The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-MAJALAH SMK BANANG JAYA 2023
- AKTIVITI SEKOLAH
- GAMBAR KELAS DAN ORGANISASI KURIKULUM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BIRO E-MAJALAH SMKBJ, 2024-01-08 08:59:24

E-MAJALAH SMK BANANG JAYA 2023

E-MAJALAH SMK BANANG JAYA 2023
- AKTIVITI SEKOLAH
- GAMBAR KELAS DAN ORGANISASI KURIKULUM

Keywords: SMK BANANG JAYA,SINERGI MEMACU KECEMERLANGAN,E-MAJALAH

OLEH BIRO E-MAJALAH SMKBJ MAJALAH DIGITAL SMK BANANG JAYA 2023


BANTUAN MANGSA BANJIR DI BATU PAHAT Warga sekolah menyerahkan barang keperluan kepada mangsa banjir di Batu Pahat. Tindakan ini mampu meringankan beban dan penderitaan mangsa sekali gus membentuk masyarakat yang penyayang dan penuh empati. 7 MAC 2023


PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Guru membuat pengesahan pendaftaran pelajar baharu dan persediaan awal bagi pengurusan kelas. Guru memberi taklimat dan penerangan yang berkaitan dengan sekolah kepada ibu bapa atau penjaga. 15 MAC 2023


ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN Guru kaunselor dan pembimbing sekolah memperkenalkan alam persekolahan kepada pelajar baharu. Guru disiplin pula memberitahukan pelajar tentang peraturan sekolah yang perlu dipatuhi. 19 MAC 2023


AKTIVITI SENAMROBIK "Badan Cergas, Otak Cerdas" Melalui aktiviti ini, semua warga sekolah dapat menyihatkan tubuh badan sambil menikmati pemandangan indah di padang sekolah. Guru boleh mencungkil bakat pelajar yang terpendam dalam bidang sukan. 20 MAC 2023


GOTONG-ROYONG PERDANA Warga sekolah dan ibu bapa bersama-sama BERSAMA PIBGKS membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Dengan ini, sekolah yang bersih mampu diwujudkan agar pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat. 22 MAC 2023


AKTIVITI SURVIVAL Para pelajar bersama-sama membuat api unggun dengan menggunakan ranting kayu, kertas dan daun kering. Oleh sebab aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan, pelajar mampu memupuk nilai bekerjasama, bertoleransi dan bersatu padu. 28 MAC 2023


PENYAMPAIAN HADIAH KELAS TERBAIK 3K Pihak sekolah menghadiahkan ganjaran kepada kelas yang berjaya melaksanakan amalan 3K iaitu kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Hal ini dapat mendorong pelajarpelajar sedaya upaya membersihkan kelas masing-masing bagi mewujudkan persekitaran yang selesa untuk belajar. 29 MAC 2023


HARI PERBINCANGAN DISKUSI AKADEMIK Ibu bapa dan penjaga dapat mengetahui keputusan anak-anak mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Mereka juga boleh mengetahui sahsiah dan sikap anak-anak mereka ketika berada di sekolah. 9 APRIL 2023


MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SESI 2022/23 Pihak sekolah menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha menimba ilmu pengetahuan. 9 APRIL 2023


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin sekolah yang bertanggungjawab menjaga disiplin dan sahsiah dalam kalangan pelajar. Pemimpin sekolah boleh menjadi uswah hasanah bagi pelajar lain dan mengasah bakat kepimpinan mereka. 12 APRIL 2023


MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023/24 Pihak sekolah dan ibu bapa bersama-sama bertukar pandangan dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program ini boleh mewujudkan sekolah yang baik dan berkesan demi kepentingan semua pihak. 9 APRIL 2023


MAJLIS PENUTUPAN BULAN ANTIDADAH Program Antidadah dijalankan sepanjang sebulan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kebahayaan dan keburukan mengambil dadah. Program yang telah diadakan adalah seperti pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna, pertandingan menulis karangan dan seumpamanya. 3 MEI 2023


Sambutan Hari Guru Sambutan Hari Guru merupakan aktiviti yang memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengenang dan membalas jasa-jasa guru mereka. Nilai berterima kasih dan nilai hormat-menghormati juga mampu diterapkan dalam jiwa para pelajar. 16 MEI 2023


Sambutan Hari RAYA Warga sekolah bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan membuat jamuan di kelas masing-masing. Melalui sambutan ini, para pelajar yang berbilang kaum dapat mengenali adat dan budaya kaum Melayu sekali gus menanam semangat perpaduan dalam diri mereka. 16 MEI 2023


PROGRAM JOM BACA BERSAMA Tujuan penganjuran adalah untuk meneruskan kelestarian budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita dengan berhenti selama 10 minit sahaja untuk membaca sebarang bahan bacaan. 18 MEI 2023


KARNIVAL BAHASA CINA PERINGKAT DAERAH SMK Banang Jaya telah menjadi tuan rumah untuk mengadakan Karnival Bahasa Cina di peringkat daerah. Karnival ini menyediakan satu platform bagi memperkukuhkan martabat bahasa Cina dan meningkatkan kecintaan terhadap penguasaan bahasa Cina dalam kalangan pelajar. 24 MEI 2023


