The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izanida12, 2021-09-04 23:58:43

Buku Program MAT PIBG kali 36

tahun 2021
SMK Sanglang

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANGLANG

06150 AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE- 36

Hari : Isnin (06.09.2021)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Kediaman masing-masing

(Google Meet)
https://meet.google.com/hpa-eovk-oic

PERASMIAN OLEH:
YANG BERUSAHA PUAN NORNISA BINTI ASMARAN
(PENGETUA SMK SANGLANG)

1

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 ATUR CARA MAJLIS 3

2 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 4-5

3 SEKAPUR SIREH PENASIHAT PIBG 6

4 SEULAS PINANG YDP PIBG 7

5 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 8

6 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021 9

7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 10-13

8 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020/2021 14-16

9 LAPORAN KEWANGAN 17-19

10 UNDANG-UNDANG KECIL BANTUAN TABUNG KHAIRAT 20
KEMATIAN DAN KEBAJIKAN

11 BAYARAN TETAP PIBG DAN PERSEKOLAHAN 2021 21

12 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 22
KE- 36

13 SEKALUNG BUDI 23

2

Atur cara majlis mesyuarat agung pibg
Kali ke 36

2.00 ptg : Pendaftaran Guru dan Waris ( Google Form)
2.30 ptg : Ketibaan Para Jemputan ke Pautan Google Meet Mesyuarat

Agung PIBG
2.45 ptg : -Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

-Nyanyian lagu Negaraku
-Bacaan Doa
-Ucapan YDP PIBG
(En. Ahmad Nazzari bin Othman)
- Ucapan Perasmian
(Pn. Nornisa binti Asmaran) Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Sanglang
3.30 ptg : Mesyuarat Agung PIBG SMK Sanglang kali ke-36

3
3

Rujukan kami : SMKS 700-10/1/1( )
Tarikh : 16 Ogos 2021

Ibu bapa/ penjaga dan guru,
Ahli – ahli PIBG,
SMK Sanglang,
06150 Ayer Hitam,
Kedah Darul Aman

Tuan/puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK SANGLANG KALI KE- 36.

Berhubung perkara di atas, adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut
akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh/Hari : 6 September 2021

Masa : 2.30 petang

Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet) pautan akan diberikan

kemudian.
2. Bersama – sama ini disertakan slip jawapan kehadiran serta borang usul untuk dilengkapkan.

Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru tingkatan selewat- lewatnya pada 23 Ogos 2021

(Isnin). Pautan Google Form yang akan diberikan dalam group whatsaap kelas anak jagaan tuan/puan.

3. Kerjasama tuan/puan dalam memeriahkan dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 36
ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
( AHMAD NAZZARI BIN OTHMAN)
Yang Dipertua
PIBG,
SMK Sanglang 2020/2021
s.k : Pengetua SMK Sanglang
Penolong Kanan HEM SMK Sanglang

4
4

BORANG PERNYATAAN USUL
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE- 36

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG),
SMK SANGLANG, AYER HITAM KEDAH

Setiausaha PIBG,
SMK Sanglang,
06150 Ayer Hitam,
Kedah Darul Aman

Tuan/puan,

PERNYATAAN USUL IBU BAPA/ PENJAGA.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
…………………………………………………………

Nama pembawa usul :_____________________________________

Nama anak disekolah ini:_____________________________________ Tingkatan: __________

(Sila kembalikan borang pernyataan usul ini sebelum (23.8.2021- ISNIN) di pondok pengawal SMK
Sanglang)

5
5

Sekapur sireh penasihat pibg
pengetua smk sanglang

Bismillahhirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-36 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu
bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang
berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini walaupun
negara kita sedang berdepan dengan Covid-19.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

SMK Sanglang menggalas visi menjadi sekolah cemerlang dengan misinya membangunkan
sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaaan. Hal ini selaras dengan pepatah ‘Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan. Kita sedia
maklum bahawa anak-anak ini merupakan penyejuk hati, pengarang jantung. Kelahiran seseorang anak
menjanjikan harapan yang tinggi menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan
hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan ibu
bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-
anak kepada pihak sekolah sahaja.

Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak
ini. Sebagai permulaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran, ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR). Selain itu, ibu bapa perlu memastikan
anak-anak bangun awal dan mengikuti kelas secara dalam talian agar masalah keciciran pelajar SMKS
dapat diatasi. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anak-
anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak rasa tersisih.

Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu ditanam dan
disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan
mewarnainya. Anak-anak memerlukan masa untuk bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu
bapa perlu memastikan bahawa mereka mempunyai masa untuk tujuan tersebut. Hal ini tidak mustahil
dilakukan walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa boleh menelefon guru mata pelajaran untuk bertanya
khabar pada waktu yang berkesempatan. Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Sekian, terima kasih.

NORNISA BINTI ASMARAN
Pengetua SMK Sanglang, Kedah

6
6

Seulas pinang
yang dipertua pibg smk sanglang

Bismillahhirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan mesyuarat Agung
PIBG kali ke-36 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat
meluangkan masa untuk hadir mesyuarat hari ini.

Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat
Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan negara kita sedang dilanda wabak Covid-19.
Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi
berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam
akademik mahupun kokurikulum.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,

Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang
telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa
memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun
kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah
diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-
program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.
Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG.
Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,

Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan
tersebut bukan semata- mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak
sentiasa melibatkan diri dalam kelas secara atas talian. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah
yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut
membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Sanglang terus
melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan
lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.

Sekian, Terima kasih.
AHMAD NAZZARI BIN OTHMAN
YDP PIBG SMK Sanglang

7
7

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-36

1. Ucapan alu – aluan pengerusi PIBG
2. Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG

kali ke- 35
3. Membentang Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2020/2021
4. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
5. Membahaskan Usul – usul
6. Hal – hal lain
7. Ucapan penangguhan

8
8

Senarai nama pengerusi dan ahli
jawatankuasa persatuan ibu bapa

dan guru 2020/2021

YDP PIBG : EN. AHMAD NAZZARI BIN OTHMAN
NAIB YDP : EN. AZIZ BIN MAT SAHAK
SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD SYAKIFF BIN ABDULLAH
BENDAHARI : ZURAIDAH BT ABDULLAH
AHLI J/K WARIS :EN. SANUSI BIN SHAARI
PN ERMALIZA BINTI ELIAS
AJK GURU PN. YUSNIWATI BT MUSTAFA
PN. MUZIRAH BT JAAFAR
PEMERIKSA KIRA-KIRA EN. HALIPAH BIN SHAFIEE
PN. NORAINI BT RAMLI
PN FATIMATUL HAZWANI BINTI OTHMAN

: PN SHUHADA BT DAUD
PN FATIMAH BT MUSTAFA
EN. MOHD FIRDAUS BIN RAZALI
PN SALMAH BT MAD ISA

: PN CHEK RUSLINA BT KAMIS
PN. ZAINAB BT YAACOB

9
9

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE -35

Tarikh : 5 /3 / 2020 ( Khamis )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan SMK Sanglang

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN
1.1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG
SMK Sanglang iaitu En. Hamdan bin Jusoh.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua waris dan AJK PIBG yang hadir dan
mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 En. Muhamad Shakif Bin Abdullah selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit
mesyuarat kali ke-34 untuk disemak seterusnya mencadangkan supaya minit
tersebut diterima dan disahkan.
2.2 Minit Mesyuarat Agung PIBG dicadangkan oleh En. Abu Bakar Bin Toyib dan
disokong oleh En. Sanusi bin Shaari.
Tindakan : Semua ahli mesyuarat

3.0 MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2019/2020
3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG 2019/2020 yang telah
dilaksanakan sepanjang sesi tersebut seperti di halaman 15 Buku Program
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 34.
Tindakan : Makluman

10
10

4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
4.1 Pn. Zuraidah Binti Abdullah membentangkan penyata kewangan pada muka
surat 16 hingga 18.
4.2 En. Abu Bakar bin Toyib menyoal berkaitan jumlah Bayaran Tetap PIBG. Puan
Zuraidah menyatakan jumlah Bayaran Tetap PIBG berbeza mengikut tingkatan.
4.3 Mesyuarat bersetuju untuk mengutip sumbangan PIBG bagi tahun 2020 iaitu
Tingkatan 1 RM 100
Tingkatan 2 RM 100
Tingkatan 3 RM 150
Tingkatan 4 RM 100
Tingkatan 5 RM 150

4.4 En. Hamdan meminta setiausaha menerangkan mengenai Khairat Kematian.
En. Shakif menerangkan mengenai Undang-undang Kecil Bantuan Tabung
Khairat Kematian dan Kebajikan pada muka surat 19 Buku Program Mesyuarat
Agung PIBG Kali ke 34.

