The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norihah76, 2024-06-25 11:06:13

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SMK KAMIL KALI KE-67 2024

RABU 26 JUN 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 67 2024 44 3.0 LAPORAN UCAP UTAMA DAN PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TPR. CHE ARIFFIN BIN CHE MAHMOOD, CEO ATIRA GROUP. 3.1 3.1 Yang Berbahagia TPR. Che Ariffin mengucapkan kesyukuran atas undangan sebagai perasmi dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-66. Beliau mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa, guru-guru, pelajarpelajar dan semua dif jemputan termasuk wakil daripada PPD Pasir Puteh pada majlis ini. 3.2 Yang Berbahagia TPR Che Ariffin menzahirkan rasa kegembiraan dengan komitmen para ibu bapa yang terlibat dalam majlis PIBG sekolah. Ibu bapa harus berusaha untuk hadir dalam mesyuarat PIBG bagi membolehkan mereka mendapat maklumat yang tepat terutamanya mengenai pencapaian anak-anak. 3.3 Yang Berbahagia TPR Che Ariffin menyatakan pelajaran amat penting kepada anak-anak. Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk anak-anak. Kecemerlangan pendidikan para pelajar merupakan satu usaha yang memerlukan pengorbanan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai pelengkap kepada pendidikan yang diterima daripada guru-guru kepada anak-anak di sekolah bagi membolehkan anak-anak berjaya dalam pelajaran. 3.4 Yang Berbahagia TPR. Che Ariffin menegaskan bahawa ibu bapa adalah insan yang lebih rapat dengan anak berbanding dengan orang lain. Tanggungjawab ibu bapa menjadi penentu kejayaan anak-anak. Ibu bapa perlu mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Selain itu, ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar anak-anak ke kelas tuisyen atau kelas berbayar. 3.5 Yang Berbahagia TPR. Che Ariffin mengingatkan ibu bapa supaya jangan menjadikan kesempitan hidup sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan pelajaran anak-anak. Beliau memberitahu bahawa kejayaannya pada hari ini,bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, namun berkat usaha dan doa kedua-dua ibu bapa menjadikan kesemua adik-beradik beliau orang yang berjaya. Beliau mengharapkan pengalaman hidupnya dapat menyuntik semangat kepada para ibu bapa untuk melakar kejayaan pelajaran anak-anak. 3.6 Yang Berbahagia TPR. Che Ariffin mengingatkan ibu bapa supaya tidak memberikan kemewahan kepada anak-anak walaupun berkemampuan. Asuhlah anak-anak bersederhana dalam apa-apa jua kemahuan. Anak-anak yang baik adalah anak-anak yang dididik secara terbaik sejak daripada kecil. Apabila dewasa akan menjadi anak yang sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa. 3.7 Yang Berbahagia TPR. Che Ariffin mengucapkan tahniah kepada guruguru SMK Kamil kerana berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Diharapkan pada masa akan datang SMK Kamil akan dapat melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang berkualiti dan bertaraf dunia. 3.8 Yang Berbahagia TPR. Che Ariffin mengakhiri ucapan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim sebagai merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-66.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 67 2024 45 USUL IBU BAPA KATEGORI USUL KURIKULUM 1. Adakan kelas tambahan awal untuk pelajar tingkatan 1-3 bagi menggelakkan murid buang masa dengan perkara tidak berfaedah. HAL EHWAL PELAJAR 1. Mohon JK PIBG ikhtiarkan samada lampu isyarat atau sekurangnya bulatan jalan (roundabout) di simpang utama laluan masuk ke sekolah. 2. Saya bercadangkan untuk menambahbaik saluran air tandas perempuan blok tingkatan 4 dan 5 3. Selalu tiada air di dalam tandas menyebabkan kami terpaksa pergi ke tandas yang lebih jauh dan akan menyebabkan kami ketinggalan dalam Pelajaran 4. Kebersihan kantin tidak memuaskan perlu ada penambahkan kuantiti makanan di kantin sekolah 5. Pelajar tingkatan menengah atas selalu tidak sempat dapatkan makanan di kantin 6. Terdapat beberapa aduan mengatakan bahawa makanan yang dijual dikantin (ayam berbau) 7. Jual makanan yang berkhasiat kepada pelajar di kantin sekolah..kebiasaannya kantin sekolah sentiasa menjual makanan ringan dan mahal 8. Masakan dikantin tidak memuaskan seperti ayam goreng tidak dimasak dengan sempurna dan menyebabkan anak saya mengalami sakit perut 9. Banyak buku teks yang lusuh dan rosak. Mohon menyediakan buku teks yang baru. 10. Mohon Pihak sekolah usahakan baikpulih kipas dibilik darjah 11. Berlaku kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah akibat pintu pagar utama hanya dibuka pada jam 2.10. Sedangkan ada kelas yang habis pukul 1.10 12. Masalah Parking utk ibubapa mengambil anak2 Asrama semasa Minggu Balik/Outing, Mohon pihak sekolah tentukan kawasan ibubapa parking bagi mengelakan kesesakkan. 13. Kesesakan jalan ..mohon PIBG melalui JKR atau agensi terlibat memperbesarkan jalan utama kompleks Sekolah Kamil KOKURIKULUM 14. Saya mencadangkan waktu perjumpaan ko kurikulum di buat pada sebelah pagi 15. Waktu Pendidikan Jasmani hari Rabu perlu dielakkan kerana ini menyebabkan kesukaran pelajar untuk menukar uniform KO


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 67 2024 46 PENGHARGAAN Ahli Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-67 dengan bangga dan sukacitanya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : Yang Berbahagia Dr. Mohd Hannan bin Mohd Yusof Pengasas Hanan Medispa Sdn.Bhd Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ibrahim bin Hj. Jusoh Yang Dipertua PIBG SMK Kamil Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh Pengetua SMK Kamil Penolong-penolong Kanan SMK Kamil Guru-guru Kanan AJK PIBG SMK Kamil Guru-guru dan Kakitangan SMK Kamil Semua Ibu bapa pelajar SMK Kamil Dan Semua yang telah banyak menyumbangkan khidmat bakti secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 67 2024 47 Sila Rekodkan kehadiran Anda Di sini


Click to View FlipBook Version