SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG (FRIM) TARIKH : 24 JUN 2023 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SK KEPONG KALI KE M E S Y U A R A T A G U N G
SENARAI KANDUNGAN Atur Cara Majlis Ucapan Sekapur Sirih dari Guru Besar Jawatankuasa Pelaksana MAT ke - 48 Ucapan Seulas Pinang YDP Senarai Nama Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG ke - 47 Senarai Nama AJK PIBG Sesi 2022/2023 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 47 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 Senarai Usul dan Cadangan daripada Ibu Bapa & Guru Rekod Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2022/2023 Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Surat Pemakluman Tarikh MAT ke-48 Surat Jemputan PIBG
ATUR CARA MAJLIS 8.20 Pagi 8.30 Pagi 9.30 Pagi 12.00 tengah hari : Pendaftaran : Kata alu-aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa oleh Ustaz Nor Najman b. Daud Ucapan Guru Besar Puan Nor Asiah bt Muksin Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua PIBG Dr.Mohammad Nasir Bin Mat Arip Tayangan Montaj : Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 >Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Kali ke-47 >Membincangkan perkara-perkara yang berbangkit >Membentangkan dan mengesahkan laporan aktiviti tahunan PIBG 2022/2023 >Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 >Pembubaran ahli jawatankuasa PIBG >Melantik pengerusi sementara >Ucapan penasihat >Melantik ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 *Yang Dipertua PIBG *Naib Yang Dipertua PIBG *Setiausaha Kehormat (Lantikan Sekolah) *Bendahari Kehormat Lantikan Sekolah) *AJK di kalangan ibu bapa (6 orang) *AJK di kalangan guru (5 orang) *Juruaudit (2 orang) >Membahaskan usul dan cadangan >Hal-hal lain >Cabutan Bertuah : Bersurai
KATA ALUAN PENASIHAT PIBG Syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah dan kurniaNYa dapatlah saya menulis di ruangan Sekapur sireh sempena Mesyuarat Agung PIBG (MAT) Sekolah Kebangsaan Kepong (FRIM) kali ke-48 bagi sesi 2023/2024. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada PIBG SK Kepong kerana kali ini kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-48 pada tahun ini. Dalam usaha melaksanakan wawasan negara, faktor permuafakatan dan perpaduan amat penting kerana ia merupakan kunci utama bagi mewujudkan sosial yang aman dan harmoni. Hal sedemikian dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam tindakan yang kita lakukan. Semangat mengambil berat dan komitmen yang ditujukan oleh ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) merupakan petanda baik untuk program usahasama bagi kejayaan murid di seklah. Semoga anak-anak didik SK Kpeong (FRIM) akan bertambah cemerlang dan terbilang dalam semua aspek dengan adanya permuafakatan antara pihak sekolah dan PIBG. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak tidak dapat dinafikan dapat memberikan impak yang lebih baik kepada mereka. Apabila ibu bapa terlibat sama dalam mendidik anak-anak, keyakinan guru dan pencapaian murid akan meningkat. Ibu bapa juga sebahagian daripada sekolah, justeru itu sokongan ibu bapa dalam setiap program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah amatlah penting untuk kecemerlangan murid. Permuafakatan dan hubungan antara pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa juga akan bertambah baik dan akrab. Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Kepong pada kali ini. Sesungguhnya segala bakti dan sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk kewangan, perkongsian idea serta kerjasama bagi kecemerlangan anak didik selama ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
KATA ALUAN YDP PIBG
J A W A T ANKUA S A P E L A K S ANA M E S YUA R A T A GUNG T A H UNAN P I B G K A L I K E - 4 8 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 S E K O L A H K E B ANG S A AN K E P ONG ( F R I M ) Penasihat :Pn. Nor Anisah Binti Muksin Timbalan Pengerusi :Pn. Normilah Binti Sale Naib Pengerusi I :Pn. Zulaila Binti Zakaria Naib Pengerusi II :Pn. Najiyatul Munirah Binti Sanusi Naib Pengerusi III :Pn. Norhasnida Binti Musa Setiausaha :En. Mohd Norhisyam Bin Ab Rahman Bendahari :Pn. Nan Rafizah Binti Megat Amat JAWATAN KUASA PELAKSANA Penyambut Tetamu VIP Pn. Nor Anisah Binti Muksin Pn. Normilah Binti Saleh Pn. Zulaila Binti Zakaria Pn. Najiyatul Munirah Binti Sanusi Pn. Norhasnida Binti Musa Pendaftaran Pn. Nur Amalina Binti Aziz (K) Pn. Rohaizi Binti Rusli Pn. Norasniliza Binti Muhamad Pengacara Majlis Pn. Noranaziah Binti Johari Pencatat Minit Mesyuarat Cik Roseaznita Binti Mat Nor @ Mohd Noor (K) Pn. Ainnul Nadia Binti Nordin Pn. Rabi’ah Binti Adnan Pn. Zuryani Binti Hussain Jurukira Undi Pn. Hartini Binti Ali En. Mohan A/L Kaliappan Bacaan doa En. Nor Najman Bin Daud Siaraya dan PA Sistem En. Mohd Hairulnizam Bin Md Sah (K) En. Muhammad Syaifulruddin Bin Mohd Idrus Persiapan & Kemasan Dewan En. Ahmad Kamal Bin Zakaria (K) En. Mohamed Afezi Bin Abdullah En. Nor Najman Bin Daud Perhiasan Pentas / Backdrop Pn. Siti Nazirah Binti Abd Jalil (K) Cik Nur Aida Binti Alias Pn. Nor Hasniza Binti Abdullah Pn. Renushree A/P Goonam Banner En. Muhammad Amir Asyraf Bin Azmal Buku Program Pn. Salmeeza Binti Hamdan (K) Pn. Suraya Binti Mohamed Yasin Jamuan VIP / Ibu Bapa Pn. Saliza Binti Razali (K) Pn. Bibi Hazliana Binti Mohd Hassan Pn. Faten Ainun Binti Mohd Nawawi Jurugambar / Perakam Peristiwa Pn. Siti Sakinah Binti Ismail Pn. Shammini Devi A/P Kroshnan Mutty
