Tugasan BSS3173 Prosa
Melayu
HANSGATSUTSAEIRHAAMDEIUPTIKU:S KE
Ahli Kumpulan
Elly Rozita Yasin Nur Aimy Athirah Siti Nur Ain Binti Celemantina Sumoi
D20201093053 Binti Juraimi Ramli D20201093056
D20201095936
D20201093087
Herry Anderson Marudin Muhammad Amirul Hakim
D20201093057 Bin Othman
D20201093079
1
Isi kandungan 1
AHLI KUMPULAN 2
ISI KANDUNGAN 3
PENGENALAN 4
CIRI-CIRI SASTERA EPIK 5
UNSUR SEJARAH 6-8
SINOPSIS 9
TEMA 10-11
PERSOALAN 12-14
WATAK DAN PERWATAKAN 15-16
PENGAJARAN 17
NILAI 18
PENUTUP
2
PENGENALAN
Karya sastera Hikayat Hang Tuah ialah sebuah naratif epik keagungan
orang Melayu, masyarakat dan bangsanya, yang boleh diambil sebagai
iktibar kepada seluruh masyarakat Melayu di mana-mana sahaja dan
pada sepanjang zaman. Karya ini yang tertulis dalam bentuk prosa adalah
antara karya Melayu klasik yang terpanjang (146,000 perkataan), yang
telah diterima oleh UNESCO's Memory of the World Programme
International Register pada tahun 2001, sememangnya tiada disebut
pengarangnya demi melambangkannya sebagai sebuah naratif bangsa
Melayu yang dimiliki bersama oleh seluruh masyarakat Melayu
sepanjang zaman.
3
CIRI-CIRI SASTERA EPIK
Cerita tertumpu kepada seorang watak wira yang menjadi tokoh bangsa. Contohnya, Hang Tuah/
Laksamana.
Watak wira ini memiliki sifat kepahlawanan/ keberanian/ kegagahan. Contohnya, Hang Tuah/
Laksamana dapat mengalahkan pendekar Jepun yang bernama Cin Cu.
Sastera epik ini mempunyai watak yang ramai. Contohnya, dalam cerita ini terdapat masyarakat
Melayu Melaka, masyarakat Siam dan masyarakat Jepun.
Latar tempatnya yang luas. Contohnya, di Melaka, Patani, Bukit Seguntang dan benua Siam
Terdapat unsur luar biasa/ magiC. Contohnya, Laksamana/ Hang Tuah membaca pustakanya
menyebabkan bedil/ meriam orang-orang Jepun yang menyerangnya/ rombongan dari Melaka tidak
berfungsi.
Sastera epik ini menggambarkan sistem sosiobudaya/ adat istiadat masyarakat pada masa
dahulu. Contohnya, adat mengutus surat untuk dihantar oleh Raja Melaka kepada Raja Siam/ adat
menghadap raja Siam
Mengamalkan sistem pemerintahan feudal. Contohnya, negeri Melaka/ benua Siam mengamalkan
sistem pemerintahan feudal
4
UNSUR SEJARAH
Terdapat tokoh bersejarah atau watak bersejarah. Contohnya,Hang Tuah, Raja Melaka.
Ada peristiwa bersejarah. Contohnya, Hang Tuah ke Siam untuk membeli gajah.
Latar masanya ialah latar masa bersejarah. Contohnya, semasa pemerintahan Kerajaan Melayu
Melaka.
Latar tempatnya ialah tempat bersejarah. Contohnya, Melaka dan Siam.
Sistem pemerintahan bersejarah iaitu sistem pemerintahan bercorak fuedal. Contohnya, Melaka
dan Siam mengamalkan sistem pemerintahan feudal.
Ada jawatan bersejarah. Contohnya, bendahara, laksamana dan syahbandar
Ada adat-istiadat bersejarah. Contohnya, adat mengutus surat untuk dihantar oleh Raja Melaka
kepada Raja Siam/ adat menghadap raja Siam/
Ada peralatan bersejarah. Contohnya, keris.
Ada kenderaan bersejarah untuk kenaikan raja. Contohnya, gajah.
