The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jlyn9759, 2023-11-18 08:11:22

SBLM1023 ( H ) JASMINE LYN ANAK JAP 279839

“... (2)

PUSAT PENGAJIAN BAHASA TAMADUN DAN FALSAFAH SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN KUMPULAN H SEMESTER PERTAMA SESI A231/A232 TUGASAN 1 : BUKU CERITA KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH : DR. MOHD TARMIZI BIN HASRAH DISEDIAKAN OLEH : JASMINE LYN ANAK JAP ( 279839 )


Dalam keluarga kecil yang bahagia ini tinggal lah Pak Ahmad sebagai ayah, Puan Fatimah sebagai Ibu, Alya sebagai satu-satunya anak tunggal perempuan. Alya mempunyai kawan rapat yang dipanggil Auni. Mereka berkawan sejak dari kecil. Kemana-mana sahaja mereka pasti berdua bak kata pepatah bagai isi dengan kuku. Sejak di bangku sekolah lagi mereka berdua sangat terkenal dengan kepintaran yang dimiliki kerana mereka berdua sering sahaja mendapat tempat yang teratas setiap kali waktu peperiksaan. Alya dan Auni sangat disayangi oleh guru mereka di sekolah kerana mereke berdua merupakan pelajar yang baik dan sentiasa menghormati guru. Tambahan pula, mereka sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita baik dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris, pertandingan mewarna, dan sebagainya. Di sekolah Alya dan Auni ada juga kawan yang lain iaitu Aida, Amirah, Aina. Hubungan yang semakin hari semakin rapat membuatkan mereka semakin selesa untuk berkongsi cerita antara satu sama lain. Pada setiap petang, mereka akan bersama-sama pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran terutamanya setiap kali musim peperiksaan. Keadaan ini menyebabkan Alya jarang sekali berada di rumah. Dia akan berada di rumah paling tidak pun selepas jam lima petang dan ke atas. Pak Ahmad dan isterinya amat bangga dan kagum dengan kerajinan yang dimiliki oleh anak tunggalnya itu.


Kebijaksanaan dan kepintaran Alya ini telah membuatkan dia menjadi anak yang sangat disayangi oleh Pak Ahmad dan Puan Fatimah. Mereka menjaga Alya bagai menatang minyak yang penuh. Apa sahaja yang Alya minta pasti akan bersungguh-sungguh untuk dipenuhi kedua-dua orang tua itu walaupun mereka tahu kehidupan mereka umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang.


Pada setiap malam mereka akan berkumpul bersama di meja makan menikmati hidangan yang disediakan oleh Puan Fatimah. Alya dan ayahnya selalu sahaja memuji masakan yang dimasak oleh Puan Fatimah. “Ayah, ibu selalu masak sedap sampai Alya selalu nak tambah nasi setiap kali makan “Kata Alya kepada ayahnya. “Ya Alya, sebab itu ayah semakin hari semakin bertambah sayang dengan ibu awak Alya “Kata Encik Ahmad. “Amboi kamu berdua ni, mengusik nombor satu ya “Balas Puan Fatimah.


Selepas makan malam selesai, Alya seperti biasa akan menolong ibunya mencuci pinggan dan mengemas di dapur. Selepas itu mereka akan bersama-sama duduk di ruang tamu untuk berborak sementara menunggu masa nak tidur. Alya ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada ayahnya. “Ayah, Alya ada masalah “Kata Alya kepada ayahnya. “Ya anakku, masalah apa tu “Jawab Encik Ahmad. “Sebenarnya cikgu dah seminggu minta Alya menjelaskan yuran sekolah. Alya nak bagitahu ayah tetapi Alya segan takut ayah marah “Ujar Alya kepada ayahnya. “Baik nak, nanti ayah bagi wang kepada Alya untuk jelaskan ya”. Balas Encik Ahmad. “Ayah, kasut Alya pun dah koyak, boleh tak kalau ayah belikan Alya kasut sekolah yang baru “ ujar Alya kepada ayahnya. “Nanti ayah belikan Alya kasut sekolah yang baru ya “Jawab Pak Ahmad.


Pak Ahmad menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu itu keperluan anaknya, tetapi kekangan yang dihadapi dengan duit yang ada hanya cukup-cukup makan menjadikan Pak Ahmad berat hati nak menolak permintaan anak perempuannya itu. Di kaca televisyen. sedang ditayangan cerita yang berjudul “Magic Wand “. Dalam cerita itu, Alya melihat apa sahaja yang dimahukan pasti akan dimilki dengan adanya tongkat sakti


“Alangkah indahnya kalau saya ada tongkat seperti itu, pasti saya tidak perlu meminta-minta dengan ayah untuk dibelikan kasut baru “. “Tak pun, kalau saya nak bayar yuran minta sahaja dekat tongkat tu tak perlu nak susahkan ayah untuk cari wang lebih” Alya berangan sekiranya dia memiliki tongkat seperti itu. Lamunan Alya itu terhenti apabila dia disedarkan dengan panggilan daripada ibunya yang menyuruhnya masuk ke bilik untuk tidur. Sebelum masuk ke bilik Alya bertanya soalan kepada ayahnya. “Ayah, tongkat yang macam dekat cerita tu kenapa tidak ada orang jual dekat kampung kita ini ayah “Tanya Alya kepada ayahnya. Pak Ahmad tersenyum mendengar pertanyaan anaknya itu. Dia menjawab “Alya, itu hanya cerita semata-mata, kita tidak boleh percaya sangat. Itu hanya hiburan cerita untuk kita tonton sahaja Alya”.


