PENYATA KEWANGAN PIBG SMK KAM WANG MASUK BIL PERKARA RM TARIK 1 Baki di bank pada 1.1.2022 10,251.98 10.1.20 2 Baki di tangan pada 1.1.2022 14.20 22.2.20 3 Derma PIBG (lewat terima 2020) 4,650.00 8.3.202 4 Derma PIBG (lewat terima 2021) 19,990.00 8.3.202 5 Derma PIBG 2022 26,688.00 22.3.20 6 Sumbangan peribadi ibu bapa pelajar 700.00 28.4.20 7 Sumbangan zakat drp En Shamsudin b Mahyuddin 15,000.00 16.5.20 8 Sumbangan kewangan daripada JPPK 3000.00 16.6.20 9 Hibah 47.67 20.6.20 21.6.20 7.7.202 7.7.202 7.7.202 15.7.20 20.7.20 1.8.202 3.8.202 11.8.20 11.8.20 4.10.20 16.10.20 18.10.20 18.10.20 1.11.20 13.12.20 14.12.20 31.12.20 31.12.20 80,341.85 Kami telah memeriksa segala butir-butir yang terdapat dalam Penyata Kewangan PIBG SMK Kam
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE–66 2023 44 IL PADA 1.1.2022 HINGGA 31.12.2022 WANG KELUAR KH PERKARA RM 022 Penyerahan zakat kepada pelajar asnaf (Sumb : En. Shamsuddin) 10,000.00 022 Persegaran calon SPM (English Oral - nasi bungkus + air mineral) 650.00 22 Persegaran calon SPM sepanjang Peperiksaan SPM 2021 4,108.00 22 Pembelian 3 buah Diari JPNK 2022 54.00 022 Kos tambahan persegaran calon SPM 2021 700.00 022 Penyerahan zakat kpd pelajar asnaf (Sumb : En. Shamsuddin) 5,000.00 022 Sumbangan cenderamata Hari Guru 2022 1,800.00 022 KOT dan Sukantara 2022 2,000.00 022 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG 5,785.00 022 Kursus Kepimpinan Pelajar 2022 3,000.00 22 Program 3K - Pembinaan wakaf dan bunga 1,000.00 22 Persegaran Mesyuarat AJK PIBG Bil.1 140.00 22 Persegaran Mesyuarat AJK PIBG Bil.2 140.00 022 Cenderamata kepada bekas AJK PIBG 2021 (4 orang) 322.60 022 Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 1,000.00 22 Sumbangan wang saku pelajar PRS ke Sabah 200.00 22 Sumbangan untuk Pertandingan Keceriaan Kelas 2,000.00 022 Hadiah persaraan Hj. Wan Zamani (SU PIBG) 140.00 022 Tambahan kos Mesyuarat Agung PIBG (bunga pentas) 80.00 022 Hadiah persaraan Pn. Nor 'Aini Yusof (PT) 50.00 022 Sumbangan untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1,000.00 022 Perkhemaham Bersepadu Unit Beruniform 1,000.00 022 Persegaran Ibu Bapa Majlis Temu Murni Pelajar Tingkatan 5 771.00 022 Menampung kos Kem Cakna Akademik SPM 3,500.00 022 Persiapan & Persegaran Majlis Penyampaian Biasiswa Kamilian 975.00 022 Sumbangan Majlis Jamuan Akhir Tahun. 500.00 Caj bank 22.00 Jumlah perbelanjaan 45,937.60 022 Baki di tangan 31.60 022 Baki di bank 34,372.65 80,341.85 mil, dan kami mendapati segala butir-butir di atas adalah betul dan benar
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE–66 2023 45 LAPORAN MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-65 & MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. TARIKH : 22 JUN 2022 (RABU) MASA : 02.00 PETANG TEMPAT : DEWAN MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH 1.0 LAPORAN UCAPAN ALU-ALUAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATO’ HJ. IBRAHIM BIN HJ. JUSOH, YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMIL 1.1 Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ibrahim memulakan ucapan dengan memberikan salam dan mengalualukan kehadiran dif-dif jemputan, guru-guru, para ibu bapa dan pelajar-pelajar yang menghadiri mesyuarat agung PIBG kali ke-65. 1.2 Bagi pihak PIBG, beliau menyatakan rasa bersyukur kerana Yang Berbahagia Datuk Haji Kamarudin bin Md Nor, Pengerusi KADA Negeri Kelantan dapat bersama-sama untuk merasmikan majlis walaupun amat sibuk. 