4.5 Penyata Kewangan Mesyuarat Agung PIBG dicadangkan oleh En. Sanusi bin
Shaari dan disokong oleh En. Abu Bakar bin Toyib.
Tindakan : Makluman

5.0 MEMBAHASKAN USUL-USUL
5.1 En. Hamdan bin Jusoh membacakan usul-usul.

5.2 Pn Sharifah memaklumkan bahawa usul ( membaiki bilik air pelajar ) pihak
sekolah sentiasa perbaiki bilik air pelajar setiap hujung tahun. Namun selepas
sebulan sesi persekolahan dibuka, pintu bilik air telah rosak dan ada pintu yang
terus tiada. Pihak sekolah akan perbaiki dari semasa ke semasa.

5.3 Pn. Sharifah memaklumkan bahawa usul (kenapa balik awal dan balik lambat ),
pihak sekolah telah memaklumkan kepada pelajar lebih awal sehari sekiranya
pelajar dibenarkan pulang awal. Pelajar dibenarkan pulang awal sekiranya
sekolah ada sesuatu program.

5.4 Pn. Sharifah memaklumkan bahawa pelajar boleh hadir lewat ke sekolah
sekiranya hujan lebat. Pada hari biasa pelajar tidak dibenarkan datang lewat.

5.5 Pn Sharifah memaklumkan bahawa untuk meluaskan kawasan parking motosikal
dan menambak batu sekitar surau, pihak sekolah sudah membuat permohonan
kepada Dr Salmee.

11
11

5.6 Mohd Firdaus bin Rosli mencadangkan pihak sekolah perlu menambah baik
persekitaran kawasan sekolah,mewujudkan taman dan menambah tanaman
pokok-pokok bunga.

5.7 Mohd Firdaus juga mencadangkan pihak sekolah memperkasakan akademik
campuran, di mana pelajar cemerlang dicampurkan dengan pelajar yang kurang
cemerlang . Dengan adanya campuran ini, pelajar cemerlang dapat membantu
pelajar kurang cemerlang di dalam kelas.

6.0 MELANTIK JAWATANKUASA BARU

6.1 Pengerusi membubarkan Jawatankuasa PIBG yang lama.

6.2 Senarai nama Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021.

YDP PIBG : EN. AHMAD NAZZARI BIN OTHMAN

NAIB YDP : EN. AZIZ BIN MAT SAHAK

SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD SYAKIFF BIN ABDULLAH

BENDAHARI : ZURAIDAH BT ABDULLAH

AHLI J/K WARIS :EN. SANUSI BIN SHAARI

PN ERMALIZA BINTI ELIAS

PN. YUSNIWATI BT MUSTAFA

PN. MUZIRAH BT JAAFAR

EN. HALIPAH BIN SHAFIEE

PN. NORAINI BT RAMLI

PN FATIMATUL HAZWANI BINTI OTHMAN

AJK GURU : PN SHUHADA BT DAUD
PN FATIMAH BT MUSTAFA
EN. LIEM A/L TAN BUM BANG
PN SALMAH BT MAD ISA

PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN CHEK RUSLINA BT KAMIS
PN. ZAINAB BT YAACOB

7.0 HAL-HAL LAIN
Tiada.

12
12

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Kata-kata aluan kepada barisan AJK PIBG yang baru. Tuan pengetua
mengucapkan tahniah kepada AJK baru dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ajk lama dan memohon ampun dan maaf sepanjang bertugas disini.
8.2 En. Hamdan mengucapkan ucapan tahniah kepada semua ajk lantikan baru dan
semoga terus cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.

