The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masjurhaini0411, 2024-06-25 12:23:37

PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAWAU 2024

#PANTUN#SONGKET

P N Dirasmikan oleh, YB. PUAN RINA HAJI JAINAL SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI KEWANGAN NEGERI SABAH, MERANGKAP ADUN N70 KUKUSAN PERTANDINGAN PESTA ANTU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAWAU 26-27 Jun 2024 DEWAN KIRANA SK. BANDAR TAWAU II Pengelola : SK. Bandar Tawau II


PENGENALAN OBJEKTIF Pantun merupakan Puisi Tradisi Melayu yang diwarisi dari zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pertandingan berbalas pantun dalam kalangan murid sekolah menengah dan sekolah rendah di Malaysia. Pesta pantun dilaksanakan mengikut format “kalah mati” iaitu yang menemukan pemenang antara dua Kumpulan dalam satu pertandingan bermula pada peringkat kedua. Walau bagaimanapun, pada pertandingan peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan kalah dan menang dibenarkan. Memupuk perpaduan dalam kalangan murid melalui pertandingan pantun. 1. Mengekal dan mengembangkan pantun serta seni berpantun sebagai khazanah puisi melayu tradisional dan warisan bangsa. 2. Menggunakan daya fikir dalam berpantun dengan cepat, tepat, kritis dan kreatif. 3. Mengaplikasi Kemahiran berbahasa dalam menjual dan menjawab pantun. 4. Membina keyakinan diri dan semangat bersaing secara sihat dalam pertandingan. 5.


Bismillahirrahmanirrahim Kain songket beli di Rokan Pilih bersama bonda dan rakan Selamat datang kami ucapkan Para tetamu yang dimuliakan Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Be Excellent Together..Tawau LEADS Ikhlas Memacu Kecemerlangan. Yang Berhormat Puan Rina binti Jainal, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah, Yang dihormati Barisan Guru Besar, para pentadbir, para guru pengiring, guru-guru dan para peserta pantun yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan belas kasihNya dapat kita berkumpul pada hari ini dalam Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau 2024 di Sek Keb Bandar Tawau II. Ini merupakan kali ke2 SK Bandar Tawau II menjadi tuan rumah untuk pertandingan pesta pantun daerah Tawau. Selamat datang kepada semua peserta pantun yang cantik bergaya dan tampan mempesona dengan busana yang sangat indah. Semoga para pemantun dapat berentap dengan baik dan selesa dengan kemudahan yang ada di sekolah ini. Begitu juga kepada guru-guru pengiring semoga berasa nyaman dengan fasiliti yang ada di sekolah ini. Untuk makluman semua, sebanyak 7 buah sekolah yang bakal berentap mencari kejuaraan dalam pertandingan pantun pada kali ini. Ini termasuklah SK Bandar Tawau II, SK Taman Tawau, SK Titingan, SK Batu 4, SK Tanjung Batu, SR Islamiah Tawau dan SK Bandar Tawau. Saya berharap semoga para pemantun dapat menyerlahkan kehebatan masing-masing untuk merebut gelaran sebagai juara. Terima kasih juga diucapkan kepada Penyelaras Pantun dan para AJK pengelola pertandingan pesta pantun 2024 yang telah bertungkus -lumus memastikan persediaan dan perjalanan pertandingan nanti berjalan dengan baik dan selesa. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan perlaksanaan pertandingan pantun pada kali ini. Jauh berkelana ke seluruh benua Tidak dilupa adab dan santun Selamat berentap kepada semua Serlahkan aksi di gelanggang pantun Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua kerana menjadi peserta pantun bagi tahun ini. Kalah dan menang adat pertandingan. Semoga kita semua dapat melaksanakan pertandingan dalam keadaan yang aman. Sekian, terima kasih. UCAPAN aluan Pengerusi Pengelola 26 JUN 2024 (RABU)