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS BIL AJK NAMA BIDANG TUGAS 1. Penyambut Tetamu Guru Besar PK Pentadbiran PK HEM PK Kokurikulum PK Petang Menyambut kedatangan YDP PIBG, AJK dan Ibu Bapa 2. Pendaftaran Pn. Nur Amalina Binti Aziz Pn. Rohaizi Binti Rusli Pn. Norasniliza Binti Muhamad ·Mengambil kehadiran ibu bapa dan guru. ·Mengedarkan Buku Program kepada semua jemputan yang hadir. 3. Pengacara Majlis Pn. Noranaziah Binti Johari ·Menyediakan skrip pengacaraan Mengendalikan MAT PIBG mengikut ·aturcara majlis dan agenda MAT PIBG. ·Memastikan perjalanan MAT PIBG berjalan dengan lancar. 4. Pencatat Minit Mesyuarat Cik Roseaznita Binti Mat Nor@ Mohd Noor Pn. Ainnul Nadia Binti Nordin Pn. Rabi’ah Binti Adnan Pn. Zuryani Binti Hussain ·Mencatat minit sepanjang MAT PIBG berlangsung. · Menyerahkan catatan minit MAT PIBG kepada SU PIBG selewat-lewatnya dalam tempoh 3 hari selepas MAT PIBG dilaksanakan. 5. Jurukira Undi Pn. Hartini Binti Ali En. Mohan A/L Kaliappan Menguruskan proses pengiraan undi bagi lantikan AJK PIBG yang baharu 6. Bacaan Doa Ustaz Nor Najman Bin Daud ·Membacakan doa sebelum majlis berlangsung. 7. Siaraya dan PA Sistem En. Mohd Hairulnizam Bin Md Sah En. Muhammad Syaifulruddin Bin Mohd Idrus ·Memastikan segala peralatan berfungsi dan berada dalam keadaan baik semasa MAT PIBG berlangsung. 8. Persiapan & Kemasan Dewan En. Ahmad Kamal Bin Zakaria En. Mohamed Afezi Bin Abdullah En. Nor Najman Bin Daud ·Membuat persiapan di dalam dewan, termasuk susun atur kerusi untuk semua jemputan yang hadir MAT PIBG. ·Memastikan kebersihan dewan Sebelum & Selepas majlis MAT PIBG. 9. Perhiasan Pentas / Backdrop Pn. Siti Nazirah Binti Abd Jalil Cik Nur Aida Binti Alias Pn. Nor Hasniza Binti Abdullah Pn. Renushree A/P Goonam Menyediakan susun atur dan hiasan pentas MAT PIBG. 10. Banner En. Muhammad Amir Asyraf Bin Azmal Menyediakan backdrop MAT PIBG. 11. Buku Program Pn. Salmeeza Binti Hamdan Pn. Suraya Binti Mohamed Yasin Menyediakan, mencetak dan fotokopi buku program MAT PIBG. 12. Jamuan VIP / Ibu Bapa Pn. Saliza Binti Razali Pn. Bibi Hazliana Binti Mohd Hassan Pn. Faten Ainun Binti Mohd Nawawi ·Menguruskan tempat menikmati makanan yang sesuai kepada semua tetamu jemputan ·Mengedarkan makanan kepada semua tetamu jemputan MAT PIBG. 13. Perakam Peristiwa Pn. Siti Sakinah Binti Ismail Pn. ShamminI ·Merekod dan merakam gambar sepanjang perjalanan majlis MAT PIBG berlangsung.
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 Penasihat Pn. Nor Asiah Binti Muksin Yang Dipertua Mohammad Nasir Bin Mat Arip Naib Yang Dipertua Abd Majid Bin Jalil Setiausaha Kehormat Mohd Norhisyam Bin Ab Rahman Bendahari Kehormat Nan Rafizah Binti Megat Amat Ajk Wakil Ibu Bapa Sharmiza Binti Adnan Noraliza Binti Alias Melati Lismanora Binti Johari Rose Aina Binti Rosman Nor Afizah Binti Arshad Ihsan Safwan Bin Kamarazaman Ajk Guru Saliza Binti Razali Hartini Binti Ali Rabi'ah Binti Mohd Adnan Renushree A/P Goonam Muhamad Amir Asyraf Bin Azmal Muhammad Syafulruddin Bin Mohd Idrus Juruaudit Siti Sanisah Binti Kamsah Noranaziah Binti Johari
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-47 SESI 2022/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG (FRIM) 52100 KEPONG, SELANGOR Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 08.00 Pagi – 11.00 Pagi Tempat : Dewan SK Kepong (FRIM) Kehadiran : Rujuk Lampiran Agenda Mesyuarat 1.0 Ucapan Penasihat PIBG 1.1.1 Pn. Nor Anisah Binti Muksin selaku Penasihat PIBG SK Kepong mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-47 walaupun kekangan masa dengan pelbagai aktiviti seperti kenduri dan jamuan hari raya. 1.1.2 Puan Nor Anisah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-47. Tanpa sokongan semua pihak, agar sukar majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 1.1.3 Beliau juga turut menyentuh mengenai beg berat bukanlah disebabkan jadual waktu semata-mata kerana jadual waktu memang telah ditetapkan oleh PPD tetapi buatan beg sekolah masa kini yang menyebabkan beg sekolah menjadi berat. 1.1.4 Selain itu juga, beliau turut menyentuh mengenai kes buli di sekolah dan mengharapkan agar ibu bapa tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya datang berjumpa pihak pentadbir. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik dan lancar. 1.1.5 Puan Nor Anisah juga turut mengulas pelbagai isu lain seperti infrastruktur sekolah, tandas dan sebagainya. Beliau turut memaklumkan bahawa pihak sekolah telahpun menghantar permohonan untuk membaik pulih infrastruktur di sekolah, namun masih belum mendapat jawapan daripada pihak PPD. Beliau turut mengharapkan agar semua ibu bapa bersama-sama pihak sekolah dalam mengatasi masalah ini. Tanpa sokongan semua pihak, tidak mungkin masalah infrastruktur ini akan dapat diselesaikan dengan baik. Tindakan : Makluman semua ahli mesyuarat MINIT MESYUARAT
2.0 Perutusan Yang Dipertua PIBG 2.1.1 YDP PIBG, Dr Mohammad Nasir Bin Mat Arip mengalu-alukan kehadiran semua demi pembelajaran anak-anak, pembangunan dan kemajuan sekolah SKKF. 2.1.2 Dr Mohammad Nasir turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir, AJK PIBG, AJK Pelaksana serta pihak yang terlibat dan bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-47. Tanpa sokongan semua pihak sudah pasti majlis ini tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya. 2.1.3 Dr Mohammad Nasir juga turut memohon maaf kepada semua hadirin kerana merasakan tidak banyak yang mampu dilakukan oleh Barisan AJK PIBG sepanjang tempoh 2021/2022 memandangkan negara masih berada dalam tempoh pandemik. Namun beliau memberikan sedikit harapan baharu bahawa AJK PIBG Sesi 2022/2023 akan memberikan sokongan dan dokongan yang terbaik kepada sekolah demi anak murid semua. 2.1.4 Beliau turut memperincikan beberapa bantuan yang telah disumbangkan kepada pihak sekolah. Antaranya ialah Cenderahati kepada guru yang berpindah, cenderahati kepada guru yang bersara, sumbangan dana kepada murid dalam Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Raya serta membantu pihak sekolah mendapatkan dana daripada Pengurusan Masjid Jamek FRIM bagi program Ihya Ramadhan. Beliau juga berharap agar lebih banyak bantuan mahupun pertolongan yang boleh diberikan kepada pihak sekolah. 2.1.5 Dr Mohammad Nasir turut mengingatkan semua ibu bapa agar terus bersemangat dalam membantu sekolah demi untuk kejayaan anak-anak kita semua. Moga kita semua mampu bekerjasama demi mengharumkan nama SK Kepong (FRIM). Tindakan : Makluman semua ahli mesyuarat 3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG ke-46 Sesi 2021/2022 3.1 Setiausaha PIBG, Encik Mohd Norhisyam Bin Ab Rahman membentangkan Mini Mesyuarat Agung Kali Ke-46. 3.2 Pn. Sanisuzi Binti Mohd Salim mencadangkan minit mesyuarat PIBG Kali Ke-46 disahkan dan disokong sebulat suara. Tindakan : Diterima dan disokong sebulat suara
