The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafiqah Halim, 2020-11-09 11:02:06

PBT PENGAJIAN ISLAM 2020(1)

PBT PENGAJIAN ISLAM 2020(1)

SESI JUN 2020

(JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

MPU 2012: PENGAJIAN ISLAM

TAJUK: PERKAHWINAN LARI DALAM ISLAM

NAMA PELAJAR: NO.PENDAFTARAN
1. FATIN ZULAIKA BT NOOR HASHIMI 21DDT18F2015
2. SITI SARAH BT ADNAN 21DDT18F2009
3. NUR SYAFIQAH BT ABDUL HALIM 21DDT18F2026

DISEMAK OLEH:
PN.NURUL ADHA BINTI RAJALI

TARIKH HANTAR:

13/10/2020 MARKAH

SEMESTER 4/SESI JUN 2020

2.0 SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA 1
2
1.MUKA HADAPAN
2.SENARAI KANDUNGAN 3
3.PENGENALAN 4-6
4. ISI DAN HURAIAN 7
5.KESIMPULAN 8
6.SUMBER RUJUKAN 9-13
7.LAMPIRAN 14-15
8.SOALAN KUIZ

• 3.0 PENGENALAN

Perkahwinan merupakan satu fitrah semulajadi yang dilalui oleh setiap manusia. Ia jugamerupakan fasa kehidupan yang sangat
dituntut oleh Islam, yang mana melalui perkahwinan yang sempurna akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang di duniadan di
akhirat. Pembentukan rumahtangga dalam Islam adalah merupakan sebahagiandaripada elemen penting ke arah pembentukan
masyarakat harmoni berlandaskan hukumsyarak. Islam mensyariatkan perkahwinan dengan tujuan untuk memelihara manusia
itudalam satu kehidupan yang sihat serta sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.Definisi Perkahwinan juga adalah suatu
ikatan yang terbentuk antara lelaki dan perempuan yang berlandaskan syariat Islam dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
dalam Islam melalui lafaz akad nikah yang sah bagi menjalani sebuah kehidupan berumah tangga iaitu sebagai suami isteri.
Pensyariatan perkahwinan dalam Islam adalah bertujuan untuk melahirkan dan mengembangkan zuriat manusia dengan cara yang
halal sebagai satu penyambung keturunan dan mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia juga di akhirat kelak.Perkahwinan sebagai
suatu bentuk hubungan manusia yang paling agung kerana menuntut adanya tanggungjawap secara timbal balik di antara kedua belah
pihak, suami ataupun isteri, dan juga merupakan suatu bentuk perjanjian.Dikatakan hubungan manusia yang paling agung antara lain
kerana perkahwinan merupakan suatu akad atau perjanjian yang tidak hanya sekadar merapatkan hubungan dua pihak secara
individual antara suami dan isteri, namun lebih jauh daripada itu dapat mempererat lagi hubungan antara keluarga pihak suami dan
keluarga pihak isteri. Oleh kerananya, perkahwinan disebut juga sebagai mithaqan ghalizan atau ikatan yang sangat kuat.Walaupun
begitu,terdapat segelintir pasangan yang membuat keputusan untuk berkhawin lari atas sebab mereka yang tertentu.

Perkahwinan tanpa kebenaran merupakan perkahwinan yang melanggar batas norma kemasyarakatan. Walaupun menepati hukum
syarak, perkahwinan ini tetap dipandang sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang keluarga Islam. Perkahwinan tanpa kebenaran menjadi
satu isu hangat yang diperkatakan ekoran daripada peningkatan kes yang berlaku di luar negara khususnya di Selatan Thailand. Isu ini jugak
semakin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini tercetus dari sikap masyarakat yang tidak berfikir panjang untuk
membuat sesuatu keputusan dengan bijak. Ekoran dari itu, maka terjadilah sesuatu ikatan perkahwinan yang tidak direstui dan tidak diketahui
oleh ahli keluarga sendiri. Sikap seperti ini yang selalu menjadi perbualan hangat antara jiran-jiran bagi pasagan yang berkahwin lari.
Sehubungan dengan itu keluarga pasangan turut akan diperkatakan oleh masyarakat dari perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Hubungan
kekeluargaan ini jugak boleh merenggangkan lagi hubungan antara keluarga pasangan masing-masing. Oleh itu pasangan tersebut mestilah
membuat perbincangan terlebih dahulu dengan keluarga pasangan agar hubungan antara keluarga bertambah erat dan tidak berlaku perselisihan
faham antara kedua-dua belah pihak. Justeru, hubungan keluarga akan menjadi lebih rapat dan lebih damai bersama-sama.

