25 Dewan smk (p) sri aman 8.30 pagi Ogos 2023 Majlis AnugerahKecemerlangan Akademik 2022 Dirasmikan oleh: PUAN HANIZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama WE INSPIRE TO ASPIRE
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Anak Baik lagi Cerdik, Salam Insan Karamah, Salam Malaysia Madani, dan Salam Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk memberikan sekapur sirih dalam buku program ini. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK (P) Sri Aman kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua puteri SMK (P) Sri Aman yang telah mengukir kejayaan yang cemerlang serta telah mengharumkan nama sekolah dan PPD Petaling Utama. Saya sangat yakin bahawa kejayaan ini merupakan berkat daripada komitmen yang tinggi, nawaitu yang jitu dan semangat yang padu oleh warga SMK (P) Sri Aman. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan sekolah terhadap muridmurid yang cemerlang. Sesungguhnya, untuk menjadi murid yang cemerlang, usaha yang gigih dan pengorbanan masa yang banyak sangat diperlukan. Oleh itu, saya berharap agar semua yang berjaya ini terus bermotivasi untuk mencipta lebih banyak kejayaan yang gemilang dan terbilang dalam apa-apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang. Sesungguhnya, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu, menguasai kemahiran, memantapkan sahsiah, mengasah bakat, dan mengembangkan potensi agar menjadi generasi madani yang diimpikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Lantaran itu, saya berharap semoga anugerah kecemerlangan yang diraih ini akan terus menjadi daya penggerak dan pembakar semangat untuk terus mempertingkatkan usaha dan prestasi ke peringkat lebih tinggi. Murid-murid perlu bersaing secara sihat untuk terus cemerlang dan sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan secara berterusan, iaitu berpegang kepada konsep kaizen, agar menjadi suri teladan kepada murid-murid yang lain. Akhirulkalam, saya berdoa agar SMK (P) Sri Aman sentiasa beroleh kejayaan dan menjadi platform yang unggul untuk melahirkan generasi berwibawa yang mampu menjadi pewaris dan peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang. Sekian, Terima kasih. PUAN HANIZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama Kata Alu-aluan PEGAWAI Pendidikan daerah ppd petaling utama Kata Alu-aluan PEGAWAI Pendidikan daerah ppd petaling utama
Kata Alu-aluan pengetua smk (p) sri aman Kata Alu-aluan pengetua smk (p) sri aman Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Anak Baik lagi Cerdik, Salam Insan Karamah, Salam Malaysia Madani dan Salam Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas buat warga Sri Aman khususnya puteri-puteri yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum serta dalam pengamalan akhlak terpuji. Semoga kejayaan puteri-puteri pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan datang selaras dengan hashtag sekolah ‘We Inspire to Aspire’. Tahniah dan jutaan terima kasih juga kepada PIBG SMK (P) Sri Aman, barisan ibu bapa dan guru-guru atas segala kerjasama, komitmen, dorongan, didikan serta perhatian terhadap puteri-puteri Sri Aman sehingga mereka mampu memperoleh kejayaan yang cemerlang. Semua warga sekolah memainkan peranan penting dalam menggalas misi dan visi sekolah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang diharapkan ialah ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru saya percaya dengan kerjasama jitu yang sedia ada antara ibu bapa dan pihak sekolah akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan di SMK (P) Sri Aman. Akhir kata, sekalung tahniah kepada semua ahli jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik di atas kejayaan penganjuran majlis pada tahun ini. Komitmen semua pihak dalam merencanakan kejayaan sekolah ini sangat dihargai. Semoga segala usaha membentuk modal insan yang seimbang dalam semua aspek kehidupan akan mendapat rahmat daripada Ilahi. Sekian Terima Kasih. PUAN SUHAFNA BINTI A RAHMAN Pengetua SMK (P) Sri Aman
Kata Alu-aluan ydp pibg smk (p) sri aman Kata Alu-aluan ydp pibg smk (p) sri aman Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk melakarkan kata alu-aluan bagi Majlis AnugerahKecemerlangan Akademik SMK (P) Sri Aman pada tahun ini. Syabas dan tahniah sayaucapkan kepada semua kerana anugerah ini merupakan acara tahunan yang memberi pengiktirafan istimewa kepada murid-murid SMK (P) Sri Aman yang cemerlang. Sayayakin majlis sebegini akan meningkatkan semangat semua murid dan para guru untuklebih bermotivasi mencatat kejayaan pada masa akan datang. Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa SMK(P) Sri Aman lebih beraspirasi untuk meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademikdalam kalangan murid. Sememangnya PIBG akan sentiasa menyokong segalaprogram dan aktiviti yang melibatkan para guru dan murid dengan pelbagai carakerana kami percaya tindakan yang seia dan sekata akan membuahkan hasil yanglebih mapan. Akhir sekali, saya mewakili ibu bapa SMK (P) Sri Aman, sekali lagi mengucapkantahniah kepada murid serta guru-guru yang menerima anugerah pada hari ini. Harapan saya semoga SMK (P) Sri Aman akan terus mencipta dan mengukir kejayaandalam pelbagai bidang yang sedang dan akan diceburi. Teruskanlah mengharumkannama sekolah dan menjadi contoh terbaik kepada sekolah-sekolah lain sesuai denganslogan sekolah iaitu ‘We Inspire To Aspire’. Sekian, Terima kasih. KOLONEL (DR) SITI SALMIAH BINTI AWANG YDP PIBG SMK (P) Sri Aman KAT PPA PPS
Atur Cara Majlis Pendaftaran Nyanyian Lagu 'Negaraku' Nyanyian Lagu Negeri Selangor Bacaan doa Ucapan oleh Pengetua SMK (P) Sri Aman Puan Suhafna binti A Rahman Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama Puan Haniza binti Mohd Jabar@Ibrahim Persembahan Orkestra Penyampaian Anugerah Cemerlang (1) Persembahan Nyanyian Solo Penyampaian Anugerah Cemerlang (2) Persembahan Tarian Penyampaian Anugerah Cemerlang (3) Bersurai 0830 - 0900 - - - - - - - - - - - 1200 -
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Sekalung Penghargaan Pengetua dan warga SMK (P) Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Puan Haniza binti Mohd Jabar @ Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama atas kesudian menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022. Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Alumni SMK (P) Sri Aman dan semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini. Bersarang tempua di pohon kuini Elok buahnya menjadi dagangan Usah jemu bertamu di sini Moga mekar jadi kenangan