4.0 Perkara - perkara Berbangkit 4.1 Tiada perkara berbangkit 5.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan 2021/2022 5.1 Setiausaha PIBG, Encik Mohd Norhisyam Bin Ab Rahman membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sepanjang Tahun 2021/2022. Memandangkan berada di zaman pandemik, tidak banyak aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh AJK PIBG. 5.2 Mesyuarat AJK PIBG hanya sempat dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu pada 29.10.2021 (Jumaat) dan 13.05.2022 (Jumaat). 5.3 PIBG juga turut terlibat di mana Majlis Penyerahan meja dan kerusi dijalankan di Dewan SK Kepong FRIM. Sebanyak 40 Set kerusi meja telah disumbangkan oleh pihak FRIM. 5.4 PIBG juga turut berperanan sebagai penyumbang dana bagi cenderahati kepada staf yang berpindah serta bersara. Seramai 6 orang Guru telah menerima manfaat dari dana ini. 5.5 Selain itu juga, PIBG turut berperanan sebagai penaja utama Makanan Murid dalam Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan pada 25.05.2022 (Rabu). 6.0 Laporan Kewangan 6.1 Laporan kewangan PIBG telah dibentangkan oleh Bendahari Kehormat PIBG iaitu Puan Nan Rafizah Binti Megat Amat dan ahli mesyuarat diminta untuk menyemak. Ahli mesyuarat kemudiannya diminta untuk mengesahkan laporan kewangan tersebut. Tindakan : Diterima dan disokong sebulat suara
JAWATAN NAMA JAWATANKUASA BAHARU Setiausaha Mohd Norhisyam BinAb Rahman Bendahari Nan Rafizah Binti Megat Amat AJK Guru Renushree A/P Goonam Saliza Binti Razali Hartini Binti Ali Muhammad Amir Asyraf Bin Azmal Rabi'ah Binti Mohd Adnan Muhammad Syaifuruddin bin Mohd Idrus Juruaudit Noranaziah Binti Johari 7.0 Pebubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan perlantikan AJK PIBG sesi 2022/2023 7.1 Pengerusi iaitu YDP PIBG, Dr Mohammad Nasir Bin Mat Arip membubarkan AJK Sesi 2021/2022 seterusnya memaklumkan untuk memberi ruang pemilihan serta perlantikan AJK PIBG 2022/2023 yang baharu. Beliau juga turut melantik Guru Besar sebagai pengerusi sementara. 7.2 Encik Mohan A/L Kaliappan mencadangkan agar AJK Lama dikekalkan memandangkan AJK tersebut masih baru. Usul tersebut disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 7.3 Senarai nama Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023 yang telah dipilih oleh Ahli PIBG secara sebulat suara : JAWATAN NAMA JAWATANKUASA BAHARU Yang Dipertua Dr. Mohammad Nasir Bin Mat Arip Naib Yang Dipertua En. Abd Majid Bin Jalil AJK Dr. Sharmiza Binti Adnan Pn. Melati Lismanora Binti Johari En. Ihsan Safwan Bin Kamarazaman Pn. Nor Afizah Binti Arshad Pn. Rose Aina Binti Rosman Pn. Noraliza Binti Alias Juruaudit Pn. Siti Sanisah Binti Kamsah 7.4 Senarai nama AJK Guru bagi sesi 2022/2023
7.5 YDP PIBG, Dr Mohammad Nasir Bin Mat Arip mengucapkan tahniah kepada semua Jawatankuasa PIBG yang dilantik. Beliau berharap agar kesemua Ahli Jawatankuasa dapat memberikan kerjasama yang cukup baik dalam menjayakan semua program yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah. 8.0 Membahaskan Usul dan Cadangan 8.1 Puan Nasiha Nurul Ain Zahar Usul : a) Isu beg sekolah murid yang terlalu berat. Berharap pihak sekolah mempertimbangkan inisiatif dalam menyediakan bekas (Box) untuk menyimpan buku di sekolah. Murid hanya perlu bawa pulang buku yang mempunyai tugasan kerja rumah sahaja. b) Harga makanan di kantin sekolah perlu dipertimbangkan. Contohnya harga RM 2.00 bagi sebungkus nasi lemak agak keterlaluan bagi murid sekolah rendah. Jawapan : a) Kekangan tempat untuk meletakkan box. Satu ruang akan disediakan untuk menyimpan buku murid. Murid-murid akan meninggalkan buku tulis dan buku aktiviti di sekolah bagi mengurangkan bilangan buku yang perlu dibawa. b) Mengenai harga makanan di kantin sekolah. Penasihat PIBG iaitu Puan Guru Besar menyatakan sebelum ini susah untuk mendapatkan tender kantin. Harga makanan yang dijual di kantin sekarang adalah berpatutan dengan keadaan semasa di mana harga barang mentah yang semakin tinggi. Pihak sekolah sentiasa memantau harga makanan di kantin sekolah. 8.2 Encik Mohd Rosdi Bin Ariffin Usul: a) Jumlah subjek harian diminta dikurangkan sedikit supaya tidak terlalu banyak buku yang perlu dibawa oleh murid. Jawapan : a) Minggu Persekolahan sebanyak 43 Minggu. Oleh yang demikian, Minggu Akademik dipilih sebanyak 40 Minggu. Selebihnya itu adalah untuk ruang program-program sekolah yang lain seperti proses pemulangkan buku teks, menyiapkan kerja-kerja sekolah dan lain-lain. Sekiranya kita tetap ingin mengurangkan lagi waktu agak sukar kerana KPM telah menetapkan bahawa dalam jadual 1 hari perlu ada 4 waktu. Oleh itu, pihak sekolah memohon maaf kerana tidak tidak dapat memenuhi permintaan bagi mengurangkan subjek harian. 8. 3. Puan Norhayati Binti Alitan Usul : a) Memperbanyakkan aktiviti seperti pertandingan melukis, Deklamasi Sajak dan berpantun bagi mengasah bakatbakat terpendam murid. b) Setiap minggu dicadangkan agar aktiviti menghafal sifir bagi murid-murid Tahap 1 untuk memantapkan lagi pengiraan dalam mata pelajaran Matematik (khususnya Murid Tahun 2 dan 3). c) Mengetengahkan tulisan-tulisan Jawi dengan mengadakan aktiviti menulis khat bagi murid-murid Tahap 2.
