BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
PERANAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU-ISU TEMPATAN, NEGAR DAN
SERANTAU
1. Peranan kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan pertumbuhan, guna tenaga penuh,
inflasi dan kemelesetan ekonomi.
2. Antara kementerian yang terlibat dalam membantu perniagaan bersaing di peringkat
domestik dan antarabangsa ialah (MITI), (KPDNKK), MATRADE, Bank Negara
Malaysia.
3. Peranan bank pusat:
i. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi negara
ii. Meningkatkan kestabilan kewangan bagi pertumbuhan ekonomi dan perniagaan
Malaysia.
iii. Mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran nergara.
Isu tempatan, negara dan serantau
1. Isu tempatan – berkaitan dengan perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan
perniagaan dengan komuniti, pengguna tempatan, tanggungjawab sosial dengan
masyarakat,sekeliling dan sosiobudaya masyarakat setempat.
2. Isu negara – masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara seperti jumlah pendapatan
negara, inflasi kemelesetan ekonomi dan kadar pertumbuhan ekonomi.
3. Isu serantau – hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura, Indonesia,
Thailand, Brunei.
1
PERANAN KERAJAAN PUSAT
Aspek Fungsi
Perundangan
Penggubalan undang-undang
- Mengawal perjalanan aktiviti perniagaan bagi menagani isu
tempatan, negara dan serantau.
- Memastikan setiap perniagaan yang dijalankan mesti
didaftarkan.
- Berdasarkan entiti perniagaan yang ditubuhkan serta tertakluk
pada akta yang berkaitan.
Perlindungan Pengguna
- Melindungi pengguna supaya tidak ditindas oleh peniaga yang
tidak beretika.
- Matlamat undang-undang perlindungan pengguna:
i. Keselamatan pengguna dalam aspek makanan, ubat-
ubatan serta sebarang amalan & perkhidmatan yang
tidak selamat.
ii. Kesihatan pengguna – melindungi pengguna dari
tindakan perniagaan yang boleh mengancam kesihatan
pengguna.
iii. Hak pennguna mendapat ganti rugi
iv. Melindungi hak pengguna mendapat alam sekitar yang
bersih.
Pelepasan cukai
Menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan.
Jenis-jenis pelepasan cukai
• Taraf perintis – Diberikan kepada syarikat menyertai promosi
kerajaan dan dikecualikan cukai 5 tahun
2
• Potongan cukai – diberikan kepada pengeksport yang jual
barang tempatan
• Pengecualian cukai – diberikan kepada syarikat status MSC
dan terlibat dalam industry teknologi tinggi.
• Elaun cukai pelaburan – Pelepasan terhadap modal yang
diberikan kepada perniagaan berstatus MSC dan berasaskan
bahan mentah tempatan.
• Elaun pelaburan semula – diberikan kepada pengeluar
makanan, pembinaan jalan dan pembukaan tanah untuk
pembelian aset modal.
Agensi pungutan cukai Persekutuan
Kewangan - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
- Jabatan Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Perkembangan • Menyediakan pembiayaan untuk menggerak aktiviti ekonomi
aktiviti perniagaan • MARA, PUNB, TEKUN, CGC, Bank Pembangunan dan
Infrastruktur Malaysia Berhad.
i) Meningkatkan aktiviti promosi
Peranan MATRADE :
i. Mencari pasaran baharu di luar Negara
ii. Menemukan pengeksport dan pengimport
iii. Mengekalkan hubungan pengeksport dan pengimport
iv. Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan
antarabangsa
v. Mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa
vi. Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai
aktiviti perdagangan Malaysia
ii) Aktiviti latihan dan pembangunan.
- Kerajaan menubuhkan Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC) pelbagai kursus melatih peniaga.
3
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
- Latihan – inisistif yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi
utk menggalakkan penigkatan produktiviti dalam kalangan
pekerja.
- Pembangunan – inisiatif yang diambil oleh organisasi dalam
jangka masa yang panjang utk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan pekerja dari semasa ke semasa.
- Latihan dan pembangunan – membantu pihak pengurusan
meningkatkan produktiviti para pekerja bermula dari peringkat
atasan sehingga bawahan.
iii) Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Agensi yang terlibat dalam R&D:
- MARDI – pertanian dan memperkenalkan teknologi baharu
kepada industri.