Bismillahirrahmanirrahim Terima kasih puan pengerusi Majlis, Yang berusaha Puan Rahmah Binti Rahmat, Guru Besar SK Bandar Tawau II, Yang dihormati barisan Guru Besar dan para Penolong Kanan, guru-guru pengiring, guru-guru dan seterusnya anak-anak pemantun yang cantik dan tampan bergaya yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum WBT dan dalam Sejahtera. Terima kasih kepada pihak sekolah SK Bandar Tawau II kerana sudi mengundang saya sebagai perasmi untuk Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat daerah Tawau 2024 pada kali ini. Sesungguhnya kita dapat melihat kemeriahan suasana pertandingan pada pagi ini dengan busana songket dan pakaian tradisi yang cantik yang dipakai oleh para guru, AJK pelaksana dan pemantun-pemantun cilik sekalian. Aura bertanding sangat terasa dan rasanya semua peserta pantun sudah tidak sabar untuk berentap di pentas pantun. Hadirin dan hadirat sekalian Saya difahamkan sebanyak 7 buah sekolah yang bakal bertanding dalam pertandingan pantun pada kali ini. Semoga semua peserta dapat menyerlahkan kehebatan masing-masing dan merebut gelaran sebagai juara pantun sekolah rendah peringkat daerah Tawau. Namun, pemenang hanya satu dan yang tidak menang nanti semoga menjadikan kekalahan ini sebagai pembakar semangat pada masa akan datang. Kepada para guru, semoga usaha anda yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk melatih murid agar dapat beraksi dengan baik dalam pertandingan ini akan membuahkan hasil yang memuaskan. Bak kata orang bijak kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kalau tidak bertanding manakan dapat tahu kemenjadiannya. Sarang dibina si burung tempua Di atas dahan pohon meranti Selamat bertanding kepada semua Memburu juara itu pasti. Dengan lafaz kalimah suci BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM saya merasmikan Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau tahun 2024. Sekian, terima kasih. UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN 26 JUN 2024 (rabu)


Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT dan salam Be Excellent Together… Tawau LEADS memacu kecemerlangan. Yang dihormati Tuan Matnoor Bin Sima, Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Barisan Guru Besar dan Penolong Kanan, guru-guru pengiring, guru-guru dan seterusnya para pemantun cilik yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah Pesta Pantun sudah sampai ke penghujungnya. Hebat sungguh para pemantun cilik kita yang telah menunjukkan aksi masing-masing berentap di pentas pertandingan dengan penuh gaya dan aura yang memukau. Tahniah kepada para pemantun. Sesungguhnya anda hebat dan berani. Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sesungguhnya Pertandingan Pesta Pantun dapat mencungkil bakat anak-anak murid. Kemenjadian mereka bakal membawa mereka ke tahap yang lebih cemerlang dan membanggakan. Tahniah sekali lagi buat semua. Terima kasih juga kepada guru pengiring, kepada AJK pengelola pesta pantun dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan Pesta Pantun kali ini. Saya juga memohon maaf kepada semua guru pengiring sekiranya ada yang terkurang dan tidak memuaskan hati sepanjang pertandingan dijalankan. Saya mohon yang baik diambil manfaat dan yang kurang dijadikan iktibar. Duduk bersembang bersama nyonya Ayu bersimpuh tampak sopan Pesta pantun melabuhkan tirainya Bertemu lagi di tahun hadapan Akhir kata dari saya, terima kasih atas segalanya dan mohon maaf atas segala kekurangan di pihak kami. Tahniah buat semua dan syabas buat para pemenang. Sekian, terima kasih. UCAPAN aluan Pengerusi Pengelola 27 JUN 2024 (khamis)


Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera, Tawau LEADS Ikhlas Memacu Kecemerlangan.. Terima kasih saudari Pengerusi Majlis, Yang berusaha Puan Rahmah Binti Rahmat, guru Besar SK Bandar Tawau II, yang dihormati Barisan Guru Besar dan para Penolong Kanan, guru-guru pengiring, para guru AJK pengelola Pesta Pantun 2024, seterusnya para pemantun yang cantik dan lawa belaka. Alhamdulillah saya dapat meluangkan masa turut berada dalam majlis penutupan Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah peringkat daerah Tawau 2024. Tahniah kepada seluruh AJK pengelola pesta pantun pada kali ini iaitu SK Bandar Tawau II yang diterajui oleh Puan Rahmah Binti Rahmat. Pertandingan pesta pantun telah dapat dilaksanakan selama 2 hari dan telah berjalan dengan lancar. Syabas kepada tuan rumah. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru pengiring yang telah berjaya melatih anak-anak murid sehingga sampai ke pertandingan pesta pantun di SK Bandar Tawau II. Dan syabas buat anak-anak kerana telah membuktikan kebolehan kamu di pentas pantun ini. Saya difahamkan sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai pertandingan pesta pantun kali ini. Tahniah kerana berjaya menyahut seruan dan tampil beraksi di sini. Daripada sekian banyaknya sekolah di daerah Tawau, hanya 7 buah sahaja yang menyahut seruan pantun dan 8 pasukan yang telah bersaing dengan hebatnya. Tahniah buat anda semua. Semoga pada tahun hadapan angka ini akan bertambah dan semakin ramai yang boleh menyertai. Melalui pertandingan sedemikian, dapat mencungkil bakat anak-anak murid kita yang berani berhadapan dengan khalayak dan berfikir secara spontan dan cepat. Kepada semua anak murid yang dikasihi sekalian, yang tidak menang semoga akan menjadi cabaran untuk terus berusaha pada masa hadapan dan kepada yang menang teruslah berusaha agar mencapai kejayaan di peringkat yang seterusnya. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh. Untuk itu, teruslah berusaha agar dapat mencipta kejayaan yang membanggakan. Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM saya merasmikan majlis penutupan pertandingan pesta pantun sekolah rendah peringkat daerah Tawau 2024. Sekian, terima kasih. UCAPAN PERASMIAN PEnutupan 27 JUN 2024 (khamis)


7.00 pagi 7.30 pagi 8.00 pagi 8:30 pagi 9:30 pagi 11:30 pagi 1:30 petang 3:30 petang 5:00 petang aturcara pertandingan Pendaftaran peserta dan hakim Sarapan pagi Taklimat peserta dan hakim Bertempat di Anjung Firdaus Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku Bacaan doa Ucapan Alu-aluan Pengerusi Pengelola Yang Berusaha Pn. Rahmah binti Rahmat Guru Besar SK Bandar Tawau II Ucapan Perasmian Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau 2024 Yang Berhormat Pn. Rina Hj Jainal Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah, Merangkap ADUN N70 Kukusan Penyampaian Cenderahati Perasmi Pertandingan Pantun Pengenalan Bermula Tempat : Dewan Kirana Pertandingan Pusingan 1 - Bilik Orkid - Bilik Mawar - Bilik Seroja - Bilik Melati Pertandingan Pusingan 2 - Bilik Orkid - Bilik Mawar - Bilik Seroja - Bilik Melati Pertandingan Pusingan Suku Akhir - Bilik Orkid - Bilik Mawar - Bilik Seroja Pertandingan Pusingan Separuh Akhir - Bilik Orkid - Bilik Seroja Bersurai 26 JUN 2024 (RABU)