• 4.0 ISI DAN HURAIAN

Istilah ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada
prosedur biasa Mahkamah Syariah. Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak daripada melalui
proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan atau
tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama. Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana pilihan mereka tidak direstui
oleh orang tua.Oleh itu, pasangan tersebut telah membuat keputusan dengan melakukan perkahwinan lari bersama-sama dengan pasangan.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan pasangan lelaki dan wanita mengambil keputusan untuk melangsungkan perkhawinan lari
ialah tidak mendapat restu keluarga daripada kedua-dua pihak pasangan tersebut.Hal ini kerana mungkin satu keluarga ataupun
kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan pilihan masing-masing.Antara sebab terjadinya pasangan keluarga tidak merestui contohnya
keluarga tidak menyukai keturunan lelaki atau perempuan tersebut dan mas khawin atau jumlah hantaran yang terlalu tinggi diletakkan
oleh keluarga sebelah pihak perempuan. Faktor yang kedua ialah, terlanjur di usia muda.Terdapat segelinitir pasangan yang belum
mempunyai ikatan yang sah sebagai seorang suami dan isteri terjerumus melakukan zina tanpa memikirkan nasib mereka kelak dan
reaksi keluarga mereka.Mereka menggangap itu sebagai keseronokan di dunia tetapi mereka tidak memikirkan tentang dosa dan
pahala.Ibu bapa juga haruslah memerhati gerak geri anak-anak supaya hal ini dapat dielakkan.Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah
dari rebungnya”.

Faktor seterusnya ialah, nikah gantung. Antara tujuan nikah gantung ialah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan
sebagaimana yang dihalalkan oleh suami isteri kecuali berjimak.Namun jika terlanjur pula, tidak menjadi salah atau berdosa. Berbanding mereka
yang semata-mata bertunang, pasti berdosa ketika keluar berdua-duaan. Contohnya pasangan kekasih yang ingin berkahwin di usia muda
sedangkan mereka ini tidak tinggal serumah dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan
perempuan.Selain itu, tanggunjawab nafkah oleh suami kepada isteri selalunya berbentuk kewangan juga disertakan ataupun dilepaskan.Nikah
gantung juga perlu mengadakan majlis akad nikah dan semua perkara wajib lain cuma biasanya nikah gantung akan ditangguhkan dahulu
Walimatulurus atau kenduri kahwin dan tempoh masa untuk mengadakan majlis kenduri kahwin tidak ditetapkan dan boleh menjangkau
beberapa tahun. Faktor yang terakhir ialah, ingin berpoligami contohnya lelaki yang ingin menambah isteri lebih daripada satu, tanpa
pengetahuan isteri pertama.Hal ini mungkin kerana isteri pertama mereka ataupun kedua dan ketiga tidak mampu memberi mereka zuriat dan
mereka menggunakan sebab tersebut untuk berkhawin lari. Sebagai suami, sepatutnya mereka mestilah berbincang terlebih dahulu tentang
pendapat isteri mereka supaya tidak menimbulkan fitnah.Suami juga mestilah wajib berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka agar hidup mereka
tidak porak peranda kerana tidak berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka.

Terdapat beberapa kesan daripada perkahwinan lari. Antara kesannya ialah, penyebab hubungan kekeluargaan antara pasangan
menjadi renggang.Hal ini disebabkan oleh perlakuan yang dilakukan oleh pasangan yang berkahwin lari tersebut tidak mendapat sokongan dari
keluarga serta mereka mengganggap sebagai perkara yang memalukan. Jika ibubapa tidak menyokong kehendak yang anak-anak
lakukan,bagaimana kita ingin hidup bahagia bersama pasangan pilihan kita sedangkan ibu bapa tidak merestui.Bukan sahaja ibu bapa,malah
adik beradik, hubungan sesama kerabat keluarga juga menjadi renggang.Selain itu, keluarga juga akan mendapat malu dek kerana perbuatan
mereka yang tidak disukai orang ramai contohnya jiran-jiran.Orang sekeliling akan menunding jari kepada ibu bapa seolah-olah ibu bapa tidak
mengajar mereka yang mana baik atau yang mana buruk bahkan, mereka akan mendapat hentaman yang kuat juga.Sebagai anak, kita haruslah
menjaga aib muka kedua ibu bapa kita tidak kira walaupun hati kita yang terguris kerana tanpa keluarga,siapalah kita.