- SIRIM – memastikan produk di pasaran menepati piawai yang
ditetapkan dan bermutu tinggi / menjalankan kajian bagi
memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti /
- MPOB – meningkatkan nilai perkembangan keluaran
berasaskan minyak sawit Malaysia.
- TNB Research – menjalankan R&D bagi menangani isu
berkitan dengan tenaga elektrik.
Peranan kerajaan Negeri
1. Mewujudkan kawasan industri
2. Mengeluarkan lesen
3. Membuat promosi untuk menarik pelabur tempatan dan pelabur asing
4. Pembentykan syarikat berkepentingan kerajaan seperti PKEN
5. Memberi bantuan kepada usahawan baharu melalui PKEN
4
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
1. Menyediakan kemudahan infrastruktur awam
2. Mewujudkan pusat-pusat perniagaan
3. Mengawal tahap kesihatan awam dan keselamatan
4. Melaksanakan tanggungjawab sosial
5. Memantau pembinaan bangunan agar selamat
6. Merangka dan melaksana dasar-dasar pembangunan setempat
7. Menggubal sesuatu undang-undang kecil yang berkaitan perniagaan (pengawalan premis
perniagaan, pengawalan pengiklanan, mengatur sebarang jualan awam.
8. Mengeluarkan leen perniagaan
9. Mengawal pengiklanan
PERANAN KERAJAAN DARI ASPEK PERTUMBUHAN EKONOMI
Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan
ekonomi terutama dalam pembangunan ekonomi berbentuk fizikal yang menyebabkan
pertambahan dalam keluaran Negara Kasar (KDNK) dalam ekonomi sesebuah negara.
Pendapatan isi Kuasa beli Keuntungan Negara
Rumah pengguna meningkat
Peringkat tempatan
• Mempelbagaikan kegiatan ekonomi kepada rakyat.
• Pendapatan penduduk dapat ditingkatkan dan kuasa beli penduduk juga meningkat.
• Kesannya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
5
Peringkat negara
• kerajaan menggunakan kuasanya untuk meningkatkan ekonomi negara melalui dasar-
dasar tertentu
i. Dasar fiskal
• Mengubah cara perbelanjaan kerajaan dan pelaksanaan cukai tertentu bagi
mempengaruhi permintaan.
ii. Dasar kewangan
• Dilaksanakan melalui bank pusat untuk mengawal penawaran wang dan
mengurangkan kadar faedah bagi menggalakkan penduduk berbelanja.
Peringkat serantau
• Membantu dan memberikan galakann kepada usahawan tempatan untuk meluaskan
pasaran. Contohnya menyediakn elaun eksport untuk menggalakkan perniagaan
mengeksport lebih banyak barang dan perkhidmatan.
PERANAN KERAJAAN DARI ASPEK GUNA TENAGA
Guna tenaga (labour) ialah tenaga buruh yang terlibat dalam sesuatu kegiatan ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Guna tenaga penuh akan berlaku apabila sesebuah negara mencapai kadar pengangguran
kurang dari 4% (pengangguran geseran).
Pengangguran ialah apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan dengan serta merta .
6
Jenis-jenis pengangguran
1. Pengangguran bermusimSPM 2018 – Pekerja bekerja dalam tempoh masa tertentu / jangka
masa pendek sahaja (kerja kontrak)
- Pekerja perlu mencari pekerjaan lain setelah tamat tempoh / jangka masa
Cara atasinya :- kerajaan beri insentif kepada pengurusan supaya pekerja boleh
terus bekerja.
- Pengecualian cukai syarikat atas gaji pekerja yang terus diambil bekerja untuk
tempoh tertentu.
2. Pengangguran kitaran SPM 2018 –berlaku apabila ekonomi meleset / deflasi
- Perniagaan kehilangan sebahagian pendapatan / tidak mampu membayar gaji pekerja.
- Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja
Cara atasi: - kerajaan jalankan dasar fiskal dan dasar kewangan
3. Pengangguran teknologi – berlaku apabila penggunaan mesin lebih dari tenaga
manusia
Cara atasi:- menggunakan mesin untuk proses tertentu sahaja yang tidak dapat dilakukan
oleh tenaga manusia.
4. Pengangguran struktur - berlaku apabila perubahan dalam industri secara keseluruhan
yang tidak memerlukan kemahiran pekerja.
Cara atasi : membuat perancangan ekonomi yang sesuai dengan trend perubahan
ekonomi dan perniagaan.
