The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by YOYO, 2023-08-15 12:02:46

kertas Kerja Yoyo Cina - Sekolah

kertas Kerja Yoyo Cina - Sekolah

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KAMPUNG PULAI, GUA MUSANG KELANTAN KEM YOYO CINA BERSAMA 3 BUAH SEKOLAH KURANG MURID(SKM) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PENYAYANG NEGERI KELANTAN. 26 0gos – 28 Ogos 2023 ( 3 hari 2 malam )


1.0 PENDAHULUAN Permainan Yoyo Cina adalah sejenis mainan dari China yang terdiri daripada dua cakera yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang. Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam satu tangan, membolehkan yoyo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu. Pada zaman moden, ia digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai alat persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina. Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna. Yoyo Cina juga dikenali sebagai Diabolo memerlukan pemainnya memegang stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali nilon mengikut cara yang dihendaki. Pemain perlu mengimbangi yoyo daripada terjatuh dan memutarkan diabolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal akan memilih diabolo berat untuk melakukan pelbagai aksi. Diabolo mudah dipelajari tetapi mengambil masa panjang untuk menjadi mahir. 2.0 MATLAMAT Program Kem Yoyo Cina bersama 3 buah Sekolah Kurang Murid (SKM) merupakan kerjasama antara 3 buah SKM dan Persatuan Penyayang Negeri Kelantan untuk memberi peluang kepada murid - murid dari 3 buah sekolah mengenali kebudayaan cina melalui permainan yoyo cina. Permainan ini bukan sahaja dapat mengisi waktu lapang mereka dengan berfaedah , malah dapat melakukan persembahan di mana-mana tempat sahaja setelah menguasai teknik -teknik asas seperti melambung yoyo, mengayun yoyo dan lain -lain.


3.0 OBJEKTIF 1. Menguasai pelbagai kemahiran dan teknik dalam Permainan Yoyo Cina 2. Mengunakan kemahiran yang dipelajari untuk mengadakan Persembahan Yoyo Cina berpandukan muzik yang disediakan. 3. Memberikan peluang kepada murid menghayati permainan tradisional masyarakat cina dan mengembangkan budaya ini kepada masyarakat bukan cina. 4. Mendukung konsep dan hasrat sekolah penyanyang untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berbudaya. 5. Mengeratkan hubungan silaturahim antara 3 buah Sekolah Kurang Murid (SKM ). 4.0 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh : 26 Ogos 2023 – 28 Ogos 2023 Hari : Sabtu (petang ) hingga Isnin ( tengahari) Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 malam Tempat : Dewan Tokong Sweet Nyet, Kampung Pulai, Gua Musang ( Akiviti Siang Hari ) Pusat Aktiviti ( Aktiviti Waktu Malam ) 5.0 KUMPULAN SASARAN Kem ini melibatkan semua guru , murid , ibu bapa dan ahli - ahli PIBG daripada 3 buah sekolah ( Sekolah Kurang Murid – 100 orang murid ) SJKC Chung Hwa,Temangan : 30 orang murid SJKC Poy Hwa, Pasir Parit : 30 orang murid SJKC Kampung Pulai, Gua Musang : 40 orang murid


6.0 JAWATANKUASA KERJA Bil Jawatankuasa Pelan Tindakan 1 Pengerusi Pn. Chong Liung Fung En. Cheaw Kok Piew 1.Memberi maklum balas dan cadangan penambaikan program bagi memastikan program dapat dijalankan dengan lancar. 2 Penyelaras Program Cenderamata Yeap Siu Ai 1.Memohon kebenaran JPN 2.Menyediakan surat menyurat yang diperlukan 3. Menyediakan kertas kerja dan dokumentasi 4. Berhubung dengan jurulatih dan pihak luar 5. Mengaturcara program 6.Menempah plak cenderamata untuk Perasmi dan Jurulatih 3 Setiausaha Banner Chua Chew Kee 1.Menyediakan kad jemputan, ( Perasmi) 2.Pemplet Program 3.Mencatat minit mesyuarat 4.Mereka Cipta Banner 4 Pengurusan Penginapan (Kelas) Wee Lam Cheng (KETUA) Suaibah Bt Yusoff Noor Aeisah 1. Lelaki ( tingkat bawah) Perempuan ( Tingkat Atas) 2.Meja dan kerusi semua ditolak ke tepi 3. Sediakan peraturan yang perlu dipatuhi ( BC dan BM ) bagi 2 buah sekolah yang tinggal di sana. 4. Memberi taklimat kepada semua murid yang tinggal di sana. 5.Sediakan tali untuk gantung kain tuala ( dalam kelas ) 6. Susun kerusi untuk majlis penutup kem ( Suaibah & Aeisah ) 5 Pengacara Majlis Cik Chee Huey Ling 1.Menguruskan majlis penutup Kem Yoyo Cina 2. Berhubung dengan 2 pekerja untuk kebersihan kelas , tandas dari semasa ke semasa. ( sebelum ,semasa dan selepas )


