LAPORAN AHLI LEMBAGA KOPERASI SMKAJ BHD.
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS BHD.
06250 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
PENDAHULUAN
Mesyuarat Agung kali ke-32 dan keli ke-33 yang diadakan pada 1 Disember 2021 adalah untuk
membentangkan akaun Koperasi bagi tahun berakhir 30 April 2020 dan 30 April 2021.
PENTADBIRAN
Koperasi telah ditadbirkan oleh 7 orang guru dan 8 orang pelajar
Pengerusi : Cikgu Saridan bin Abd Hamid
Naib Pengerusi : Cikgu Salina binti Hussain
Setiausaha : Cikgu Maimunah Bt Mohd Zakir
Bendahari : Cikgu Noor Fadzilah Bt Saidun
Pengurus Saham : Cikgu Fadzilah Bt Darus
Pengurus Belian/Stok : Cikgu Azman Bin Ali @ Anan
Pengurus jualan/Promosi : Cikgu Emily Syafirah Bt Zamrod
Audit Dalaman : Cikgu Reezal bin Hamid
AHLI JAWATANKUASA (PELAJAR)
1. Nur Adila Sofiya Binti Amir (5D)
2. Nur Siti Munawarah Binti Noor Ahmad (5B)
3. Fasya Haiyun Bt Asaad (4B)
4. Azalina Binti Othman (4C)
5. Nur Amirah Amani bt Shukor (3C)
6. Nurin Fariza Bt Mohd Fitri (3A)
7. Nurin Qistina Bt Muhd Fitri (2G)
8. Nurin Batrisya Bt Zulkifli (2G)
1
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE- 32 DAN KE-33
Tarikh :1 Disember 2021
Masa :11.30 pagi
Tempat :Anjung Sri Gemilang / kelas masing-masing
Kehadiran Ahli : 680/993
Perasmian : Cikgu Saridan bin Abd Hamid
AHLI LEMBAGA KOPERASI YANG HADIR
Guru
1. Saridan bin Abd. Hamid (Pengerusi)
2. Salina binti Hussain (Naib Pengerusi)
3. Maimunah Binti Mohd Zakir (Setiausaha)
4. Noor Fadzilah Binti Saidun (Bendahari)
5. Fadzilah Binti Darus (Pengurus Saham)
6. Emily Syafirah Binti Zamrod (Pengurus Jualan)
7. Azman Bin Ali @ Anan (Pengurus Stok /Belian)
Murid
1. Nur Adila Sofiya Binti Amir
2. Nur Siti Munawarah Binti Noor Ahmad
3. Fasya Haiyun Bt Asaad
4. Azalina Binti Othman
5. Nur Amirah Amani bt Shukor
6. Nurin Fariza Bt Mohd Fitri
7. Nurin Qistina Bt Muhamad Fitri
8. Nurin Batrisya Bt Zulkifli
2
AGENDA MESYUARAT
AGENDA 1: ALUAN PENGERUSI
1. Ucapan pengerusi telah didahului dengan ucapan syukur kepada Illahi kerana dapat
berkumpul secara hibrib untuk menjayakan Mesyuarat Agung Koperasi (MAT) kali ke-
32 dan ke-33. Mesyuarat Agung Koperasi (MAT) kali ke-32 terpaksa ditangguhkan
kerana kekangan Covid-19 yang tidak membenarkan MAT secara bersemuka diadakan.
Kita perlu mematuhi SOP yang tidak membenarkan kita berkumpul beramai-ramai.
Terima kasih kepada semua ahli lembaga koperasi yang telah bertungkus lumus dalam
menyediakan tempat untuk MAT pada kali ini. Pengerusi meminta semua ahli koperasi
mematuhi SOP seperti mana yang telah kita ketahui dan fahami iaitu:
i. Pastikan memakai pelitup muka dan jangan ambil mudah.
ii. Guru-guru dalam kelas memakai pelitup muka dengan betul.
iii. Apa sahaja perkara yang dilakukan mesti mengikut SOP, untuk memjaga kesihatan
dan nyawa kita. Masing-masing menjaga diri sendiri.#kita jaga kita.