7.00 pagi 7.30 pagi 8.00 pagi 10:00 pagi 12:30 tengahari aturcara pertandingan Pendaftaran peserta dan hakim Sarapan pagi Taklimat peserta dan hakim Bertempat di Anjung Firdaus Pertandingan Akhir Pesta Pantun Daerah Tawau 2024 Tempat : Dewan Kirana Majlis Perasmian Penutupan Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku Bacaan doa Ulasan Pengerusi Teknik Daerah Tawau Pn. Norhayati binti Ag Besar Ucapan Pengerusi Pengelola Yang Berusaha, Pn. Rahmah binti Rahmat Guru Besar SK. Bandar Tawau II Ucapan Perasmian Penutupan Tn. Mat Noor bin Sima Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Penyampaian Hadiah - Sijil Penghargaan Hakim - Sijil Penghargaan Pegawai Teknik Pantun - Sijil Penghargaan Sekolah-Sekolah yang Bertanding - Saguhati - Tempat Ketiga - Naib Johan - Johan - Pemantun Terbaik Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau 2024 - Anugerah Ketrampilan Terbaik Penyampaian Cenderamata Perasmi Sesi bergambar Bersurai 27 JUN 2024 (KHAMIS)


JAWATANKUASA INDUK PENAUNG : YBRS. TUAN MATNOOR BIN HAJI SIMA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU PENASIHAT : YBRS. ENCIK VAEA BIN SARIMA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU. PENGERUSI : YBRS. PUAN RAHMAH BINTI RAHMAT GURU BESAR, SK. BANDAR TAWAU II. TIMBALAN PENGERUSI : TN. HJ. NAWIR BIN PALINGEI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SK. BANDAR TAWAU II NAIB PENGERUSI I : PN. ZAITUN BINTI OMAR PENOLONG KANAN KURIKULUM, SK. BANDAR TAWAU II NAIB PENGERUSI II : EN. MOHD SHA BIN HALIPA PENOLONG KANAN HEM, SK. BANDAR TAWAU II NAIB PENGERUSI III : PN. HADIJAH BINTI DAHLAN PENOLONG KANAN PETANG, SK. BANDAR TAWAU II NAIB PENGERUSI IV : EN. SUDIRMAN BIN SULAEMAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS, SK. BANDAR TAWAU II SETIAUSAHA : CIK NURUL ATIQAH BINTI ALI ZAPAR SETIAUSAHA PESTA PANTUN DAERAH TAWAU SETIAUSAHA II : PN. ZALINA BINTI MOHD NEE SETIAUSAHA II PESTA PANTUN DAERAH TAWAU BENDAHARI : PN. ELIZABETH INA JACOBUS @ NURUL HIDAYAH ABDULLAH PENGERUSI TEKNIK :PN.NORHAYATI BINTI AG BESAR


PENYELARAS PROGRAM : PN. SHAHIDAH BINTI ABD MURAT PENOLONG PENYELARAS EN. SHARIF ISMAIL BIN SHARIF MALIK SETIAUSAHA : CIK NURUL ATIQAH BINTI ALI ZAPAR PENOLONG SETIAUSAHA : PN. ZALINAH BINTI MOHD NEE FLOOR MANAGER : PN. SURIATI BINTI SUDIN AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA URUSETIA, PENDAFTARAN DAN SEMAKAN DOKUMEN PN. MONA ERAWATY BINTI AMAT PARDI (K) PN. ROSMINI BINTI DUMAN CIK SARINA BINTI SAPARUDDIN PENGHAKIMAN DAN TAKLIMAT PERTANDINGAN KETUA PN. NORHAYATI BINTI AG BESAR (PTPS PANTUN DAERAH TAWAU) AHLI: SETIAUSAHA & SETIAUSAHA II HAKIM SK BANDAR TAWAU II: 1. PN. KARIMAH BINTI JUNY 2. PN. FARIDAH BINTI KUMAR 3. PN. SITI NORSAMAH BINTI YAHAYA 4. PN. WAHAISA BINTI HASANUDIN 5. EN. MUHD HAIRUL AKMAL BIN BASIRIN JURU PANTUN KETUA 1) PN. ROINI HASLIZA BINTI ZAKARIA (BILIK 1 & PERINGKAT AKHIR) AHLI: 2) PN. AZIELAH BINTI MOHD ASRI (BILIK 2) 3) CIK NURUL MASNI (BILIK 3) 4) PN. KALSOM BINTI TANG (BILIK 4) PENJAGA MASA KETUA: PN. SUBARIATI BINTI NAHARU - BILIK 4 AHLI: 1) PN. SERI ROHAYU BINTI MD. YUSOFF (BILIK 2) 2) CIK VENESSA THOMAS (BILIK 3) 3) PN. NAZIRAH BINTI ALIAS (BILIK 1 & PERINGKAT AKHIR) P.A SYSTEM KETUA: EN. KASIM BIN LANDOSI @ LAMBOSI AHLI: EN. MOHD TAUFIQ BIN PALAWANGI BACAAN DOA USTAZ MUHAMMAD EIRFAN MIRZA BIN MASA BANNER & PUBLISITI EN. MOHD ISHAK BIN HAMSAH


AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA JURU ACARA MAJLIS PENUTUPAN & PANTUN PENGENALAN KETUA: CIK NURUL ATIQAH BINTI ALI ZAPAR AHLI: EN. MUHAMMAD AZIEM BIN ABD RAZAK HADIAH/SIJIL & CENDERAHATI KETUA: PN. ROSMAHANI BINTI MOHAMAD AHLI: 1) PN. NUR AIN NAJIHAH MUHAMMED LOTFI 2) PN. MASNAH BINTI BURAHIM 3) PN. JOSIE DAWILA 4) PN. NURUL HIDAYAH ABDULLAH 5) PN. MIDA BINTI IDRIS RAKAMAN GAMBAR DAN BULETIN PN. KARTINA BINTI TADING (BILIK 3 DAN 4) EN. HAIRULSAH BIN MALBRIN (BILIK 1, 2 DAN PENTAS AKHIR) PN. MASIHTA ABD MUTALIB (LIVE & BULETIN) JAMUAN VIP DAN HAKIM KETUA PN. SINAR BINTI KAMISI AHLI 1) PN. HARIZA BINTI LAYZIE 2)PN. ELIZABETH INA JACOBUS @ NURUL HIDAYAH ABDULLAH 3) PN. MIDA BINTI IDRIS 4) PN. ROSITA BINTI ABDUL BAKIL JAMUAN GURU PENGIRING DAN PESERTA KETUA: PN. SITI HAJAR BINTI ABD MAJID AHLI: 1) PN. SUTIKAWATI BINTI DOMINIKUS @ SHAMSUDIN 2) PN. JAMATIAH BINTI JAAFAR 3) PN. NOREZATUN BINTI SUBU @ ABDUL HAMID BUKU PROGRAM/BROCHURES KETUA: CIK MASJURHAINI BINTI JEFRI AHLI: 1) PN. ZAKIAH BINTI ABD RAHMAN 2) PN. MARHAINI BINTI MD ZAMRI 3) CIK MUNIRAH BINTI MAPPA LO BERTANDING KETUA: EN. SHARIF ISMAIL BIN SHARIF MALIK AHLI: 8 ORANG MURID PRS KEBERSIHAN PEKERJA PEMBERSIHAN SK. BANDAR TAWAU II & SEMUA STAF


