The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tips Teknik Menjawab Biologi Kertas 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kfendy, 2020-04-21 01:03:50

TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI KERTAS 2

Tips Teknik Menjawab Biologi Kertas 2

Keywords: BIOLOGI SPM,BIOLOGI KERTAS 2

Disusun oleh:
Cikgu Fendy Hamid
Team Edublogger Malaysia @ cikgufendy.com
Subscribe My Youtube Channel :
https://www.youtube.com/c/CikguFendyHamid

Perkara Kertas 2 (4551/2)
Jenis Instrumen Soalan subjektif
Bahagian A : Berstruktur
Bilangan soalan Bahagian B : Respon terhad dan respon terbuka

Jumlah markah Bahagian A : 5 Soalan (Jawab semua) 1 soalan 12 markah : 60 markah
Cara menjawab Bahagian B : 4 soalan (Pilih 2 soalan ) 1 soalan 20 markah : 40 markah

Tempoh masa 100 markah
Bahagian A : Jawab pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan
Bahagian B : Jawab pada Helaian Tambahan

2 jam 30 minit ( 1 soalan struktur 18 minit dan 1 soalan esei 30 minit)

Perkara Kertas 2 (4551/2)
Wajaran konstruk
Pengetahuan : 10
Aras Kesukaran Kefahaman : 20
Aplikasi : 30
Alatan tambahan Analisis : 15
yang dibenarkan Sintesis : 15
Penilaian : 10

Rendah : Sederhana : Tinggi = 5 : 3 : 2
50 skor mudah
30 skor sederhana
20 skor sukar

Kalkulator saintifik

 Bahagian A
 Semua soalan di Bahagian A wajib dijawab.
 Soalan-soalan Kertas 2 ditanya dari aspek-aspek berikut :
 (a). Fakta
 (b). Kefahaman
 (c ). Aplikasi
 (d). Sintesis
 (e). Analisis

Baca dan fahamkan semua soalan, graf dan rajah dalam kertas ini sepintas lalu
sebelum menjawab

 Jawapan untuk Bahagian A perlu tepat, ringkas dan padat. Tidak perlu menyalin
semula sebahagian soalan.

 Jawapan anda boleh diberikan dalam bentuk angka, perkataan, ayat ringkas,
persamaan, rajah atau jadual.

 Markah bagi setiap soalan memberi panduan kepada anda tentang beberapa isi
penting yang diperlukan. Kebiasaanya 1 markah mewakili 1 isi penting

 Ruang jawapan juga memberi panduan kepada anda tentang panjang atau ringkas
jawapan yang perlu ditulis.

 Rajah mesti dilukis dengan pensel 2B dan dilabelkan dengan pen
 Rajah yang dilukis tidak perlu artistik, mesti kemas dan dilabel dengan anak panah

yang jelas.
 Jawapan bahagian awal sering kali berkaitan dengan pecahan-pecahan soalan

yang seterusnya.
 Bagi soalan-soalan yang melibatkan pengiraan, langkah pengiraan perlu

ditunjukkan dengan unit yang betul.

 Baca arahan soalan dengan teliti kerana terdapat pilihan soalan, iaitu jawab dua
soalan daripada empat soalan.

 Pemilihan soalan mesti dibuat berdasarkan kefahaman anda tentang kehendak
soalan berkenaan.

 Sediakan rangka jawapan dengan menyenaraikan isi-isi penting untuk memastikan
anda mempunyai isi jawapan yang cukup.

 Jawapan mesti ditulis dalam bentuk perenggan dan setiap perenggan dihadkan
dengan satu isi penting serta huraian berkaitan.

 Lukis gambar rajah berlabel yang kemas dengan menggunakan pensel 2B sahaja.
 Mulakan setiap soalan yang baharu pada helaian kertas jawapan yang baharu.

Pastikan angka giliran ditulis pada setiap helaian kertas jawapan.
 Semak dan kenal pasti nombor-nombor soalan dicatat dengan betul, kemudian

susun kertas-kertas jawapan mengikut urutan nombor.
 Ikat kertas jawapan dengan kemas menggunakan benang yang disediakan.

 Perbanyakkan latihan menggunakan soalan-soalan daripada soalan SPM tahun-
tahun yang lepas untuk mengelakkan kesilapan menulis jawapan dan
menambahkan kesediaan murid menghadapi peperiksaan yang akan datang.

 Fahami teknik menjawab soalan yang khusus bagi soalan struktur dan soalan esei
untuk memahirkan diri menjawab soalan dengan betul dan tepat.

 Murid disarankan untuk menggunakan istilah-istilah yang tepat dalam setiap
penerangan jawapan, sama ada secara lisan atau bertulis.

 Bagi penguasaan konsep dan kandungan mata pelajaran ini sentiasa berada pada
tahap yang baik dan berterusan, murid disarankan untuk:

 i. Memahami konsep utama dalam empat (4) topik asas Biologi tingkatan 4 yang boleh
digabung jalin dengan topik-topik lain iaitu :

 Struktur Dan Organisasi Sel
 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
 Bahan Kimia Dalam Sel
 Pembahagian Sel

ii. Mewujudkan kumpulan belajar sendiri yang efektif dan berkongsi ilmu dengan kumpulan yang
lain melalui kaedah pembentangan yang dikawal selia oleh guru mata pelajaran.
Sebagai persediaan untuk murid dengan soalan aplikasi seperti teknologi stem sel yang
dikomersilkan, murid perlu sensitive dengan perkembangan bioteknologi melalui bacaan dari
pelbagai sumber.


Click to View FlipBook Version