Jawapan : a) Pihak sekolah akan melaksanakan aktiviti dalam bulan panitia. Murid-murid digalakkan untuk menyertai setiap aktiviti yang disediakan sepanjang bulan panitia tersebut. b) Guru sememangnya sangat mengambil berat berkaitan dengan bacaan sifir terutama bagi murid tahap 1 bagi memudahkan perlaksanaan dalam pembelajaran Matematik. Oleh yang demikian, Bacaan sifir 5 minit sebelum PdP sangat digalakkan. c) Berkaitan mengetengahkan tulisan Jawi – memang ada pertandingan tulisan Khat di peringkat sekolah bagi murid Tahap 2. Contohnya ketika bulan Ramadhan, Panitia agama menjalankan program Nuzul Quran/ Ihya’ Ramadhan. Pihak sekolah memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan semua aktiviti sepanjang masa. 8. 4. Puan Salina Binti Abdullah Usul : a) Mohon pihak sekolah menyediakan Senarai Buku Latihan yang perlu dibeli oleh murid agar murid tidak perlu berkalikali datang ke kedai buku. b) Mohon pihak sekolah memastikan buku teks diperiksa sebelum diberikan kepada murid agar buku teks berada dalam keadaan baik. c) Pihak sekolah dicadangkan agar menyediakan penghadang besi di kantin supaya pelajar dapat beratur dengan teratur tanpa bersesak-sesak semasa membeli makanan di kantin. Jawapan : a)Kedai buku tidak dapat menyediakan buku secukupnya pada masa yang ditetapkan. Oleh yang demikian, Guru Besar memohon maaf bagi pihak Kedai buku dan berbincang dengan kedai buku supaya pada masa akan datang menyediakan buku secukupnya. Guru Besar vjuga meminta sekiranya terdapat buku yang hendak digunakan masih tiada lagi di kedai buku, Ibu bapa bolehlah membelinya di luar. b) Guru- guru memang sentiasa berpesan kepada murid- murid supaya membalut buku teks tetapi terdapat juga sebahagian murid yang tidak mengendahkan arahan ini. Jika ada murid yang dapat buku teks yang rosak, rujuk guru SPBT atau pun guru kelas untuk pertukaran sekiranya masih terdapat stok. c) Pihak PIBG juga bercadang akan melancarkan TABUNG WAKAf untuk menyediakan: Pengadang besi di kantin Water Station Dan Lain2
8. 5. Encik Mohd Amry Bin Mohd Hamdari Usul : a) Mengadakan kutipan derma untuk membaik pulih atap susur gajah dari pintu pagar ke bangunan utama kerana atap pada tempat tersebut dilihat berada dalam keadaan yang sangat uzur. Jawapan : a) Pihak PIBG juga bercadang akan melancarkan TABUNG WAKAF untuk menyediakan: Pengadang besi di kantin Water Station Dan Lain2 8. 6. Encik Mohd Ridzuan Bin Ibrahim Usul : a) Mohon Kerjasama ibu bapa yang mengambil dan menghantar anak agar tidak meletakkan kenderaan yang boleh menyebabkan kesesakan dan menghalang laluan orang lain. Jawapan : a) Sikap suka menghalang laluan masuk ke sekola. Sebenarnya bermula dari sikap sendiri sekiranya ada kesedaran sivik/ kesedaran ibu bapa sendiri. Jadi pihak bermesyuarat agar mohon diwujudkan petak dilarang meletak kenderaan dengan ehsan dari pihak FRIM (Encik Majid Jalil). b) Cadangan membina tanda X pada laluan masuk sekolah dan mengenakan denda kepada kenderaan yang memberhentikan kenderaan pada petak berkenaan. Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat berkaitan makluman tersebut. 8.7 Encik Mohd Hazimin Bin Ismail Usul : a) Mencadangkan inisiatif bagi mengatasi masalah beg sekolah yang masih berat iaitu menggunakan Buku Teks Digital (e-buku teks). b) Masalah tandas kotor, rosak dan tempat flush yang tinggi. Pihak pembersihan perlu menyelenggara secara berkala supaya dapat digunakan secara optimum. Jawapan : a) Sekiranya penggunaan buku teks digital ini pihak sekolah memerlukan ICT yang lengkap untuk melaksanakan pembelajaran tetapi SKKF masih belum ada lagi teknologi tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan buku teks dahulu buat masa sekarang ini tetapi pada masa akan datang Insya Allah sekiranya peralatan ICT telah lengkap. b) Pihak sekolah sudah menghantar laporan ke PPD dan pengisian Borang SMART SELANGOR.Sekiranya dapat bajet daripada PPD, pihak sekolah terus akan membaiki tandas bagi kemudahan semua warga SKKF.