“Tapi ayah, kalau kita ada tongkat tu kan senang, kita tidak payah hidup susah-susah macam ini. Apa sahaja kita nak, minta sahaja dekat tongkat itu. Lagipun ayah tidak perlu nak kerja berat lagi untuk mencari wang “. Ujar Alya kepada ayahnya. Sungguh Pak Ahmad tidak menyangka anak yang baru berusia 9 tahun itu sebijak itu dia melontarkan kata-kata. Sekali lagi Pak Ahmad mengarahkan Alya untuk masuk bilik kerana waktu sudah lewat untuk tidur. “Alya, pergilah masuk bilik tidur, sudah lewat ni, esok nak turun sekolah, nanti lambat pulak “ Ujar Pak Ahmad kepada anaknya yang comel itu. “Baik ayah, selamat malam ayah dan ibu” “Selamat malam sayang “Balas Pak Ahmad dan Puan Fatimah serentak.


Di sekolah, Alya menceritakan kisah daripada cerita yang dia tontoni di rumah mengenai “Magic Wand “itu. Dia menceritkan kepada kawan baiknya Auni, Aida, Amirah dan Aina. “Kamu semua nak dengar cerita saya tak “Kata Alya kepada kawan-kawannya. NAK!!!. Jawab kawan-kawannya dengan gembira. “Semalam saya ada tengok televisyen. Cerita dia sangat menarik, mengenai tongkat sakti. Tahu tak, kalau kita ada tongkat sakti kita boleh minta apa sahaja kita mahu dan akan dapat dengan sekelip mata sahaja “cerita Alya kepada kawan-kawanya. Satu-satu kawannya bertanya “Kalau saya nak minta mainan baru dapat tak kalau saya ada tongkat sakti “ “Kalau saya nak minta buku cerita baru dapat tak kalau saya ada tongkat sakti “ “Kalau saya nak minta beg sekolah “Barbie “dapat tak kalau saya ada tongkat sakti “ Alia menjawab “Dapat, semua dapat “


Sedang mereka gembira bercerita sekiranya mereka memiliki tongkat sakti. Tiba-tiba datang guru kelas mereka iaitu Cikgu Suria untuk mengambil kehadiran. “Kamu semua ini bising sangat kenapa “ tanya cikgu Suria “Kami dengar Alya bercerita cikgu “Jawab Auni “Cerita apa itu, boleh kongsi dengan cikgu tak Alya “ tanya cikgu Suria. “Boleh cikgu” Jawab Alya. Alya pun memulakan cerita dia mengenai tongkat sakti itu seperti mana dia menceritakan kepada kawan-kawanya tadi. Cikgu Suria yang mendengar Alya bercerita tersenyum dan ketawa melihat telatah Alya yang secomel itu. “Ohhh ini lah yang buat kamu semua bising-bising ya “Tanya Cikgu Suria. “Ya cikgu, maafkan kami cikgu “Jawab mereka. “Baik kamu orang nak dengar cerita cikgu tak tentang tongkat sakti ini “ “NAK “Jawab mereka serentak.


Cikgu Suria memulakan penceritaannya mengenai tongkat sakti, Dalam penceritaannya dia menceritakan tentang bagaimana tongkat sakti itu bermula, siapa yang memilikinya. Dalam menceritkan kisah tongkat sakti ini Cikgu Suria menyelitkan sedikit pengajaran daripada kisah tongkat sakti ini. Cikgu Suria bercerita bahawa mereka yang memiliki tongkat sakti ini setelah mendapat apa yang mereka impikan mereka akan bersikap angkuh dan sombong. Cikgu Suria juga menekankan kepada anak muridnya bahawa kisah tongkat sakti ini hanya sebuah cerita dongeng. Apabila Cikgu Suria memberitahu orang yang memiliki tongkat sakti ini akan bersikap sombong , Alya dan kawan-kawannya terkejut dan berkata kepada cikgu. “Cikgu, kita tak baik hidup dengan kesombongan, nanti Tuhan marah “ Ujar Alya. “Betul Alya, jadi kamu semua nak tak miliki tongkat sakti “Tanya Cikgu Suria “Tak nak cikgu “Jawab Alya dan rakan sekelas.


Maka berakhirlah cerita tongkat sakti Alya. Setibanya Alya di rumah, dia menceritkan kepada ayahnya tentang tongkat sakti yang diceritakan oleh gurunya di sekolah. Usai Alya menghabiskan ceritanya, Pak Ahmad berpesan dengan Alya. “ Apa-apa yang kita mahu kita kena usaha sendiri Alya, tidak ada benda yang mudah dalam kehidupan ini macam yang Alya tengok dekat cerita “ Magic Wand “ itu. Jangan mudah percaya dengan apa yang kita lihat, nanti bila Alya sudah besar, banyak lagi cabaran. Apa yang Alya rasa dengan kesusahan hidup keluarga kita ini, itu hanya proses Alya. Bila Alya sudah besar nanti, pasti Alya akan faham “.


Click to View FlipBook Version