7
PERANAN KERAJAAN DARI ASPEK EKONOMI
INFLASI
INFLASI ialah Fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
Jenis-jenis dan punca berlakunya inflasi
1. Inflasi tarikan permintaan
• Bekalan barangan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.
• Contoh :
2. Inflasi tolakan kos
- Kos pengeluaran sesuatu produk meningkat.
- Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan
menaikan harga barangan untuk mengekalkan keuntungan perniagannya.
- Contoh:
3. Inflasi bekalan wang
- Bekalan wang dalam negara meningkat melebihi bekalan barangan dalam pasaran.
- Kebiasaannya berlaku semasa peperangan dan wang dicetak secara berelbihan untuk
membiayai perbelanjaan peperangan.
- Contoh: Jepun telah mencetak duit daun pisang secara berlebihan ketika penjajahan di
Tanah Melayu. Bekalan barangan di pasaran pada masa itutidak mencukupi bagi
memenuhi permintaan.
4. Inflasi pentadbiran harga
- Hanya ada sebuah syarikat yang memonopoli atau sebilangan kecil syarikat yang
membekalkan barangan tertentu.
- Pengeluar seperti ini akan menggunakan kuasa untuk menentukan harga dan pengguna
tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan.
8
- Contoh: Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB)
5. Inflasi yang diimport
- Disebabkan oleh faktor luar negara.
- Apabila kos bahan mentah,barang siap atau perkhidmatan yang diimport
meningkat.
- Contoh: harga barangan yang diimport oleh Malaysia dari Amerika Syarikat akan
meningkat apabila nilai mata wang Malaysia iaitu RM jatuh berbanding Dollar.
Kesan inflasi
- Kos sara hidup tinggi
- mengurangkan kuasa beli
- Pendapatan boleh guna turun.
- Kehilangan daya saing
- Pendapatan negara menurun
Cara mengatasi inflasi
- Meningkatkan kadar faedah (menggalakan penduduk untuk menyimpan wang)
- Dasar kerajaan
- mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan
- Memastikan kebajikan pengguna dilindungi
- Galakkan pelaburan dapat meningkatkan kadar pengeluaran
- Memberikan subsidi untuk kurangkan kos pengeluaran (inflasi tolakan kos)
DEFLASI
Deflasi ialah Kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
Punca deflasi
- Permintaan barang jatuh / penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran
- Penduduk meramalkan harga terus jatuh dan menangguhkan pembelian
- Penurunan simpanan wang
9
Kesan deflasi
- Menyekat aktiviti perniagaan
- Penduduk kehilangan pekerjaan
- Kuasa beli penduduk menurun
Cara mengatasi deflasi
- Menurunkan kadar cukai eksport untuk galakkan perniagaan antarabangsa
- Dasar kewangan negara - menurunkan kadar faedah supaya pengguna mengurangkan
simpanan dan meningkatkan perbelanjaan / menurunkan cukai eksport untuk
menggalakkan aktiviti perniagaan antarabangsa.
- Dasar fiskal – menigkatkan permintaan yang akan meningkatkan harga barang serta
merancakkan aktiviti dan hasil jualan perniagaan
- Mendidik peniaga menggunakan sumber secara optimum untuk tingkatkan aktiviti
eksport.
TREND PERSEKITARAN PERNIAGAAN
1. Trend persekitaran perniagaan ialah arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
2. Trend persekitaran perniagaan dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.
3. Faktor dalaman merupakan faktor yang boleh dikawal oleh organisasi yang dikenali
faktor persekitaran tugas. Tediri daripada gaya pengurusan, sumber manusia, pemasaran,
pengeluaran, kewangan dan perakaunan, teknologi maklumat serta penyelidikan dan
pembangunan.
4. Faktor luaran dikenali persekitaran umum iaitu ekonomi, politik dan perundangan,
pelanggan, masyarakat, persaingan dan jaringan.
10
1. TREND MENINGKAT Faktor dalaman : Ada pekerja yang
berkemahiran tinggi, kreatif,
Operasi dan aktiviti perniagaan semakin inovatifpengurusan yang cekap
berkembang.
2. TREND MENURUN Faktor luaran : Ekonomi berkembang pesat,
situasi politik yang stabil, perkembangan
Operasi dan aktiviti perniagaan semakin teknologi terkini, kewujudan persaingan dan
menurun jaringan yang positif.