Kesan perkhawinan lari seterusnya ialah, wujudnya konflik dan tersisih akibat membelakangi nasihat, pandangan dan tidak utamakan
pandangan ikhlas keluarga. Malah, masih mengikut kehendak dan kemahuan atas dasar cinta dan tidak dapat hidup andai salah satunya tiada di
depan mata. Pelbagai konflik akan berlaku antaranya, mak mertua tidak melayani menantu kerana menggangap menantunya sebagai orang asing
dan mudah tersisih dari keluarga contohnya , seluruh keluarga ingin bercuti , mereka tidak mengajak anak dan menantu tersebut ikut bercuti
sekali kerana masih menggingati perlakuan yang dilakukan oleh anak menantu mereka.Sebagai anak,kita hasruslah taat dan patuh akan arahan
ibu bapa kita kerana apa yang dilarang oleh ibu bapa.pasti ada kesan buruknya.Kesan terakhir akibat perkhawinan lari ialah rumah tangga
akan gundah gulana kerana tidak mendapat restu keluarga.Justeru itu, bagi pasangan yang tidak mendapat restu keluarga,tidak akan bertahan
lama kerana sesuatu perlakuan atau perbuatan,haruslah mendapat restu keluarga terlebih dahulu kerana “Keredhaan allah terletak kepada
keredhaan kedua ibu bapa”.

Selain itu, terdapat beberapa langkah – langkah bagi menangani masalah kahwin lari . Antaranya ialah, Ibu bapa haruslah memperkukuhkan
institusi kekeluargaan memahami perasaan anak mereka, apa yang anak mereka inginkan dan apa yang diperlukan oleh mereka bukan sahaja
dari segi wang,malah dari segi kasih dan sayang amat penting. Seterusnya, memantau peranan yang dimainkan oleh rakan sebaya. Ibu bapa
seharusnya mengambil tahu pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka.Rakan sebaya amat memberi pengaruh yang besar serta impak yang
negatif jika ibu bapa tidak memantau dari awal pergaulan mereka bak kata pepatah “ mengail dalam belanga , menggunting dalam lipatan”.
Tambahan pula, Masyarakat juga perlu mengadakan program atau aktiviti seperti bengkel kepimpinan, ceramah, kem perkhemahan, aktiviti
sukan, aktiviti keagamaan, aktiviti kemasyarakatan, khidmat sosial komuniti dan sebagainya agar dapat memberi manfaat yang berguna kepada
remaja. Aktiviti ataupun program tersebut dapat membuatkan kita memikirkan yang mana baik dan yang mana tidak baik sebelum membuat
sesuatu perkara.Ibu bapa juga hendaklah menyertai anak-anak dalam program sebegini agar dapat meraptkan lagi hubungan kekeluargaan.

• 5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah, Kahwin lari sebenarnya mendatangkan banyak masalah berbanding
kebaikan. Walaupun niat untuk menghalalkan perhubungan, namun pasangan yang berhajat
untuk kahwin lari ini perlu memikirkan dengan akal yang rasional. Jangan sampai tindakan
kita hari ini akan menyusahkan kita di kemudian hari. Walaupun kes remaja kahwin lari ini
semakin membimbangkan ia masih boleh dibendung. Oleh yang demikian ,fenomena
kahwin lari yang berlaku sudah tentulah bertentangan falsafah kekeluargaan.Malah ia juga
bertentangan dengan kebudayaan masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai-nilai murni
dalam insititusi kekeluargaan.Rumahtangga dalam Islam merupakan sebahagian komponen
penting dalam masyarakat.Oleh yang demikian,perkahwinan yang tidak menghormati
masyarakat seperti kahwin lari jelas bertentangan dengan masyarakat dan juga merupakan
satu perkara yang keji menurut Islam.Program-program intrevensi yang dijalankan
diharapkan dapat membantu usaha-usaha yang dijalankan bagi mencegah golongan remaja
terjebak dalam masalah kahwin lari.Selain itu,dorongan dari keluarga juga amat penting
contohnya,ibu bapa janganlah menyekat kemahuan anak-anak kalau ianya tidak melanggar
syarak islam kerana anak-anak akan memberontak dan akan melakukan apa sahaja yang
mereka rasa betol la.Selain itu,peruntukan undang-undang kekeluargaan yang menghukum
pasangan kahwin lari adalah bertujuan menjaga kepentingan dan kesejahteraan
masyarakat.Akhir kata dari kami, semoga keluarga kita dijauhkan daripada perbuatan-
perbuatan yang tidak menyenangkan keluarga serta pihak lain.