1.3 Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa kerana memberikan penghargaan kepada beliau dan ahli jawatankuasa PIBG meneruskan peranan untuk bekerjasama membantu memajukan pembelajaran murid-murid di sekolah. Beliau mengharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa supaya SMK Kamil tetap tersohor dengan pencapaian murid-murid. 1.4 Beliau berpendapat bahawa kejayaan murid-murid sangat berkait rapat dengan usaha dan kegigihan para guru SMK Kamil yang bekerja keras terutamanya semasa musim pandemik Covid-19. Oleh itu penghargaan kepada para guru perlu diberikan. 1.5 Beliau menyampaikan penghargaan terima kasih kepada jawatankuasa kerja yang telah merancang dan menjayakan mesyuarat agung dan juga semua AJK PIBG yang telah membantu pihak sekolah untuk kejayaan murid-murid. 1.6 Tidak ketinggalan Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ibrahim mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021 walaupun belajar dalam keadaan pandemik Covid-19. Beliau memaklumkan seramai 25 orang pelajar cemerlang yang telah mencapai Aura Kamil dan beliau mengharapkan agar kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 1.7 Beliau juga memaklumkan bahawa pada tahun 2022 banyak program telah dilaksanakan seperti Kem Kepimpinan Pelajar yang melibatkan pengawas sekolah serta ketua tingkatan dan pihak sekolah akan terus membuat aktiviti-aktiviti untuk kejayaan murid-murid. 1.8 Akhir sekali Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan majlis dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Kamarudin kerana sudi hadir merasmikan majlis.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE–66 2023 46 2.0 LAPORAN UCAPAN OLEH YANG BERUSAHA EN. MOHD ROZAKI BIN BAKAR, PENGETUA SMK KAMIL 2.1 Yang Berusaha En. Mohd Rozaki bin Bakar memulakan ucapan dengan memberikan salam dan mengalu-alukan dif-dif jemputan, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Beliau juga mengucapkan rasa syukur atas kehadiran Yang Berbahagia Datuk Haji Kamarudin bin Mohd Nor ke majlis yang penuh bermakna untuk semua warga PIBG SMK Kamil. 2.2 Beliau memanjatkan kesyukuran dengan limpah dan izin-Nya mesyuarat PIBG ke- 65 SMK Kamil dapat dilangsungkan di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh kerana Dewan SMK Kamil masih dalam proses penambahbaikan dan belum disiapkan sepenuhnya lagi untuk menampung kehadiran ibu bapa. Sehubungan itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Pasir Puteh kerana telah memberi keizinan kepada warga SMK Kamil untuk melangsungkan majlis tersebut di dewannya. 2.3 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran pihak ibu bapa kerana kehadiran mereka akan dapat merealisasikan hasrat pihak sekolah dan hasrat anak-anak untuk meneruskan kecemerlangan SMK Kamil. 2.4 Beliau memaklumkan SMK Kamil merupakan sekolah kluster yang menumpukan kecemerlangan semua pelajar termasuklah peringkat SPM. SMK Kamil telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2021 yang sebaris dengan MRSM di seluruh negara dan akan terus berusaha meningkatkan kecemerlangan. Keputusan yang membanggakan telah berlaku apabila peningkatan gred purata sekolah iaitu 3.71 ke 3.57 dan harapannya peningkatan dapat diteruskan lagi dengan sokongan ibu bapa dan seluruh AJK PIBG. Pihak sekolah juga mengharapkan keputusan cemerlang dapat diteruskan dengan kecemerlangan STPM. 2.5 SMK Kamil juga telah berjaya mencipta kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Pada tahun lepas pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah telah dipertandingkan dan dimenangi. Contohnya SMK Kamil telah berjaya menjadi juara pantun peringkat kebangsaan. 