Program Pembudayaan Al-Quran Tujuan melaksanakan program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir membaca Al Quran secara tartil. Dengan ini,program ini dapat memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada Al Quran dan seterusnya membudayakan Al Quran dalam kehidupan. 25 MEI 2023


Hari Pengumuman Keputusan SPM 2022/2023 SMK Banang Jaya telah menjadi tuan rumah untuk mengadakan Karnival Bahasa Cina di peringkat daerah. Karnival ini menyediakan satu platform bagi memperkukuhkan martabat bahasa Cina dan meningkatkan kecintaan terhadap penguasaan bahasa Cina dalam kalangan pelajar. 8 JUN 2023


KEJOHANAN MERENTAS DESA Tujuan diadakan Kejohanan Merentas Desa bermatlamat membentuk pelajar-pelajar ke arah berdaya tahan yang tinggi, berdisiplin serta bersemangat jitu dan berdaya saing dalam menghadapi apa juga situasi dan cabaran. 15 JUN 2023


Kejohanan Sukantara Tujuan Kejohanan Sukantara diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai aktiviti sukan dan menanam keyakinan kepada pelajar untuk menonjolkan potensi dan kebolehan mereka dalam bidang sukan. Aktiviti sukantara adalah seperti lontar peluru, lompat jauh, rejam lembing dan seumpamanya 19 JUN 2023


Sukan Kecil merupakan suatu wadah untuk mencungkil bakat-bakat pelajar yang terpendam dalam bidang sukan. Aktiviti ini dapat menentukan keterampilan dan kelayakan pelajar dalam bidang sukan yang mampu mewakili sekolah, daerah, negeri mahupun negara. SUKAN KECIL 26 - 27 JUN 2023


KEJOHANAN OLAHRAGA Objektif Kejohanan Olahraga ialah melahirkan modal insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba. Kejohanan ini juga penting untuk memupuk semangat bekerjasama dan semangat setia kawan dalam kalangan pelajar dan guru. 20 JULAI 2023


HARI KEUSAHAWANAN Hari Keusahawanan merupakan acara tahunan yang diadakan untuk mendedahkan pelajar kepada dunia usahawan dan perniagaan. Acara ini bertujuan untuk mengumpulkan tabung pendidikan bagi membaik pulih kemudahan sekolah. 27 JULAI 2023


MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN Sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada setiap tahun bagi meraikan kejayaan negara dan merencanakan wawasan baharu. Semangat patriotisme dan perpaduan dapat dikukuhkan dalam jati diri warga sekolah menjelang bulan kemerdekaan. 2 OGOS 2023


GOTONG-ROYONG MADANI Warga sekolah SMKBJ bersama-sama membersihkan kawasan sekolah dengan aktiviti mencabut rumput, mengecat dinding sekolah, membersihkan longkang dan sebagainya. Aktiviti gotong-royong dapat meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah. Hal ini akan memberikan tempat belajar yang selesa kepada murid-murid SMKBJ. 24 OGOS 2023


BENGKEL KEJURULATIHAN AEROBIC DANCE PERINGKAT DAERAH Aktiviti aerobic dapat meningkatkan kekuatan otot, latihan kekuatan atau latihan mengangkat berat perlu dilakukan.Fleksibiliti pelajar juga akan ditingkatkan jika mengamalkan amalan aktiviti aerobic. 6 SEPTEMBER 2023


BULAN BAHASA Tujuan penganjuran program ini adalah untuk menyemarakkan peranan bahasa sebagai tonggak pembinaan negara bangsa. Pertandingan menulis esei, pertandingan mencipta sajak, pertandingan kaligrafi cina dan sebagainya telah diadakan sempena bulan ini. 12 SEPTEMBER 2023


HARI PERBINCANGAN AKADEMIK pertengahan tahun 2023 Tujuan mengadakan perbincangan akademik pertengahan tahun adalah untuk membuka peluang kepada para ibu bapa berjumpa dengan guru-guru kelas untuk mengetahui prestasi akademik semasa anak-anak mereka. 17 SEPTEMBER 2023


Lawatan Sambil Belajar ke Parlimen Seramai 40 orang pengawas pusat sumber bersama 4 orang guru pengiring menyertai lawatan ini ke Parlimen Malaysia dan Kuala Lumpur City Center. Lawatan ini mempelbagaikan proses pembelajaran dan mendorong pelajar terlibat menimba pengetahuan dan pengalaman baharu. 18 September 2023


PENYAMPAIAN SIJIL CHORAL SPEAKING CHAMPIONSHIP Tahniah kepada pasukan Choral Speaking SMK Banang Jaya yang telah mencapai tempat ke-9 dalam Choral Speaking Championship. Pasukan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. 20 SEPTEMBER 2023


PROGRAM KECEMERLANGAN PANITA SRT Program ini dijalankan bagi mendedahkan para pelajar terhadap teknik menjawab yang berkesan dan penguasaan tajuk-tajuk yang terpilih dalam subjek Sains Rumah Tangga. 21 SEPTEMBER 2023