Faktor dalaman : Sumber manusia kurang
produktif, gaya pengurusan yang tidak
sesuai, aktiviti pemasaran yang kurang
berkesan, pengeluaran yang tidak mencukupi
untuk memenuhi permintaan, tiada teknologi
maklumat dan penyelidikan.
3. TREND MENDATAR Faktor luaran : Keadaan ekonomi yang
Menggambarkan operasi perniagaan lembab dan perlahan, ketidakstabilan politik
konsisten dan perundangan dan bencana alam
PASARAN Tiada perubahan yang ketara terhadap faktor
dalaman @ luaran
1. Pasaran ialah suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli pada
suatu tingkat harga dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
2. Jenis-jenis pasaran:
11
i. Pasaran untuk semua (mass market) – produk ditawarkan untuk semua pengguna
cth sabun pencuci
ii. Pasaran produk - berkaitan dengan semua jenis produk cth, makanan, perumahan
iii. Pasaran kewangan - berkaitan jual beli saham dan sekuriti, pertukaran wang asing,
pinjaman dan pelaburan
iv. Pasaran Niche – tertumpu pada sesebuah segmen pasaran meliputi satu golongan
tertentu seperti mereka yang bekongsi minat, hobi atau kemahuan yang sama.
TREND GUNA TENAGA, PENDAPATAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI
Guna tenaga
- Guna tenaga ialah pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam
sesuatu pekerjaan.
- Pengangguran akan wujud apabila guna tenaga yang ada tidak digunakan dengan
sepenuhnya.
- Guna tenaga terdiri daripada pekerja mahir (profesional), pekerja separa mahir dan
pekerja tidak mahir.
- Pengetahuan dan kemahiran tenaga buruh perlu dipertingkatkan supaya dapat
melaksanakan kerja dengan cekap cekap dan berkesanan.
(i) Pembangunan Negara
1. Aktiviti pengeluaran
- Banyak terlibat dalam aktiviti sektor utama.
- Pekerja kurag kemahiran
- Mengutamakan penggunaan tenaga pekerja manusia dalam menjalankan aktiviti
pekerjaan.
2. Bidang penyelidikan
- Mempelbagaikan sektor ekonomi, bagi mengurangkan pergantungan kepada sektor
utama.
- Menjalankan R&D agar berkembang seiring dengan negara maju.
12
(ii) Perubahan dalam guna tenaga
- Perkembangan teknologi berjaya membantu ramai usahawan mengembangkan aktiviti
perniagaan mereka.
- Penambahan bilangan pekerja -menunjukkan sektor itu sedang berkembang
- Perkembangan dalam teknologi – bilangan pekerja yang diperlukan dalam sesuatu
sektor berkurangan.
- Kepakaran guna tenaga berkemahiran tinggi – diperlukan untuk menggunakan
teknologi
Trend Pendapatan
- Memenuhi peningkatan permintaan barang dalam pasaran.
- Perniagaan akan memperoleh peningkatan pendapatan melalui peningkatan hasil jualan.
- Keuntugan dalam perniagaan diperoleh melalui hasil jualan ditolak dengan kos dan
perbelanjaan yang sedang dijalankan .
- Perniagaan yang beroperasi dengan cekap memberi keuntungan maksimum.
- Sumber pendapatan daripada aktiviti lain – sewa bangunan, dividen daripada pelaburan,
faedah dari simpanan bank.
Pertumbuhan ekonomi
1. Terdapat empat kitaran ekonomi iaitu:
i. Pertumbuhan
• Memberi kesan positif kepada perniagaan.
• VMO perniagaan perlu bersesuaian dengan kitaran ekonomi.
ii. Kemerosotan
• Kesan negatif kepada perniagaan
• Perniagaan perlu mengubah VMO perniagaan supaya bersesuaian dengan
kemampuan operasi perniagaan.
13
iii. Fasa kemelesetan
• Penduduk tidak mempunyai wang atau pendapatan untuk membeli barang.
• Pendapatan kerajaan juga merosot.
• Kadar pengangguran meningkat.
• Deflasi berlaku.
iv. Fasa melambung
• Permintaan terhadap barang dan perkhidmatan bertambah.
• Peluang pekerjaan meningkat.
• Pekerja dibayar gaji yang tinggi
• Pendapatan negara meningkat
• Kdar penganggurran menurun.
• Perniagaan menjalankan perdagangan antarabangsa yang ,meliputi aktiviti
eksport.