Dicatat oleh : Dicatat oleh : Disemak oleh:

Pn. Chek Ruslina Kamis Pn. Norhacita bt Hashim Muhammad Syakiff Abdullah

13
13

Laporan aktiviti tahunan pibg
sesi 2020/2021

1. AHLI JAWATAN KUASA

PENASIHAT : PN. NORNISA BINTI ASMARAN

YDP PIBG : EN. AHMAD NAZZARI BIN OTHMAN
NAIB YDP : EN. AZIZ BIN MAT SAHAK
SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD SYAKIFF BIN ABDULLAH
BENDAHARI : ZURAIDAH BT ABDULLAH
AHLI J/K WARIS :EN. SANUSI BIN SHAARI
PN ERMALIZA BINTI ELIAS
PN. YUSNIWATI BT MUSTAFA
PN. MUZIRAH BT JAAFAR
EN. HALIPAH BIN SHAFIEE
PN. NORAINI BT RAMLI
PN FATIMATUL HAZWANI BINTI OTHMAN

AJK GURU : PN SHUHADA BT DAUD
PN FATIMAH BT MUSTAFA
EN. MOHD FIRDAUS BIN RAZALI
PN SALMAH BT MAD ISA

PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN CHEK RUSLINA BT KAMIS
PN. ZAINAB BT YAACOB

14
14

2. TARIKH-TARIKH MESYUARAT AJK PIBG

Pertama : 16.06.2020

Kedua : 04.11.2020

Ketiga : 18.02.2021

Keempat : 15.08.2021

3. KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT
S / / /
BIL. NAMA / B B B
1. En. Ahmad Nazzari bin Othman / / P
2. En. Haron bin Abd. Ghani
3. Tn. Haji Mohamad Radzai bin Haji // / /
// / /
Sulaiman // / /
4. Pn. Nornisa binti Asmaran P
5. En. Aziz bin Mat Sahak // / /
6. En. Rohai Zak bin Sidi Ali // / S
7. Pn. Sarifah binti Abd. Razak // S S
8. Pn. Nor Sakila binti Zukhi // / S
9. Pn. Hamiah binti Salleh // S /
10. Pn. Shuhada binti Daud // / /
11. En. Sanusi bin Shaari // / /
12. Pn. Fatimatul Hazwani binti Othman /S S /
13. Pn. Ermaliza binti Elias // / S
14. Pn. Yusniwati binti Mustafa // / P
15. Pn. Muzirah binti Jaafar // / S
16. En. Halipah bin Shafie // / /
17. En. Liem a/l Tan Bung Bang // / /
18. Pn. Zuraidah binti Abdullah /
19. En. Muhammad syakiff bin Abdullah
20. Pn. Fatimah binti Mustafa
21. Pn. Salmah binti Mad Isa
22. En. Mohd Firdaus bin Razali

PETUNJUK HADIR
/: TIDAK HADIR
0: TIDAK HADIR BERSEBAB
S: BERPINDAH
P: BERSARA
B:

15
15

4. AKTIVITI-AKTIVITI PIBG 2020

BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN
SEMUA PELAJAR
1 Kejohanan Merentas Desa SMKS 2020 JANUARI 2020 SEMUA PELAJAR
SEMUA PELAJAR
2 Kejohanan Olahraga SMKS 2020 FEBRUARI 2020 SEMUA PELAJAR

3 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 35 05 MAC 2020 PELAJAR TINGKATAN
5
4. Majlis Hari Temu Mesra Bersama Waris Kali ke 2 05 MEI 2019
SEMUA PELAJAR
5. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana DISEMBER 2020 SEMUA PELAJAR
Tahun 2020 SEMUA PELAJAR
SEMUA PELAJAR
6. Menambak Keliling surau NOVEMBER 2020 SEMUA PELAJAR
PELAJAR TINGKATAN
7. Membesarkan Laluan Masuk ke Kawasan Sekolah NOVEMBER 2020
5
8. Membina Tempat Letak Motosikal NOVEMBER 2020
PELAJAR TINGKATAN
9. Membersihkan Kawasan Padang Sekolah NOVEMBER 2020 5

10. Menebang Pokok di Hadapan Surau NOVEMBER 2020 PELAJAR TINGKATAN
5
11. Hari Temu Mesra Bersama Waris Pelajar

Tingkatan 5

12. Program Dialog Prestasi Bersama Pelajar
Tingkatan 5

13.