PENYAMPAIAN SIJIL KEHADIRAN 100% Majlis Penyampaian Sijil Kehadiran Penuh kepada murid yang telah mengekalkan kehadiran ke sekolah 100%. Tahniah kepada murid yang telah menerima sijil penghargaan dan semoga dapat meneruskan sikap baik ini. Diharapkan juga penyampaian sijil ini akan menyuntik motivasi kepada murid lain untuk hadir ke sekolah setiap hari persekolahan. 24 SEPTEMBER 2023


PENUTUPAN PROGRAM SMART BJ Matlamat mengadakan program ini adalah untuk memberi motivasi kepada calon SPM tahun 2023 supaya memperoleh keputuan yang cemerlang. 28 SEPTEMBER 2023


Lompat Tali Peringkat Negeri Johor 2023 SMK Banang Jaya telah menjadi tuan rumah bagi klinik sukan lompat tali peringkat negeri Johor. 24 Oktober 2023


KEM BESTARI SOLAT Kem ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid Islam agar dapat menunaikan solat dengan sempurna sekali gus menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT dan Rasulnya. 22 Oktober 2023


Aerobic Dance Peringkat daerah SMK Banang Jaya telah menghantar beberapa orang murid menyertai pertandingan aerobic di peringkat daerah dan telah memenangi johan dalam pertandingan tersebut. Taniah dan Syabas ~ 29 Oktober 2023


Minggu Solidariti Palestin KPM Beberapa program telah berlangsung sepanjang minggu ini bagi menerapkan kesedaran kepada seluruh warga sekolah tentang nilai kemanusiaan, simpati dam perpaduan sejagat. Pelancaran tabung solidariti pula bertujuan untuk menyokong inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia yang mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM100 juta kepada kepada rakyat Palestin. 29 Oktober - 2 November 2023


Pelancaran tabung solidariti SMK BJ Aktiviti Kokurikulum Tayangan Video, Pertandingan melukis poster Solat Hajat/ Munajat


Program Sesi Dialog dan Bimbingan Kasih Bersama calon bersasar SPM 2023 dan penjaga Matlamat program ini adalah untuk membentuk jati diri dan memberikan motivasi kepada calon agar lebih yakin untuk menduduki peperiksaan SPM yang akan datang. Semoga berjaya dalam peperiksaan! 29 Oktober 2023


PROGRAM DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH Pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah dapat membentuk hala tuju murid dengan lebih jelas dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan Garis Panduan Salah Laku Buli di sekolah. 31 Oktober 2023


KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH Pertandingan ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama pelajar dalam suatu pasukan dan memberi pendedahan kepada murid mengenai kawad kaki. Petandingan ini juga mencari bakar baru untuk mewakili sekolah ke pertandingan di peringkat seterusnya. 1 NOVEMBER 2023


SOLAT HAJAT PERDANA SPM 2023 Aktiviti ini memberikan kesedaran dan keinsafan kepada para pelajar bahawa doa dan ingatan kepada Allah adalah penting untuk menjamin kejayaan mereka. 2 NOVEMBER 2023


Majlis Penyampaian Hadiah Kelas Terbaik & Gerai Jualan Terbaik HKKS 2023/2024 Majlis penyampaian hadiah kepada geraigerai yang mendapat jualan tertinggi, pembelian kupon terbanyak dan pembeli kupon terbanyak 8 November 2023


PROGRAM JARINGAN PERKONGSIAN TS25 SMK BJ - SMKDBL & STA SMKBJ telah menerima kunjungan daripada SMK Tun Aminah dan SMK Dato Bentara Luar yang ingin mempelajari dan merungkai proses pengurusan TS25 yang telah dikuasai oleh SMK Banang Jaya. SMK Banang Jaya merupakan satusatunya sekolah dalam daerah batu pahat yang menjadi perintis dalam TS25 28 NOVEMBER 2023


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEGOLAND JOHOR 7 NOVEMBER 2023 Lawatan ini disertai oleh pengawas koperasi sekolah dan bertujuan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai sains dan teknologi.


PROGRAM KECEMERLANGAN PEMIMPIN PELAPIS KOKURIKULUM TING 5 8-9 NOVEMBER 2023 Program ini khusus dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 5 dan bermatlamat memupuk kemahiran kepimpinan serta dapat mencungkil bakat murid dalam pelbagai bidang.


ROad to hajj 9 NOVEMBER 2023 Pelajar-pelajar didedahkan cara dalam program ini di Masjid Sultan Ismail Batu Pahat. Program ini dapat memberikan pengalaman yang baru kepada murid yang terlibatnya.


Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar tingkatan 5 yang akan mengakhiri sesi persekolahan di peringkat menengah. 13 DISEMBER 2023 MAJLIS APRESIASI KE-7 SMK BANANG JAYA


MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM & HEM SMKBJ 2023/2024 Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah dan anugerah khas kepada para pelajar dan mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. 13 DISEMBER 2023


Click to View FlipBook Version