The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atinamz193, 2021-12-05 02:53:24

K1 E-Book Peralatan Bengkel Perabot

K1 E-Book Peralatan Bengkel Perabot

VRT3023
REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT

PERALATAN BENGKEL PERABOT

PENSYARAH :
PROFESOR MADYA DR. MOHAMED NOR AZHARI BIN AZMAN

1

KAUTSAR BINTI NUR IZZATI NAJWA SITI SALWA BINTI NURUL AIMI NADIA NOR AMIRAH BT
MOHAMMAD MANSOR BINTI MOHD YUSUF ABU BAKAR BT GHANI GHAZALI
D20182086477 D20182086503 D20182086492 D20182086499 D20182086494

NUR ATHIRAH MARISSA AYUNNI
BINTI MOHD ZUBIR BINTI HALIM
D20182086480 D20182086495

2

PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN 4
2. PERALATAN 1 (PEMUTAR SKRU)
3. PERALATAN 2 (TUKUL KUKU KAMBING) 5-10
4. PERALATAN 3 (KERTAS PASIR) 11-16
5. PERALATAN 4 (MESIN KETAM KAYU) 17-31
6. PERALATAN 5 (MESIN GERUDI TANGAN MUDAH ALIH) 32-38
7. PERALATAN 6 (GERGAJI BULAT) 39-50
8. PERALATAN 7 (GERGAJI SABER) 51-60
9. RUJUKAN 61-73
10. KUIZ PENGUKUHAN 74-75

76

3

PENGENALAN

Peralatan bengkel perabot merangkumi pelbagai jenis alatan tangan
dan alatan mesin. Setiap orang perlu mengetahui apakah fungsi serta
cara penggunaan bagi setiap peralatan dan mengutamakan faktor
keselamatan semasa mengendalikan peralatan tersebut.

4

NOR AMIRAH BT GHAZALI (D20182086494)

PEMUTAR SKRU
(SCREWDRIVER)

5

Pemutar skru merupakan peralatan paling mudah yang perlu ada
di setiap rumah. Sebarang penggantian atau pembaikan tidak
mungkin dapat dilakukan tanpa pemutar skru lebih-lebih lagi
apabila melakukan pemasangan perabot atau sebarang peralatan
yang memerlukan penyambungan.

Pemutar skru ialah sejenis alat yang digunakan bagi
memasang skru. Alat ini terdiri daripada sebatang bilah yang
berfungsi mengetatkan atau melonggarkan kepala skru di atas
permukaan bergantung kepada arah pusingan yang dikenakan,
serta pemegang di satu hujung yang lainnya bagi memudahkan
pengguna.

6

Pemutar skru mata leper / rata Pemutar skru mata Philip
(Flathead Screwdriver) (Philips Screwdriver )

Fungsi: Digunakan untuk mengetatkan Fungsi: Digunakan untuk mengetatkan
atau melonggarkan skru kepala rata atau atau melonggarkan skru palang atau
philips
berlurah

7

LANGKAH 1
Tandakan pada kayu dan gerudi satu lubang kecil pada bahagian permukaan
kayu/kepingan logam cantuman yang sama saiz dengan diameter batang skru

LANGKAH 2
Ketatkan skru tersebut menggunakan pemutar skru dengan memegang

pada bahagian pemegang skru (getah/plastik/kayu) semasa kerja
pemasangan dilakukan

LANGKAH 3
Bagi mengetatkan skru, pusingkan pemutar skru mengikut arah jam

LANGKAH 4
Bagi menanggalkan skru, pusingkan pemutar skru mengikut arah lawan jam

8

1 Jangan gunakan pemutar skru sebagai penebuk, baji atau pengcungkil

2 Memastikan hujung bilah pemutar skur sentiasa dalam keadaan bersih dan tajam untuk
membenarkan cengkaman padu pada hujung skru

3 Memastikan pemegang pemutar skru bersih dan utuh untuk membolehkan cengkaman yang kukuh

semasa melakukan kerja pemasangan seperti penyambungan kayu, melonggarkan atau mengetatkan

