The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Letusan Gunung Berapi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sikloong12, 2022-06-01 19:18:38

STPM

Letusan Gunung Berapi

GEOGRAFI STPM

KEPELBAGAIAN RUPA
DAN BENTUK GUNUNG

BERAPI

MR WONG

Terdapat pelbagai rupa dan
bentuk gunung berapi di dunia
ini, ada yang berbentuk tinggi
dan bercerun curam, ada juga
yang rendah dan berbentuk
landai tetapi bersaiz besar.
Jadi, apakah faktor yang
mempengaruhinya?

Lava bes yang sifatnya cair,

mengalir laju, lambat

menyejuk dan membeku akan

dapat mengalir dalam jarak

yang jauh akan membentuk

gunung berapi perisai yang

bercerun landai dan bersaiz

besar.

Contohnya, gunung berapi

Mauna Loa dan Mauna Kea di

Hawaii

Lava asid pula dengan
sifatnya yang sangat likat,
mengalir perlahan, cepat
menyejuk dan membeku akan
menghasilkan gunung berapi
yang bercerun curam

Piroklas kasar menghasilkan
cerun yang curam. Piroklas
yang halus menghasilkan
cerun yang landai

Jumlah lohong gunung berapi
yang banyak menghasilkan
cerun yang landai. Satu
lohong gunung berapi
menghasilkan cerun yang
tinggi atau curam.

Letusan yang kuat banyak
menghasilkan cerun yang
landai.
Letusan yang perlahan atau
lemah menghasilkan puncak
kon tinggi.

Jumlah bahan yang

dikeluarkan banyak

menghasilkan cerun yang

landai.

Jumlah bahan yang

dikeluarkan sikit menghasilkan

cerun yang curam.

Rujukan:

1. Rusinah Normin (2013). Gunung berapi. Diakses
pada 14 Februari 2022, daripada

https://www.slideshare.net/rusinahnormin/gunung-
berapi-22948826

2. Abdul Malik Hj. Ahmed (2012). Lanjutan Kuliah 6 -
Gunung Berapi. Diakses pada 15 Februari 2022,
daripada
http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/07/lanjutan-
kuliah-7- gunung-berapi.html

3. Hj. Rusly Musa dan Hjh. Hurashikin Abdullah. 2012.
Teks Pra-U STPM Geografi Penggal 1. Selangor:
Pearson Malaysia Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version