2.6 Beliau memohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah dipantau kerana ketidakhadiran yang membimbangkan akan memberikan impak kurang baik terhadap kecemerlangan akademik. Pengetua bersama PK HEM telah mengenal pasti seramai 58 orang mempunyai kehadiran yang kurang baik iaitu minima lapan hari sehingga 26 hari tidak hadir ke sekolah. Ibu bapa perlu sedar kehadiran pelajar amat penting kerana Menteri Pendidikan, Dr Radzi b Jidin telah mengumumkan PT3 tidak diadakan tetapi telah digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ibu bapa perlu sedar kepentingan PBS merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah, Psikometrik, PAJSK, pentaksiran sumatif dan formatif. 2.7 PAJSK melibatkan kokurikulum. Psikometrik dinilai oleh pihak kaunselor. Pentaksiran baru iaitu pentaksiran formatif dan juga sumatif terdapat dalam PT3. Tahap penguasaan bilik darjah yang dilakukan secara serta merta seperti projek, kuiz dan soal jawab akan dinilai sepanjang tahun. Justeru itu kehadiran pelajar ke sekolah amat penting untuk menilai pentaksiran fomartif dan sumatif dalam PT3 dan majlis konsultasi akan diadakan.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE–66 2023 47 2.8 Pentaksiran sumatif melibatkan ujian atau penilaian akhir tahun dan pertengahan tahun. KPM akan membekalkan bank soalan dan pelajar akan dinilai dari tingkatan satu sebelum menuju SPM. Anakanak perlu aktif menjawab untuk mendapat tahap penguasaan yang tertinggi dalam PBD dari awal tahun sehingga akhir tahun. SMK Kamil telah menetapkan unit kurikulum akan mengadakan empat kali ujian sumatif berdasarkan tajuk. Unjuran akan dibuat supaya dapat memahami kehendak soalan semasa SPM. 2.9 KSSM telah diperkenalkan dan peperiksaan akan bermula dari tingkatan 1. Oleh itu kehadiran ke sekolah amat penting. Usaha dari sekolah sudah ada iaitu unit HEM telah memanggil pelajar secara berkelompok dan kaunselor bergerak dari rumah ke rumah yang diketuai oleh PKP. 2.10 Unit HEM, unit kurikulum, unit kokurikulum dan tingkatan 6 telah menyusun pelbagai program untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Antaranya program kelas tambahan tingkatan 1 hingga tingkatan 4 akan dilaksanakan selepas cuti hari raya manakala tingkatan 5 telah dijalankankan. Pelbagai program yang dirancang ini memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, ibu bapa diminta membuat keputusan yang terbaik untuk sumbangan tabung PIBG agar kecemerlangan anak-anak dapat diteruskan. Pihak sekolah juga mengharapkan YBhg, Datuk Haji Kamarudin akan meneruskan sumbangan tabung SMK Kamil dan biasiswa demi kecemerlangan pelajar-pelajar. 2.11 SMK Kamil merupakan sekolah yang hebat di PPD Pasir Puteh dan menjadi tumpuan masyarakat dari seluruh Pasir Puteh. Sehubungan itu , SMK Kamil telah menetapkan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bertaraf dunia dengan Kerjasama semua pihak. Sokongan kehadiran 100% ibu bapa ke perjumpaan di sekolah amat dialu-alukan. Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan ibu bapa perlulah merujuk pihak sekolah dan tidak memperbesarkan sebarang isu sama ada isu kecil atau besar dan diharapkan dapat diselesaikan secara baik. 2.12 Semoga penyampaian anugerah kecemerlangan kepada pelajar SPM 2021 akan memberi motivasi untuk para pelajar terus meraih kejayaan. Ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak ibu bapa yang telah hadir dan juga sokongan yang diberikan oleh YBhg. Datuk Haji Kamarudin dan datin kerana telah sudi hadir untuk merasmikan majlis PIBG SMK Kamil Ke-65 serta ucapan terima kasih juga kepada AJK PIBG kerana telah memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan majlis ini.