Jangan sekali-kali memegang bahagian/peralatan yang sedang digunakan semasa melakukan

4 pekerjaan di tangan anda. Sentiasa letakkannya di atas ruangan meja kerja supaya dapat

mengelakkan daripada berlaku sebarang kecederaan

5 Bawa pemutar skru dalam kotak peralatan atau tali pinggang kerja dan dilarang meletakkan di dalam
poket.

6 Semasa kerja pemasangan, perlulah membuat lubang pandu dalam kayu dan kepingan logam terlebih
dahulu untuk skru supaya lebih mudah untuk kerja pemasangan dilakukan

7 Jangan sekali-kali menggunakan pemutar skru semasa kerja elektrik melainkan ia ditebat dengan
betul
9

1 Membersihkan pemutar skru dengan kain selepas
menggunakannya.

2 Mengelakkan pemutar skru daripada dimasuki air
atau dalam keadaan lembap

3 Simpan di tempat yang kering

Tidak jatuhkan pemutar skru dan simpan di tempat

4 yang sesuai dan selamat seperti digantung pada

tempat bersesuaian yang boleh dicapai

10

NUR IZZATI NAJWA BINTI MOHD YUSUF (D20182086503)

TUKUL KUKU
KAMBING

11

Cakar/kepala tukul

1. Tukul kuku kambing merupakan satu alatan tangan yang
mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu atau besi
dan bahagaian bongkolnya bengkok dan terbelah.

2. Fungsi kegunaan penukul ini ialah untuk mengetuk sesuatu kerja Rata Pemegang
dan membentuk kepingan logam nipis serta mecabut paku.

3. Ia terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk.

4. Memiliki pemegang panjang (hulu), manakala kepalanya
mempunyai kuku dan permukaan mendatar.

12

LANGKAH 1
Pegang tukul pada tempat yang betul supaya hentakan yang tepat dan

padat dapat dilakukan

LANGKAH 2
Fokuskan mata anda pada tempat yang dibuat hentakan dan bukannya pada kepala tukul

LANGKAH 3
Ketukan 2 kali kemudian lepaskan tangan dari paku

LANGKAH 4
Hentakan tukul mestilah dilakukan pada muka tukul dan bukan pada tepinya

13

Sekirannya paku yang diketuk senget, boleh
menggunakan cakar atau kepala tukul untuk

keluarkan paku.

14

1 Sebelum memulakan kerja, pastikan kepala tukul tidak tercabut dan tertanggal.

2 Ketika proses mengetuk, elakkan menggunakan beban pada pergelangan
tangan supaya tidak terseliuh dan biarkan berat tukul yang lakukan.

3 Pastikan fokus kepada paku yang hendak diketuk supaya elak daripada
terketuk jari.

4 Arah hayunan tukul kepada kepala paku cengan cara yang betul supaya tidak
tersalah sasaran memukul.

5 Elakkan memegang penukul dengan tangan yang berminyak atau berpeluh.

6 Tukul hendaklah diletakkan di atas meja kerja semasa kerja dijalankan bagi

mengelak berlakunya kemalangan.

7 Jangan letakkan tukul di atas lantai bagi mengelakkan kemalangan.

15

1 Selepas menggunakan penukul, alatan ini mestilah dibersihkan dan dilap sekeliling penukul
sebelum menyimpan.

2 Sapukan minyak gris dengan menggunakan kain bagi mengelap lebihan menyak sebelum
menyimpan untuk membantu mencegah karat dan kakisan pada peralatan.

3 Simpan semula di dalam bekas penyimpanan atau tempat khas apabila selesai
menggunakannya.

16

SITI SALWA BINTI ABU BAKAR (D20182086492)

KERTAS PASIR

17

Gunakan kertas pasir yang sesuai untuk projek yang hendak dilakukan. Kertas pasir terdapat pelbagai jenis.
Setiap jenis berfungsi dengan baik mengikut kesesuaiannya. Antara jenis kertas pasir adalah:

1. Garnet – Garnet adalah kertas pasir semula jadi yang digunakan untuk meratakan semua jenis kayu
kosong. Garnet serba boleh, tetapi ia menjadi lebih pantas berbanding dengan kertas pasir yang lain.