PEGAWAI TEKNIKAL DAN HAKIM PERTANDINGAN NO. NAMA SEKOLAH 1 PN. NORHAYATI BINTI AG BESAR (PT) SK. SEPAGAYA 2 PN. NORFAIZAH BINTI ABDU RAHMAN (PT) SM ST. PATRICK 3 PN. KHAIRIAH BINTI KAHAR SMK. PASIR PUTIH 4 PN. NORAZIZAH BINTI BEDULATI 5 PN. SUBIARNI BINTI SUMMASE SK. HOLY TRINITY 6 PN. RASMINI BINTI NURUNG SM. ST PATRICK 7 PN. BUANA SAPENAH BINTI MOHD AMIN SM. HOLY TRINITY 8 PN. BADDARE BINTI MUHAMMAD SMK KUHARA 9 PN. NORHAIDAH BINTI SARAPUDDIN 10 NORFADILLAH BINTI ABDULLAH SMK. TAWAU 11 PN. SAMSIAH SUNDU SK. BANDAR TAWAU 12 DR. ISA ROMTIE SK. BALUNG 13 PN. NURFATIHA LUCIANA BENJAMIN SK. BATU PAYUNG 14 EN. MAULANA JAMAL SRI AL-FATEH TAMAN RIA 15 EN. MOHD IDHAM HASNOL 16 PN. HARIJAH BINTI USMAN SK. MUHIBBAHRAYA


PEGAWAI TEKNIKAL DAN HAKIM PERTANDINGAN NO. NAMA SEKOLAH 17 PN. NORMA KAMUNRI SK. BOMBALAI 18 PN. AIDA BINTI ZARAMAN SK. BATU 4 19 PN. NORASMAH BINTI ABDULLAH SK. TANJONG BATU 20 PN. FARIDAH BINTI KUMAR SK. BANDAR TAWAU II 21 EN. MOHAMMAD AFIQ BIN JOHARI SK. TAMAN TAWAU


SYARAT-SYARAT Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah dan sekolah rendah warganegara Malaysia di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. 1. 2.Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan. 3.Kategori yang dipertandingkan seperti berikut: Sekolah Rendah : Murid Tahun 4-6 Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1-5 4. Jumlah murid terdiri daripada lima orang peserta daripada sekolah yang sama bersama seorang guru pembimbing. 5. Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan pertandingan. Namun, pakaian seragam sekolah adalah dibenarkan. 6. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. Borang penyertaan perlu dihantar kepada JPN Pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan 7. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Pantun yang menghina dan merendahkan orang lain, lambang, identiti dan dasar negara juga dilarang. Penggunaan ayat Al-Quran dan hadis beserta terjemahan dalam pantun adalah dilarang sama sekali. FORMAT Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat (4) kerat iaitu pantun empat (4) baris yang mempunyai dua (2) baris pembayang dan dua (2) baris maksud. 1. 2.Rima hujung baris mestilah berpolakan “a/b/a/b”. 3.Masa menjual dan membeli pantun dikira berdasarkan arahan jurupantun. 4.Masa jual beli pantun adalah seperti berikut: SISTEM PEMARKAHAN 5. Loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menjual dan membeli telah bermula, dan loceng dibunyikan dua kali menandakan masa untuk jualan/belian pantun telah tamat. 6. Tema awal diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pertandingan. Tema pantun bebas disediakan oleh pemantun untuk dijual kepada pasukan lawan. 7. Pantun yang dijual mestilah mempunyai nilai murni dan bermesej positif, untuk memartabatkan nilai murni kehidupan masyarakat dan wajar diberikan pertimbangan markah yang baik. 8. Pemantun tidak dibenarkan menjual pantun yang berbentuk kuiz/teka-teki/ peribahasa. 9. Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan sama ada secara lisan ataupun bertulis. Sekiranya berlaku perbincangan, sebanyak 50 peratus daripada jumlah markah keseluruhan pasukan akan dipotong.


10. Tatacara pertandingan SEKOLAH RENDAH adalah seperti berikut: SISTEM PEMARKAHAN 11. Peranan Pasukan Pada setiap perlawanan, setiap pemantun akan menjalankan peranan seperti berikut: 12. Sapaan pantun Sapaan dalam bentuk pantun sebelum sesi jual beli pantun adalah tidak dibenarkan. 13. Pantun Pengenalan Pasukan yang layak ke Peringkat Akhir dikehendaki menyampaikan Pantun Pengenalan pasukan mereka sekali lagi sebelum Pertandingan Akhir dimulakan, namun tidak ada sebarang markah diberikan.


