The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN GURU (BPG) PKJR TINGKATAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suhaila Sabtu, 2020-09-04 00:20:57

BUKU PANDUAN GURU (BPG) PKJR TINGKATAN 2

BUKU PANDUAN GURU (BPG) PKJR TINGKATAN 2

PERIHALKAN SITUASI DAN RISIKO BERDASARKAN VIDEO

01 Penunggang motosikal yang memakai pakaian gelap itu tidak dapat dilihat
02 oleh pemandu kereta.
03
Jalan raya yang berlubang meningkatkan risiko kemalangan penunggang
04 motosikal.
05
06 Motosikal yang tidak mempunyai lampu yang terang tidak dapat dilihat
oleh pemandu lain pada waktu malam.

Menunggang motosikal melebihi had laju sehingga menyebabkan
penunggang motosikal hilang kawalan.

Pengguna motosikal perlu menggunakan topi keledar mematuhi piawaian
Standard Malaysia dan jaket pemantul cahaya.

Penunggang motosikal tidak dapat melihat dengan jelas dan mengganggu
tumpuan kerana keadaan hujan yang lebat.

B Bina slogan yang sesuai dan menarik berdasarkan video.

HP 5.2.3 35
PKJR

AKTIVITI 16

Pastikan Anda Dilihat

CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid meneliti gambar.
2. Murid mengulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat.
3. Murid menghuraikan peta pemikiran dengan bernas dan kritis.
A Teliti gambar yang dipaparkan di bawah. Kemudian nyatakan maklumat tersurat dan

tersirat secara lisan.

MAKLUMAT TERSURAT MAKLUMAT TERSIRAT
• Memastikan jarak yang selamat ketika
1
mengekori kenderaan
Motosikal mengikut rapat • Menggunakan laluan khas untuk penunggang
kenderaan lain
motosikal
2 • Mematuhi peraturan laluan kecemasan
• Sekiranya tiada lorong motosikal, gunakan
Penunggang menggunakan
laluan kecemasan laluan utama
• Jika isyarat lampu motosikal rosak,
3
penunggang menggunakan isyarat tangan
Motosikal memotong • Menunggang dengan berhemah atau peka
kenderaan tanpa
dengan interaksi kenderaan lain di jalan
menggunakan isyarat • Mematuhi peraturan jalan raya
lampu motosikal • Peka dengan papan tanda dan keadaan

4 sekeliling

Tidak mematuhi lampu
isyarat

36 5.2.4 HP
PKJR

B Berdasarkan maklumat yang telah dibincangkan, huraikan peta grafik di bawah
dengan bernas dan kritis.

INTERAKSI ANTARA PENUNGGANG MOTOSIKAL DENGAN
LALU LINTAS DAN PERSEKITARAN

LALU LINTAS & PENUNGGANG
PERSEKITARAN MOTOSIKAL

PEMANDU
KENDERAAN
LAIN

Peka kepada perabot jalan Menjaga jarak selamat
di sekeliling antara kenderaan lain dan
Mematuhi lampu isyarat menggunakan laluan yang
betul
Peka dengan peringatan Mematuhi isyarat lampu
pada papan tanda dan tangan dengan betul
Menggunakan pakaian
Memandu dengan kelajuan cerah dan memakai baju
yang ditetapkan dan pantulan cahaya
berhemah Membunyikan hon untuk
berinteraksi dengan
pemandu lain

HP 5.2.4 37
PKJR

AKTIVITI 17

30Hargai Orang S1e1k0eBElRHiENlTiI ng

km/j km/j

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid membaca petikan berita secara luncuran dan imbasan.
2. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan berita.

A Baca petikan berita di bawah secara luncuran dan imbasan.