2. Silicone Carbide – Silicone Carbide paling baik digunakan untuk menghaluskan gabungan sendi
(campuran tebal yang digunakan untuk melekatkan jahitan di didnding kering) dan mengeluarkan bintik-
bintik debu yang terperangkap di bawah kemasan kayu anda.

3. Aluminium Oxide – Aluminium Oxide dapat digunakan untuk mengasah kayu, logam dan cat. Lebih kusam
daripada silicone carbide tetapi tahan lebih lama.

4. Seramik – Sebilangan besar digunakan untuk meratakan kuasa, seramik adalah salah satu kertas pasir
yang paling tahan lama dan mahal.

5. Alumina Zirkonia – Meratakan yang keras dan tahan lama. Gunakan alumina zirconia jika anda

menggunakan mesin dengan cakera atau tali pinggang.

18

Terdapat tiga gred kertas pasir yang berbeza:
kasar, sederhana dan halus.

Gred kertas pasir diukur dalam ‘grit’.

Semakin tinggi kepingan kertas pasir, lebih halus akan
menjadikan permukaan yang digunakan.

 Kertas pasir gred kasar mempunyai grit 40 hingga grit 80.

 Kertas pasir gred sederhana mempunyai grit 100 hingga grit
150.

 Kertas pasir kelas halus mempunyai grit 180 hingga grit
220. Kertas pasir grit 220 mestilah cukup baik untuk sesuatu
projek, tetapi terdapat pasir yang lebih tinggi jika inginkan
kemasan yang lebih halus.

19

 Kertas pasir merupakan kertas yang digunakan pada proses akhir pertukangan. Ia
merupakan kertas kasar yang seperti pasir di mana ia digunakan untuk meratakan
permukaan kayu supaya ia lebih kemas dan licin.

 Kertas ini akan digosokkan berkali-kali ke atas permukaan kayu yang hendak dilicinkan.
Secara tradisional sebelum kewujudan kertas pasir, masyarakat Malaysia menggunakan
daun palas untuk proses merata dan melicinkan kayu seperti hulu kapak, parang,
cangkul dan sebagainya.

20

LANGKAH 1

Gunakan blok pengamplasan (bongkah kayu kecil, gabus). Blok
pengamplasan ini adalah blok yang membungkus kertas pasir anda.

LANGKAH 2

Lipat kertas pasir di sekitar blok pengamplasan tersebut, dengan sisi kasar
yang menghadap ke luar dan pasangkan atau lekatkan ke tempatnya.

21

LANGKAH 3 Kertas Pasir
Mulakan dengan kertas pasir kasar untuk Kasar
menghilangkan ketidaksempurnaan yang jelas. (grit 40)

Contohnya, permukaan dengan kecacatan minimum Kertas Pasir
tidak memerlukan kertas pasir dengan 40-80 grit (sangat Halus

kasar) untuk meratakan permukaan. (grit 320)

Simpan kertas pasir paling kasar untuk permukaan
dengan lekukkan dan lebam yang besar.

22

LANGKAH 4

Pegang kertas pasir anda di permukaan yang mahu
diratakan.

LANGKAH 5

Beri tekanan pada kepingan kertas pasir atau blok
pengamplasan dengan tangan.

LANGKAH 6

Sekiranya dilakukan secara berdiri, letakkan berat badan
ke tangan dengan memegang kertas pasir. Gunakan
kedua-dua tangan untuk tekanan yang lebih banyak.

23

LANGKAH 7 24

Jalankan kertas pasir di seluruh permukaan. Ketika meratakan
permukaan kayu, pastikan ratakan dan bukan melawan biji-bijian.

Biji kayu adalah garis dan corak yang melaluinya.

