SK SAMARAHAN ESTATE(YBB8201)
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH
SERIAN, BATU 1, JLN SERIAN/SRI AMAN
94700 SERIAN, SARAWAK.
PRASEKOLAH
SK SAMARAHAN ESTATE 2021
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1
2. WAWASAN PENDIDIKAN
3. PENGURUSAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH 2021 2
4. PROFIL PRASEKOLAH 3
5. VISI DAN MISI KPM 4
6. VISI PRASEKOLAH 5
7. MISI PRASEKOLAH
8. MOTTO PRASEKOLAH
9. MATLAMAT PRASEKOLAH 6
10. OBJEKTIF PRASEKOLAH
11. PIAGAM PELANGGAN PRASEKOLAH 7
12. ENROLMEN MURID PRASEKOLAH 8
13. NAMA GURU DAN STAFF SOKONGAN PRASEKOLAH 9
14. TATACARA PENGURUSAN PRASEKOLAH 10
15. PERATURAN DAN ARAHAN PRASEKOLAH KPM 11-14
PERATURAN DAN DISIPLIN
PAKAIAN RASMI MURID PRASEKOLAH
MAKANAN DAN MINUMAN
PERATURAN TAMBAHAN
PENGGUNAAN TANDA NAMA MURID DAN T-SHIRT PUTIH PRASEKOLAH
16. PENGENALAN PRASEKOLAH 15
17. LATARBELAKANG PRASEKOLAH 16-18
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
OBJEKTIF DAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
FOKUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH
LATARBELAKANG PENDIDIKAN PRASEKOLAH DIBAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18. BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH 19-22
19. BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN PRASEKOLAH 23-25
20. PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH 26
Prasekolah SKSE 2021 1
21. JAWATANKUASA KURIKULUM PRASEKOLAH 27
22. PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM PRASEKOLAH 28
23. PELAN TINDAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH 29
24. TAKWIM TAHUNAN PRASEKOLAH 2021 30-32
25. KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH 33-41
26. PENTAKSIRAN PRASEKOLAH 42-44
27. PROGRAM PEERS PRASEKOLAH 45-46
28. PROGRAM CEFR PRASEKOLAH 47-49
29. PEMBELAJARAN ABAD KE 21 PRASEKOLAH 50-53
30. STANDARD KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 54-57
31. PENGURUSAN HEM PRASEKOLAH 2021 58
32. JAWATANKUASA HEM PRASEKOLAH 2021 59
33. PERANCANGAN STRATEGIK HEM PRASEKOLAH 60
34. PELAN TINDAKAN HEM PRASEKOLAH 61-62
35. TATACARA PROSES PEMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 63
36. TATACARA (SOP) KECEMASAN KEBAKARAN 64
37. TAKWIM TAHUNAN HEM PRASEKOLAH 65
38. PENGURUSAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH 2021 66
39. JAWATANKUASA KOKURIKUKUM PRASEKOLAH 2021 67
40. PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM PRASEKOLAH 68
41. PELAN TINDAKAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH 69-70
42. TAKWIM TAHUNAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH 71
43. JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN WARIS PRASEKOLAH 2021 72
44. PERANCANGAN AKTIVITI/PROGRAM BERSAMA WARIS PRASEKOLAH 73
45. PERUNTUKAN KEWANGAN PRASEKOLAH 2021 74-71
46. HAL-HAL LAIN 78
47. SENARAI SEMAK FAIL-FAIL PENGURUSAN PRASEKOLAH 79-80
81-83
SENARAI SEMAK MAKLUMAT MURID (SMPK) 84-87
PANDUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 88
SENARAI SEMAK DOKUMEN PENGURUSAN PRASEKOLAH
2
Prasekolah SKSE 2021
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
WAWASAN PENDIDIKAN
WAWASAN PENDIDIKAN
Lapan Bidang Pengisian
Wawasan Pendidikan
1. Perpaduan
2. Pengurusan dan Kepimpinan
3. Perkhidmatan Penyayang
4. “Empowerment”
5. Sistem Pengesanan
6. Budaya Ilmu
7. Sekolah Penyayang
8. Budaya Cemerlang
Prasekolah SKSE 2021 3
PENGURUSAN PENTADBIRAN
PRASEKOLAH 2021
SK. Samarahan Estate
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Serian
Batu 1, Jln Serian/Sri Aman
94700 Serian Sarawak.
Prasekolah SKSE 2021 4
PROFIL PRASEKOLAH
PROFIL PRASEKOLAH2021
Nama dan Alamat : SK. Samarahan Estate
Sekolah D/A Pejabat Pendidikan
Daerah Serian
Kod Sekolah Batu 1, Jln Serian/Sri Aman
Gred 94700 Serian Sarawak.
Sesi
Perluasan : YBB8201
: SKM B (LUAR BANDAR)
: PAGI ( 1 KELAS)
: TAHUN 2004
Prasekolah SKSE 2021 5
VISI DAN MISI KPM
VISI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk
Membangunkan
Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
Prasekolah SKSE 2021 6
VISI, MISI, MOTTO PRASEKOLAH
VISI PRASEKOLAH
PENGURUSAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH BERTARAF DUNIA
MISI PRASEKOLAH
WARGA PRASEKOLAH SK SAMARAHAN ESTATE
BERUSAHA UNTUK:
- MEMBANGUNKAN SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN YANG
BERTARAF DUNIA BAGI MEMPERKEMBANGKAN POTENSI
SEPENUHNYA DAN MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
MOTTO PRASEKOLAH
TEKUN, SEDERHANA, CEKAL DAN BERANI
Prasekolah SKSE 2021 7
MATLAMAT, OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan
pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang
berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan
potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Prasekolah di Aliran Perdana
Menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif
seperti yang berikut:
Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan
mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk
murid b eragama Islam;
mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia;
menyayangi dan menghargai alam sekitar;
memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan
diri;
Prasekolah SKSE 2021 8
mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan
dan menjaga keselamatan diri;
mengembangkan daya kreatif dan estetika; dan
mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta
kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran
dan kehidupan seharian.