Dua Maut, Kemalangan di
Batu Pahat

BATU PAHAT: Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki oleh mereka terlibat dalam kemalangan
membabitkan dua buah kenderaan lain berhampiran Jalan Batu Pahat hari ini. Ketua Jabatan Siasatan
dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Mohd Rosli bin Selamat berkata, dalam kejadian
kira-kira jam 10.30 pagi itu, Saiful Nazmi, 32 dan anaknya Ahmad Kamarul Zain, 8 meninggal dunia di
tempat kejadian. “Siasatan awal mendapati, mangsa cuba untuk memotong dari sebelah kiri kenderaan
pacuan empat roda yang sarat dengan muatan sayur-sayuran,” katanya. Menurut beliau lagi, ketika
penunggang motosikal cuba untuk memotong kenderaan pacuan empat roda kenderaan pacuan
empat roda itu, mangsa hilang kawalan apabila pemandu kereta tersebut membelok ke sebelah kiri
jalan dan akhirnya penunggang motosikal melanggar kereta berkenaan. “Akibat kemalangan itu, kedua-
dua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kedua-
duanya telah dibawa ke Hospital Batu Pahat manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda itu
hanya mengalami kecederaan ringan”. Selepas kemalangan itu, orang awam mula membanjiri kawasan
kemalangan. Keadaan ini amat dikesali kerana telah menyukarkan usaha pasukan keselamatan untuk
menghampiri tempat kejadian. Pihak berkuasa berharap agar situasi seperti ini tidak berulang lagi pada
masa hadapan.

Susulan daripada kemalangan itu, Superintendan Mohd Rosli bin Selamat telah ditemu bual bagi
menjelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh orang awam apabila melihat kemalangan yang
melibatkan motosikal di jalan raya. Menurut beliau, orang awam perlu peka dengan jalan raya sekiranya
berlaku kemalangan. Tambah beliau, “Jika anda orang pertama melihat kemalangan tersebut, anda
perlu memberhentikan kenderaan dalam keadaan selamat untuk memberikan amaran kepada pengguna
jalan raya yang lain.” Sebaliknya, jika mangsa sudah dikerumuni oleh orang ramai, kita tidak perlu
memberhentikan kenderaan kerana mungkin akan menyukarkan pasukan keselamatan menjalankan
tugas. Orang awam juga perlu memastikan kawasan kemalangan tiada gangguan trafik yang lain dan tidak
membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Orang awam juga dikehendaki untuk menghubungi
nombor panggilan kecemasan 999 serta menerangkan secara terperinci situasi kemalangan tersebut.
Jika mangsa cedera, orang awam ditegah mengalihkan mangsa agar tidak berlaku kecederaan yang
lebih serius. Sekiranya kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang tidak sedarkan diri, orang
awam diminta tidak menanggalkan topi keledar mangsa. Orang awam juga digalakkan untuk membantu
pasukan keselamatan mengangkat mangsa kemalangan jika diperlukan. Akhir sekali, orang awam tidak
dibenarkan mengambil gambar mangsa dan menyebarkan gambar tersebut kerana dikhuatiri berlakunya
penyebaran maklumat palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu emosi
keluarga mangsa

38 5.2.5 HP
PKJR

B Jawab soalan pemahaman di bawah ini berdasarkan petikan berita yang telah anda
baca.

1. Apakah peristiwa yang berlaku dalam petikan berita tersebut?
Peristiwa yang berlaku dalam petikan akhbar tersebut ialah kemalangan yang melibatkan
sebuah motosikal dan sebuah kereta pacuan empat roda yang sarat dengan muatan.

2. Berdasarkan petikan, nyatakan punca berlakunya kemalangan itu?
Kemalangan itu berlaku apabila penunggang motosikal cuba memotong kereta
Hilux lalu mangsa hilang kawalan apabila pemandu kereta pacuan empat roda membelok
ke sebelah kiri jalan dan akhirnya penunggang motosikal melanggar kereta berkenaan.

3. Jika anda berada di tempat kejadian, apakah tindakan yang wajar anda lakukan
apabila melihat kemalangan tersebut?
Antara tindakan yang boleh saya ambil ialah
• Pertama, menghubungi nombor panggilan kecemasan 999 untuk mendapatkan
bantuan daripada pasukan keselamatan.
• Kedua, saya tidak perlu mengambil gambar kemalangan.
• Ketiga, jangan sesekali meletakkan diri sendiri dalam situasi berbahaya kepada
pengguna jalan raya yang lain.