LANGKAH 8

Gerakkan kertas pasir ulang-alik dalam gerakan lurus.

*Nota: Menggosok pada biji-bijian atau menggosok
dengan gerakan bulat akan menyebabkan kayu calar.

LANGKAH 9

Beri tekanan pada kertas pasir dengan tangan dan jangan
angkat kertas pasir kecuali memerlukan rehat.

LANGKAH 10

Jangan lupa bahagian tepi kayu. Apabila sampai di tepi
permukaan, berhenti dan luangkan sedikit masa untuk

mengasah tepi dan sudut.

25

LANGKAH 11

Kosongkan habuk terkumpul apabila selesai kerja.

LANGKAH 12

Beralih ke kertas pasir kelas sederhana yang dipilih.
Ulang langkah 1 hingga 11.

LANGKAH 13

Pastikan gosok pada semua permukaan yang dikerjakan,
termasuk bahagian tepi.

26

LANGKAH 14

Selesaikan proses ini dengan kertas pasir kelas terbaik.
(grit 180 dan keatas)

LANGKAH 15

Permukaan perlulah licin, tanpa calar dan lekuk.

27

1 Jangan bimbang jika masih ada goresan atau cacat pada permukaan yang digosok.
Haluskan bahagian tersebut dengan kertas pasir mengikut kelas yang kemudian.

2 Mulakan semula dengan kertas pasir kasar, jika masih ada calar atau tidak berpuas
hati dengan permukaan kayu tersebut.

28

Memakai cermin mata keselamatan dan
1 pelindung habuk jika bahan kerja

menghasilkan banyak habuk.

2 Menggosok kertas pasir kasar dalam 1
arah

3 Topeng muka harus dipakai untuk
mengelakkan dari tersedut habuk

29

1 Selepas langkah ini, memadai untuk menggunakan kaedah penyimpanan berkesan
untuk mencegah pemakaian pramatang.

2 Lipat ke belakang yang satu daripada dua bahagian kecil segi empat tepat di kedua-
dua belah celah, selalu ke belakang dan mengikuti garis lipatan.

30

 Letakkan kertas pasir pada bahagian tapak
pemegang kertas pasir itu.

 Kemudian klipkan kertas pasir pada
bahagian kiri dan kanan.

 Gosokkan pada bahagian permukaan kayu
yang hendak dilicinkan.

Fungsi
Blok ini memudahkan untuk menggenggam
kertas pasir dan mengarahkannya mengikut
keperluan, serta membantu menghalang
daripada kecederaan pada tangan dan jari
berlaku terutamanya untuk yang kulit jenis
sensitif.

31

MARISSA AYUNNI BINTI HALIM (D20182086495)

MESIN KETAM KAYU
(WOOD PLANER MACHINE)

32

 Ketam kayu merupakan alat yang digunakan untuk
menyerut kayu hingga mendapatkan hasil yang lebih
halus.

 Pada zaman dahulu, alat ketam kayu hanya dilakukan
secara manual menggunakan tenaga manusia dengan
menggunakan blok kayu yang dipasang pisau dibahagian
tengah kayu tersebut.

 Seiring dengan peredaran zaman, manusia
menghasilkan alat ketam yang menggunakan motor
penggerak dengan kuasa elektrik dipanggil sebagai
‘wood planer machine’.

33

 Mengatasi masalah pemotongan kayu yang tidak rata daripada mesin gergaji.
 Meratakan permukaan kayu tanpa mengubah bentuk asal kayu tersebut.
 Meratakan kayu bersaiz panjang yang mengalami perubahan bentuk atau bengkok

apabila kering.

34

LANGKAH 1
Pastikan mata pisau pada mesin masih tajam dan dalam keadaan baik.

LANGKAH 2
Untuk melindungi mata dan tangan daripada terkena serpihan kayu yang tajam, pengguna perlu memakai

pelindung mata dan sarung tangan yang sesuai.

LANGKAH 3
Sambungkan wayar pada suis bekalan kuasa elektrik untuk mengaktifkan mesin.