PIAGAM PELANGGAN PRASEKOLAH
Kami Warga Prasekolah SK Samarahan Estate dengan penuh
tekad dan beriltizam berikrar untuk:
Memastikan semua murid prasekolah mendapat
layanan yang adil serta mengutamakan
kemajuan dan kebajikan murid prasekolah.
Memastikan semua masalah ditangani dengan
bijaksana, mengikut peraturan yang ada.
Mewujudkan perhubungan yang erat dan
harmoni dengan ibu bapa, masyarakat setempat dan
agensi lain.
Mewujudkan pengurusan yang efektif dan efisien bagi
memenuhi keperluan pelangan.
Prasekolah SKSE 2021 9
ENROLMEN MURID PRASEKOLAH
SENARAI GURU KELAS DAN BILANGAN
MURID PRASEKOLAH 2021
NAMA GURU PRASEKOLAH : PN HAMKIDAH BINTI OSMAN
UMUR 4+ TAHUN 5+ TAHUN
JUMLAH
KAUM LPLP
MELAYU - - 71 8
CINA - -1- 1
BIDAYUH - -1- 1
MELANAU - --1 1
JUMLAH 0092 11
Prasekolah SKSE 2021 10
SENARAI NAMA GURU DAN STAFF SOKONGAN PRASEKOLAH
SENARAI NAMA GURU DAN STAFF SOKONGAN PRASEKOLAH 2021
PENTADBIR
BIL NAMA GRED JAWATAN
1. EN MOHAMMAD BIN ISMAIL DG 44 GURU BESAR
2. EN JA’AU AK SANDAU DG44 PK
PENTADBIRAN
3. PN KAMISIYAH BINTI ADOM DG38 PK HEM
4. EN MOHAMMAD ZAKARIYA ADEN DG44 PK KOKO
GURU PRASEKOLAH/GURU PENDIDIKAN ISLAM PRA
1. PN HAMKIDAH BINTI OSMAN DG42 GURU PRA
2. PN NORHIDAYAH BINTI YUSUF DG42 GURU P. ISLAM
PRA
STAF SOKONGAN
1. PN RAHIMAH BINTI ADENG SPM PPM
Prasekolah SKSE 2021 11
TATACARA PENGURUSAN PRASEKOLAH
TATACARA PENGURUSAN PRASEKOLAH
WAKTU PERSEKOLAHAN :
Bermula pada pukul 7.30 pagi setiap hari
Perhimpunan mingguan :
Setiap pagi Isnin pada pukul 7.30-8.00 pagi
Waktu belajar:
Pukul 7.50-10.00 pagi.
Waktu rehat:
10.00-10.30pagi
(makanan disediakan oleh PPM prasekolah mengikut menu
standard yang ditetapkan)
Waktu belajar:
10.30-11.30pagi
Waktu balik:
11.30pagi setiap hari.
12
PERATURAN DAN ARAHAN PRASEKOLAH KPM
PERATURAN DAN ARAHAN PRASEKOLAH KPM
Semua murid dimestikan mematuhi peraturan yang dikeluarkan pihak
sekolah dan peraturan tambahan prasekolah.
PERATURAN DAN DISIPLIN
Tempoh Pembelajaran (8.00 pagi – 11.30 pagi)
Kehadiran murid ke kelas adalah sebelum 7.25 pagi pada setiap hari ISNIN
hingga JUMAAT.
Setiap hari ISNIN, murid WAJIB menghadiri perhimpunan rasmi dan perlu
hadir sebelum jam 7.25 pagi.
Waris WAJIB mengambil anak jagaan pada pukul 11.30pagi.
PAKAIAN RASMI MURID PRASEKOLAH
Pakaian seragam KPM 1 Malaysia iaitu T-shirt berwarna putih berkolar dan
seluar sukan biru gelap HENDAKLAH dipakai pada setiap hari persekolahan.
Tidak dibenarkan memakai baju selain pakaian prasekolah.
Murid prasekolah WAJIB memakai kasut & stokin sekolah berwarna putih atau
hitam sahaja. Sila pastikan murid tidak memakai selipar atau kasut selain
kasut sekolah.
13
Sekiranya murid prasekolah berada di kawasan prasekolah selepas pukul 12.00
tengah hari, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan
murid prasekolah sekiranya berlaku apa-apa kemalangan.
Sila maklumkan kepada guru prasekolah sekiranya tidak dapat mengambil anak
pada hari persekolahan. (SEKIRANYA MEWAKILKAN SESIAPA MENGAMBIL
ANAK JAGAAN).
Murid HARUSLAH berpakaian kemas dan rambut disisir/ diikat / ditocang rapi
pada setiap hari persekolahan.
Getah rambut dan cekak yang dipakai murid MESTILAH berwarna gelap sahaja
(biru gelap, hitam).
Murid TIDAK DIBENARKAN membawa duit, permainan, memakai sebarang
aksesori tambahan dan perhiasan kemas bertujuan untuk keselamatan murid.