4. Pada pendapat anda, apakah langkah keselamatan yang perlu diambil oleh

penunggang motosikal sebelum memulakan perjalanan?

Antara langkah keselamatan yang boleh diambil oleh penunggang Kemahiran Berfikir
motosikal sebelum memulakan perjalanan adalah :

• Memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

• Penunggang juga perlu memastikan brek, lampu isyarat, lampu hadapan dan

belakang berfungsi dengan baik.

HP 5.2.5 39
PKJR

AKTIVITI 18

Jadilah Penumpang Berhemah

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid membaca dialog dengan teliti.
2. Murid mengenal pasti pesanan yang hendak disampaikan dalam dialog tersebut.
3. Murid menyampaikan pesanan tentang tingkah laku sebelum dan semasa menaiki

kenderaan kepada rakan.
4. Murid menentukan keutamaan tingkah laku penumpang yang selamat.

A Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, bincangkan mesej yang ingin
disampaikan menerusi dialog tersebut.

Pada suatu petang, ketika Adam pulang daripada latihan bola sepak dia melihat ayahnya sedang asyik
membaca surat khabar di ruang tamu rumahnya.

Adam : Selamat petang ayah. Tekunnya ayah membaca. Ada peristiwa menarik yang ayah boleh kongsikan
dengan saya?

Ayah : Ya Adam. Ayah amat terkejut dengan kemalangan ngeri yang melibatkan dua buah kereta bertembung di
jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian seperti dalam akhbar ini.

Adam : Betul ke, ayah?

Ayah : Betul. Sebab itu, ayah selalu menasihati Adam agar sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan
sebelum dan semasa menaiki kenderaan.

Adam : Di sekolah juga kami selalu diingatkan oleh guru untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan
sebelum menaiki kenderaan.

Ayah : Boleh Adam kongsikan dengan ayah apakah pesanan guru Adam sebelum kita menaiki kenderaan?

Adam : Sebelum perjalanan, kita hendaklah memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik. Amalan berdoa
sebelum menaiki kenderaan juga digalakkan oleh guru.

Ayah : Benar Adam. Membaca doa dan memeriksa kenderaan perlu dijadikan sebagai amalan sebelum
memandu supaya perjalanan akan lebih lancar dan selamat.

Adam : Cikgu juga memberitahu kami bahawa sebelum memulakan perjalanan, seseorang pemandu hendaklah
memastikan penumpang memakai tali pinggang keledar dengan betul.

Ayah : Ya Adam. Tali pinggang keledar dapat mengurangkan risiko kecederaan serius sekiranya berlaku
hentaman yang kuat akibat perlanggaran.

Adam : Sebelum tamat sesi persekolahan, guru juga selalu mengingatkan kami agar menunggu di kiri bahu jalan
untuk menaiki kenderaan menggunakan pintu sebelah kiri kenderaan.

Ayah : Betul Adam. Itulah tindakan yang perlu dilakukan oleh penumpang sebelum menaiki kenderaan.
Semasa perjalanan, penumpang mestilah menjaga tingkah laku seperti tidak membuat bising kerana
akan mengganggu konsentrasi pemandu. Kita juga tidak boleh membuang sebarang objek keluar dari
kenderaan.

Adam : Betul ayah. Adam sering melihat penumpang membuang sampah dari kenderaan mereka.

Ayah : Itu tindakan yang salah Adam. Mengeluarkan tangan atau kepala melalui tingkap kenderaan juga
dilarang. Penumpang juga tidak boleh menggunakan telefon bimbit sehingga mengganggu pemandu
ketika memandu kenderaan.

Adam : Benar ayah. Jika pemandu terganggu, maka pemandu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pemanduannya. Baiklah ayah. Adam akan sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan tersebut
supaya dapat menjadi penumpang yang berhemah.

Ayah : Adam, jangan lupa sampaikan pesanan ini kepada rakan-rakan kamu kerana kita mesti sentiasa
berwaspada di jalan raya.