3 K ( Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) Penginapan Jurulatih / Guru / PIBG 3. Setiap tandas sediakan penyangkut baju yang kukuh untuk murid menggantung baju mereka semasa mandi. 4. Lelaki ( tingkat bawah) Perempuan ( Tingkat Atas) 5. Berhubung dengan En. Chew Kuey Chuan untuk tempahan bilik 6 Kebersihan dewan tokong selepas bengkel (Bekas Murid) 1.Mengemas dan menyapu lantai selepas aktiviti 7 Bendahari Air Mineral Teks Berita Sim Poh Mey 1.Bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan 2. Berhubung dengan media massa mengenai aktiviti ini. 8 AJK Pendaftaran Lee Yeow Kuang Wong Poh Tien 1.Membawa guru pengiring dan murid ke tempat menginap masing-masing. 2. Memberi makanan (minum petang) dalam bentuk bungkusan kepada guru pengiring semasa pendaftaran. Wee Lam Cheng ( Standby) 9 AJK Sijil Penyertaan SJKC Chung Hwa,Temangan 1.Sediakan sijil penyertaan untuk peserta, guru dan Guru Besar 10 AJK Siaraya Toh Hing Chuan Lee Yeow Kuang 1. Sediakan PA system 11 KETUA Perlawanan Persahabatan B.Keranjang Lee Yeow Kuang 1.Sediakan PA system 2.Sediakan Lagu Negaraku dan Selamat Sultan (untuk kegunaan di dewan tokong ) 3. Ketua bagi Perlawanan Persahabatan B.Keranjang antara 3 buah sekolah. Chin Si Wei dan Chan Yin Sin ( Pembantu ) Wee Lam Cheng ( Kawal Disiplin )


12 AJK Fotografi Cik Wong Poh Tien 1. Jurugambar dalam program ini. 13 AJK Publisiti AJK Penyediaan borang Chan Yin Sin 1. Gambar dimuat atas ke FB sekolah. 2. Sediakan borang tempahan pembelian yoyo cina (MS excel) bagi sekolah yang terlibat serta mengumpulkan data kutipan 3. Sediakan borang penginapan dan makanan ( Google Form) kepada guru, PIBG, LPS dan Persatuan Penyayang yang akan hadir ke kem. 14 Gadis Dulang Chin Si Wei 1.Menguruskan majlis penyampaian hadiah ( 2 Plak sahaja ) 2. Penyampaian sijil kepada 3 buah sekolah. 15 AJK Makanan Chan Ying Si Antie Kantin , PIBG 1.Menguruskan makanan dan minuman untuk peserta , jurulatih ,guru -guru dan VIP 16 Warden Asrama 2 Guru ( 4 guru untuk 2 malam) 1.Bermalam bersama 2 buah sekolah lain yang tinggal di sekolah. 17 Ice Breaking Nyanyian Lagu Cina Tradisional SJKC Poy Hwa , Pasir Parit 1.Ice breaking dan Nyanyian Lagu Tradisional diketuai oleh guru dari SJKC Poy Hwa. 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Perkara Kuantiti Jumlah 1 Makan dan Minum Peserta 100 peserta ( RM 50 X 100 ) RM 5000.00 2 Penginapan Jurulatih 2 malam ( Sabtu & Ahad ) RM 400.00


3. Makanan (VIP , PIBG dan Guru) 50 orang ( RM 50 X 50 ) RM 2500.00 3 Bayaran kepada Jurulatih ( Yuran Pendaftaran) 100 peserta ( RM 40 x 100 orang ) RM4000 4 Lain – Lain ( Hadiah ) RM 200.00 JUMLAH RM11,800.00 8.0 PENUTUP Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua murid yang terlibat dengan mengenali dan menguasai kemahiran yang dipelajari serta teknik -teknik bermain yoyo cina yang diajar oleh team jurulatih yang dijemput dari luar. Di samping itu, diharapkan murid -murid dapat mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah berbanding dengan bermain gadjet digital pada abad ke -21 ini. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ___________________ ________________________ ____________________ (YEAP SIU AI) ( CHONG LIUNG FUNG ) ( CHEAW KOK PIEW ) Penyelaras Program Guru Besar YDP PIBG


Click to View FlipBook Version