Semua barang peribadi murid PERLULAH ditanda dengan nama bagi
mengelakkan kehilangan.
MAKANAN DAN MINUMAN
Makanan dan minuman disediakan oleh pihak prasekolah sepanjang murid
berada di prasekolah mengikut menu yang telah ditetapkan.
Murid tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman dari
rumah kecuali air kosong.
14
Ibubapa hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah jika anak mereka alah
kepada sebarang makanan atau tidak boleh makan sesuatu atas faktor agama.
Murid-murid tidak dibenarkan memakan dan meminum di dalam kelas semasa
aktiviti PDP dijalankan.
PERATURAN TAMBAHAN
Kehadiran murid ke sekolah adalah WAJIB. Ketidakhadiran murid perlulah
dimaklumkan kepada guru atau disertakan sijil sakit/rawatan doktor.
Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebab atau selalu ponteng,
akan dihantar surat Amaran 1. dan seterusnya (jika perlu).
Jika anak mempunyai masalah kesihatan dan penyakit yang mudah berjangkit,
TIDAK DIBENARKAN menghantar anak yang sakit dan seumpamanya ke kelas
prasekolah. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab akan sebarang
kemungkinan yang timbul semasa tempoh murid berada di dalam kelas.
“Segala PERATURAN PRASEKOLAH wajib dipatuhi dan tertakluk kepada
perubahan semasa”
15
PENGGUNAAN TANDA NAMA MURID DAN T-SHIRT PUTIH PRASEKOLAH
PENGGUNAAN TANDA NAMA MURID DAN T-SHIRT PUTIH
PRASEKOLAH SK SAMARAHAN ESTATE
16
PENGENALAN PRASEKOLAH
PENGENALAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan
kepada seorang kanak-kanak. Pengalaman prasekolah dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif
sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial,
agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan
intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas
biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.
Pendekatan pembelajaran yang fleksibel (anjal)dan iklim pembelajaran yang kondusif (selesa,
selamat dan ceria) dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta
memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak.
17
LATARBELAKANG PRASEKOLAH
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendidikan asas yang memberikan pengalaman awal yang
penting dalam dunia persekolahan kanak-kanak. Ianya dapat membekalkan kanak-kanak dengan
kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif.
Pendidikan prasekolah menitikberatkan pendekatan “Bermain Melalui belajar” yang mana
programnya disediakan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Di samping itu, prasekolah juga
berfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Pendidikan prasekolah berkonsepkan satu program penyediaan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak 4-6 tahun dalam jangka masa 1 tahun atau lebih sebelum memasuki ke tahun , iaitu alam
persekolahan yang lebih formal.
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga
enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkn serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif
dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep
kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia
untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
18
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur
empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek
dan rohani seperti berikut:
1. Membina kecergasan badan.
2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6. Mempunyai kematangan emosi.
7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8. Berani menyuarai pandangan dan perasaan.
9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
10. Boleh bekerja secara bersendirian dan bekerja secara berkumpulan.
11. Menghormati perasaan dan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif
dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
12. Mengamalkan nilai murni.
13. Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks
kehidupan harian.
15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugas harian dan menyelesaikan
masalah.
17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan
seharian.
18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
19
FOKUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH
FOKUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada ussaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama
adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri
penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar
melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang
digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan
kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan
pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang kan membantu mereka
meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 Disember 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.
Sebanyak 1131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.
6 Jun 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakn Perluasan Program Prasekolah.
20
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH
SENARAI TUGAS GURU PRASEKOLAH.
Bertanggungjawab Kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, Guru Panitia Dalam Membantu Merancang, Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil
Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut:
PENGURUSAN PRASEKOLAH
Terima panggilan mesyuarat/bengkel dari PPD
Hadir mesyuarat / Bengkel
Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun jadual awal dan akhir tahun.
A. PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH
1) MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN.
Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun tema
Memilih dan menyusun Hasil Pembelajaran berdasarkan KSPK
Merancang cadangan aktiviti berdasarkan SP dan Tema
Cetak dan bukukan - 1 salinan dihantar kepada PPD dan 1 salinan
kepada Guru Besar
2) MENYEDIAKAN RANCANGAN HARIAN.
Menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan jadual waktu.
Merancang aktiviti dan teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan SP dan tema.
Membina BBM yang sesuai.
Menyediakan lembaran kerja.
Cetak dan failkan rancangan pelajaran harian.
Hantar Rancangan Pelajaran Harian (RPH) kepada GB untuk semakan dan pengesahan.
3) PELAKSANAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
Menjalankan set induksi
Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
yang telah dirancang.
Memberi latihan berdasarkan kemahiran yang diajar
Menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran
terhadap murid.
Membuat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
Membuat refleksi.
21
4) MEMBUAT PENILAIAN MURID.
Mengenalpasti murid yang hendak dinilai
Memerhati perlakuan / tingkahlaku murid
Menentukan jenis rekod
Membuat catatan dan melengkapkan rekod
Kemaskini rekod
Simpan dalam fail peribadi murid
B. PENGURUSAN KOKURIKULUM
1) MERANCANG TAKWIN TAHUNAN.
Terima takwim sekolah, daerah dan negeri.
Membina takwim tahunan Prasekolah selaras dengan takwim sekolah, daerah dan negeri.
Memurnikan takwim yang dibina.
Cetak dan pamerkan di papan kenyataan kelas.