PEMARKAHAN 1.Markah akan dinilai meliputi aspek-aspek seperti yang berikut: Isi : 20 markah Bahasa : 20 markah Persembahan : 10 markah 2. Markah untuk Anugerah Keterampilan Terbaik (tidak termasuk markah keseluruhan jual/beli pantun) Persembahan Pantun Pengenalan : 10 markah Busana dan tatarias : 10 markah PENGHAKIMAN 1.Peringkat kebangsaan akan dinilai oleh lima orang hakim termasuk ketua hakim seperti yang berikut: Hakim Bahagian Isi : 2 orang Hakim Bahagian Bahasa : 2 orang Hakim Bahagian Persembahan : 1 orang 2. Setiap hakim akan menilai pertandingan mengikut kriteria yang ditetapkan, dan WAJIB membuat catatan terhadap kriteria yang dinilai sepanjang pertandingan berserta justifikasi pemarkahan. 3. Setiap hakim perlu cakna dan fokus dengan bahagian/kriteria pemarkahan yang diadilinya sahaja, serta tidak dibenarkan untuk terpengaruh dengan bahagian/kriteria yang lain dalam membuat keputusan. 4. Jika berlaku ketidakakuran markah dalam kalangan hakim, Ketua Hakim berhak meminta justifikasi panel hakim sebelum membuat penyelarasan markah dan membuat keputusan penuh. Contoh situasi: SISTEM PEMARKAHAN 5. Hakim mesti mematuhi segala peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep Pesta Pantun KPM. 6. Keputusan panel hakim adalah muktamad.


sk. Bandar tawau ii Sk.Taman Tawau Sk. KAMPUNG Titingan Sk. Batu 4 Sk. TanjOng Batu SR Islamiah Tawau SENARAI SEKOLAH BERTANDING SK. BANDAR TAWAU


PESERTA PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAWAU 2024 PESERTA PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAWAU 2024 PASUKAN SK. BANDAR TAWAU II (B) PASUKAN SK. BANDAR TAWAU 1. NURUL SAFIQAH QASEH BINTI SYAMSU ALAM 2. NURUL AFIYA BINTI SARPUDIN 3. CINTA ANGGUN NAYSILAH NABILAH AIN BINTI ABDULLAH 4. ARIF FURQON BIN ABDUL RAHMAN 5. MUHAMMAD DANIALAKIM BIN JUMADI PASUKAN SR ISLAMIAH TAWAU 1. MUHAMMAD RAFAEL ASYRAF BIN AMIR 2. NAURA ERYNA NAAZNEEN BINTI MOHAMMAD NOOR 3. MUHAMMAD RAHIMI BIN RAZIL 4. AZRI BIN AZIZ 5. ZARIF AIMAN BIN ASRI PASUKAN SK. BANDAR TAWAU II (A) 1. MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD AZLAN 2. NURUL SHAZRIYANI BINTI SHAMSUDDIN 3. AHMAD NUHA BIN BAHRUDDIN 4. MUHAMMAD AFIQ HANAFI BIN SAINAL 5. MUHAMMAD HAIRIL BIN MOHD AZLAN 1. NUR IZZATI BINTI AZLAN 2. NURKHAIRUNNISA FIKRIYAH BINTI TAI YUN SU 3. HANIF ILMAN BIN ASRI 4. ARIANA NUR HUSNA BINTI ROSLEE 5. IZZAT ASRAAF BIN BAHARUDDING