8. 8 Puan Nur Azida Binti Ahmad Zaini Usul : a) Mohon perhatian daripada pihak sekolah. Kelakuan murid dalam kelas di mana ada murid yang mengadu dibuli oleh rakan sekelas semasa ketiadaan guru dan juga waktu berada di tandas. Jawapan : a) Sikap beberapa orang murid yang dikatakan membuli murid yang lain telah dinasihati oleh guru. Murid tersebut dirujuk kepada Guru Kaunseling. 8.9 Encik Khairil Azuar Abdul Khalit Usul : a) Adakah pihak sekolah ada perancangan untuk menubuhkan kelab taekwando, silat dan pasukan kompang? Jawapan : a) Penubuhan kelas Takwando buat masa ini pihak sekolah tidak dapat melaksanakan kelas tersebut kerana memikirkan kebiasaanya hari Sabtu terdapat juga aktiviti sekolah yang perlu diselesaikan. Sekiranya pihak sekolah adakan kelas takwando tersebut, mestilah ada pemantauan dari guru untuk hadir ke sekolah, sedangkan waktu hari cutilah guru-guru dapat bersama keluarga mereka. Sekiranya terdesak atau dapat arahan dari KPM barulah pihak sekolah akan melaksanakannya. 8.10 Encik Peter Duminik Usul : a) Pihak sekolah dicadangkan mengadakan aktiviti galakan kepada murid untuk menghafal sifir. Contohnya 5 Minit untuk murid membacakan semula sifir. b) Memperbanyakkan Kuiz mengeja dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di setiap kelas sekurang-kurangnya 5 Minit bagi menimbulkan minat para murid untuk menguasai ejaan perkataan terutama dalam Bahasa Inggeris. c) Mengadakan pertandingan membaca dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sempena Bulan Bahasa atau dalam mana-mana acara/program di sekolah. Jawapan : a) Semua telah dilaksanakan. 8.11 Encik Noor Azmy Bin Muhamed Noor Usul : a) Dicadangkan penambahbaikan sistem lalu lintas di hadapan sekolah kerana selalu berlaku kesesakan ditambah pula terdapat segelintir ibu bapa yang meletakkan kenderaan bukan di tempat yang sepatutnya. Pengawal keselamatan contohnya boleh digunakan/bertanggungjawab semasa waktu puncak/sesak. Jawapan : a)Telah dijawab.
8.12 Encik Mohd Faizal Bin Arsad Usul : a) Mohon pihak sekolah mempertimbangkan berkenaan denda pelajar masuk lewat. Untuk pelajar yang tinggal jauh seperti anak saya, ketepatan masa hadir amat bergantung kepada keadaan trafik yang tidak boleh dijangka. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk anak saya tiba pada waktu yang ditetapkan, namun saya tidak bersetuju anak saya didenda atas faktor di luar kawalan. Jawapan : a) Tiada pun guru yang mendenda murid yang masuk lewat seperti yang dinyatakan namun begitu pihak ibu bapa hendaklah mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh kementerian dan pihak sekolah mengenai masa kehadiran ke sekolah. 8.13 Puan Aida Shazwani Mohd Shah Usul : a) Memohon jasa baik pihak sekolah agar dapat diberikan kelonggaran untuk datang lewat ke sekolah pada setiap Jumaat bagi murid lelaki untuk menunaikan solat Jumaat. Jawapan : a) Memang pihak sekolah telah memberi kelonggaran kepada murid dan guru-guru lelaki yang lewat hadir ke sekolah pada hari Jumaat disebabkan solat Jumaat. Murid dan guru sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada jam 2.10 petang. 8.14 Puan Noraniza Binti Adli Usul : a) Mohon pihak sekolah mencadangkan kutipan dana daripada ibu bapa untuk menyediakan ‘Loker’ bagi kemudahan anak-anak untuk menyimpan buku di sekolah kerana buku-buku agak berat. Jawapan : a) Kutipan dana untuk menyediakan loker tidak dibuat. Tiada ruang di dalam kelas untuk membina loker kerana bilangan murid yang ramai dalam satu-satu kelas. 8.15 Encik Shukor Abu Bakar Usul : a) Mohon pihak sekolah memantau makanan yang dijual di kantin agar makanan yang dijual lebih berkualiti@sihat. b) Mohon pihak sekolah mengawal jualan mainan di kedai buku sekolah. Jawapan : a) Pihak sekolah sentiasa memantau makanan yang dijual di kantin. b) Sekiranya ada mainan di kedai buku, Penolong Kanan HEM akan melakukan pemantauan.
8.16 Encik Mohd Azlulah Bin Zainal Abidin Usul : a) Mohon perhatian daripada pihak sekolah. Gangguan bekalan air kerap berlaku. Hal ini menyebabkan murid terpaksa bertahan sehingga waktu pulang. Jawapan : a) Soalan telah dijawab/berulang 8.17 Umathevi Usul : a) Menaik taraf koridor dan simen yang berlubang di laluan pejalan kaki murid-murid. Jawapan : a) Dalam proses memohon dana. 8.18. Encik Mohd Hairulnizam Bin Md Sah Usul : a) Mohon cadangan untuk membaikpulih lantai kelas Tahun 4 Cemerlang/1 Cemerlang dan Tahun 4 Bijak/1 Bijak. Langkah yang boleh dilakukan seperti menggantikannya dengan Jubin lantai untuk keselesaan dan juga keselamatan murid. Jawapan : a) YDP bercadang memasang Jubin pada lantai kelas tahun 4. Semua ahli bersetuju dan sebulat suara. 8.19 Encik Zuraimi Bin Ahmad Zawawi Usul : a) Cadangan supaya murid memakai Baju Melayu Seragam (Warna Putih & Samping Berwarna Biru) pada setiap Hari Jumaat. SK Kepong FRIM sedang dalam perancangan untuk menyeragamkan pakaian murid lelaki sebagai identiti sekolah. b) Cadangan untuk mewujudkan ‘Bank Uniform Sekolah’. Pihak sekolah memohon Kerjasama daripada semua ahli PIBG untuk menyokong usaha ini dengan cara mendermakan uniform sekolah anak-anak yang tidak lagi digunakan@terpakai kepada ‘Bank Uniform Sekolah’. Uniform ini akan digunakan oleh murid-murid lain dalam keskes kecemasan. c) Permohonan sumbangan meja dan kerusi kantin untuk murid-murid. Sekarang ini sekolah mengalami ketidakcukupan kerusi dan meja kantin untuk menampung kesemua murid semasa waktu rehat. Sebanyak 6 buah meja dan 12 kerusi diperlukan dengan seberapa segera. d) Cadangan untuk mengadakan Karnival Keusahawanan untuk mencari dana kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Jawapan : a) Cadangan memakai baju melayu putih dan samping biru telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat dan cuba beransuransur untuk dilaksanakan tetapi perlulah memakai lencana sekolah kebangsaan. b) Cadangan Bank Uniform sekolah juga telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat PIBG ke 47 untuk menderma uniform sekolah bagi kemudahan murid-murid sekiranya mereka terdapat kes-kes kecemasan. c) Memohon sumbangan duit PIBG untuk kegunaan menampung kerusi meja di kantin yang tidak cukup. Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk keselesaan anak-anak. (YDP PIBG) d) Cadangan pihak sekolah untuk mengadakan Karnival keushawanan untuk mencari dana telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat dan diharap pihak ibubapa dapat memberi kerjasama dengan guru-guru. 8.20 Puan Norhasnizah Binti Yahya Usul : a) Memperkasakan sistem keselamatan murid-murid supaya tidak berlakunya pencerobohan pihak luar. Contohnya memastikan tidak berlakunya kejadian menyerang murid di kalangan ibu bapa murid lain tanpa usul periksa terlebih dahulu daripada pihak sekolah. Jawapan : a) Guru Besar memberi pesanan bahawa pihak ibu bapa sepatutnya tidak boleh menyerang masuk ke kawasan sekolah dan menuju ke kelas menyerang murid kerana itu satu kesalahan dan pencerobohan. Ibu bapa seharusnya berjumpa beliau terlebih dahulu serta boleh berbincang mengenai apa saja permasalahan terutama yang berkaitan dengan anak. Mohon kerjasama ibu bapa untuk tidak mengambil tindakan sendiri. 8. 21 Puan Nor Anisah (Guru Besar) Usul : Yuran PIBG dikekalkan sebanyak RM 60 bagi setiap keluarga. Jawapan : Disokong sebulat suara. 9.0 Hal-hal lain 9.1 En. Mohd Faizul Bin Fairus Ismail 9.1.1 Beliau memohon pihak sekolah menyediakan guru untuk mengajar Bahasa Cina kerana bahasa ini akan boleh dibawa ke depan dalam pembangunan dan ekonomi negara. 9.1.2 Guru Besar menjelaskan bahawa perjawatan dan penempatan guru-guru di sekolah adalah ditawarkan daripada Pihak PPD dan KPM. Pihak sekolah sememangnya tidak mempunyai sebarang kuasa. Oleh yang demikian, pihak sekolah hanya menerima apa sahaja keputusan daripada pihak PPD/JPN.