Hantar salinan kepada Pengetua/Guru Besar, PPD dan JPN.
Melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Membuat laporan aktiviti yang telah dilaksanakan dan hantar ke PPD.
2) PENGURUSAN SUKAN & MOTIVASI MURID.
Terima arahan dari PPD/GB/GPK Kokurikulum.
Hadir mesyuarat penetapan syarat dan peraturan pertandingan di peringkat PPD.
Mesyuarat penetapan syarat dan pertandingan di peringkat PPD.
Buat perlantikan jawatankuasa pelaksana.
Penyediaan murid-murid mengikut acara yang dipertandingkan
Melaksanakan aktiviti yang dirancang
Mesyuarat penambahbaikan
3) MERANCANG DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI REKREASI.
Menubuhkan jawatankuasa lawatan.
Merancang tempat dan tarikh lawatan.
Mendapatkan maklumat terperinci tentang tempat yang hendak dilawati.
Memohon kebenaran membuat lawatan dari JPN/PPD.
Memberi taklimat kepada ibu bapa .
Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga .
Menghantar surat makluman ke tempat lawatan .
Menguruskan pengangkutan .
Membuat lawatan.
Menyediakan laporan dan dokumentasi .
C. PENGURUSAN MURID.
1) PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH.
Menerima surat arahan daripada PPD.
Mengiklankan pengambilan murid.
Memperbanyakkan dan mengedar borang permohonan.
Merekod borang permohonan yang dikembalikan.
Memproses borang permohonan selepas tamat tarikh tutup permohonan.
22
Menyerahkan borang permohonan kepada jawatankuasa pemilihan.
Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemilihan.
Menghantar surat jawapan kepada ibu bapa.
Hantar laporan kepada PPD.
D. PENGURUSAN PRASARANA.
1) MEWUJUDKAN SUASANA KELAS YANG KONDUSIF.
Menyenaraikan pusat pembelajaran yang perlu diwujudkan.
Menyediakan pelan lantai kelas prasekolah.
Membuat susun atur perabot dan peralatan di setiap pusat.
Melabelkan pusat-pusat pembelajaran.
Menyediakan risalah tentang peralatan dan fungsi setiap pusat pembelajaran.
Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan setiap pusat pembelajaran.
2) MEWUJUDKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK
DARJAH YANG SELAMAT.
Menyenaraikan lokasi untuk P&P di luar kelas prasekolah.
Menetapkan lokasi setiap kawasan P&P yang dirancang.
Memastikan semua peralatan di kawasan luar kelas berfungsi dengan baik dan selamat diguna
kan.
Melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbir.
Melabelkan semua peralatan.
E. PENGURUSAN KEWANGAN.
1) MEMBUAT ANGGARAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN
PRASEKOLAH.
Menyenaraikan semua barang keperluan.
Membuat nota minta.
Berbincang dengan GB.
Mengisi borang pesanan.
Terima barang dan rekod dalam buku stok.
2) MEMBUAT ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM
PERUNTUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH)
Peruntukan berdasarkan takwim/program prasekolah
Berbincang dengan Guru Besar
Membuat pembentangan ABM dalam Mesyuarat Pengurusan Prasekolah di peringkat sekolah
Menyimpan salinan ABM , satu salinan di pejabat dan satu salinan di sekolah
3) PENYELENGGARAAN KELAS PRASEKOLAH.
Memeriksa peralatan di luar dan dalam kelas prasekolah dari semasa ke semasa.
Menyenaraikan peralatan yang rosak.
23
Menyediakan laporan kerosakan.
Hantar laporan kepada pihak pentadbir.
Simpan di dalam fail sebagai rekod.
E. PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID.
1) PEMBIMBING PEMBANTU PENGURUSAN MURID.
Menerima senarai tugas PPM daripada GB.
Memberi penerangan tentang tugas dan tanggungjawab kepada PPM.
Membimbing PPM untuk melaksanakan tugasnya.
Memastikan PPM melaksanakan tugasnya dan menyemak laporan tugasan harian PPM.
Mengesahkan tugas yang telah dilakukan oleh PPM.
2) MERANCANG MENU.
Menyenaraikan cadangan menu harian bersama PPM.
Menyusun jadual menu.
Menyediakan resepi menu yang dipilih sebagai rujukan PPM.
Serah resepi yang lengkap pada PPM.
Pamerkan menu di tempat yang sesuai.
F. PENGURUSAN HUBUNGAN KOMUNITI.
1) MENGURUSKAN HARI TERBUKA.
Merancang Hari Terbuka Prasekolah mengikut takwim sekolah.
Memberi arahan kepada PPM untuk menyediakan surat makluman kepada ibu bapa.
Berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan murid.
Menyerahkan buku rekod profil murid kepada ibu bapa untuk ditandatangani.
Simpan buku rekod profil yang dikembalikan oleh ibu bapa.
BIDANG TUGAS UMUM
MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS LAIN YANG DIARAH DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PENGARAH
PELAJARAN, TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN, KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, PPD, UNIT
PRASEKOLAH DAN GURU BESAR
24
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN PRASEKOLAH
SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat
berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid
yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.
Urusan Pengajaran / Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang
bimbingan dan asuhan.
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di
kalangan murid-murid prasekolah.
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk
belajar.
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan,
kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
25
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di
dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti
harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi
murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk,
cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas
termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.
Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa
berkeadaan bersih.
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur
bahasa dan kekemasan diri.