Program Pacuan Cemerlang Pelajar Tingkatan 5

1616

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANGLANG
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

(PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANGLANG
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

(PIBG)
RM RM

PENERIMAAN

Baki Pada 1/1/2020 6 464.92
1) SUMBANGAN PELAJAR – JANUARI 2020 120.00
2) SUMBANGAN PELAJAR –FEBRUARI 2020 0.00
3) SUMBANGAN PELAJAR –MAC 2020 780.00
4) SUMBANGAN PELAJAR –APRIL 2020 0.00
5) SUMBANGAN PELAJAR –MEI 2020 0.00
6) SUMBANGAN PELAJAR –JUN 2020 0.00
7) SUMBANGAN PELAJAR –JULAI 2020
8) SUMBANGAN PELAJAR –OGOS 2020 1 110.00
9) SUMBANGAN PELAJAR –SEPTEMBER 2020 0.00
10) SUMBANGAN PELAJAR –OKTOBER 2020
120.00
11) SUMBANGAN PELAJAR –NOVEMBER 2020
270.00
12) SUMBANGAN PELAJAR –DISEMBER 2020
30.00

60.00

JUMLAH PENERIMAAN 8 954.92

PEMBAYARAN 500.00
1) HADIAH KEJOHANAN OLAHRAGA SMKS 2020 375.00
2) KEJOHANAN OLAHRAGA SMKS 2020
3) JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG KALI 1 SESI 2020 86.40

17
17

5) JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG KALI 2 SESI 2020 80.00
600.00
6) CENDERAHATI WARIS UNTUK MESYUARAT AGUNG PIBG 250.00
7) NOMBOR RUMAH SUKAN 400.00

8) CABUTAN BERTUAH UNTUK MESYUARAT AGUNG PIBG 20.75

9) COMB BINDING DAN ROZET 324.00
10) FOTOSTAT BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 35 150.00
11) BANNER DAN BACKDROP MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 35 180.00
12) JAMUAN WARIS UNTUK HARI TEMU MESRA BERSAMA
WARIS 128.00
13) JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SESI
2020/2021 199.20
14) SUMBANGAN HAND SANITIZER DAN MASK KEPADA 155.10
PIHAK SEKOLAH
6.50
15) ALATAN UNTUK MEMBUAT TEMPAT MENCUCI TANGAN
100.00
16) CAJ BANK 500.00
17) CENDERAHATI SEMPENA PERSARAAN TUAN PENGETUA
EN HARON BIN ABD GHANI 360.00
1 000.00
18) MAJLIS PERSARAAN PENGETUA
19) JAMUAN WARIS UNTUK "PROGRAM HARI TEMU MESRA
BERSAMA WARIS TINGKATAN 5"

20) PROJEK TAMBUN TANAH DI SEKELILING SURAU

JUMLAH PEMBAYARAN 5 764.95
BAKI PADA 31 DISEMBER 2020 3 189.97

Disediakan oleh: Disemak oleh: (ZAINAB BT YAACOB)
Pemeriksa Kira-kira 2
(ZURAIDAH BT ABDULLAH) ( CHEK RUSLINA BT KAMIS)
Pemeriksa Kira-kira 1
Bendahari PIBG
SMK Sanglang 1818

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANGLANG RM
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

(KHAIRAT DAN KEBAJIKAN)
RM

PENERIMAAN

Baki Pada 1/1/2020 12 420.00
1) SUMBANGAN PELAJAR – JANUARI 2020 40.00
2) SUMBANGAN PELAJAR –FEBRUARI 2020 0.00
3) SUMBANGAN PELAJAR –MAC 2020
4) SUMBANGAN PELAJAR –APRIL 2020 360.00
5) SUMBANGAN PELAJAR –MEI 2020 0.00
6) SUMBANGAN PELAJAR –JUN 2020 0.00
7) SUMBANGAN PELAJAR –JULAI 2020 0.00
8) SUMBANGAN PELAJAR –OGOS 2020
9) SUMBANGAN PELAJAR –SEPTEMBER 2020 350.00
10) SUMBANGAN PELAJAR –OKTOBER 2020 0.00