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE–66 2023 48 3.0 LAPORAN UCAP UTAMA DAN PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI KAMARUDIN BIN MD NOR, PENGERUSI KADA NEGERI KELANTAN. 3.1 Yang Berbahagia Datuk Hj. Kamarudin bin Md Nor menzahirkan rasa kesyukuran atas ingatan dan undangan sebagai perasmi dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-65. Beliau mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua dif jemputan termasuk wakil daripada PPD Pasir Puteh dan wakil daripada IPD Pasir Puteh pada majlis ini. 3.2 Yang Berbahagia Datuk Hj. Kamarudin memaklumkan bahawa beliau merupakan antara pelajar terawal di SMK Kamil sejak dari awal penubuhan sekolah ini lagi. Bermula dari situlah, beliau telah memulakan langkah ke arah mencorakkan kehidupan sebagai pelajar sehingga beliau menyambung pembelajaran ke tingkatan enam di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Pada suatu ketika dahulu SMK Kamil adalah sebuah sekolah yang menjadi tumpuan masyarakat bukan sahaja di Pasir Puteh, malah di daerah berdekatan seperti Machang dan Bachok. SMK Kamil telah menjadi sekolah pilihan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar. Sehingga kini, SMK Kamil terus menjadi pilihan utama ibu bapa dan para pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka, kerana yakin SMK Kamil adalah sebuah sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. 3.3 Yang Berbahagia Datuk Hj. Kamarudin menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi yang membentuk peribadi, membuka minda dan mengembangkan bakat dan potensi pelajar. SMK Kamil adalah sekolah yang telah berjaya menghasilkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Beliau yakin dengan kepimpinan yang ada pada Pengetua SMK Kamil, En. Mohd Rozaki b. Bakar dan barisan para guru dalam memacu kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi. 3.4 Yang Berbahagia Datuk Hj. Kamarudin berasa bangga dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang dicapai oleh pelajar-pelajar SMK Kamil. Seramai 25 orang pelajar telah memperoleh keputusan cemerlang iaitu pencapaian 6A ke atas dan tiga orang daripada jumlah tersebut memperoleh keputusan Straight A. Beliau mengharapkan agar pencapaian tersebut dapat ditingkatkan pada tahun hadapan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam meningkatkan pencapaian SPM tahun 2021, termasuk guru-guru yang komited dalam memastikan kecemerlangan SMK Kamil dan para pelajar yang bertungkus lumus belajar untuk mencapai kejayaan. 3.5 Yang Berbahagia Datuk Hj. Kamaruddin memberi cadangan supaya pihak PIBG dan sekolah memilih satu projek yang berasaskan pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang boleh disertai oleh pelajar dalam menghasilkan pelajar yang bijak komputer dan seterusnya dapat mencipta sesuatu revolusi baharu. Hal ini akan menonjolkan bakat dan inovasi pelajar dalam ICT yang mampu melakar kejayaan dan menaikkan imej SMK Kamil 3.6 Yang Berbahagia Datuk Hj. Kamarudin menyatakan persetujuan untuk memberikan sumbangan sebanyak RM3000.00 kepada tabung kecemerlangan pelajar dan RM2000.00 kepada tabung PIBG SMK Kamil. 3.7 Beliau mengharapkan agar SMK Kamil akan terus membina jenama unggul di persada bidang pendidikan dan sentiasa mendoakan agar kejayaan akan mengiringi usaha para pelajar dan guru-guru SMK Kamil. 3.8 Yang Berbahagia Datuk Hj. Kamarudin mengakhiri ucapan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim sebagai merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-65.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE–66 2023 49