Graf kitaran ekonomi
14
UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
1. Undang-undang merupakan suatu peraturan yang termaktub dan ditentukan oleh
sesebuah masyarakat untuk mengawal kelakuan dan tingkah laku angoota sendiri.
2. Parlimen memainkan peranan untuk menggubal undang-undang peringkat persekutuan.
3. Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang untuk peringkat negeri dan
kerajaan tempatan.
4. Setiap perniagaan yang dijalankan tertekluk kepada undang-undang dan peraturan.
5. Perkara yang terdapat dalam organisasi perniagaan mengikut kerangka perundangan
ialah:
i. Kesihatan dan keselamatan
- Peraturan kebakaran dan perlindungan pemakanan pekerja.
- Memastikan organisasi perniagaan mematuhi keselamatan dalam menjalankan operasi
perniagaan.
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
ii. Pekerjaan
- Menekankan kadar upah minimum, tempoh waktu berkerja dan diskriminasi pekerja.
- Melarang perniagaan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja.
-
iii. Maklumat
- Dunia mengalami ledakan maklumat yang membolehkan maklumat diperoleh dengan
cepat.
- Mengelak berlakunya cetak rompak dan perlindumgan data sulit daripada diceroboh.
-
iv. Perancangan
- Perniagaan memerlukan bangunan utk menjalankan operasi perniagaan
- Lesen perniagaan diperolehberdasarkan undang-undang persekutuan sementara bangunan
di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
15
v. Perlindungan pengguna
- Melindungi hak-hak pengguna
- Perniagaan perlu mengeluarkan roduk yang sesuai dengan tujuan penggunaan.
-
vi. Persaingan
- Menggalakkan unsur persaingan dengan harga yang berdaya saing.
- Mengawal aktiviti persaingan, mewujudkan persaingan sihat.
-
vii. Pengiklanan
- Komponan dalam campuran promosi yang menyebarkan maklumat produk.
- Undang-undang berkaitan pengiklanan perlu digubal atau memida undang-undang sedia
ada sesuai denga keperluan semasa.
-
viii. Undang-undang syarikat
- Garis panduan untuk memulakan dan menjalankan operasi sesebuah perniagaan.
- Berkaitan dengan entiti perniagaan(pengurusan dan bidang kuasa pihak pengurusan yang
ada dalam organisasi)
-
ix. Persekitaran
- penggubalan undang-undang berkaitan alam sekeliling dengan mengambil kira
kepentingan masyarakat.
- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
*pelajar dikehendaki mencari akta setiap perkara di atas
16
ANALISIS FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
Faktor dalaman
Faktor yang dimiliki oleh syarikat yang boleh menjadi kekuatan dan kelemahan sesebuah
organisasi. Perkara yang boleh dikawal oleh syarikat.
i. Gaya pengurusan
• Teknik mengurus sesebuah perniagaan yang akan memacu sesebuah
perniagaan.
• Membentuk persekitran yang kondusif dan produktif.
Jenis gaya pengurusan
1. Gaya pengurusan • Majikan beri kebebasan kepada pekerja
laissez-faire (1,1) • Wujud masalah tingkah laku dan gagal capai matlamat
2. Gaya pengurusan • Tahap hubungan yg baik antara majikan dan pekerja
sokongan (1,9) • Wujud risiko kegagalan mencapai matlamat
3. Gaya pengurusan • Tindakan majikan yg bijak dalam jaga hubungan kerja
sederhana (5,5) • Memberi motivasi kpd pekerja untuk mencapai matlamat
4. Gaya pengurusan • Majikan tegas dalam mencapai matlamat
autokratik (9,1)SPM2019 • Wujud ketidakpuasan hati pekerja
• Membuat segala keputusan
5. Gaya pengurusan • Majikan amalkan toleransi
demokratik (9,9) • Berupaya mempengaruhi pekerja berusaha mencapai
matlamat
ii. Sumber Manusia
• Fungsi perniagaan yang memberi fokus kepada keperluan tenaga kerja
semasa termasuk pengurusan pembahagian kerja dan menambah baik tenaga
kerja sedia ada.
17
• Terdiri daripada sumber dalaman dan luaran.
Sumber dalaman Sumber luaran
• Merujuk Pekerja yang sedang • Merujuk kepada pengambilan
berkhidmat dalam sesebuah pekerja dari luar organisasi.
organisasi perniagaan.
• Memerlukan proses yang lebih rumit
• Mengurangkan kos perniagaan dan dan kos tertentu termasuk
memudahkan proses pengambilan pengiklanan.
dengan merujuk pekerja sedia ada.