LANGKAH 4
Pusingkan tombol pelaras pada mesin mengikut tahap yang dikehendaki sebelum

proses mengetam kayu dimulakan.

35

LANGKAH 5
Tekan punat yang terletak pada bahagian bawah pemegang untuk menghidupkan

mesin.

LANGKAH 6
Apabila memulakan proses mengetam kayu, faktor kecepatan yang sesuai dan
stabil perlu diambil kira. Hal ini bagi mengelakkan kayu bergelombang (cuttermark)

apabila pengetaman dilakukan.

LANGKAH 7
Semasa proses mengetam kayu dilakukan, pergerakkan mesin perlulah ditolak

kearah depan.

LANGKAH 8
Bersihkan kayu dan ulang mengikut kerataan yang diinginkan.

36

1 Pastikan tangan dalam keadaan kering sebelum memasang suis dan mengendalikan
mesin ketam kayu.

2 Penggunaan pelindung mata dan sarung tangan juga penting bagi mengelakkan terkena
serpihan kayu semasa mengetam.

3 Baca manual penggunaan alatan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.

4 Jangan bergurau dengan orang lain semasa menggunakan mesin pengetam kayu atau
sebarang peralatan yang tajam.

5 Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan mesin yang tajam dan menggunakan elektrik
seperti mesin ketam kayu.

37

1 Pastikan suis mesin dimatikan sebelum menyimpannya.

2 Mesin ketam kayu perlu dibersihkan setelah selesai digunakan.

3 Rekodkan sekiranya terdapat kerosakan pada mesin yang digunakan.

4 Gulungkan wayar mesin tersebut dengan kemas sebelum disimpan bagi
mengelakkan kerosakan.

5 Tanggalkan bahagian asing mesin yang boleh ditukar ganti di tempat yang disediakan.

6 Simpan mesin di dalam almari atau di tempat penyimpanan alatan kayu.

7 Susun dengan kemas bagi mengelakkan mesin terjatuh dan terhentak yang mungkin
menyebabkan kerosakan pada alatan tersebut.
38

KAUTSAR BINTI MOHAMMAD MANSOR (D20182086477)

MESIN GERUDI
TANGAN MUDAH ALIH

39

 Mesin gerudi tangan terdiri daripada dua jenis iaitu :-

 Mesin gerudi mudah alih tanpa wayar / Jenis Pistol
(sesuai untuk kerja ringan).

 Mesin gerudi mudah alih berwayar / Jenis Kerja Berat
(sesuai untuk kerja berat).

 Mesin gerudi tangan mudah alih ini senang dibawa ke
mana-mana kerana ianya dilengkapi ciri penggunaan
bateri yang boleh dicas semula.

 Mesin gerudi ini boleh digunakan dengan cara
menggerudi secara mendatar atau menegak.

40

4 5
7
2 1. Rahang Bindu
1 2. Bindu
3. Pengunci Bindu
3 6 4. Pelaras Torque
9 5. Mod Tindakan
6. Julat Kelajuan
10 8 7. Picu Penekan
8. Bateri
9. Lampu LED
10. Suis “Forward / Reverse”

41

1 Screwdriver Bit – untuk memutar / membuka skru mengikut jenis seperti
philips atau kepala rata.

2 Brad Point – khas untuk menembuk kayu, memberikan hasil gerudi yang
kemas dan lubang yang rata.

3 Auger – untuk menggerudi pelbagai jenis kayu dan bahan lembut yang lain.

4 Forstner – membuat lubang berdiameter paling besar pada kayu atau
bahan lain.

5 Masonry – untuk membuat lubang pada dinding, konkrit atau batu.
Bahagian hujung mata terdapat mata pisau.

6 Spade – untuk membuat lubang yang dalam dan lebar.

42

Mesin gerudi tangan mudah alih ini berfungsi sebagai alat yang digunakan untuk :-

 Memutar / membuka skru
 Membuat lubang pada permukaan kayu mahupun logam
 Melulas
 Melubang benam
 Melubang sengat
 Membenang dalam
 Meratakan permukaan bintik

43

LANGKAH 1
Tandakan dengan penebuk pusat atau pensel bahagian yang ingin

dimasukkan skru.

