PERMAINAN CONGKAK
Pengenalan
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan
sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak
menggunakan biji saga, guli atau biji getah.
Buah congkak menggunakan biji saga, guli atau biji getah.
Congkak dipercayai berasal daripada
dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali
purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh
semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan
ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan
negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak"
dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud
pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba
Melaka turut meminati permainan Congkak.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan
papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia
sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini,
congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta
pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai
maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat
juga permainan congkak dalam talian.
Cara Bermain Congkak
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,
dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung
masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung
lawan.
Pembahagian buah congkak
Congkak dimainkan oleh 2 orang pemain.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu
boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu
mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas
membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-
mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak
lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun
giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku
kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang
adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak
sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira
kalah.
Cara membuat congkak
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayurambutan, nangka dan
sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Belahan kayu yang telah siap dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang.
Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’
yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua
hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
Setelah siap, papan tersebut akan diukir
dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan,
kosmos, geometri dan sebagainya
Papan congkak divarniskan dengan warna perang
kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.
Congkak Masa Kini
Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu
mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi
mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana sahaja.