Kelebihan dan kekurangan sumber dalaman Kekurangan
Kelebihan • Tidak membawa idea baharu
• Kekosongan jawatan
• Memotivasikan pekerja
• Pekerja lebih memahami budaya • Pengetahuan streotaip
organisasi
• Maklumat pekerja sedia ada
Kelebihan dan kekurangan sumber luaran Kekurangan
Kelebihan
• Melahirkan idea yang baharu • Memerlukan program induksi
• Kamahiran baharu • Mengambil masa untuk memahami budaya
• Semangat organisasi
• kos merekrut yang tinggi
iii. Pemasaran
• Satu sistem aktiviti sesebuah perniagaan yang dibentuk dalam merancang dan
melaksankan strategi produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran
barang atau perkhidmatan.
• Objektif pemasaran ialah memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
18
Produk • Campuran pemasaran
Menyatakan tentang tahap kualiti, rekabentuk, jenama, jaminan produk
Pengedaran Menerangkan saluran pengedaran, kawasan pengedaran, jenis
pengangkutan
Promosi Kaedah untuk memberitahu dan memperkenalkan produk serta
mempengaruhi pengguna membeli produk
Harga Penetapan harga yang berpatutan, kemudahan kredit yang disediakan
iv. Pengeluaran
• Proses menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
dan kehendak yang tidak terhad.
• Melibatkan proses mengubah input kepada output melalui aktiviti tambah
nilai.
v. Kewangan
• Struktur kewangan perniagaan.
• Berkaitan sumber pendapatan serta peluang-peluang pelaburan perniagaan.
vi. Teknologi maklumat
• Kaedah yang berfungsi sebagai menyebarkan, mencari dan memaparkan
maklumat mengenai suatu perkara atau isu.
• Perkembangan dalam teknologi maklumat membolehkan proses pencapaian,
penghantaran dan peyimpanan maklumat menjadi lebih teratur.
vii. Penyelidikan dan pembangunan (R & D)
• Aktiviti kreatif dan inovatif dijalankan secara sistematikbagi meningkatkan
pengetahuan dan hasil sedia ada kepada pembangunan dan penciptaan produk
baharu yang bermanfaat.
19
• Meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan bagi memenuhi cita rasa dan
kehendak pengguna.
Faktor luaran
Faktor yang boleh memberi peluang dan ancaman kepada sesebuah perniagaan. Perkara yang
diluar kawalan syarikat.
i. Politik
• Keadaan sesebuah negara yang dipengaruhi oleh fahaman parti politik yang
memerintah.
• Setiap dasar yang ditetapkan oleh sesebuah kerajaan mempengaruhi persekitaran
perniagaan.
ii. Ekonomi
• Mempengaruhi kuasa beli dan gaya perbelanjaan pengguna.
iii. Sosiobudaya
• Kepercayaan,agama, adat resam, cita rasa dan gaya hidup masyarakat pelbagai
kaum.
• Mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna.
iv. Teknologi
• Perubahan dalam teknologi mewujudkan peluang dan pasaran baharu yang lebih
banyak kepada usahawan.
• Dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran, mengurangkan
kos pengeluaran.
v. Ekologi
• Isu yang berkaitan alam sekitar.
• Melibatkan sumber bahan mentah, sumber tenaga, kadar pencemaran, serta
campur tangan kerajaan dalam pengurusan suber semula jadi.
vi. Undang-undang
• Setiap organisasi Perniagaan memerlukan peraturan dan undang-undang untuk
melindungi semua pihak termasuk masyarakat dan alam sekitar.
20
ANALISIS FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN
1. Analisis SWOT merupakan analisis persekitaran keseluruhan yang melibatkan organisasi
dalamm aspek keuatan, kelemahan, peluag dan ancaman.
2. Objektif analisis SWOT ialah menilai kesan perubahan persekitaran dalaman dan luaran
yang boleh mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.
3. Dapat membantu organisasi merancang aktiviti perniagaan secara lebih sistematik.
4. Kekuatan dan kelemahan merupaka komponen analisis faktor dalaman, peluang dan
ancaman komponen analisis faktor luaran.
Analisis faktor dalaman
1. Penilaian secara terperinci tentang kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah perniagaan.
2. Perkara yang dianalisis dan dinilai ialah struktur organisasi, budaya kerja, sumber
kewangan,kecekapan pengeluaran, kualiti pengeluaran dan sumber manusia.