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid
keluar kelas dalam keadaan selamat.
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa
dalam keadaan sihat dan bersih.
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di
luar kelas.
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah
26
27
PENGURUSAN KURIKULUM
PRASEKOLAH 2021
SK. Samarahan Estate
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Serian
Batu 1, Jln Serian/Sri Aman
94700 Serian Sarawak.
28
JAWATANKUASA KURIKULUM PRASEKOLAH
JAWATANKUASA KURIKULUM PRASEKOLAH
2021
EN MOHAMMAD BIN
ISMAIL
(GURU BESAR)
PN KAMISIYAH ADOM EN JA'AU AK SANDAU EN M.ZAKARIYA ADEN
(PK HEM) (PK PENTADBIRAN) (PK KK)
PN RAHIMAH ADENG PN HAMKIDAH BINTI PN NORHIDAYAH YUSUF
(PPM) OSMAN (GURU P.ISLAM)
(GURU PRA)
29
Perancangan Strategik Kurikulum Prasekolah 2
Unit : Kurikulum Prasekolah
Isu strategik : Meningkat kemahiran murid dalam menguasai kemah
Matlamat strategik : Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk meningkat
Isu strategik Matlamat strategik Objektif Pertunjuk
ETR
TOV (2021)
% Bil
% Bil
80%
1. Murid Meningkatkan -murid mengetahui
kurang kecemerlangan 20%
menguasai kurikulum. asas huruf. 80%
kemahiran 4M
-murid boleh
membaca dengan
lancar.
2.Murid hanya Meningkatkan Murid dapat 10%
menguasai kecemerlangan
10% bahasa kurikulum. berkomunikasi
Inggeris.
dalam asas bahasa
Inggeris
3. 50% Meningkatkan Murid dapat 90% 90%
menguasai kecemerlangan
asas nombor. kurikulum. menguasai asas
nombor dan boleh
mengira (1-50)
2021
hiran 2M.
tkan penguasaan 4M.
k prestasi ETR Strategik dan pelan Pertunjuk prestasi utama
ETR (2023) tindakan 2021 (KPI)
(2022) % Bil
% Bil
1. 1 hari 1 huruf. 90% murid prasekolah dapat
80% 90% 2. Baca cepat menguasai 2M.
40% 50% 1. Smarter phonics 50% murid prasekolah dapat
2. CEFR menguasai Bahasa Inggeris asas.
90% 100% 1. Celik nombor 100% murid prasekolah
menguasai asas nombor. (1-50)
30
PELAN TINDAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH 2021
PELAN TINDAKAN KURIKU
Bidang : Kurikulum
Objektif : Meningkatkan Kecemerlangan Kurikulum.
Strategi : Mempelbagaikan Aktiviti dan Bahan Bantu Belajar yang berkesan.
PEGAWAI TEMPOH MA
BIL AKTIVITI BERTANG KOS DAN TARIKH T
GUNGJA SUMBER JANGKA LA
WAB
1 Program 1 hari 1 huruf GURU PRASEKOLAH RM50.00 4 bulan J
(PCG) Januari-
April
2 Program “Baca Cepat” RM200.00 5 bulan
(GTK) Mei-sept
3. Progran “Say it right” dan RM200.00 Sepanjang J
smarter phonics
(GTK) tahun
4. Program Celik Nombor RM200.00 Sepanjang J
(PCG) tahun
ULUM PRASEKOLAH 2021
. KPI OUTPUT CATATAN
ASA
TARIKH
AKSANA
Januari Peratus murid menguasai Murid prasekolah dapat
huruf rumi meningkat menguasai A-Z.
Mei Peratus murid menguasai Murid prasekolah dapat
4M meningkat menguasai 4M.
Januari Peratus murid yang boleh Murid prasekolah dapat
berkomunikasi dalam berkomunikasi dalam asas
asas Bahasa Inggeris bahasa Inggeris.
meningkat.
Januari Peratus murid yang kenal Murid prasekolah dapat
dan mengecam nombor mengecam dan mengenali
meningkat. semua nombor dengan
baik.
31
TAKWIM TAHUNAN KURIKULUM PRASEKOLAH 2021
Takwim Tahunan Kurikulum Prasekolah 2021
BULAN MINGGU TARIKH AKTIVITI
DISEMBER 17.12.2020 Taklimat Kemasukan Ke Prasekolah 2021
JANUARI 1 01-19.01.2021 Cuti Awal Tahun
2 20.01.2021 MINGGU ORIENTASI
22.01.2021 Pendekatan Bertema
FEBRUARI 3 25.01.2021 Mengukur Fizikal murid prasekolah
MAC 29.01.2021 Program 1 hari 1 huruf
4 Program Celik Nombor
01.02.2021 Pendekatan bertema
5 05.02.2021 Kemaskini SMPK
6 08.02.2021 Pendekatan Bertema
7 12.02.2021 Tahun Baru cina (10-13.02.2021)
8 15-19.02.2021 Pendekatan bertema
9 22-26.02.2021 Pendekatan bertema
10 01-05.03.2021 Pendekatan Bertema
08-12.03.2021 Pendekatan bertema
APRIL 11 15-19.03.2021 Pendekatan bertema
MEI 12 22-26.03.2021 Pendekatan Bertema
Pengisian rekod IPPK
13 27.03.2021 Maklumat asas murid prasekolah
-04.04.2021 Program Celik Nombor
14 05-09.04.2021 Pembelajaran di pusat pembelajaran
12-16.04.2021 Cuti Pertengahan Penggal
15 Good Friday (02.04.2021)
19-23.04.2021 Pembelajaran di pusat pembelajaran
26-30.04.2021 Pembelajaran di pusat pembelajaran
03-07.05.2021 Pembelajaran di pusat pembelajaran
10-14.05.2021 Pembelajaran di pusat pembelajaran.