Pengerusi berharap, apa yang akan dibincangkan atau diusulkan dalam mesyuarat akan
membawa kebaikan kepada koperasi kita. Sebenarnya, Koperasi SMKAJ Berhad adalah
hak milik kita bersama kerana semua ahli mempunyai saham dan membayar yuran. Oleh
itu, kita mestilah bersama-sama bekerjasama untuk memajukan koperasi kita walaupun
terdapat ahi lembaga koperasi yang dilantik untuk mengurus koperasi.
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
AGUNG YANG KE-31
2. Setiausaha koperasi membentangkan minit mesyuarat agung yang lalu.
Diluluskan atas Muhammad Alif Imran bin Ahmad Nazri (4A) dan disokong oleh
Muhammad Amirul bin Muhamad Marzuki (5B).
3
AGENDA 3: MENIMBANG LAPORAN-LAPORAN LEMBAGA DAN
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN DAN PANDANGAN KETUA PENDAFTAR
MENGENAI AKAUN-AKAUN TERAUDIT DAN LAPORAN LEMBAGA KOPERASI
3. Bendahari membentang Laporan Lembaga Koperasi dan pandangan Ketua Pendaftar dari
Jabatan Koperasi mengenai akaun-akaun teraudit.
Laporan diluluskan atas cadangan oleh Nur Alya Batrisya bt Mat Tarmizi (5F) dan
disokong oleh Siti Nurwadini bt Rohizan (5B).
AGENDA 4: MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN-AKAUN
TERAUDIT KOPERASI, CADANGAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN DAN
LAPORAN JURUAUDIT KOPERASI
4. Bendahari membentang akaun-akaun teraudit koperasi, cadangan pembahagian
keuntungan dan laporan juru audit bagi tahun kewangan berakhir 30hb April 2020 dan
30hb April 2021.
5. Bendahari memaklumkan keuntungan pada tahun kewangan 30hb April 2020 ialah
RM13,111.72 manakala pada tahun kewangan 30hb April 2021 mengalami kerugian
sebanyak RM24,835.15.
6. Pemberian dividen bagi kewangan 2020 adalah separuh daripada jumlah saham iaitu
RM2.50 manakala bagi kewangan 2021 tiada bayaran dividen yang akan di bayar.
Laporan diterima atas cadangan oleh Farahim Aishah binti Zamri (5B) dan disokong oleh
Siti Arbahiyah binti Azman (1B)
4
AGENDA 5 : MEMILIH ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA
AUDIT DALAMAN
7. Pengerusi membentang senarai ahli lembaga di halaman 1. Keanggotaan Ahli Lembaga
adalah sebanyak 15 orang yang terdiri daripada 7 orang guru dan 8 orang murid.
8. Pengerusi memaklumkan pemilihan ahli-ahli Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
dipilih oleh pihak pentadbir sekolah, manakala AJK murid dilantik oleh pentadbir
koperasi.
9. Pengerusi mengemukakan cadangan samada ahli-ahli Jawatankuasa tersebut dikekalkan
ataupun pemilihan baru diadakan. Memandangkan ahli-ahli jawatankuasa tersebut dapat
memberikan komitmen yang baik, dicadangkan supaya anggota-anggota Lembaga
tersebut dikekalkan.
Cadangan diterima Akmal bin Taib (5D) disokong oleh Siti Nurshahira bt Shahrodzi
(5A)