LANGKAH 2
Untuk memasang bit pemutar skru, buka rahang bindu dengan

menggenggam pemegang gerudi dengan satu tangan dan
pusingkan pengunci bindu mengikut lawan jam dengan tangan yang

lain.

LANGKAH 3
Masukkan bit pemutar skru semaksimum mungkin, kemudian
ketatkan rahang dengan memutarkan pengunci bindu mengikut arah

jam.

44

LANGKAH 4
Pilih Mod Tindakan - Gunakan tetapan pemacu untuk proses memutar skru.

LANGKAH 5
Pilih Julat Kelajuan - Kebanyakan gerudi tanpa wayar mempunyai suis yang memberi anda

pilihan dua kelajuan. Gunakan kelajuan rendah untuk memutar skru

LANGKAH 6
Pilih Tetapan “Clutch” Pelaras “torque” mengawal daya pusingan yang akan dihantar oleh
gerudi semasa memutar skru. Pilih tetapan rendah kerana kayu merupakan bahan yang agak

lembut

45

LANGKAH 1
Letakkan bit pemutar skru bermagnet pada bunga skru, kemudian
halakan skru tersebut ke bahagian yang telah ditanda mengikut sudut

yang betul iaitu 90⸰ dari permukaan kayu.

LANGKAH 2
Tekan suis “forward” dan kemudian tekan picu penekan untuk mulakan

proses memutar skru.

46

LANGKAH 3
Berhenti menekan picu penekan sekiranya telah
mencapai tahap kedalaman skru yang diingini.

LANGKAH 4
Bersihkan habuk kayu yang terdapat di sekitarnya.

LANGKAH 5
Ambil cermin yang ingin digantung, kemudian
masukkan penyangkut tiga segi yang berada di

belakang cermin ke skru

47

48

1 Pakai Personal Protection Equipment (PPE) yang bersesuaian seperti gogel dan kasut keselamatan.

2 Elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar yang boleh mengakibatkan tersangkut pada benda
yang berputar.

3 Elakkan memakai barang perhiasan seperti cincin, gelang mahupun rantai leher.

4 Pastikan bateri mesin gerudi dicas sebelum mula melakukan kerja menggerudi.

5 Jangan cuba memberhentikan mesin gerudi dengan tangan ketika mesin sedang berputar.

6 Bersihkan serpihan-serpihan habuk kayu dengan berus dan tidak sesekali menggunakan tangan.

7 Jangan menggerudi kepingan yang kecil sambil memegangnya dengan tangan.

8 Elakkan memegang serta merta bit/ mata gerudi / bahan kerja kerana berkemungkinan ianya agak
panas akibat kesan geseran

9 Pastikan kawasan menggerudi bersih dan bebas daripada bahaya seperti lantai licin serta memiliki
pengudaraan yang baik. 49

1 Tanggalkan mata gerudi atau mata pemutar skru dan simpan ke dalam
kotak penyimpanan mesin gerudi tangan.

2 Bersihkan terlebih dahulu habuk kayu atau logam yang melekat pada bit /
di dalam bindu atau sekitarnya.

Bit / mata gerudi hendaklah sentiasa berminyak untuk mengelakkan ianya

3 mudah karat serta mengurangkan geseran dan haba sewaktu proses

menggerudi.

4 Tanggalkan bateri daripada badan mesin gerudi untuk menjamin ketahanan
bateri yang lebih lama.

5 Simpan semula mesin gerudi tangan ke dalam kotak penyimpanan untuk
mengelakkan kerosakkan pada fizikal mesin gerudi

50


Click to View FlipBook Version
Previous Book
โรคฟันผุ
Next Book
E-Pictionary Project - Raja Nurainul Bassirah (D20201093887)