3. Kekuatan:
• Keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh perniagaan untuk bersaing.
• Contoh: jenama yang popular, paten, hubunga yang baik dengan pelanggan,
sumber kewangan yang kukuh.
4. Kelemahan :
• Kekurangan yang wujud dari aspek sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah.
• Jenama yang belum dikenali serta pekerja kurang berkemahiran.
Analisis faktor luaran
1. Penilaian berkaitan dengan peluang dan ancaman yang wujud dipersekitaran luaran
perniagaan.
2. Faktor yang dinilai ialah pelanggan, persaingan, trend pasaran, pembekal, keadaan
ekonomi,sosial, teknologi, politik dan perundangan.
3. Peluang
• Kelebihan yang diperoleh kesan daripada perubahan yang berlaku dalam
persekitaran luaran perniagaa.
• Contoh: kewujudan teknologi baharu da perubahan cita rasa pelanggan.
21
4. Ancaman
• Sesuatu perubahan daripada persekitaran luaran perniagaan yang boleh
membantutkan perkembangan perniagaan.
• Contoh: Muncul barang atau perkhidmatan pengganti daripada pesaing dan
perubahan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
Cara menggunakan SWOT
Dalaman / Kekuatan Kelemahan
luaran
peluang Kekuatan – peluang (S O) Kelemahan – peluang (W O)
Kekuatan merujuk kepada keunikan • Kekuragan yang dihadapi
yang ada pada faktor dalamanuntuk perniagaan disebabkan faktor
merebut peluang yang wujud dalaman.
daripada perkembangan faktor • Pihak pengurusan perlu
luaran. mengambil langkah proaktif
supay peluang perniagaan yang
wujud oleh faktor luaran dapat
direbut.
Acaman Kekuatan – ancaman ( S T) Kelemahan – ancaman (W T)
Kekuatan perniagaan dapat • Kekuragan seperti tenaga pakar
digunakan dalam strategi memberi acaman kpd perniagaan
menghadapi ancaman yang wujud ekoran tindakan pesaingdalam
oleh perkembangan faktor luaran pasaran.
• Perlu menjalin kerjasama dengan
pihak lain.
22
KESAN PERUBAHAN PERSEKITARAN TERHADAP ORGANISASI PERNIAGAAN
Kesan perubahan dari aspek pasaran Huaraian
Perspektif
Perubahan fesyen Penggunaan telefon talian telah berubah kepada telefon bimbit
dan gaya hidup pelbagai fungsi.
pengguna
Kesannya: banyak syarikat komunikasi wujud untuk beri
perkhidmaan terbaik.
Lambakan barang Kemasukan barang import yang murah tanpa sekatan boleh
import menjejaskan perniagaan tempatan.
Pembangunan Penggunaan mesin taip telah diganti dengan penggunaan komputer
dalam teknologi peribadi, komputer riba.
Kesannya: pengeluaran mesin taip kurang mendapat sambutan.
Kesan perubaha dari aspek trend Huaraian
Perspektif
Guna tenaga - Jika berlaku penurunan dalam guna tenaga, berlaku
Pendapatan peningkatan kadar pengangguran.
Pertumbuhan - Pendapatan persendirian ialah jumlah nilai pendapatan yang
ekonomi diterima oleh individu dalam satu jangka masa tertentu
biasanya dalam masa satu tahun, sama ada dari kegiatan
produktif atau tidak.
- Pendapatan boleh guna yang meningkat akan merancakkan
pertumbuhan ekonomi.
- Pertumbuhan ekonomi yang berkembang memberi kesan
positif kepada perniagaan.
- Menggunakan dasar fiskal dan dasar kewangan.
23
Kesan perubahan dari aspek undang-undang
Perspektif Huaraian
Melindungi Pihak kerajaan perlu menggubal dan meminda undang-undang
perniagaa daripada berkaitan perniagaan untuk mengawal aktiviti organisasi perniagaan
sebarang penipuan daripada melakukan penipuan dari semasa ke semasa. (akta kontrak
1950)
Mewujudkan Akta persainga 2010 memberi peruntukan kepada sesebuah
sistem perniagaan perniagaan bersaing secara sihat dan adil.
secara adil
Melindungi hak Pihak kerajaan telah menggubal dan menguatkuasakan undang-
semua pihak di undang bagi melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan
dalam perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran.
24