PESERTA PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAWAU 2024 PESERTA PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAWAU 2024 PASUKAN SK. KAMPUNG TITINGAN 1. KHAIRUNNISA BINTI KASIM 2. NURUL ELLIESYAH BINTI IBRAHIM 3. NURUL EMYLIA BATRISYA BINTI BERAHIM 4. ALIFF AZRIEANSYAH AAMIN BIN RAMLI 5. NURULAIN FATANAH BINTI GUNTUR PASUKAN SK. TAMAN TAWAU 1. MUHAMMAD RIDWAN BIN ABDULLAH 2. MUHAMMAD KHAUSAR HABIB BIN AZIZ 3. MUHAMMAD RASYID SYARIFF BIN CHARRA 4. NUR ARRISHA DAMIA BINTI ABDULLAH 5. MUHAMMAD SHARMIZIE BIN MUHAMMAD SHAIR PASUKAN SK. BATU 4 1. SHAFIRAH UMAIRAH BINTI SULTAN 2. NUR SYAFIQAH BINTI MUDDIN 3. MUHAMMAD KHAIRUL IMAN BIN SERE 4. MUHAMMAD FAWWAZ ZIKRI BIN ABDULLAH 5. NILAM NUR AFIEYAH BINTI SONI PERIYANTORO PASUKAN SK. TANJONG BATU 1. ANDI ZAHARAH BINTI KADIR 2. NUR SYUHADA BINTI SYAMSUDDIN 3. MUHAMAD FAHRIN BIN TAYUDIN 4. MULAN IZARA BINTI ABDULLAH 5. PUTRI NURWAFA ASYILA BINTI SYAMSUDDIN


BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. PUSINGAN 2 NAMA SEKOLAH SR ISLAMIAH TAWAU SK TAMAN TAWAU SK BANDAR TAWAU SK BANDAR TAWAU II (B) SK TANJONG BATU SK BATU 4 SK KG TITINGAN SK BANDAR TAWAU II (A) CATATAN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI CABUTAN UNDIPERTANDINGAN PESTAPANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKATDAERAH TAWAU 2024 PUSINGAN 1 NAMA SEKOLAH SR ISLAMIAH TAWAU SK KG TITINGAN SK TANJONG BATU SK BANDAR TAWAU II (B) SK TAMAN TAWAU SK BANDAR TAWAU SK BATU 4 SK BANDAR TAWAU II (A) BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. CATATAN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI


PELAN KEDUDUKAN SUSUN ATUR BILIK PERTANDINGAN PELAN KEDUDUKAN SUSUN ATUR BILIK PERTANDINGAN


pelan bilik-bilik pertandingan pesta pantun peringkat daerah tawau 2024 pelan bilik-bilik pertandingan pesta pantun peringkat daerah tawau 2024 Tempat Peserta Tempat Peserta Meja Pendaftaran & Penyerahan Makanan Murid (Peserta) DEWAN KIRANA


pelan bilik-bilik pertandingan pesta pantun peringkat daerah tawau 2024 pelan bilik-bilik pertandingan pesta pantun peringkat daerah tawau 2024


pelan bilik-bilik pertandingan pesta pantun peringkat daerah tawau 2024 pelan bilik-bilik pertandingan pesta pantun peringkat daerah tawau 2024


CATATAN


PENGHARGAAN TN. HJ MAT NOOR BIN SIMA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU YB. PN. RINA HJ JAINAL SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI KEWANGAN NEGERI SABAH, MERANGKAP ADUN N70 KUKUSAN GURU-GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAWAU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TITINGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 4 SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BATU SEKOLAH RENDAH ISLAMIAH TAWAU SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU GURU-GURU PENOLONG KANAN AHLI JAWATANKUASA INDUK & PENGELOLA GURU-GURU PENGIRING AHLI KUMPULAN PELAKSANA JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN BAGI SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAWAU BAGI TAHUN 2024 DISEDIAKAN OLEH : AJK BUKU PROGRAM SK. BANDAR TAWAU II YB. ANDI MUHAMMAD SURYADY BIN HJ. BANDY PEMBANTU MENTERI PERINDUSTRIAN KEUSAHAWANAN NEGERI SABAH MERANGKAP P191 KALABAKAN DAN ADUN N71 TANJUNG BATU


Click to View FlipBook Version