5
SINOPSIS
Raja Melaka hendak membeli empat ekor gajah Syahbandar telah sedia maklum dengan
jantan dan dua ekor gajah betina.Bendahara telah kedatangan mereka ke Benu Siam dan
mencadangkan Laksamana untuk membeli gajah dimaklumkan kepada Oya Bagelang. Semasa
tersebut. Raja Melaka juga berhasrat untuk menghadap Raja Siam, Laksamana tidak
mengalahkan negeri baru iaitu Patani di Benua mengikuti adat menghadap Raja kerana
Siam. Namun Laksamana tahu bahawa amat Laksamana mengatakan dia ada penyakit di
sukar untuk mengalahkan negeri tersebut kerana tubuhnya dan Phra Cau mengizinkan
kedudukannya yang sangat strategik. Laksamana berjalan dan berkeris seperti adat
ketika menghadap Raja Melaka. Laksamana
telah memaklumkan kepada Phra Cau mereka
ingin membeli gajah
6
SINOPSIS
Semasa di Benua Siam, Phra Cau telah Hal ini menyebabkan pendekar
menitahkan pendekar Jepun yang Jepun marah kepada Phra Cau.
bernama Cin Cu dan tujuh orang lagi Phra Cau telah mengucapkan
untuk menunjukkan kepandaian mereka syabas kepada Laksamana kerana
bermain pedang dengan Laksamana. berjaya mengalahkan pendekar
Pendekar Jepun ini amat angkuh dan Jepun, dan memberi persalinan
menghina rombongan dari Melaka dan kepada Laksamana dan Laksamana
menyebabkan Laksamana marah . juga memberi gendaga kepada
Akhirnya, Laksamana telah menyahut Phra Cau.
cabaran pendekar Jepun untuk
bertarung dan Cin Cun telah dibunuh
oleh Laksamana.
7
SINOPSIS
Dua pendekar Jepun yang telah berjaya melepaskan diri telah menyerang Laksamana
semasa dalam perjalanan ke Melaka. Laksamana telah membaca pustakanya menyebabkan
bedil orang Jepun tidak meletup. Apabila Laksamana sampai ke Melaka, dia telah
menceritakan peristiwa yang berlaku semasa pergi dan pulang ke Benua Siam.
8
TEMA
Tema sastera epik ini ialah jalinan hubungan diplomatik antara sebuah
negara dengan sebuah negara yang lain. Hang Tuah dititahkan oleh
Sultan Melaka untuk ke Siam membeli enam ekor gajah.
9
Persoalan yang terdapat dalam cerita
1. Persoalan berkaitan tanggungjawab terhadap tugasan. Contohnya,
Bendahara mencadangkan Laksamana Hang Tuah kepada Raja Melaka sebagai
utusan ke benua Siam kerana Hang Tuah merupakan seorang yang
bertanggungjawab.
2. Persoalan berkaitan sifat angkuh memakan diri sendiri. Contohnya,
pendekar jepun bernama Cin Cu yang angkuh, mencabar Laksamana Hang Tuah
untuk bermain senjata akhirnya dapat ditewaskan.
3. Persoalan berkaitan sifat mengenang budi. Contohnya, Phra Cau
menghadiahkan empat ekor gajah kepada Laksamana Hang Tuah sebagai tanda
mengenang jasa Hang Tuah kerana menyelamatkan baginda semasa pendekar-
pendekar jepun mengamuk.
10
Persoalan yang terdapat dalam cerita
4. Persoalan berkaitan adat/amalan menghormati tetamu. Contohnya, Phra
Cau menerima kunjungan Laksamana Hang Tuah dengan adat mengarak surat
dan membenarkan Hang Tuah masuk menghadap baginda mengikut cara adat
melayu iaiatu berjalan dan berkeris.
5. Persoalan berkaitan kepatuhan kepada arahan/perintah. Contohnya,
Laksamana Hang Tuah patuh akan perintah Raja Melaka untuk pergi ke Benua
Siam membeli gajah.
6. Persoalan berkaitan keberanian menentang musuh. Contohnya, Laksamana
Hang Tuah yang berani menyahut cabaran dari pendekar Cin Cu, berjaya
menewaskan Cin Cu.
11
Watak perwatakan Hang Tuah
➢ Hang tuah seorang laksamana yang bertanggungjawab. Contohnya, bendahara
mencadangkan laksamana kepada raja Melaka sebagai utusan ke benua Siam
kerana laksamana seorang yang bertanggung jawab.
➢ Beliau juga seorang yang berani menentang pendekar daripada jepun yang
menghina Melaka. Contohnya, laksamana telah mengalakan pendekar Jepun dari
Kamboja termasuklah Cin Cu.
➢ Beliau juga seorang yang bijak menyelesaikan masalah iaitu tidak mahu merangkak
ketika menghadap Phra Cau kerana perbuatan seperti itu boleh menjatuhkan
martabat orang Melaka.
➢ Beliau juga seorang yang pemurah, beliau telah menghadiahkan gendaga dari
Berunai kepada Phra Cau.
12
➢ Beliau merupakan pendekar
daripada Jepun.