11) SUMBANGAN PELAJAR –NOVEMBER 2020 50.00

12) SUMBANGAN PELAJAR –DISEMBER 2020 80.00

10.00

20.00

JUMLAH PENERIMAAN 13 330.00

PEMBAYARAN 200.00
1) RABIATUL NUR ATIKAH BT KAMAL(KEMATIAN AYAH) 2 000.00
2) PROJEK TAMBUN TANAH DI SEKELILING SURAU

JUMLAH PEMBAYARAN 2 200.00
BAKI PADA 31 DISEMBER 2020 11 130.00

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(ZURAIDAH BT ABDULLAH) (CHEK RUSLINA BT KAMIS) (ZAINAB BT YAACOB)

Bendahari PIBG Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2
SMK Sanglang 1199

UNDANG-UNDANG KECIL
BANTUAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN
1. Kematian pelajar - RM 200.00
2. Pelajar yang kematian waris ( ibu/bapa/penjaga) – RM 200.00
3. Pelajar yang sakit kritikal – RM200.00 dan diberi bantuan dua kali setahun
4. Pelajar yang ditimpa musibah ( Kebakaran, Banjir, Ribut dan kemalangan
jalan raya yang melibatkan pembedahan atau hilang upaya) -RM 200.00

2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANGLANG
06150 AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN

BAYARAN TETAP PIBG DAN PERSEKOLAHAN 2021

BIL JENIS TINGKATAN
12345

1 SUMBANGAN RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00

2 KHAIRAT KEMATIAN RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 PIBG

3 DERMA SURAU RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 TABUNG
SEKOLAH
4 TABUNG MAKMAL RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00
KOMPUTER PIBG

5 TABUNG AKADEMIK RM 30.00 RM 30.00 RM 80.00 RM 30.00 RM 80.00

6 SUMBANGAN SUKAN RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00

JUMLAH RM 100.00 RM 100.00 RM 150.00 RM 100.00 RM 150.00

2211

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

Pengerusi : Pn. Nornisa binti Asmaran
En. Rohai zak bin Sidi Ali
Naib Pengerusi : Pn. Nor Sakila binti Zukhi
Pn. Hamiah Binti Salleh
Setiausaha : Pn. Shuhada Bt Daud
Bendahari : En. Muhammad Syakiff bin Abdullah
Pn Zuraidah Binti Abdullah

AJK KERJA 9.PENCATAT MINIT
1.JEMPUTAN DAN SAMBUTAN Pn. Che Fauziah binti Md Yatim
Pn. Nornisa binti Asmaran Pn. Salmah binti Mat Isa

2.TEKS UCAPAN 10. PAUTAN GOOGLE MEET
Pn. Noorshafila binti Lah En. Mohd Firdaus bin Razali
En. Muhammad Syakiff bin Abdullah

3.BUKU PROGRAM
Pn. Nor Khaida bt Halim (K)
Pn. Zuraidah bt Abdullah
Pn. Nurain Bt Hussin
Pn. Nor Azziaton Bt. Mohd Noor

4.DOKUMENTASI DAN GAMBAR
En. Mohd Shaiful Shahril bin Yaacob

5.JURUACARA/DOA

En. Muhammad Syakiff bin Abdullah(K)
En. Mohd Firdaus bin Razali

6.PUBLISITI DAN KAIN RENTANG
En. Jasri B. Abdullah(K)
Pn. Norishah binti Abdul Rahman

7.SIARAYA
En. Muhadely B. Mohd

8.PENDAFTARAN WARIS DAN GURU (Google
Form)
Pn. Roslinda binti Ramli
Pn. Fatimah binti Mustafa

22
22

Sekalung budi

PENASIHAT, YANG DIPERTUA DAN SEMUA AJK PIBG SMK SANGLANG
MERAKAMKAN SETINGGI TINGGI

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA
JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUBANG PASU
PARA TETAMU DAN JEMPUTAN KHAS

PENGETUA DAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK SANGLANG
GURU – GURU DAN KAKITANGAN SMK SANGLANG.
PARA DERMAWAN
DAN

SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG

JASA DAN SUMBANGAN YANG TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN
TERIMA KASIH

23

24


Click to View FlipBook Version