17-21.05.2021 Hari Pekerja 01.05.2021)
Program Baca Cepat
16 Cuti Hari Raya Adil Fitri
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri
Latihan sukan
32
JUN 17 24-28.05.2021 Pembelajaran di pusat pembelajaran
JULAI Wesak Day
18 30.05-13.06.2021 Latihan sukan
19 14-18.06.2021 Pembelajaran dipusat pembelajaran
20 21-25.06.2021 Cuti Pertengahan Tahun
21 28.06 - 02.07.2021 Hari Gawai Dayak
Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak Pra
OGOS 22 05-09.07.2021 Projek
SEPTEMBER 23 17-25.07.2021 Projek
24 Raptai Hari Sukan
26-30.07.2021 Sukan Tahunan Sekolah
25 02-06.08.2021 Pendekatan bertema
26 9-13.08.2021 Pendekatan Bertema
27 16-20.08.2021 Sarawak Day
23-28.08.2021 Hari Raya Haji
28 30.08-03.09.2021 Cuti Pertengahan Penggal
06-10.09.2021 Pendekatan bertema
29 11-19.09.2021 Pendekatan bertema
20-24.09.2021 Awal Muharam
OKTOBER 30 Pendekatan
31 27.09-01.10.2021 Projek (membuat bendera)
04-08.10.2021 Projek( membuat bendera)
32 Merdeka Day
11-15.10.2021 Projek (membuat bendera)
33 Pertandingan mewarna bendera
18-22.10.2021 Pendekatan bertema
34 Cuti Pertengahan Penggal
35 25-29.10.2021 Pertandingan Baju Merdeka
01-05.11.2021 Mesyuarat pemuafakatan Ibu bapa
36 Pendekatan bertema
37 08-12.11.2021 Lawatan sambil belajar
15-19.11.2020 Pendekatan bertema
Pengisian rekod IPPK
Latihan Tarian/nyanyian (akhir tahun)
Pendekatan bertema
Pengisian rekod IPPK
Latihan Tarian/nyanyian (akhir tahun)
Pendekatan bertema
Maulidur Rasul
Latihan Kebudayaan (akhir tahun)
Pembelajaran di pusat pembelajaran
Latihan Kebudayaan (akhir tahun)
Pembelajaran di pusat pembelajaran
Hari Deepavali.
Latihan Kebudayaan (akhir tahun)
Pembelajaran di pusat pembelajaran
Latihan Kebudayaan (akhir tahun)
Pembelajaran di pusat pembelajaran
Latihan Kebudayaan (akhir tahun)
Pembelajaran di pusat pembelajaran
33
38 22-26.11.2021 Latihan Kebudayaan (akhir tahun)
Pembelajaran di pusat pembelajaran
39 29.11.2021 Jamuan Perpisahan
03.12.2021 Pembelajaran di pusat pembelajaran
40 06-10.12.2021 Majlis penyampaian hadiah dan Sijil.
Pendekatan bertema
11-31.12.2021 Cuti akhir tahun.
34
KURIKULUM STANDARD PRSEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang, iaitu
Komunikasi Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai Perkembangan Fizikal dan Estetika
Kemanusiaan Sains dan Teknologi
Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama
lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan
keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan
kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam rajah di bawah.
35
Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa
berinteraksi. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid
prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina/Tamil, mereka wajib mempelajari Bahasa Cina/Bahasa Tamil.
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid
bukan beragama Islam.
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan
alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.
Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan Diri memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi dan pembinaan
kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan murid. Pemupukan kepimpinan dan sahsiah
diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum juga ditekankan dalam Tunjang ini.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika menekankan perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap karya seni
dalam kalangan murid. Tunjang ini melibatkan komponen Perkembangan Fizikal dan Penjagaan
Kesihatan; serta Kreativiti dan Estetika.
36
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik;
serta pengetahuan dan kemahiran matematik. Disiplin ilmu yang terkandung dalam tunjang ini ialah Sains
Awal dan Matematik Awal.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada pendekatan pentaksiran yang merupakan satu
prosesmendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh
guru yang berkenaan. Proses ini berlaku berterusan sama ada secara formal dan tidak formal supaya guru
dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS perlu dilaksanakan secara holistik berdasarkan
prinsip inklusif, autentik dan setempat (localised). Maklumat yang diperoleh dari PS akan digunakan oleh
pentadbir, guru, ibu bapa dan murid dalam merancang tindakan susulan ke arah peningkatan
erkembangan pembelajaran murid. PS boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif.
Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses P&P, manakala pentaksiran secara sumatif
dilaksanakan pada
akhir suatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Dalam melaksanakan PS, guru perlu
merancang, membina item, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan murid dalam
mata pelajaran yang diajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Pentaksiran di prasekolah adalah satu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk mendapatkan
maklumat tentang perkembangan dan pembelajaran murid. Ia merupakan perkara asas dan penting dalam
proses P&P yang dijalankan secara berterusan. Tujuan pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:
1. Mengesan pertumbuhan dan perkembangan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
2. Mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan
perkembangan
secara menyeluruh.
3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.
4. Memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa/penjaga dan pentadbir sekolah tentang perkembangan
dan pembelajaran murid dalam semua aspek yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
37
5. Mengesan keberkesanan pengajaran guru serta peluang pembelajaran dan persekitaran yang isediakan.
6. Membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:
Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum.
Membantu pembelajaran murid.
Memperbaiki pengajaran guru.
Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran Prasekolah
1. Pentaksiran dijalankan merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang terdapat dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
2. Pentaksiran dilaksanakan selari dengan tujuan yang telah ditetapkan.
3. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh persekolahan.
4. Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih; sesuai dengan perkembangan murid; dan berasaskan kaedah
saintifik.
Pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid.
Kaedah pentaksiran adalah pemerhatian secara berterusan dan penilaian hasil kerja murid. Ujian atau
peperiksaan formal tidak harus dilaksanakan.
Data yang dikumpulkan perlu dianalisis supaya pelaporan yang dibuat adalah sah dan sahih.
Dokumentasi pentaksiran perlu dilaksanakan secara sistematik. Contoh rekod pentaksiran adalah seperti
senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan masa dan persampelan
peristiwa.
4. Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan mengambil kira hak asasi kanak-kanak.
ORGANISASI KANDUNGAN
38
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberi penekanan kepada tiga bahagian
utama iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
STANDARD STANDARD STANDARD
KANDUNGAN PEMBELAJARAN PRESTASI
Penyataan spesifik tentang Suatu penetapan kriteria atau Suatu set kriteria umum yang
perkara yang murid patut indikator kualiti pembelajaran menunjukkan tahap-tahap
ketahui dan boleh lakukan dan pencapaian yang boleh prestasi yang perlu murid
dalam diukur bagi etiap standard Pamerkan sebagai tanda
suatu tempoh persekolahan kandungan. bahawa sesuatu perkara itu
merangkumi aspek telah
pengetahuan, dikuasai murid.
kemahiran dan nilai.
Peruntukan Waktu Minimum
Peruntukan waktu minimum pendidikan prasekolah hendaklah dipatuhi sebagaimana berikut:
1. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari (termasuk masa rehat), iaitu,
sejumlah 20 jam satu minggu. untuk kanak-kanak yang berumur 5+.
2. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setengah jam sehari (termasuk masa rehat),
iaitu, sejumlah 17½ jam satu minggu untuk kanak-kanak yang berumur 4+.
3. Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 600 minit
seminggu di sebagai bahasa pengantar.
4. Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 400 minit
seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
5. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 600 minit
seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
6. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 400 minit
seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
39
7. Jika di dalam sesuatu prasekolah terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam, maka
murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang bertauliah,
sekurang-kurangnya dua jam seminggu.
8. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama Islam, maka
murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya dua jam seminggu.
Peruntukan Waktu P&P
Perancangan aktiviti harian di prasekolah haruslah berdasarkan peruntukan waktu yang telah ditetapkan
seperti di Jadual di bawah.
Walau bagaimanapun, guru diberi keluwesan dalam menyusun jadual waktu P&P mengikut keperluan
murid.
Perincian berkaitan bidang pembelajaran dalam peruntukan waktu di prasekolah adalah sebagaimana
berikut:
BIL BIDANG PEMBELAJARAN Peruntukan masa seminggu (minit)
untukkelas prasekolah yang
1. Bahasa Melayu bahasa pengantarnya
2 Bahasa Inggeris
3 Bahasa Cina/Tamil Bahasa Melayu Bahasa Pengantar
4 Aktivti luar Lain
5 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 60 60
6 Matematik Awal 60 60
7 Pendidikan Bersepadu - 60
120 120
JUMLAH 120 120
40 40
800 720
1200 1200
40
Pembelajaran Bersepadu
Pembelajaran Bersepadu memberi peluang kepada murid memperoleh pengalaman pembelajaran sendiri
yang lebih bermakna. Guru perlu mengintegrasikan tunjang, kemahiran dan nilai dalam P&P. Pembelajaran
Bersepadu termasuk:
1. Aktiviti rutin
Aktiviti rutin adalah aktiviti yang dijalankan pada setiap hari dan diberi peruntukan masa yang khusus.
Aktiviti ini merangkumi perbualan awal, rehat dan penutup.
Perbualan Awal
Perbualan Awal bertujuan untuk menyediakan murid dari aspek mental dan emosi untuk mengikuti
pembelajaran pada hari tersebut dengan lebih berfokus. Aktiviti semasa perbualan awal seperti berkongsi
idea dan maklumat; bercerita; menyanyi dan sebagainya dapat menambah kosa kata; dan meningkatkan
kemahiran bersosialisasi serta menggalakkan pelibatan murid secara aktif. Waktu yang diperuntukkan
untuk sesi perbualan awal ialah 20 minit sehari.
Rehat
Dalam pendidikan prasekolah, rehat merupakan sebahagian daripada P&P. Waktu rehat diperuntukan
untuk murid prasekolah makan dan minum serta merehatkan minda dan fizikal mereka. Waktu rehat boleh
dimanfaatkan dengan melibatkan murid dalam membantu penyediaan makanan dan tempat makan. Aspek
pengurusan diri, adab makan dan pemakanan yang sihat serta seimbang perlu diberi penekanan semasa
rehat. Masa yang diperuntukkan untuk waktu rehat ialah 30 minit sehari.
Aktiviti Penutup
Aktiviti penutup memberi peluang kepada guru dan murid membuat refleksi terhadap pembelajaran dan
perkara yang telah berlaku pada hari tersebut. Selain itu, guru dan murid boleh berbincang tentang
pembelajaran seterusnya. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti penutup ialah 10 minit sehari.
