dengan guru atau bertanya
kepada rakan-rakan. Jangan biarkan masalah tidak
faham itu berlarutan. Kelak ia akan menyusahkan hidup
anda.
SLIDESMANIA.COM 9.SETIAP GURU WATAKNYA BERBEZA-
BEZA.
● Saya percaya, semua guru ingin melihat anak didiknya berjaya.
Namun begitu kita perlu faham bahawa watak mereka tidak
semestinya sama. Ada guru suka membuat lawak dan ada guru
yang serius sepanjang pengajarannya. Begitulah guru, berdiri
bersama watak masing-masing dan pelajar perlu memahaminya.
Atas sebab itu kita tidak boleh melayan guru-guru dengan cara
yang sama.
● Sebaiknya, biarlah cara berkomunikasi dengan guru itu secara
formal bagi guru-guru yang kita mungkin belum biasa dengannya.
Bagi guru yang mungkin kita agak biasa dengannya, bolehlah
komunikasinya lebih santai. Apa yang penting, sama ada formal
atau santai, jagalah tutur kata serta sikap kita dan gunakan bahasa
mulut dan bahasa badan yang baik sepanjang berinteraksi dengan
guru-guru di sekolah.
10.SEGERA MELAPORKAN SEKIRANYA
ANDA DIBULI ATAU DIGANGGU.
Inilah perkara yang cukup penting. Kita harap anda tidak
berdiam diri andai dibuli, diugut dan sebagainya. Segeralah
melaporkan kepada guru. Janganlah takut kerana undang-
undang akan melindungi anda. Ketangkasan bertindak
bukan sahaja dapat melindungi anda, malah dapat
melindungi pelajar lain daripada dibuli atau diganggu pada
masa hadapan.
SLIDESMANIA.COM
SUMBER RUJUKAN :
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/10
-tip-persediaan-sebelum-melangkah-ke-
tingkatan-satu-1.931343
CIKGU RAZALI SAARAN.
GURU SMK DATO’ UNDANG MUSA AL-
HAJ,JELEBU.
SLIDESMANIA.COM
THANK YOU!
SLIDESMANIA.COM