The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SYAHIRA BINTI MOHAMAD NAYAN IPG-Pelajar, 2024-05-15 09:20:57

NOTA KATA ADJEKTIF PERASAAN

NOTA KATA ADJEKTIF PERASAAN

KATA ADJEKTIF PERASAAN


ADJEKTIF PERASAAN : Kata adjektif perasaan terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama


Ini Aiman. Aiman akan membantu kawankawan belajar tentang kata adjektif perasaan. Jom belajar!


Pada hujung minggu yang lepas, Aiman berasa sedih kerana bosan di rumah. ?? SEDIH


Tiba-tiba, Aiman terhidu bau yang wangi datang dari dapur.


Rupanya, abang Aiman sedang membuat sebji kek dengan gembira sekali. GEMBIRA


Namun, Aiman tidak suka memasak. Maka, Aiman ke luar rumah dan melihat neneknya berkebun di kebun. SUKA


Kemudian, Aiman terlihat kucing-kucingnya bermain dengan sungguh ceria. CERIA


Semasa bergerak ke arah mereka, Aiman terjatuh ke dalam lopak dan menangis kesakitan. Dia berasa marah lalu bergegas masuk ke dalam rumah. Hmmm. MARAH


Setelah selesai membersihkan diri, Aiman mahu keluar semula. Namun, Aiman sangat kecewa kerana hujan turun dengan lebat. KECEWA


Namun, Aiman mendapat idea dan berlari dengan girang ke biliknya. GIRANG


Oleh itu, Aiman kekal di dalam rumah dan menulis cerita hujung minggunya dengan tenang. TENANG


SEKIAN, KISAH AIMAN. DAPAT SESUATU?


Click to View FlipBook Version