Aktiviti pembelajaran
Aktiviti pembelajaran memberi peluang kepada guru untuk memilih strategi P&P yang sesuai bagi memberi
peluang kepada murid menjalankan penerokaan dan eksperimen, menyelesaikan masalah serta
menggalakkan pemikiran kritis. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah
pendekatan bertema, pendekatan projek dan penggunaan pusat pembelajaran. Peruntukan waktu untuk
aktiviti pembelajaran dalam Pembelajaran Bersepadu adalah:
(i) 500 minit seminggu untuk Sekolah Kebangsaan.
(ii) 440 minit seminggu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan.
41
Aktiviti Luar
Aktiviti Luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar kelas. Aktiviti Luar berhasrat untuk membina
kecergasan dan merangsang kecerdasan murid. Aktiviti luar juga memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi dan meneroka persekitaran. Melalui aktiviti ini, kesedaran murid terhadap aspek keselamatan
dan kesihatan dapat dibina serta kepekaan terhadap persekitaran dapat ditingkatkan. Aktiviti Luar perlu
dilaksanakan setiap hari sebagaimana berikut:
1. Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh yang akan menggerakkan tubuh badan dan
memerlukan tenaga untuk meningkatkan kecerdasan fizikal dan kesihatan diri. Aktiviti fizikal sangat
penting untuk perkembangan murid dan merupakan asas kepada kesihatan dan kehidupan yang aktif.
Selain daripada itu, aktiviti fizikal juga dapat membantu memupuk kecergasan badan, ketangkasan dan
koordinasi serta perkembangan kognitif, kecekapan sosial dan kematangan emosi murid. Peruntukan masa
untuk Aktiviti Fizikal ialah 30 minit bagi setiap sesi dan dilaksanakan 2 kali seminggu.
2. Main Bebas
Main bebas memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas tentang apa, bila dan
bagaimana untuk bermain. Mereka juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan semasa bermain.
Banyak faedah kepada pembelajaran murid dari segi fizikal, emosi, kognitif dan kemahiran sosial semasa
main bebas. Selain murid menikmati kegembiraan, murid juga belajar cara berinteraksi dan berunding
dengan berkesan; berkongsi dan bekerjasama dengan orang lain; serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Semasa main bebas, guru berperanan sebagai perancang, fasilitator, play partner dan pemerhati. Guru
juga perlu bijak menyediakan persekitaran supaya main bebas adalah fasilitator, play partner dan
pemerhati. Guru juga perlu bijak menyediakan persekitaran supaya main bebas adalah berkesan dan
bermakna. Peruntukan masa main bebas ialah 20 minit bagi setiap slot dan dilaksanakan 3 kali seminggu.
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Peruntukan waktu Pendidikan Islam/Pendidikan Moral adalah 120 minit seminggu. Bagi kelas yang
mempunyai lima atau lebih murid beragama Islam, Pendidikan Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya
120 minit seminggu oleh guru yang bertauliah. Manakala bagi kelas yang mempunyai lima atau lebih murid
yang bukan beragama Islam, Pendidikan Moral perlu diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.
Walau
42
bagaimanapun, bagi kelas yang tidak mempunyai atau mempunyai kurang daripada 5 orang murid
beragama Islam, peruntukan waktu bagi Pendidikan Moral boleh digabungkan dengan Pembelajaran
Bersepadu.
43
PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang
perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan
mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi maklumat yang diperoleh.
Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan
pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan
maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang
berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.
Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang
lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk
pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment).
Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan
(improvement) serta perkembangan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata.
Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting
dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak,
perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan
proses pentaksiran.
Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan
persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standard digunakan, selaras dengan rekabentuk
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun
2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK (rujuk Lampiran A dalam modul ini) perlu diakur
oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini.
44
Jadual 1: Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 1
Skor Simbol Kriteria
(Tahap Penguasaan)
Telah Menguasai TM Tahu dan boleh buat dengan sendiri
dengan baik secara bertatasusila
Sedang Maju SM Tahu dan boleh buat dengan bimbingan.
Belum Menguasai BM Tahu beberapa perkara asas berkaitan
dengan konstruk tetapi tidak boleh buat
Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 2
Skor Simbol Kriteria
(Tahap Penguasaan)
Menguasai M Boleh melakukan aktiviti dengan betul sehingga
selesai
Sedang Berkembang SB Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa
apabila melakukan aktiviti namun masih boleh
melakukannya sehingga selesai
Perlu Banyak PB Sukar memahami arahan untuk menjalankan
Bimbingan aktiviti dan sentiasa memerlukan bimbingan
45
Proses Menjalankan Pentaksiran
Merancang
Menentukan Konstruk dan kaedah
penilaian
Membina Instrumen
Membina instrumen dan menentukan Standard Prestasi
Melaksanakan Pentaksiran
Pemerhatian Tingkah laku, Interaksi/Lisan
/Hasil Kerja Murid
Merekod
Menganalisis data yang dikumpul
dan Melapor
Tindakan Sudahkah Tindakan
Susulan/ Aktiviti Murid Susulan/ Aktiviti
Bimbingan Menguasai Pengayaan
KEMAHIRAN/HASIL PEMBELAJARAN BARU/ KE TAHUN
SATU SEKOLAH RENDAH
46
PROGRAM PEERS PRASEKOLAH
47