10.0 Ucapan Penangguhan YDP PIBG sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua kesemua Ahli PIBG yang hadir mesyuarat kali ini. Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada pukul 11.00 Pagi.
SENARAI NAMA KEHADIRAN IBU BAPA & GURU 1.Rabiah Binti Mohd Adnan 2.Saliza Binti Razali 3.Faten Ainun Binti Mohd Nawawi 4.Nor Hasniza Binti Abdullah 5.Zuryani Binti Hussain 6.Nor Anisah Binti Muksin 7.Norhasnida Binti Musa 8.Muhammad Hakimi Bin Ismail 9.Roseaznita Binti Mat Nor @ Mohd Noor 10.Suraya Binti Mohamed Yasin 11.Siti Sakinah Binti Ismail 12.Siti Nurzahidah Binti Dawawi 13.Mohd Hairulnizam Bin Md Sah 14.Zuraimi Bin Ahmad Zawawi 15.Muhammad Amir Asyraf Bin Azmal 16.Norasniliza Binti Muhamad 17.Nan Rafizah Binti Megat Amat 18.Siti Nazirah Binti Abd Jalil 19.Noranaziah Binti Johari 20.Nur Aida Binti Alias 21.Ahmad Kamal Bin Zakaria 22.Salmeeza Binti Hamdan 23.Renushree A/P Goonam 24.Mohd Norhisyam Bin Ab Rahman 25.Mohan A/L Kaliappan 26.Muhammad Syaifulruddin Bin Mohd Idrus 27.Hartini Bin Ali 28.Mohamad Afezi Bin Abdullah 29.Normilah Binti Saleh 30.Nur Amalina Binti Aziz 31.Najiyatul Munirah Binti Sanusi 32.Rohaizi Binti Rusli 33.Nor Najman Bin Daud 34.Siti Fatimah Binti Hussin 35.Mohd Hairulnizam Bin Md Sah 36.Shukor Bin Abu Bakar 37.Nor Suzila Binti Ab Hamid 38.Khairiizuan Bin Nazarudin 39.Rabiah Binti Mohd Adnan 40.Mohd Taufik Bin Maimon 41.Mohamad Nasir Bin Mat Arip 42.Umathevi Govendassmu 43.Azlina Azit 44.Siti Yasmin Yaakub 45.Peter Duminik 46.Nik Muhd Zulhisam 47.Abd Jalil Majid 48.Noraliza Alias 49.Noryusni Amir Mohd Junuh 50.Suzana Binti Idris 51.Mohamad Hazimin 52.Mohamad Jamil Bin Yacob
53.Affendy Bin Abu Bakar 54.Rosniza Rawi 55.Azman Bin Mohamed 56.Naspudin 57.Wanita A/P Thurairajoo 58.Melati Lismanora 59.Ervina Binti Abdullah 60.Rozita Binti Mat Sari 61.Nor Afizah BintiArshad 62.Mohammad Faiz Bin Awang 63.Dzulkarnanen Bin Hamid 64.Sharmiza Binti Adnan 65.Kamariah Binti Dun 66.Azreena Amer Khan 67.Lailatul Fadzilah 68.Ili Aisyah 69.Mohamad Putra 70.Luqman Hakim 71.Azlina Ahmad 72.Zuraidah Binti Hamzah 73.Siti Maryam 74.Mohd Fairuddin Bin Yusof 75.Nur Raidayanah Binti Andu 76.Mohd Adham Muhamad 76.Mohd Adham Muhamad 77.Mohd Safuan Abdullah 78.Siti Marwiyah 79.Syukur Abu Bakar 80.Salwana Md Akhir 81.Shamini 82.Suhaimi Husain 83.Fazila Binti Che Dan 84.Abdul Jalil Bin Ismail 85.Sailesuze Bin Mohd Salim 86.Mohd Fadzrul Fyairous
LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 1. Aktiviti utama antaranya menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG untuk mencari kata sepakat di antara AJK PIBG dengan pihak sekolah bagi kebaikan dan kepentingan semua pihak, terutamanya murid-murid. Tarikh mesyuarat dan rekod kehadiranadalah seperti yang berikut : 1.1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Pertama : 16.07.2022 1.2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Kedua : 29.10.2022 1.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ketiga : 16.06.2023 (Rujuk Lampiran) 2. Membiayai Mesyuarat Agung Kali Ke-47 & Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG sepanjang sesi 2022/2023 3. Menyumbang dana dalam : 3.1 Perbelanjaan Sukan Pembangunan Unit Kokurikulum 3.2 Kejohanan Merentas Desa 3.3 Sambutan Maulidur Rasul 3.4 Bayaran Fotostat Lembaran Kerja Murid 3.5 Peruntukan Sukan & Sukaneka 3.6 Sambutan Hari Kanak-Kanak 3.7 Sambutan Hari Lahir 3.8 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 4. Pembangunan & Penyelenggaraan : 4.1 Naik Taraf Lantai Kelas 1B 4.2 Pembelian Meja Kantin 4.3 Projek Sudut Pidato SKKF 5. Program yang dianjurkan bersama pihak sekolah : 5.1 Gotong Royong Perdana (23.07.2022)
ANGGARAN BELANJAWAN UNIT KURIKULUM UNIT HEM UNIT KOKURIKULUM
KERTAS KERJA SMART TV UNTUK PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
SETIAUSAHA UNIT HEM
LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022
USUL DAN CADANGAN 1. Encik Mohamad Afezi Bin Abdullah Usul : a) Mencadangkan Sumbangan PIBG diturunkan daripada RM 60 kepada RM 50 manakala setiap murid perlu membayar RM 10 bagi tujuan penyelenggaraan tandas dan sebagainya. b) Wang Sumbangan PIBG ini dibayar untuk tempoh 2 tahun iaitu sesi 2023/2024 tanpa perlu menunggu Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang dijalankan. c) Cadangan agar hasil infak yang diterima oleh PIBG digunakan untuk menaik taraf ICT di dalam kelas . Jawapan : 2. Dr Mohamad Nasir Bin Mat Arip (Muhammad Qayl Zhafran Musa & Muhammad Qayl Zhafry Ismail – Tahun 3 Cemerlang) Usul : a) Pemasangan smart TV di semua kelas melalui baki hasil kutipan derma susur gajah. b) Tabung susur gajah ditutup dan ditukarkan kepada satu tabung lain yang sesuai. c) Pembinaan satu gelanggang sepak takraw untuk SK Kepong (FRIM). Jawapan :