5
AGENDA 6: MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN
BAGI KEWANGAN YANG AKAN DATANG
10. Pengerusi membentang anggaran belanjawan tahunan bagi tahun kewangan.
BELANJAWAN TAHUN 2021
PENDAPATAN PERBELANJAAN
Pendapatan Kasar RM 100,000.00 Fee audit RM 1,300.00
52,000.00
Fee Masuk RM 250.00 belanja belian RM 10,800.00
4,000.00
Hibah BIMB RM 50.00 susut nilai aset tetap RM 17,000.00
1,200.00
Diskaun diterima RM 3,000.00 elaun juru jual RM 7,800.00
Yuran ahli tingkatan 1 RM 1,035.00 sumbangan RM 350.00
400.00
Elaun Mesyuarat Agung RM 1,200.00
1,000.00
Sewa Mesin Fotostat RM 2,000.00
2,000.00
Keraian RM 1,800.00
1,485.00
Perjalanan Pengurusan RM
Honororium RM
Lawatan RM
Dividen RM
Zakat RM
Belanja Mesyuarat Agung RM
Baki RM
104,335.00 104,335.00
Disahkan oleh Putri Ilya Melissa bt Mohd azrul Fairus (2C)
Disokong oleh Muhammad Ikhwan bin Mustafa (4E)
AGENDA 7: MELULUSKAN ELAUN-ELAUN KEPADA LEMBAGA DAN AHLI
JAWATANKUASA
11. Pengerusi menjelaskan selama ini tiada elaun-elaun diberikan kepada Anggota Lembaga
dan Ahli Jawatankuasa. Sebagai insentif kepada anggota-anggota pelajar yang bertugas
di koperasi, dicadangkan insentif diberikan dalam perkara berikut:
6
1. Lawatan
2. Pemberian duit raya
3. Jamuan
4. Pemberian pakej alat tulis dan keperluan sekolah
5. Harga diskaun semasa pembelian
6. Insentif peperiksaan SPM
Cadangan diluluskan oleh Muhammad ZulmSyekh’Qu Hasanain bin Md Shorif (3A)
Disokong oleh Muhammad Nuraiman Farhan bin Mohd Nasir (5C)
AGENDA 8 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN HAD PELABURAN
12. Bendahari melapor kedudukan kewangan:
13. Pada 31/11/2021 jumlah wang dalam akaun semasa bank Islam Malaysia Berhad adalah
sebanyak RM56,702.72. Jumlah pelaburan dalam bank Islam ialah RM150,000 dan
menikmati keuntungan sehingga 1.75% dikreditkan dalam akaun semasa setiap bulan.
Cadangan diluluskan oleh Muhammad Hazman bin Mohd Hafiz (3A)
Disokong oleh Nurul Hanis bt Sabri (5D)
AGENDA 9 : MENETAPKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI
INI
14. Bendahari mencadangkan supaya had maksimum keterhutangan koperasi ditetapkan tidak
melebihi RM 150,000 setahun.
Diterima oleh Muhammad Harith Rayyan bin Shakiril (1C)
Disokong oleh Aniesya Izzati bt Azizan (5D)
7
AGENDA 10 : MELANTIK SUATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI
DARIPADA ENAM ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
15. Pengerusi mengumumkan bahawa ahli lembaga berikut:
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Bendahari
v. 6 anggota biasa
1. Yusra Nasuha bt Mohd Yusri (5B)
2. Haziq Imran bin Hisyamudin (4C)
3. Nur Asyiqin bt Narizan (3B)
4. Muhammad Danish Hakimi bin Mohamad Zairil (2C)
5. Najla Qaisara bt Sariman (5B)
6. Mimi Shaznida bt Mokhtar (5C)
dilantik untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan.
Sokongan majoriti
AGENDA 11: MENDENGAR, MENIMBANG ATAU MEMUTUSKAN APA-APA
URUSAN LAIN KOPERASI INI YANG BAGINYA SATU NOTIS TIDAK KURANG
DARIPADA TUJUH HARI TELAH DIBERIKAN
16. Nur Izzati bt Abu Bakar dari tingkatan 5A mencadangkan menambah pelbagai jenis roti
bagi memudahkan murid asrama membeli di koperasi. Pengerusi meluluskan usul
tersebut. Roti di koperasi akan dipelbagaikan dan tindakan akan diambil bermula tahun
2022.
8
17. Nur Shafawati bt johari dari tingkatan 5A mencadangkan meletakkan telefon awam di
tempat menunggu waris. Pengerusi meluluskan usul tersebut.
18. Nur Nazurah bt Ismail@Awang dari kelas 5A mencadangkan koperasi menjual gula-gula
bagi menghilangkan rasa mengantuk. Usul tersebut tidak dapat diterima kerana gula-gula
merupakan makanan yang di larang dijual di kawasan sekolah.
UCAPAN PENANGGUHAN
19. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 dan
ke-33 ini berjalan lancar dan komitmen dalam memberi cadangan.
20. Pengerusi mengucapkan taniah dan syabas kepada semua anggota koperasi yang hadir.
21. Akhir sekali, pengerusi berharap apa yang dibincangkan dan diputuskan dapat
memberikan kebaikan untuk semua.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 tengahari.
................................................... ..........................................
(MAIMUNAH BINTI MOHD ZAKIR) (SARIDAN BIN ABD HAMID)
Setiausaha Pengerusi
Koperasi SMK Alor Janggus Bhd Koperasi SMK Alor Janggus
Bhd
9