Adam : Baik, ayah 6.2.3 HP
PKJR
40

Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir
B Berdasarkan dialog, tuliskan pesanan Adam kepada rakan-rakannya.

TINGKAH LAKU PENUMPANG YANG SELAMAT

SEBELUM MENAIKI SEMASA MENAIKI
KENDERAAN KENDERAAN

1 1

Menaiki kenderaan menggunakan Tidak mengganggu
nda memerlukanpminatusayaunngtuskelamat (pintu kiri pemandu ketika memandu.

hilangkan kesanjikaalkboehrohlenti di bahu jalan). 2
sistem tubuh. Pengambilan
anan atau mandi tidak akan Tidak membuang sebarang
rangkan tahap kandungan objek keluar daripada
alkohol dalam darah anda kenderaan.

2

Berdoa sebelum memulakan
perjalanan.

3 3

Memakai tali pinggang Tidak mengeluarkan kepala
keledar sebelum atau tangan dari kenderaan.
memulakan perjalanan.

Jangan Jangan Jangan Jangan letakkan
pakai tali berkongsi tali memangku tali pinggang
pinggang pinggang anak di keledar di bawah
keledar yang keledar dengan atas riba. lengan atau di
berpintal anak anda. belakang anda.

Sumber : www.mto.gov.an.ca

HP 6.2.3 41
PKJR

Glosari

ISTILAH MAKSUD

Advokasi Saranan atau cadangan kepada pengguna jalan raya untuk mematuhi
peraturan.

Akta Undang-undang yang digubal dan diluluskan di parlimen.

Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stering atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
Arus trafik (Aliran lalu keledar.
lintas)
Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya

Gelang pemantul Alat berbentuk gelang atau sebagainya yang dapat memantulkan cahaya
cahaya bagi memudahkan orang lain mudah melihat.

Hendal Tempat pegang pada motosikal dan basikal bagi mengawal arah atau hala
tuju.

Implikasi Kesan atau impak.

Isyarat tangan Tanda isyarat yang ditunjukkan oleh pemandu bagi memberitahu pemandu
lain tentang tindakan yang akan dilakukan.
Jaket Pemantul
Cahaya Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya

Jejantas Jambatan yang dibina merentangi jalan raya untuk memisahkan pejalan
kaki daripada kenderaan bagi membolehkan mereka melintas dengan
Kuat kuasa selamat tanpa berhadapan dengan kenderaan dan lalu lintas.

Perbuatan menguatkuasakan undang-undang dan dasar.

Laluan pejalan kaki Laluan yang digunakan khusus untuk pejalan kaki.

Lampu hadapan dan Lampu utama berwarna putih yang terdapat pada hadapan kenderaan
belakang untuk memudahkan pemandu melihat dengan jelas pada waktu malam;
atau lampu utama berwarna merah di belakang kenderaan bagi
membolehkan pemandu lain melihat kenderaan di jalan raya.

42

ISTILAH MAKSUD

Lintasan pejalan kaki Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
Pad siku melintang di atas jalan raya untuk membantu pejalan kaki melintas dengan
selamat.

Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku

Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut

Pelekat pemantul Alat yang digunakan sebagai pelekat yang dapat memantulkan cahaya.
cahaya
Pembonceng Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal
motosikal
Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti
motosikal dan basikal
Perlanggaran
Rempuhan antara dua kenderaan atau lebih sama ada secara berhadapan
Risiko atau sebagainya.

Kemungkinan mendapat bahaya akibat melakukan sesuatu tindakan atau
perbuatan.

Ritma sirkardian Perubahan fungsi dalaman diri manusia (biologi) yang berulang dalam
(circadian rhythm) tempoh 24 jam.

Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku

Tali pinggang keledar Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
untuk mengurangkan impak perlanggaran atau pemberhentian mengejut

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng

keselamatan motosikal motosikal

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang basikal
keselamatan basikal

Ujian nafas Ujian yang dilakukan bagi menentukan kandungan alkohol dalam darah.

43


Click to View FlipBook Version