➢ Beliau seorang yang angkuh dan WATAK PERWATAKAN CIN CU, 7
telah menghina utusan rombongan PENDEKAR JEPUN
dari Melaka.
13
➢ Pihak yang membuat huru hara di
balairung raja Phra Cau.
➢ Tewas dalam perlawanan dengan
laksamana Melaka.
WATAK PERWATAKAN RAJA ➢ Beliau seorang yang menghormati tetamu,
PHRA CAU contohnya, Phra Cau menerima kunjungan
laksamana dengan mengarak surat dan
membenarkan laksamana Hang Tuah
masuk menghadap mengikut cara adat
Melayu iaitu berjalan dengan keris.
➢ Beliau juga seorang yang mengenang jasa,
contohnya, Phra Cau menghadiakan
empat ekor gajah kepada laksamana Hang
Tuah sebagai mengenang jasa laksamana
menyelamatkan baginda semasa pendekar
Jepun mengamuk.
➢ Beliau juga seorang yang mengkagumi
laksamana Hang Tuah yang tangkas
berlawan.
14
1. PENGAJARAN 3.
Kita mestilah 2. Kita hendaklah berani
bertanggungjawab atas dalam menentang musuh
tugasan yang telah Kita hendaklah taat dan patuh untuk memastikan maruah
diberikan. Sebagai kepada perintah Raja. Sebagai diri dan negara dijaga.
contoh, Bendahara contoh, Laksamana Hang Sebagai contoh, Laksamana
mencadangkan Tuah yang taat dan patuh Hang Tuah menyahut
Laksamana kepada Raja kepada Raja sanggup pergi ke cabaran pendekar Jepun
Melaka sebagai utusan ke Benua Siam untuk memenuhi yang merendahkan
Benua Siam bagi hasrat Raja dan kebolehan hulu-balang
memenuhi Hasrat Raja menggunakan kepakarannya Melaka. Laksamana berjaya
untuk membeli empat untuk selamat semasa berada membunuh Cin Cu ketikaa
ekor gajah jantan dan dua disana. berlawan pedang ketika di
ekor gajah betina. Balairung.
15
4. PENGAJARAN 6.
Kita sewajarnya 5. Kita mestilah baik hati dan
mengenang jasa orang pemurah terhadap
yang telah membantu kita Kita sepatutnya bersikap seseorang. Sebagai contoh,
ketika berada dalam bijaksana dalam menetapkan Laksamana Hang Tuah
kesusahan. Sebagai sesuatu keputusan. Sebagai menghadiahkan Phra Cau
contoh, Raja Siam iaitu contoh, Laksamana Hang gendaga dari Brunei
Phra Cau telah Tuah yang menonjolkan sebagai tanda
menghadiahkan kebijkaksanaannya dengan penghargaan kerana
Laksamana Hang Tuah memberikan alasan yang bijak menerimanya sebagai
empat ekor gajah kerana iaitu mempunyai penyakit di tetamu ketika Laksamana
telah menyelamatkan tulang belakang dan tidak berangkat ke Benua Siam.
baginda ketika tujuh boleh merangkak. Perkara itu
pendekar itu mengamuk. dilakukan Laksamana kerana
perbuatan merangkak boleh
menajtuhkan martabat.
16
NILAI
❑ Nilai tanggungjawab. Contohnya, Bendahara mencadangkan Hang Tuah
kepada Raja untuk diutuskan ke Benua Siam kerana Laksamana seorang
yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
❑ Nilai kepatuhan. Contohnya, Laksamana yang patuh dan taat hanya
menurut arahan Raja yang memerintahkannya untuk pergi ke Benua Siam.
❑ Nilai keberanian. Contohnya, Hang Tuah telah berjaya mengalahkan
pendekar Jepun Cin Cu semasa di Balairung.
❑ Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Phra Cau menerima kunjungan
Laksamana dengan adat mengarak surat dan membenarkan Laksamana
masuk menghadap dengan cara adat Melayu iaitu berjalan dan berkeris.
❑ Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Laksamana memberi alasan yang bijak
iaitu tidak mahu merangkak ketika menghadap Phra Cau kerana perbuatan
itu akan menjatuhkan martabat orang Melayu.
17
PENUTUP
Kesimpulannya, Hikayat Hang Tuah ini banyak
memberikan pengajaran dan iktibar dari segi unsur
sejarah, kehidupan diplomatik. Antara iktibarnya pula
apabila seseorang pembesar negeri menjadi hampir
dengan raja pemerintah dan menjadi kesayangan
Raja hasil daripada kebaktian dan sumbangannya
kepada raja, maka harus berwaspada dan berhati-hati
terhadap pihak yang berdengki, beriri hati dan
berdendam dengannya.
18