5. Puan Farah Dina Binti Noramin (Ahmad Danial Rizqi – Tahun 3 Bijak) Usul : a) Mohon menyediakan lebih banyak makanan yang berkhasiat di kantin sekolah. Jawapan : 3. Encik Mohd Ismul Azam Bin Noor Hakimi (Muhammad Izzul Harith Bin Mohd Ismul Azam – Tahun 1 Cemerlang) Usul : a) Mewujudkan Tabung Kelas. Setiap kelas harus mempunyai satu tabung untuk simpanan setiap bulan. Mulakan dengan tabungan yang kecil dahulu. Contohnya setiap bulan setiap murid dikenakan RM 3-5 (bergantung kepada kemampuan keluarga). Kebaikannya untuk memupuk nilai menyimpan dan dalam masa yang sama boleh digunakan untuk keceriaan kelas. b) Penggunaan kasut sekolah. Dicadangkan kasut sekolah boleh digunakan 2 warna iaitu PUTIH dan HITAM. Keutamaannya pada warna hitam. Sekiranya kasut sekolah basah@rosak, boleh gunakan warna putih. Sedikit sebanyak meringankan beban setiap keluarga. c) Penekanan kepada pelajar yang berkebolehan ke arah sukan. Banyak factor yang boleh diambil kira untuk menyemai perkara ini sekiranya dibincangkan dengan lebih mendalam. Faktor akademik harus paling di hadapan. Oleh itu, pihak sekolah harus fikirkan bagaimana cara untuk menyelarikan 2 perkara ini. Jawapan : 4. Encik Luqman Hakim Bin Adzis (Lhia Nabila Binti Luqman Hakim – Tahun 2 Cemerlang) Usul : a) Mohon sediakan takwim sekolah untuk setahun makluman ibu bapa/ ‘tentative arragement’ pembelajaran termasuk aktiviti minggu Bahasa, sukan tahunan dan perancangan pembelajaran. b) Memperbanyakkan aktiviti kokurikulum seperti Hari Kantin, Minggu Kemahiran, Hari Keusahawanan dan sebagainya. Jawapan :
6. Puan Najah Nurul Jannah (Sharf Rayqal – Tahun 3 Bijak) Usul : a) Mengharapkan pihak sekolah dapat memantau makanan yang disediakan di kantin sekolah kerana kadang-kadang mendapati anak membeli jajan yang dibeli di kantin sekolah juga kedai buku. Jawapan : 7. Puan Zahidah Zafuan (Iman Irsyad Bin Muhd Nazri – Tahun 2 Cemerlang) Usul : a) Mohon mansuhkan penjualan air milo plastik (RM 3) kerana agak mahal bagi anakanak dan upgrade air milo cawan (RM 1) kepada portion besar sedikit. b) Mansuhkan penjualan barang tidak penting di kedai buku sekolah seperti buku nota, pensel tekan (pilot), buku mewarna dan sebagainya. c) Mohon waktu pulang diawalkan kepada 5.30 petang. Jawapan : 8. Puan Ma’asiah Binti Che Baharun (Che Muhamad Mirza Bin Che Mohamad Ridzuan – Tahun 3 Bijak) Usul : a) Mohon pihak sekolah menentukan Buku Latihan Aktiviti dan Buku Tulis setiap sesi pembelajaran seperti disarankan kerajaan agar tidak membebankan murid untuk membawa semua buku ke sekolah seiring perancangan pembelajaran murid. Jawapan :
9. Puan Siti Napsa Binti Gusman (Ku Ashaniq Haziq Iskandar – Tahun 3 Bijak) Usul : a) Mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan kotak khas@loker untuk anak murid agar dapat mengurangkan jumlah buku yang hendak dibawa ke sekolah. Jawapan : 10. Encik Muhammad Adzeem (Muhammad Riyadh – Tahun 2 Cemerlang) Usul : a) Menggalakkan serta mendedahkan murid kepada penggunaan komputer di makmal sekurang-kurangnya sekali seminggu kepada murid. b) Menekankan Pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. c) Mewujudkan Hari Kantin seperti sebelum ini. Jawapan : 11. Encik Ikhwan Bin Ishak (Irfan Naufal Bin Ikhwan – Tahun 3 Cemerlang) Usul : a) Mencadangkan pelajar keluar kelas secara berperingkat supaya tidak terlalu sesak mengikut kelas atau peringkat darjah. b) Mewujudkan Kelas silat setiap hari sabtu atau sebulan sekali sebagai aktiviti tambahan/kokurikulum kepada murid seperti di sekolah-sekolah lain. c) Permainan kompang harus diadakan di sekolah-sekolah bagi mengekalkan tradisi yang semakin lupus. Jawapan :
12. Encik Mohamad Faisal Bin Mohamed Hawari / Azureen Binti Mohd Sirojuddin (Muhammad Aqil Harraz – Tahun 1 Bijak) Usul : a) Mencadangkan pihak sekolah dapat membaiki tandas bocor, lampu, pam tandas dan tandas kotor. Ibu bapa boleh memberikan sumbangan untuk menambah baik kemudahan yang ada. b) Mencadangkan agar pihak sekolah membuat rondaan seluruh Kawasan sekolah untuk mengenal pasti struktur binaan yang berpotensi boleh mendatangkan kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada murid. c) Meletakkan CCTV di Kawasan sasaran penting untuk keselamatan. Ibu bapa boleh memberikan sumbangan untuk menambah infrastruktur yang ada. Jawapan : 13. Encik Mohamad Putra Bin Bahrin (Nur Fatihah Imanina Binti Mohamad Putra – Tahun 5 Cemerlang) Usul : a) Mohon pihak sekolah memasang kunci selak pada pintu tandas murid-murid perempuan terutamanya. b) Mohon pihak sekolah mengambil Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kelas yang dikenalpasti seperti memasang langsir atau membekalkan kipas berdiri. Jawapan : 14. Encik Mohd Fadzrul Fyairous Bin Ismail (Areefa Faqihah – Tahun 4 Bijak) Usul : a) Mural sifir dari X1 sehingga X12 di dinding-dinding sekolah yang masih kosong bagi membolehkan pelajar hafal sifir secara alami. b) Letak ‘Quote’ English di tangga yang pendek dan simple bagi membantu murid menguasai Bahasa Inggeris. c) Mencadangkan mengadakan ‘Bank Baju Sekolah’. Bagi pelajar yang telah tamat belajar boleh menyumbang baju-baju terpakai kepada murid-mjurid yang memerlukan seperti vest, baju uniform, baju persatuan dan sebagainya. Jawapan :
