AMANAT GURU BESAR
DARI MEJA PENGURUS SEKOLAH 2019
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat Sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan
kesempatan untuk merakamkan ‘Kata Alu-Aluan’ dalam buku pengurusan sekolah ini bagi
keluaran tahun 2019. Syabas dan tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya menerbitkan
buku pengurusan sekolah ini.
Bidang pendidikan di negara kita akan terus berkembang maju dan mengalami proses
transformasi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 merupakan suatu
manifestasi kepada proses transformasi yang direncana bagi meledakkan pembangunan
pendidikan di negara ini. Proses ini bagi menterjemah kepemimpinan, pengurusan, pembelajaran
dan pengembangan potensi ilmu, kemahiran serta kepakaran abad ke-21 perlu dijanakan seawal
di peringkat sekolah lagi. Menerusi proses pembangunan potensi yang dirancang secara
berterusan dan dilestarikan penambahbaikan, modal insan kelas pertama akan dapat dihasilkan.
Saya amat yakin bahawa buku pengurusan ini merupakan manifestasi kolaboratif,
komitmen serta panduan bagi semua pihak iaitu guru dan barisan kepimpinan sekolah. Inilah
sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh yang perlu dikekalkan. Akhir kata, marilah kita
bersama-sama memberi komitmen sepenuhnya untuk mengukir kecemerlangan sekolah seiring
dengan matlamat sekolah dan harapan ibu bapa.
Sekian, terima kasih.
()
MAT SAAD BIN YUSOFF
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Melati.
MAKLUMAT AM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia yang digubal pada
1988 dan disemak semula pada 1996, termaktub dalam visi kementerian
dan kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusanke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secaramenyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”
SENARAI GURU DAN STAF SOKONGAN SK MELATI TAHUN 2019
BIL NAMA NO. KAD PERGERAKAN GRED
PENGENALAN GAJI JAWATAN
1 MAT SAAD B YUSOFF 650430025449 JANUARI DG44
2 YUNUS B MOHAMED ALI FIAH 720105085369 JULAI DG41
3 OSLINA BINTI OTHMAN 750530115482 JULAI DG42
4 MOHD HASBULLAH B RAHIM 820215015669 JANUARI DG32
5 NORHAYATI BT JAMALUDIN 680103085310 JULAI DG42
6 MARLIZA BT. ZAINUN 711112055438 OKTOBER DG44
7 ANUAR B. KADIR 701206115017 OKTOBER DG44
8 SURIA BINTI SUKIMI 700218015860 JULAI DG42
9 HAZMAN BIN MOHD ALI 751230065043 OKTOBER DG32
10 SITI ZUBAIDAH BT. YUSOF 750710115252 APRIL DG32
11 NOR HASLIANA BT. HASAN 781016115174 JULAI DG42
MOHD BAXRI @ BAKRI BIN CHE JANUARI
12 SA'AT
790124035029 DG44
13 MASRITA BT MOHAMAD 811004065864 JANUARI DG44
14 JULIDA BINTI GHAZAK 820310115334 JANUARI DG44
15 MOHD ROSLIZAN BIN ABU HASSAN 811112065247 JANUARI DG44
16 FADIL BIN MOHD KAMAR 800610065529 JANUARI DG41
17 ANITA BT MUSA 820102115866 JANUARI DG41
18 NORHAYANI BT BOHARI 760410105510 JANUARI DG41
19 NORHANA RITA BINTI MD SALEH 740214105232 JULAI DG32
20 ANWAR SHAFIQ B JAMALUDIN 880721066359 JANUARI DG41
21 SHAFIZI BIN SUHAIMI 871111086403 JANUARI DG41
22 HASLIZAN BIN HASAN 730707035165 JANUARI DG44
MARINIE BINTI JALALUDDIN @ 760715065468 JANUARI DG44
23 MOHD RASID 910906015974 JANUARI DG41
24 NUR’AIN BT SULAIMAN
MUHAMMAD HAFIQ NASYITUN B 910202065789 JANUARI DG41
25 HAMDAN 860506335757 JANUARI DG41
26 MOHD KHALID B MUHAMAD NOR 920704065200 JULAI DG41
WAN NURHAKIMAH BALQIS BT 930603065868 OKTOBER DG41
ABD WAHAB @ WAN ABDUL 890524065284 OKTOBER DG41
27 WAHAB 730404026157 JANUARI
880413065450 N1
SUGANTHI DIANA A/P 921119015610 APRIL N19
28 ASIRAVATHAM OKTOBER N19
891019115695
29 BAVANI A/P RAJALINGAM JULAI DG41
30 AHMAD ZAMRI BIN ABD RASHID
29 CHE SITI HALIJAH BT CHE ISMAIL
30 NUR AINA BINTI AB JALANI
MUHAMMAD NAZREEN BIN ABDUL
31 RAZAK
32
VISI & MISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
VISI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestari Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
MATLAMAT SEKOLAH
1. Mencapai keputusan yang cemerlang dalam penilaian dan
peperiksaan UPSR seperti kehendak PKKP.