• 6.0 RUJUKAN

- SUMBER INTERNET

• http://dspace.unimap.edu.my/bitstream/handle/123456789/1586/Kawin%20lari.pdf?sequen
c e=1&isAllowed=y

• http://wandastpm.blogspot.com/2012/11/qawaid-fiqhiyyah.html?m=1
• http://salinahdaud.blogspot.com/2017/04/pendahuluan-isu-kahwin-laribukanlah.html?m=1
• https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/11/348979/suka-duka-kahwin-lari-di-

sempadan
• https://baitulmuslim.com/artikel-berita/tentang-nikah-gantung
• https://www.hmetro.com.my/node/30851

-SUMBER BUKU
• Boestamam Ahmad.Dari Fail Mahkamah Syariah .Inteam Publishing
• Zahari Mahad Musa .Isu-isu kontemporari Syariah Dan Undang-undang.USIM

7.0 LAMPIRAN

Contoh perkahwinan di Thailand

Contoh sijil pernikahan di Thailand

statik perkahwinan lari di selatan Thailand

Contoh pengesahan pernikahan dari Thailand

Kisah di akhbar

Kisah di akhbar

Negara yang menjadi pilihan tertinggi dalam perkahwinan lari

Thailand

Majlis agama islam di pattani

Majlis agama islam di yala

8.0 SOALAN

1.Antara yang berikut manakah pilihan jawapan bagi maksud perkahwinan lari yang lebih tepat ?
A.Berkahwin dengan orang luar negara.
B.Berkahwin dengan isteri orang.
C.Berkahwin tanpa persetujuan keluarga di Negara Asing.
D.Berkahwin dengan pasangan yang disukai tanpa direstui oleh ahli keluarga.

2.Apakah maksud nikah menurut bahasa ?
A.Ijab/Qabul.
B.Bersentuh sentuhan tanpa ikatan.
C.Kumpul,himpun dan cantum.
D.Mencintai sesama sendiri.

3.Antara berikut yang manakah bukan rukun nikah ?
A.Suami.
B.Isteri orang.
C.Wali.
D.Ijab dan Qabul.

4.Antara yang berikut bukan syarat sah hukum perkahwinan di luar negara ?
A.Pernikahan dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara.
B.Pernikahan tanpa mengikut rukun nikah.
C.Pernikahan mengikut rukun nikah.
D.Tiada halangan dari mahkamah untuk perempuan berkahwin dengan alasan bermastautin.

5.Negara manakah yang menjadi pilihan tertinggi dalam perkahwinan lari ?
A.Songkhla,Thailand.
B.Lombok.
C.Yala,Thailand.
D.Semua di atas.

6.Adakah pengaruh rakan sebaya menjadi punca remaja berkahwin lari ?
A.Betul
B.Salah

7.Apakah kesan daripada berkahwin lari ?
A.Rumah tangga akan porak peranda kerana tidak mendapat restu keluarga.
B.Hidup aman dan damai.
C.Hubungan keluarga bertambah erat.
D.Perkahwinan direstui.

8.Antara berikut manakah bukan cara untuk menangani masalah kahwin lari dari berlaku ?
A.Remaja melibatkan diri dalam pergaulan bebas tanpa ada batasan.
B.Ibu bapa haruslah memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
C.Remaja perlu hindari dari perkara negarif yang boleh merosakkan minda.
D.Ibu bapa perlu menerapkan ajaran yang kukuh kepada anak-anak.

9.Apakah sebab berlakunya perkahwinan lari ?
A.Tidak mendapat persetujuan ibu bapa.
B.Ingin berpoligami.
C.Terlanjur dengan pasangan.
D.Semua di atas.

10.Sekiranya remaja terpengaruh dengan hasutan pasangan utk berkahwin lari, Apakah keputusan yg perlu dibuat ?
A.Memikirkan dengan akal yang rasional agar tidak menyesal kemudian hari.
B.Mempertahankan hubungan walaupun kedua-dua pihak keluarga tidak merestui.
C.Mengikut sahaja kehendak apa yang dikatakan oleh pasangan.
D.Mementingkan maruah keluarga sendiri.

JAWAPAN :
1. D
2. C
3. B
4. B
5. D
6. A
7. A
8. A
9. D
10. A & D


Click to View FlipBook Version