15. Encik Wan Md Hazlin Agyl Bin Wan Hassan (Chempaka Suri Rania Agyl – Tahun 4 Bijak) Usul : a) Mendigitalkan segala surat, borang dan lain-lain untuk tujuan rekod yang lebih munasabah. b) Mewujudkan ‘zebra crossing’ dari tempat letak kereta ke Kawasan gate sekolah bagi tujuan keselamatan dan Pendidikan secara tidak langsung. Jawapan : 16. Puan Faridah Binti Habib (Nurul Hidayatul Jannah – Tahun 3 Cemerlang) Usul : a) Dicadangkan supaya tanda nama dan lencana sekolah disediakan dalam bentuk ‘iron on’ dan bukannnya perlu dijahit yang mana ianya lebih mudah untuk membolehkan ibu bapa terus menseterika sahaja atas baju seragam tanpa perlu menghantar kepada tukang jahit. Jawapan : 17. Encik Mohd Fairul Bin Wahid (Nur Arissa Damia – Tahun 2 Cemerlang) Usul : a) Pemakaian baju sukan sepanjang musim panas. Jawapan : 18. Puan Nordiana Binti Mustapha (Zahin Araffi – Tahun 3 Bijak) Usul : a)Mengenai petak kuning di hadapan sekolah. Mengharapkan pihak sekolah boleh membuat arahan supaya ibu bapa tidak memberhentikan kereta untuk menurunkan dan mengambil anak di situ. Keadaan ini menyusahkan kenderaan lain dan berlakunya kesesakan. b) Petak parking kereta dihadapan sekolah digunakan oleh ibu bapa dengan baik dan tersusun. c) Mohon dikaji semula penggunaan buku aktiviti setiap mata pelajaran kerana berlakunya pembaziran dimana buku tersebut tidak digunakan dengan sepenuhnya. Mohon pihak sekolah memantau makanan yang dijual di kantin agar makanan yang dijual lebih berkualiti@sihat. Jawapan :
19. Puan Faridah Habib (Weedad Adelya – Tahun 5 Bijak) Usul : a) Penyelarasan aktiviti seni sepanjang tahun, kutipan jumlah dana yang berpatutan daripada semua pelajar supaya guru PSV dapat membeli bahan-bahan seni untuk keperluan aktiviti PSV yang lebih ekonomik dan praktikal memandangkan wujud kekangan masa dan juga ruang untuk mendapatkan bahan untuk setiap aktiviti seni oleh ibu bapa. Jawapan : 20. Puan Salina Abdullah ( Muhammad Al-Qayyum – Tahun 5 Bijak Bunga Lily Zulaikha – Tahun 3 Bijak Putri Mia Qalliesya – Tahun 1 Bijak) Usul : a) Diharapkan dapat dibuat penghadang untuk para pelajar beratur Ketika membeli makanan / minuman bagi mengelakkan pelajar berebut-rebut. b) Dapat diletakkan tanda harga bagi memudahkan para pelajar membeli makanan/minuman. Jawapan : 21. Puan Mawarnina Binti Mohd Yusuf (Iman Nur Qaisara Aleesya Binti Mohd Shamsul Kamal – Tahun 6 Bijak) Usul : a) Mengadakan kelab taekwando atau kelab mempertahankan diri yang lain b) Kempen kesedaran keselamatan kepada kanak-kanak Jawapan :
22. Puan Nurul Shahirah Binti Abd Rashid (Ahmad Khairy Bin Khairul Anuar – Tahun 6 Bijak) Usul : a) Perbanyakkan kelas tambahan untuk murid-murid Tahun 6 yang kurang cemerlang. Jawapan : 23. Encik Firdaus Bin Din Mustafaha (Citra Risqa Binti Mohd Firdaus – Tahun 1 Cemerlang) Usul : a) Yuran PIBG dikurangkan Jawapan : 24. Encik Rosdi Bin Mohamad (Afina Nadhira Binti Rosdi – Tahun 3 Bijak) Usul: a) Cadangan perjalanan untuk kenderaan hantar pelajar sehala untuk elakkan kesesakan. b) Mohon sediakan petugas untuk membantu pelajar melintas di jalan utama. Jawapan : 25. Encik Taufiq Bin Md Kusai (Nursafiyyah Humayrah – Tahun 4 Cemerlang) Usul : a) Sekiranya anak jagaan tidak sihat, mohon hubungi ibu bapa dengan segera supaya tidak memudaratkan murid (ibu/bapa boleh datang ambil pelajar) Jawapan :
REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/2023
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Penasihat Yang Dipertua Naib Yang Dipertua Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat AJK Wakil Ibu Bapa AJK Guru Juruaudit : Puan Nor Anisah binti Muksin : : : : : 1. 2. 3. 4. 5. 6. : 1. 2. 3. 4. 5. 6. : 1. 2.
SURAT PEMBERITAHUAN MESYUARAT PIBG
SURAT JEMPUTAN MESYUARAT PIBG
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kepong (FRIM) kepada: Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru serta AKP SK Kepong (FRIM) serta ibu bapa / penjaga yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis kita. Dan Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi kewangan, material dan sokongan moral dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Terima Kasih
CATATAN NOTA