2. Melahirkan ramai pelajar yang cemerlang, insan yang ihsan,
berdaya saing dan daya ketahanan diri yang tinggi untuk
mencapai keputusan yang memberangsangkan.
3. Melahirkan ramai pelajar yang berjaya ke asrama penuh dan
memasuki pusat-pusat pengajian tinggi.
4. Membasmi dan mengurangkan buta huruf, buta Matematik,
buta Bahasa Inggeris dan buta Al-Quran.
5. Melahirkan pelajar-pelajar yang berbakat dalam
bidang ko-kurikulum.
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenuhi Aspirasi Negara
PIAGAM PELANGGAN
(Guru & Kakitangan)
1. Memastikan semua guru & kakitangan diberi layanan
yang adil dan saksama.
2. Memastikan kebajikan guru & kakitangan diutamakan.
3. Memastikan perkhidmatan guru & kakitangan dikemaskini.
4. Memastikan setiap staf menghadiri kursus/ latihan
taklimat/ seminar/ mesyuarat yang dipertanggungjawabkan.
5. Setiap staf sekolah yang menerima latihan yang
bersesuaian dan perlu mengadakan kursus dalaman
PIAGAM PELANGGAN
(Ibu bapa / Penjaga)
1. Setiap penjaga yang berurusan dengan sekolah akan dilayani
dengan adil dan mesra.
2. Memastikan setiap pembayaran daripada ibu bapa diberi
resit rasmi.
3. Setiap aduan akan disiasat dan dimaklumkan dalam masa 3 hari.
4. Setiap cadangan atau usul yang baik dan munasabah akan
dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
5. Memastikan harapan terhadap sekolah tidak akan disia-siakan.
6. Sebarang maklumat/ informasi terkini yang berkaitan dengan murid
akan disampaikan kepada ibu bapa dengan kadar segera
PIAGAM PELANGGAN
(Murid)
1. Memastikan semua murid selamat sepanjang berada
dalam kawasan sekolah.
2. Memastikan semua murid menerima PdP yang berkualiti.
3. Memastikan semua murid tahap 2 melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum.
4. Memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M.
5. Memastikan murid yang layak menerima
sumbangan/ bantuan dengan adilnya.
6. Melahirkan murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
SEKOLAH KEBANGSAAN MELATI
Peti Surat 30, 26900 Bandar Abdul Razak,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-4530049 Fax : 09-4531063
Emel : [email protected]
_____________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : CBA8027 100-1/9/1( )
Tarikh : 26 Disember 2018
Kepada :
Semua Guru dan Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Melati
26900 Bandar Tun Razak,
Pahang Darul Makmur.
Tuan,
PELANTIKAN MENDUDUKI JAWATANKUSA BIDANG AKADEMIK, HAL EHWAL
MURID DAN KOKURIKULUM BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan sekolah telah merangka satu jawatankuasa kerja
sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2019.
3. Sehubungan dengan itu, tun telah dilantik menduduki jawatankuasa-jawatankuasa
berkenaan sebagaimana dinyatakan dalam BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2019.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
Terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menjalankan amanah,
(MAT SAAD BIN YUSOFF)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Melati.
PELAN SE
EKOLAH
PELAN SE
EKOLAH
PELAN BILIK DARJAH
Papan Hitam/Putih
Meja Guru P
i
n
t
u
P
i
n
t
u
LAGU SEKOLAH
LAGU SEKOLAH SK MELATI
Satu nama satu harapan
SK Melati yang tercinta
Didik anak bangsa berjasa
Tuju arah satu wawasan
Sentiasa bergerak maju
Cekal, tabah, berdisiplin
Bersatu hati bergerak maju
Tekad azam ke puncak jaya
Guruku bimbinglah kami,
Agar jadi insan yang cemerlang,
Bakti murnimu tetap abadi
Jasamu tersemat di hati
Pendidikan teras wawasan
Sentiasa jadi pegangan
Lahirkan insan yang terbilang,
Berilmu, berwawasan, berbakti.
SKM maju gemilang
SKM maju gemilang
INTEGRITI
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2019
* Hari Persekolahan Tidak Boleh Kurang Daripada 190 Hari
CUTI PERAYAAN 2019